Wednesday 23 November 2016

MANFAAT MAKAN TEMBIKAI & KENAPA ORANG MENGETUK TEMBIKAI SEBELUM MEMBELI

Baru- baru ini Faizah ada terbaca dekat blog Azlita Masam Manis tentang Jus Tembikai. Kalau ikutkan Faizah memang jenis hantu Jus dari buah-buahan tapi tanpa gula la since kulit ni sensitif sangat kan. 

Tambah pulak blog Azlita ini banyak sangat resepi best-best. Sampai lapar dibuatnya. Hehe. Ada la macam terinspirasi beberapa kek untuk dijadikan pilihan untuk event sendiri nanti. Siapa nak buat pun tak tahulah. Haha. 

Dalam pada saya membaca dekat blog ini saya terjumpalah sesuatu tentang Tembikai. Patutlah arwah suka sangan beli tembikai sampai 2 biji. 



Sumber Google: Sedapnya tembikai ni kan? Aish lapar dibuatnya. 


Di sini saya kongsikan Khasiat Tembikai oleh Rasulullah SAW dan Ibnu Abbas:

Ibnu Abas berkata :
"Makanlah buah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan, ianya makanan , minuman kepada peransang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit"
Suatu hari telah di hadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda :
"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi, jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga"

Satu hari ketika Rasulullah SAW berada bersama beberapa sahabat, baginda bersabda, “Allah SWT merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini.” Kemudian Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.
Baginda bersabda, “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku daripada sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”

Khasiat Tembikai:

  • Memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.
  • Kandungan vitamin C dalam buah tembikai sebagai nutrien yang berupaya mencegah penyakit asma.
  • Satu kajian yang diterbitkan American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mengalami masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat satu manakala ekstrak tembikai dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.
  • Tembikai membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan lycopene dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat.
  • Choline, iaitu nutrien yang terkandung dalam tembikai membantu mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.
  • Tembikai mengandungi vitamin A yang bagus untuk kulit. Ia bagus kerana dapat mengeluarkanb sebum untuk mengekalkan kelembapan rambut. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut, dan bagus untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.
  • Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu sejenis zat logam penting yang dapat merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
  • Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.


Khasiat Kulit Tembikai
  • Mengandungi kolagen dan antioksidan. Kulit tembik boleh dimasak seperti memasak sayur untuk hidangan makan malam.
  • Kulit tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker.


Khasiat Jus Tembikai

  • Mengandungi lebih 90% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi terutama bulan Ramadhan.
  • Kandungan air dan gentian dalam tembikai membantu mencegah sembelit dan menjadikan saluran penghadaman yang sihat.
  • Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet.
  • Tembikai dan jus tembikai dapat mengurangkan kesakitan otot dan mempercepatkan tempoh pemulihan selepas latihan bagi atlet.
  • Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan untuk orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah.

KENAPA ORANG MENGETUK TEMBIKAI SEBELUM MEMBELI?

Arwah abah dahulu suka beli tembikai dengan mengetuknya dahulu. Katanya untuk tahu kondisinya bagus ke tidak. Tapi wallahualam. 

Jadi Faizah pun merajinkan diri untuk mencari kebenarannya. Hehe. Gigih sangat kan?

Bila saya cari jawapannya ada yang beritahu dengan mengetuk tembikai adalah kaedah umum yang digunakan untuk tahu kesegaran dan kematangan sahaja. 

Tapi menurut sumber Sinar FM, untuk kita ketahui tahap kematangan tembikai adalah seperti ini:

  • Tembikai yang matang berat ketika diangkat.
  • Jika warna jalurnya kekuningan bermaksud sudah matang, jika putih beerti masih belum matang.
  • Tembikai yang matang akan terasa keras dan kenyal ketika ditekan.
  • Dan ini yang sering didengar, tembikai matang mempunyai dengungan yang lebih kuat dari biasa. 
Oh pasal dengungan ini kali pertama saya tahu. Haha. Nampak tak Faizah ni tahu makan aja kan. Ish-ish. Hehe. 


Sumber Google: Nak tahu kita makan tembikai GMO atau NON GMO, cuba lihat bijinya. 
Kalau biji hitam itu NON GMO. Jadi selamatlah kita makan. 
Cuma nak jumpa biji hitam itu punyalah susah. 


Sumber Google: Tembikai kuning pun sukar nak cari. 
Paling mudah jumpa dekat tesco. Itu pun jarang sebenarnya jumpa. 
Mudahkah ini? haha. Apa-apa jelah Faizah oi. 








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...