Tuesday, 18 October 2016

BOOST YOUR IMMUNE SYSTEM NATURALLY: TIPS JUS DETOX CARA NEELOFA

Tahukah anda, Gaya hidup sihat dengan memakan buah-buahan memang sangat digalakkan dalam seharian. Buah-buahan sebenarnya mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan kulit.

Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak berjerawat. Namun, bagaimana penyelesaiannya untuk jerawat yang sering muncul?

Salah satu penyelesaiannya adalah dengan mengambil buah buahan. Banyak buah buahan yang dapat menghilangkan jerawat.

Di sini, saya kongsikan kalian resepi Jus dari Neelofa.


Saya dah beli siap-siap tadi ubi bit (beetroot) ni. 





Nanti saya share sedap ke tidak rasanya.

KELEBIHAN KHASIAT DARI RAMUAN JUS DARI NEELOFA

1. Ubi Bit (Beetroot)

Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.

Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.

Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.

Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.

Baik untuk hati: 
Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.

Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.

Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.

Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.

Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.

Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).

Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.

** Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.
Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.

2. Timun

Timun memberikan khasiat seperti berikut:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.

Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit  timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

 Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

7) Khasiat Timun Memulihkan Mata 
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis  dengan mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

3. Beri

a) Anti penuaan
b) Kencing manis
c) Keletihan mata
d) Menentang kanser serviks/payu dara
e) Perlindungan sistem jantung
f) Peningkatan selera makan
g) Peningkatan daya ingatan
h) Menyokong saluran darah
i) Elak jangkitan saluran kencing
j) Pengurangan kolesterol

4. Sayuran Hijau 

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 


Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.


Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi



Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali SET TRIPLE IMMUNE ( Promo Oktober).
Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 
Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...