Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Thursday, 4 May 2017

6 JENIS EKZEMA DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum. Hari ini ingin berkongsi dengan Anda semua mengenai "EKZEMA". Penyakit ini agak popular pada waktu ini. Faizah sendiri merupakan salah seorang yang ada masalah ini. Bukanlah setakat pernah mengalami masalah jerawat nanah sahaja. Masalah ini juga sering berlaku. 

Teringat semasa sekolah rendah dahulu mengalami gatal-gatal di perut. Beriyalah juga mak Faizah letak minyak angin. Hehe. Tak tahu kan itu ekzema rupanya. Tapi Alhamdulillah bila dah dewasa tiada simptom itu tapi kadang kala ada jugalah menyerang kegatalan pada kulit. 

Jadi Faizah pun adalah dengar di televisyen dan juga dalam kelas Nutrisi Shaklee  yang disediakan mengenai masalah berkaitan dengan ekzema. Makanya hari ini berpeluang untuk Faizah mencurahkan segala pemahaman sendiri ini berdasarkan ilmu yang saya dapat ini. Hehe. 

Mudah-mudahan membantu kalian di luar sana sebagai rujukan.

APA ITU SISTEM IMUN?

Sebelum kita pergi kepada apa itu ekzema, Faizah ingin berkongsi dengan Anda yang dimaksudkan dengan sistem imun. Sistem imun adalah sistem pertahanan badan untuk menghalang daripada patogen (bakteria/virus/fungus) yang masuk ke dalam sistem tubuh badan kita.

Sistem imun ini sangatlah kompleks sebenarnya kerana terdiri daripada "network" antara sel, tisu dan organ. 

Misinya ialah bunuh patogen yang masuk di dalam badan. 



Sumber Google: Fungsi organ dalam sistem imun

Jadi dua jenis sistem pertahanan tubuh badan kita ialah:

1. Sistem pertahanan utama

a) Kulit : Pertahanan fizikal yang menghalang patogen

b) Membran Mukus:  Mukus yang memerangkap patogen dan menghalang memasuki badan

c) Jus Gastrik: Cecair berasid yang membunuh mikroorganisma

d) Air mata, peluh dan air liur : Cecair badan yang mempunyai sifat anti-bakteria

2. Sistem pertahanan kedua

Jika patogen menembusi barisan pertahanan pertama, sel-sel darah putih akan memain peranan dalam menghalang atau memusnahkan patogen sebelum ia membahayakan badan.


EKZEMA

Organ paling besar pada tubuh kita adalah kulit. 

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah atau dipanggil inflamasi. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. 

Demikian jugalah jika bayi yang terkena ekzema, si ibu perlulah berpantang makanan terutamanya bayi yang masih menyusukan badan. 


Ini info yang Faizah snap dekat klinik Dr Norman di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Dr Norman ini kepakaran kulit. Jika lihat yang ini, memang Faizah ini ikut genetik. Abah ada masalah jerawat dan Bonda masalah ekzema. Jadi dapatlah kedua-duanya kepada diri Faizah ini. Hehe. Sudah ketentuan Ilahi kan. Kene pandai jaga makan ajalah.


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. 

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:
  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.


Punca Atau Faktor Penyakit Eczema


Untuk pengetahuan anda, sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya.. namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :
  • Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabric tertentu.
Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap ekzema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.


Sumber Google


Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. 

6 Jenis Masalah Kulit Ekzema ialah: 


Sumber Google


1. Atopic Dermatitis 

Penyakit dermatitis atopik ini adalah penyakit yang terjadi secara bersamaan serangan asma atau radang selaput lendir pada hidung. Menurut apa yang Faizah dengar daripada seorang doktor ini,  ianya boleh terjadi jika kita mempunyai resdung, gatal mata dan sebagainya. Penyakit sering menyerang pada anak-anak yang usianya bawah 5 tahun (bayi). Namun demikian, pada orang dewasa juga boleh berpotensi mengalami masalah ini. 


Sumber Google

Selain itu masalah ini juga disebabkan oleh kekurangan zinc dalam badan. Anda boleh baca selanjutnya jurnal Shaklee di sini berkenaan masalah zinc dan atopic dermatitis di SINI.

2. Contact Eczema 

Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contoh: di pergelangan tangan sekiranya seseorang alah jam tangan atau tali pinggang (alahan kepada nikel/besi), ketiak (alahan kepada pewangi dalam deodoran) dan juga alah pada sabun. 

3. Seborrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan jadi kuning terutamanya dalam kalangan bayi. Malahan, pada kelopak mata juga boleh terjadi seperti ini. 

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa dalam kalangan bayi. Sementara itu dalam kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.


Sumber Google. Tak sangka bukan kerak di kepala sahaja, tepi telinga pun ada ada rupanya.

