Friday 16 December 2016

AL-FATIHAH BUAT ABAH

Rindu
Rindu yang bernama
Kamaruzaman Mohd Yatim.
Kalau pagi begini mesti kedengaran alunan suaranya dari sebuah bilik, mengaji tanpa henti.
Tekun membaca tafsir.
Kadang kala terfikir dan terdetik di hati juga ketika itu, "2 tahun Abah begitu tekun sekali dan berkali-kali ganda berbanding sebelumnya"
Setiap kali buat apa sahaja, pasti ada terselit ayatnya, "Nanti benda ni la kau akan ingat lepas ni"
Abah yang jenis kuat bergurau. Kita menganggap itu hanyalah ayat gurauan semata.
Bergelak ketawa setiap hari.
Bergurau setiap hari.
Memperbetolkan ayat bahasa Malaysia anak-anak setiap hari. Geram tetap geram. Haha. Itulah abah. Silap sedikit ayat,kita yang kalah.
Kalau merajuk, dipujuk dengan gurauannya.
Dicuit-cuitnya kita sampai tergelak.
Kalau kami anak-anak ada peperiksaan,
pasti akan beritahu Abah,
"Abah nanti Abah buatlah solat hajat"
Nanti tanya balik, "Abah mak dah buat?"
Abah pun jawab, "Dah. Puasa pun buat"
Nanti kami anak-anak akan merasakan nikmat ketenangan itu ketika peperiksaan. Terima kasih Abah Mak
Kadang-kadang terfikir, tahun 2014 bulan 5 diri ini habis konvo, tahun 2014 juga beliau pergi selamanya pada raya ketiga Aidiladha bulan 10.
Kalau fikirkan, banyak perkara tidak sempat dibuat kepadanya.
Rupanya satu hari terbeli sebuah buku menceritakan bagaimana kita ingin berbuat baik kedua ibu bapa kita terutamanya yang tiada.
Dari situlah hati tenang dan dalam masa sama rupanya ada sesuatu perkara yang Allah ingin ajarkan diri kami.
Hargailah mak ayah kalian di depan mata kerana antara kebaikannya:
1. Hidup akan mendapat redha Allah SWT
2.Panjang Umur dan ditambah rezeki
3. Dapat anak yang baik.
Firman Allah SWT surah Al-Ahqaf ayat 15, "Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa"
Mak, kami akan tetap bersamamu.
Mak sekarang dah makin kuat.
Alhamdulillah. 
Al-Fatihah buat Abah Kamaruzaman.


1 comment:

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..satu masa kita juga pasti menyusul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...