Showing posts with label ESP- Soy Protein. Show all posts
Showing posts with label ESP- Soy Protein. Show all posts

Monday, 2 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE NEGERI SEMBILAN - CERITA PENGALAMAN JERAWAT NANAH TAHUN 2014 DAN 2015


Assalamualaikum. Selamat petang.

Selamat datang kepada kawan-kawan yang baru follow. Saya Faizah Syakira yang bertudung hijau dalam gambar ini. 



Ada yang memanggil saya dengan nama Faizah, Faiz, Syakira, Kira, dan Kirah. 

Ada juga pernah sekali berurusan dengan pegawai bank katanya nama saya ini nama artis. Haha. Mungkin beliau peminat artis Faizah Elai kot, tak pun Dayang Norfaizah. 

Jadi rutin harian saya, bila waktu pagi lebih suka update blog dan setelah selesai baharulah fokus ke facebook, instagram dan whatsapp.Tapi sejak akhir ini pula saya dah lama tak update blog kan? Sebab laptop dan tab buat hal. Hari ini akan beraksi kembali di dunia blog. Cewah! Semangat waja ni. Haha.

Saya suka sangat ingin berkongsi semula bagaimana perjalanan vitamin yang saya ambil dengan Shaklee untuk membaikpulihkan kembali kulit jerawat dan nanah pada tahun 2014 & 2015. Nak lihat muka saya yang dulu?


Saya mengalami masalah jerawat nanah pada tahun 2014 dan 2015. Jadi setahun lebih saya buat Detox Parasit dengan vitamin Shaklee sejak 28 Januari 2016 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah nampak kan hasilnya? Syukur sangat.  


Sepanjang tahun 2016 diuji kembali selepas raya Aidilfitri dengan permasalahan jerawat nanah. Sedih sangat rasanya. Selepas itu buat sungguh-sungguh jaga makan dan tak berani langgar pantang dah lagi. Ketika ini, saya dapatlah memperbaiki kulit ini selama 2 minggu dengan gandaan Vivix 2 sudu sehari. Alhamdulillah masa itu rasa macam bersyukurnya. Vivix memang terbaiklah! 

Paling best sekali kan menggunakan Set Detox ditambah sekali Soya ESP, berat saya turun! Sungguh tidak mempercayainya sebegini 'Power'. Hahah. Dahulu berat saya dalam lingkungan 58 hingga 60 kilogram. Selepas Detox selama setahun lebih maintain berat dalam 40 lebih. Lagipun saya turun berat sebab kene jaga makanan seperti beri kesan allergik pada kulit, makanan tinggi indeks glisemik dan juga makanan tinggi histamin. 


Testimoni terbaru daripada saya sendiri bersama GLA dan Vivix. Saya konsisten balik makan dua vitamin ini sebab dilihat pada muka seperti banyak noda hitam. Rasa tidak puas hati ambil la kedua vitamin ini. Alhamdulillah tudung kuning itu ada peningkatan pada kulit walaupun jerawat besar satu naik atas bibir. Haha. Apapun memang puas hatilah dengan vitamin Shaklee. Seandainya kita buat step pertama hingga akhir pasti kita akan dapat hasil yang best tahu. Syok sangat! 


Jadi kepada yang sama sejarahnya macam saya dahulu jerawat tanpa henti, nanah pula ikutilah setiap cerita-cerita saya.

Setahun lebih jugalah saya struggle untuk dapatkan#ShakleeEffect yang sekarang ini. Alhamdulillah.

Jika tadi ada yang bertanya saya, "Awak Medical student ke?"

Haha. Bukanlah. Saya bukan Medical Student tapi setiap bahan cerita dikongsikan di Facebook, blog dan instagram adalah hasil yang saya dengar teliti dan mengkaji dari sharing Pakar Nutrisi Shaklee.

Seperkara lagi, seandainya ada perkongsian saya yang kawan-kawan rasa apa yang ditulis adalah baik untuk diri, ambil. Yang rasa tidak sesuai, boleh tinggal. 

Hai lagi sekali! Selamat berkenalan kawan-kawan baru tekan follow di sini dan kawan-kawan lama juga. Hehe.

Salam persahabatan.