4. Nummular Eczema

Jenis ekzema ini juga dikenali " Discoid Ekzema" yang boleh berlaku di mana-mana peringkat. Tambahan pula, ekzema ini nampak berbeza dengan jenis ekzema biasa dan sukar dirawat. 

Penyakit ini juga akan kembali ke tempat yang terjejas tempat sama. Tanpa rawatan, ekzema Nummular ini akan  berpanjangan untuk beberapa minggu, bulan ataupun tahun. 

Menurut Blog Clairecsy, Ekzema Nummular berbentuk seakan syiling iaitu bentuk bulat. Simptom awal Ekzema Nummular adalah bintik-bintik merah yang dengan cepatnya menjadi bintik besar yang saiznya boleh daripada beberapa miilimeter ke beberapa sentimeter besarnya. Kawasan yang terjejas akan menjadi sangat gatal terutamanya pada waktu malam.

Apabila kawasan ekzema Nummular ini dijangkiti bakteria (biasanya bakteria Staphylococcus), simptom jangkitan adalah:
  • Mengeluarkan cecair
  • Membentuk kerak berwarna kuning darpada cecair tadi
  • Kulit di sekitarnya menjadi merah, bengkak dan sakit
  • Rasa demam, tidak selesa dan sejuk

Sumber Google

5. Neurodermatitis 

Juga dikenali sebagai Lichen Simplex Chronicus. Ia adalah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan kulit menjadi bersisik dan tebal akibat daripada selalu digaru dan digosok.


Sumber Google


6. Stasis Dermatitis

Ia juga dipanggil Stasis Vena dematitis (Vernous Stasis Dermatitis) kerana ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan aliran darah dan tekanan dalam urat, biasanya apda bahagian kaki. Tekanan ini boleh menyebabkan cecair bocor keluar daripada urat dan ke dalam kulit.


Sumber Google



Sumber Google


Sumber Google




Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian
  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.
Pemakanan
  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap
  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.

Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus sekiranya menjadi lebih teruk- flare up

Terdapat dua kaedah untuk merawat ekzema ini iaitu :
- kaedah luaran
-kaedah dalaman

1) Kaedah luaran
- untuk keadaan 1 dan 2 ,gunakan Basic H
- untuk keadaan 3 hingga 5 , gunakan Herbal Blend

2) Keadah dalaman
-untuk bayi eczema ~ ibu menyusu boleh ambil Set B(vit C,B comp.,Vitalea,Alfalfa) ,ESP,Mealshakes dan Nutriferon.
-untuk kanak-kanak (1-4 tahun) ~ mealshakes
-untuk kanak-kanak (4-12 tahun ~ mealshakes dan ESP
-untuk remaja dan dewasa  ~ set G(Vit C,GLA,Alfalfa,Zink) , mealshakes dan ESP


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)



COD: Bahau & sekitarnya

Wednesday, 24 August 2016

TESTIMONI 2 KILO TURUN DALAM MASA 3 MINGGU

Jom kita recall balik entry yang lepas berkenaan SET SUBUR Shaklee. 

>>> Minggu 1

>>> Minggu ke-2


Minggu ketiga jeng jeng jeng

Turun lagi sebanyak 500 gram lagi. 

Kini berat terbaru 78 KILO berbanding yang asal iaitu 80 KILO. 


Customer saya ini masih meneruskan minggu keempat dengan Meal plan Shaklee. 

Kalau anda inginkan zuriat, apa kata cuba full set produk subur dari Shaklee ini. 


1. Isteri

- ESP : Membantu pembinaan dan pemulihan sel. Menguatkan rahim

B complex : Mengandungi asid folik bagi membantu tingkatkan kesuburan dan
                      mengelakkan stress (faktor kesuburan)

Vitalea (Multivitamin): Membekal sumber nutrien yang diperlukan tubuh. 

Alfafa: Mengurangkan keputihan, bertindak sebagai kacip fatimah dan buang angin.

GLA Complex : Menstabilkan Hormon 



2. Suami

Vitamin E : Memperbanyakkan sperma dan tingkatkan kelestarian seksual

Zinc: Kekurangan Zinc para suami akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma

Ostematrix: Kurangkan sakit tulang belakang dan beri tenaga. 



Jika ANDA berminat dengan PRODUK SHAKLEE, hubungi saya pada WHATSAPP atau PM direct di FACEBOOK.


Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya






Thursday, 11 August 2016

4 LOKASI JERAWAT YANG SERING BUAT ANDA STRESS

Jerawat!

Memang cukup stress jika jerawat ini menyerang ke muka. 
Berbulan saya bereksperimen dengan produk shaklee. 

Alhamdulillah akhirnya semakin hari semakin pulih. 

Bacalah di sini testimoni daripada diri saya sendiri > Testimoni Jerawat Kronik

Jerawat ni paling kronik dalam hidup saya. Umur 25 tahun menyerang sebegini teruk. Allahuakbar. 

