Thursday 11 August 2016

4 LOKASI JERAWAT YANG SERING BUAT ANDA STRESS

Jerawat!

Memang cukup stress jika jerawat ini menyerang ke muka. 
Berbulan saya bereksperimen dengan produk shaklee. 

Alhamdulillah akhirnya semakin hari semakin pulih. 

Bacalah di sini testimoni daripada diri saya sendiri > Testimoni Jerawat Kronik

Jerawat ni paling kronik dalam hidup saya. Umur 25 tahun menyerang sebegini teruk. Allahuakbar. 

Sekarang saya sudah ketahui, rupanya kulit saya ini bukan sahaja jerawat radang tapi silap sikit makan habislah. Merah secara tiba-tiba dan terus gatal satu muka. Payah kan kulit sensitif begini. Sehingga sekarang saya masih menjaga makan. Berhuhu je tengok makanan yang sedap. Haha. Redha jelah asalkan kulit semakin baik. 


Tempat Jerawat Paling Suka Menyerang?


Sumber Google

Al-kisahnya jerawat kronik saya itu menyerang bermula di bahagian inilah dan terus merebak ke bahagian pipi. Berbatu-baru keluar. Serius sakit. Sampai ke hari ini fobia dengan jerawat kronik macamni. 

Doakan la saya suatu hari nanti saya bebas dari jerawat dan alahan atau dipanggil resdung ni. Aminnn...

Jika anda mengalami sebegini, cepat-cepatlah atasinya atau anda rujuk Agen

Shaklee yang benar-benar arif permasalahan begini. 

Cuma nasihat saya jika melibatkan kulit kronik seperti ini, diharapkan anda luahkan segala isi-isi yang lebih terperinci tentang kulit anda. Bukan apa, soal kulit jerawat ini memerlukan penelitian untuk diberikan vitamin yang paling sesuai. 

Sesi ini mungkin mengambil masa lama jugalah. 
Kalau anda berikan gambar pada saya, lagi mudah saya untuk fokuskan vitamin yang sesuai untuk diri anda.

Ingat lagi sekali, carilah Agen Shaklee yang benar-benar Arif mengenai kulit kronik. Lagi satu dinasihatkan juga agar bersabar. Sebab saya pun melalui proses ini agak berbulan-bulan juga untuk dapatkan hasilnya. ( selanjutnya boleh baca pada link Testimoni saya sendiri di atas)


Lokasi Jerawat Yang Sering Buat Anda Rasa Stress?



Sumber Google

Dari sini kita akan paham apalah permasalahan kita sebenarnya. Apa pun pemakanan NO 1 perlu dijaga dan bersihkan segala toksin dalam badan. Punca utama Jerawat keluar juga dikatakan pengumpulan TOKSIN di dalam badan. Tambahan lagi, untuk hasil lebih laju, boleh dapatkan produk shaklee yang bersesuaian. :)

Jom kita tengok cermin, di manakah kawasan jerawat yang paling banyak tumbuh. 


Kawasan 1: Dahi



Sumber Google

Penyebab: Jerawat pada dahi menunjukkan anda ada masalah dengan diet.


Mungkin anda ada makan lemak, gula dan produk tenusu secara berlebihan dan badan anda tidak dapat proses makanan ini sebaiknya.

Cadangan Penyelesaian: Cuba kurangkan makanan jenis ini dan kenalpasti adakah jerawat anda berkurang. Contohnya, jika tiba-tiba jerawat anda hilang apabila anda stop minum susu, ini mungkin anda ada masalah alah dengan susu.




Kawasan 2: Hidung



Sumber Google

PenyebabKekotoran dan pori terbuka adalah punca jerawat pada hidung, tetapi jika anda kerap cuci muka dan jerawat masih ada, ia mungkin disebabkan oleh masalah berkaitan jantung.

Cadangan Penyelesaian: Cuba tingkatkan kesihatan jantung dengankurangkan kolestrol dan kurangkan ambil garam. Anda juga patut tingkatkan pengambilan Omega 3 dalam badan dengan makan kekacang, ikan dan flaxseed.

Shaklee Omega Guard kan ada? :)




Kawasan 3: Pipi




Penyebab: Masalah kesihatan pernafasan sangat berkait rapat dengan timbulnya jerawat di pipi.

Tapi jangan risau sangat sebab biasanya jerawat pada pipi juga berpunca dari kekotoran. Mungkin dari handphone atau kerana jarang di cuci dengan pencuci muka.


Cadangan Penyelesaian:
 Bersihkan handphone anda jika anda sering menggunakannya. Berhenti merokok.

Sesekali anda kena keluar waktu pagi dan menghirup udara pagi yang boleh bersihkan saluran pernafasan anda.




Kawasan 4 : Rahang muka


Sumber Google

Penyebab: Kawasan ini berkait dengan jerawat disebabkan oleh hormon.Wanita sering alami jerawat ini di waktu-waktu tertentu dalam sebulan.


Cadangan Penyelesaian: Anda perlu mengambil berat tentang perubahan hormon. Mungkin ada yang mengalami perubahan hormon selepas tukar pil perancang atau selepas datang bulan.

Tanda- tanda jerawat ini mungkin dapat membantu anda memahami permasalahan yang berlaku di dalam badan anda. 



Doa yang selalu saya amalkan:


Sumber Google



Jika ada sebarang pertanyaa dan ingin konsultasi boleh rujuk dengan saya pada bila-bila masa di Whatsapp atau PM di Facebook.


Shaklee Independent Distributor

Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya











4 comments:

  1. pernah baca ada org share dia pun jerawat teruk n dia cantikkan dalaman dulu, xlama tu jerawat dia beransur xde. dia mkn saklee gak kowt. btw good luck sis :)

    ReplyDelete
  2. itulah tengah berusaha untuk jadi feloles. hihihi. Cuma kene banyakkan sabar jugaklah nak hasil yg power kan. :)

    ReplyDelete

Dapatkan KONSULTASI secara PERCUMA. Jom beli Shaklee!!