Jika ada yang berminat inginkan vitamin Shaklee, jangan malu-malu untuk mesej dan whatsapp atau boleh juga ikuti ESELL di bawah ini.  Tengok Faizah senyum pun manis kan. Taklah garang mana pun orangnya. Haha


Lagi satu nak beritahu Promosi Oktober adalah SOYA ESP!

Beli 4 tong ESP dapat kurang 5% diskaun. 

Sumber dari page Shaklee Malaysia



Sumber dari page Shaklee Malaysia



****************

CARA PEMBELIAN ESELL

■ Anda perlu baca pada pautan surat ini . InsyaAllah Faizah adalah pengedar Shaklee yang sah dan telah menjadi ahli berdaftar sejak tahun 2013.


■ Sebelum Anda membelinya, pastikan vitamin ini sesuai dengan diri Anda kerana produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Dapatkan nasihat daripada doktor jika Anda mempunyai permasalahan penyakit dan setelah ketahui jenis petanda atau simptom mungkin boleh merujuk dengan Pengedar Shaklee yang sah untuk diketahui mana satu vitamin yang sesuai untuk mengurangi simptom tersebut. 


■ Anda juga boleh merujuk rangkaian produk Shaklee di laman website Shaklee Malaysia


■ Info wajib dibaca: 


Postage Semenanjung/Sabah Sarawak: RM10.60/RM21.20


Free Membership: Membuat pembelian sebanyak 200 point uv dari mana-mana hasil jumlah dari produk. Setiap produk mempunyai point uv tersendiri. Contohnya Omega Guard adalah 33 uv.


Free Postage: Jika ingin keahlian sekali free postage, pembelian adalah dari RM800 ke atas.


Jenis Penghantaran: Citylink dan Gdex. (Kawasan Felda dan pendalaman biasa tidak masuk) Jika inginkan perkhidmatan poslaju, boleh beritahu Faizah di whatsapp.


■ Baca dan fahami langkah-langkah pembelian ESELL di sini: 


1. Klik pada pautan ESELL 


a) SENARAI KESEMUA VITAMIN

2. Seterusnya akan ke pautan website Shaklee yang selamat untuk prosess tempahan dan bayaran yang sangat mudah. Di halaman pertama adalah berkenaan Terma dan Syarat yang dinyatakan sebagai tanda Agree. Klik tandaAgree jika anda bersetuju untuk meneruskan, pastikan nama dan alamat adalah disemak betul semasa pembelian nanti.


● Anda diberi 48 jam selepas menerima barang untuk membuat sebarang aduan jika barang yang diterima adalah berlaiman dari yang ditempah melalui online. 


● Jika Anda menerima barang yang rosak, 3 hari tempoh yang diberi untuk dikemukakan semula kepada pihak Shaklee Product di cawangan-cawangan berdekatan Anda atau Anda boleh sahaja Contact Faizah tentang hal ini dengan memberikan gambar slip kertas  produk yang diselitkan di dalam kotak yang tertera nombor invoice dan gambar produk yang baru dapat. 


Tambahan lagi, jika Anda nak dapatkan vitamin keesokkan harinya, sebaiknya submit order ini sebelum jam 3 petang. InsyaAllah akan sampai esok harinya. 


3. Selepas menekan klik Agree tadi, Anda akan ke Halaman Senarai Produk.Senarai ini turut menyatakan harga produk dan kuantiti produk boleh diubah mengikut keinginan Anda. 


4. Seterusnya selepas Anda memilih vitamin yang ingin dibeli, Anda perlu klikCheckout untuk terusksn ke Halaman Alamat & Nama untuk lokasi penghantaran. 


5. Selepas semua maklumat diisi, Anda boleh klik Continue untuk ke Halaman Pengesahan Pesanan. Pesanan ini akan dihantar melalui hanya GDEX atau Citylink. Harap Anda selesa dengan perkhidmatan yang dipilih oleh Shaklee ini. 


6. Setelah itu, Anda perlu klik Proceeed For Payment untuk membuat pembayaran melalui Kad Kredit atau Kad Debit. 


7. Di Halaman Pembayaran, Anda perlu kemukakan maklumat kad diperlukan dan klik Confirm Payment.


8. Selepas klik Confirm Payment, kebiasaaannya Anda akan melalui laman web dari pihak Bank yang tertera pada Kad Anda untuk proses pengesahan melalui penghantaran PIN MSOS CODE ke telefon bimbit. PIN MSOS CODE ini seperti CODE TAC  untuk transaksi pemindahan banm ke bank seperti kita biasa buat di maybank2u atau cimbclicks.