Sekarang saya sudah ketahui, rupanya kulit saya ini bukan sahaja jerawat radang tapi silap sikit makan habislah. Merah secara tiba-tiba dan terus gatal satu muka. Payah kan kulit sensitif begini. Sehingga sekarang saya masih menjaga makan. Berhuhu je tengok makanan yang sedap. Haha. Redha jelah asalkan kulit semakin baik. 


Tempat Jerawat Paling Suka Menyerang?


Sumber Google

Al-kisahnya jerawat kronik saya itu menyerang bermula di bahagian inilah dan terus merebak ke bahagian pipi. Berbatu-baru keluar. Serius sakit. Sampai ke hari ini fobia dengan jerawat kronik macamni. 

Doakan la saya suatu hari nanti saya bebas dari jerawat dan alahan atau dipanggil resdung ni. Aminnn...

Jika anda mengalami sebegini, cepat-cepatlah atasinya atau anda rujuk Agen

Shaklee yang benar-benar arif permasalahan begini. 

Cuma nasihat saya jika melibatkan kulit kronik seperti ini, diharapkan anda luahkan segala isi-isi yang lebih terperinci tentang kulit anda. Bukan apa, soal kulit jerawat ini memerlukan penelitian untuk diberikan vitamin yang paling sesuai. 

Sesi ini mungkin mengambil masa lama jugalah. 
Kalau anda berikan gambar pada saya, lagi mudah saya untuk fokuskan vitamin yang sesuai untuk diri anda.

Ingat lagi sekali, carilah Agen Shaklee yang benar-benar Arif mengenai kulit kronik. Lagi satu dinasihatkan juga agar bersabar. Sebab saya pun melalui proses ini agak berbulan-bulan juga untuk dapatkan hasilnya. ( selanjutnya boleh baca pada link Testimoni saya sendiri di atas)


Lokasi Jerawat Yang Sering Buat Anda Rasa Stress?



Sumber Google

Dari sini kita akan paham apalah permasalahan kita sebenarnya. Apa pun pemakanan NO 1 perlu dijaga dan bersihkan segala toksin dalam badan. Punca utama Jerawat keluar juga dikatakan pengumpulan TOKSIN di dalam badan. Tambahan lagi, untuk hasil lebih laju, boleh dapatkan produk shaklee yang bersesuaian. :)

Jom kita tengok cermin, di manakah kawasan jerawat yang paling banyak tumbuh. 


Kawasan 1: Dahi



Sumber Google

Penyebab: Jerawat pada dahi menunjukkan anda ada masalah dengan diet.


Mungkin anda ada makan lemak, gula dan produk tenusu secara berlebihan dan badan anda tidak dapat proses makanan ini sebaiknya.

Cadangan Penyelesaian: Cuba kurangkan makanan jenis ini dan kenalpasti adakah jerawat anda berkurang. Contohnya, jika tiba-tiba jerawat anda hilang apabila anda stop minum susu, ini mungkin anda ada masalah alah dengan susu.




Kawasan 2: Hidung



Sumber Google

PenyebabKekotoran dan pori terbuka adalah punca jerawat pada hidung, tetapi jika anda kerap cuci muka dan jerawat masih ada, ia mungkin disebabkan oleh masalah berkaitan jantung.

Cadangan Penyelesaian: Cuba tingkatkan kesihatan jantung dengankurangkan kolestrol dan kurangkan ambil garam. Anda juga patut tingkatkan pengambilan Omega 3 dalam badan dengan makan kekacang, ikan dan flaxseed.

Shaklee Omega Guard kan ada? :)




Kawasan 3: Pipi




Penyebab: Masalah kesihatan pernafasan sangat berkait rapat dengan timbulnya jerawat di pipi.

Tapi jangan risau sangat sebab biasanya jerawat pada pipi juga berpunca dari kekotoran. Mungkin dari handphone atau kerana jarang di cuci dengan pencuci muka.


Cadangan Penyelesaian:
 Bersihkan handphone anda jika anda sering menggunakannya. Berhenti merokok.

Sesekali anda kena keluar waktu pagi dan menghirup udara pagi yang boleh bersihkan saluran pernafasan anda.




Kawasan 4 : Rahang muka


Sumber Google

Penyebab: Kawasan ini berkait dengan jerawat disebabkan oleh hormon.Wanita sering alami jerawat ini di waktu-waktu tertentu dalam sebulan.


Cadangan Penyelesaian: Anda perlu mengambil berat tentang perubahan hormon. Mungkin ada yang mengalami perubahan hormon selepas tukar pil perancang atau selepas datang bulan.

Tanda- tanda jerawat ini mungkin dapat membantu anda memahami permasalahan yang berlaku di dalam badan anda. 



Doa yang selalu saya amalkan:


Sumber Google



Jika ada sebarang pertanyaa dan ingin konsultasi boleh rujuk dengan saya pada bila-bila masa di Whatsapp atau PM di Facebook.


Shaklee Independent Distributor

Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...