Friday 16 September 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Hari ini baru berpeluang untuk update Hari Raya Aidiladha buat tahun ni. Jangan terliur pulak tengok lauk rendang ni semua ye. haha. :P


Ahad - 11 September 2016 (9 Zulhijjah 1437H)

Kalau sebut 9 Zulhijjah 1437H pasti ramai antara kita akan mula berpuasa pada hari ini. Bukan apa masing-masing tak nak lepaskan manfaat yang kita bakal dapat dari Hari Puasa Arafah ini. 

Jadi kami sekeluarga pun apa lagi berpuasa jugalah ketika ini. Ramai sedara juga yang mengajak dan mengingatkan untuk berpuasa hari Ahad ini juga. Bila ramai-ramai satu kampung dah berpuasa, apa taknya kan FB pun penuhlah dengan gambar makanan aja. Haha. 

Kami lagilah tak sangka, macam-macam makanan la jiran bagi. Memang rezeki orang berpuasa sungguh-sungguh la. 



Buat dua jenis rendang iaitu Rendang Ayam (Kiri) dan Rendang Maman (Kanan)
Yummy! Rendang Nismilan ni. Berapi podeh. hahaha. 
Nak rasa?



Ni Rendang Maman tadi. Tunggu kering je lagi nih. 
Korang nak rasa Rendang Maman ni request je orang nismilan buatkan. Hehe
Lauk tradisi nismilan ni. Nenek moyang punya. 
Ada juga rakan saya cerita di tempat beliau Area Terengganu buat Maman ni dijadikan jeruk. 



Ini pulak pemberian kek dari Jiran. Beliau jugak penjual kek. 
Sedap keknya. Selain itu, beliau ada beri kami ketupat dan sambal. 
Almaklumlah raya kali ni malas nak buat ketupat. Hehe


Isnin - 12 September 2016 (10 Zulhijjah 1437H)

Raya kali ini, korban ialah lembu. Ada dua ekor lembu dikorbankan pada raya pertama ini. Mak je yang masuk dengan sedara mara. 

Korang boleh tengok video raya dekat sini; Raya Korban


Tu dia mak-mak sedara saya. Yang paling manis yang tengah duduk tu. haha


Amboih Kak Syidah kene intai dengan si penjual Aiskrim.
Serius tengok gambar ni, berair mata gelak. hahah



Lembu pertama dikorbankan



Lembu Kedua pula yang sudah disembelih



Membahagikan daging kepada beberapa bahagian



Semua sibuk menyediakan bahan untuk memasak di surau 



Orang lelaki yang sibuk memasak. Hehe.




Tu diaa orang kuatnya tukang masak

.
.
.
.

Gambar makan-makan tak de. Sebab jurukameranya heboh nak makan dah sampai lupa nak ambil gambar. Kiki. 


Selasa - 13 September 2016 ( 11 Zulhijjah 1437H)

Raya kedua pulak aktiviti lebih kepada mengemas pinggan mangkuk, periuk, sudu, besen dan macam-macam lagi untuk dimasukkan di dalam almari. 

Nanti kalau tak dikemas, cik kera pulak kemaskan. Habislah pinggan mangkuk pecah kalau tak disusun dengan cepat. -.-"

Dalam pada mengemas tu, dapat pulak rezeki petang. Makan lagi di surau. Hehe. 


Terima Kasih Acik Milah.
Sedap sangatlah!
Punah diet. -.-"

Uolls raya macamna? Best tak?
Cer cerita...

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...