9. Selepas pembayaran BERJAYA dibuat,emel pengesahan pembelian atau invois akan dihantar ke emel Anda sebagaimana emel yang Anda isi di Halaman Alamat  & Nama. 


TAHNIAH tersaksi Anda BERJAYA. 


Jangan lupa selepas Anda buat belian, whatsapp Faizah untuk dapatkan konsultasi dan berikan juga nombor invois Anda untuk rujukan Faizah. Lagi satu perkara, nombor tracking dari Citylink atau Gdex yang Anda beli secara ESELL boleh dapatkan daripada Faizah ya. Itu kan hak Anda perlu tahu. Biasa akan update dalam masa 24 jam di dalam sistem.


*************************



Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Tuesday, 1 August 2017

My Routine Supplement

Assalamualaikum & morning semua. 



My routine supplement! Yummy!  Senang je nak minum Soya ESP dengan buah-buahan yang kita suka makan dijadikan smoothie. Ikut macam dalam gambar ni. Serius sedap sangatlah! 

ESP kalau tak ambil dalam seharian rasa macam habislaahhh kulittt habislahhhhh. Dahlah Protein penting untuk kulit sihat, bina sel baru, awet muda, antioksidan dan pudarkan parut jerawat. 

Lagi satu customer selalu ambil ini untuk rasa kenyang. Katanya taklah makan double triple macam orang tak ingat dunia kan. Hehe. 

Itu amat diakui sangat-sangat. Dah 3 tahun berESP ni semua. Hihi. 

Dannn lagi satu ramai kan lepas raya semua dah bam bam bam, dah stop makan kuih raya kan? Better la start soya ESP balik. 

Bestnya tentang Soya ESP ni kan.

 💘CANTIK
-Menggebukan dan mencantikkan kulit
-Menghilang garisan kedutan pada wajah
-Memudarkan parut-parut jerawat yang lama & baru
-Menghilangkan jerawat dan kurangkan oily pada wajah 

💘KURUS
-Mengawal selera makan
-Membantu menurunkan berat badan
-Menghilangkan selulit dan stretchmark
-Minum seteguk ESP sudah mengenyangkan! 

💘TENAGA
-Memberikan tenaga maksima setiap hari -Menghilangkan rasa mengantuk
-Mengurangkan rasa letih
-Sesuai bagi yang bepuasa

Sesiapa rasa nak cantik, nak kurus dan nak bertenaga,  whatsapp je.

Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,


Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Monday, 12 June 2017

RAHSIA CANTIK TANPA JERAWAT

Protein sangatlah penting untuk asas vitamin untuk kulit yang jenis biasa ataupun sensitif. 

Sebab apa? 

Meh Faizah stori yang fakta ini berdasarkan ujian klinikal daripada American Journal of Clinical Nutrition,Julai 2007

"Kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu , jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. "

Jadi pilihan yang terbaik adalah Kacang Soya! 

Jerawat itu pun kita dah tahu salah satu puncanya adalah kekurangan protein. Selain itu memberikan kesan kulit menjadi kusam, mengelupas dan mengering juga antara penyebabnya. 

Mana nak dapat Kacang Soya NON GMO  yang lengkap 9 amino asid? 

Semestinya Protein Soya ESP yang mana INDEKS GLISEMIKNYA RENDAH macam apa ujian klinikal tadi katakan. 

Malah, Sumber terbaik Antioksidan iaitu membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.

Selain itu, mempunyai isoflavon Semulajadi iaitu berfungsi sebagai anti-radang (ruam, kulit menggelupas dll), merangsang pembentukan kolagen  dalam tubuh dan juga melindungi kerosakan sel oleh radikal bebas. 

Tak menyesal la minum Soya Protein lepas ini.

Tambahan pula bukan sahaja ada yang bermasalah kulit, antara pengamal yang boleh Protein Soya ini ialah;
                      


1. Ibu menyusu
2. Ibu hamil
3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 
8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
9. Wanita yang inginkan mengecilkan pori-pori muka. 

Paling best sangat sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah warga emas.

Jangan lupa bersahur dengan Soya ESP. 


Dapatkan ini sepanjang bulan Ramadan 


Ada yang juga  mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 

Baca selanjutnya Testimoni Faizah di Sini.



Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

#HealthySkinJournalsFSK


Tuesday, 30 May 2017

7 TIPS KEKALKAN TENAGA SEPANJANG RAMADAN

Bagaimana Ramadhan kali ini? Ok tak? 

Mesti ok kan? 

Cuma sekejap panas dan sekejap hujan. 

Kalau panas sahaja baru rasa teringat kesedapan air basikal di tekak ini. Bancuh pekat-pekat sedapnya!

Meh sini Faizah nak kongsikan 7 Tips kekalkan  tenaga sepanjang Ramadan. Antaranya ialah: 



1. Jangan Ambil Makanan Masin Ketika Bersahur

Suka  makan telur masin tak? Mesti suka kan? Sebenarnya tahukah Anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh  cepat kering dan berasa dahaga? 

Hal ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Elakkan ya!

2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur

Apabila mengunyah mengambil masa yang  lama bukan? Sudah tentu perut akan berasa kenyang pada waktu yang tepat. 

Makanya kekenyangan itu akan kekal lebih panjang dan dalam masa yang sama makanan itu tadi mudah dihadam oleh usus.

Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang.

3. Makan Kekacang

Ini kudapan paling best kan! Orang rambut selalu gugur sangat digalakkan ambil Kekacang tapi kalau alah mengakibatkan  jerawat timbul. Perlu cari alternatif lain. 

Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang.

Kalau bosan dengan juadah sahur, boleh buat Overnight Oat dicampur dengan kekacang dan Soya Non GMO. Sedap sangat! Buatlah nanti. 

4. Minum Segelas Air Sebelum Makan

Kata orang, tak elok berselang makan dengan air. Ini kerana, belum sempat makanan habis, perut sudah pun membuncit kekenyangan. Hehe. 

Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.

5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur

Mampu tak minum air 8 gelas sehari sepanjang Ramadan? Mesti tak mampu kan? Alternatifnya ambil buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang banyak kerana dapat menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir. 

Jangan lupa makan 7 warna dalam seharian ya. Rujuk entry blog Faizah nanti. 

6. Buat Diri Jadi Sibuk

Sepanjang Ramadan apa kata kita sibukkan diri dengan menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. 

Membaca Al-Quran pun membantu! Boleh tambah pahala kan. Syoknya khatam di bulan Ramadan. Jom! 

7. Makan Bijian Penuh

Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari. 

Selamat berbuka dan berpuasa. 

Semoga ini dapat dijadikan rujukan yang mana dapat membantu Anda menjalani ibadah Ramadan yang kedua. InsyaAllah. 

Rancanglah pemakanan Anda sebaiknya. Mana tahu dapat kurus dan kulit cantik sepanjang Ramadan ni. Hehe.

#BetterRamadan
#GelombangShaklee

Nak rasa bertenaga sepanjang Ramadan boleh dapat 3 Vitamin ini. Soya ESP sudah ada dalam online ya. 


Jom dapatkannya sekarang! 


Sumber Google: Testimoni Set Ramadan


Wednesday, 17 May 2017

PROTEIN TUMBUHAN Vs PROTEIN HAIWAN.




Faizah bagi contoh Ayam sebagai Protein Haiwan.

Ayam zaman sekarang tak sama macam dahulu tau. Tahu tak kenapa? 

Ada 3 jenis suntikan yang diberi kepada ayam iaitu: 

+ Suntikan Hormon Pertumbuhan

Suntikan hormon bertujuan untuk membantu pertumbuhan ayam agar cepat besar.

+ Suntikan Tambah Daging

Membantu ayam tersebut  cepat besar dan mengandungi banyak daging.

+ Suntikan Antibiotik

Membantu agar ayam sukar terkena sebarang jangkitan.Bahaya suntikan antibiotik pada ayam pula, antibiotik yang ada dalam dagingnya dimakan oleh orang yang makan dagingnya. Antibiotik yang sedikit itu boleh menganggu mikrobiota usus. 

Grrr. Patutlah buat kulit Faizah ting tong tiap kali makan Ayam ni. Rupanya ini antara penyebab imunisasi kulit Faizah menurun.

Sedihnya hati. 

Sebenarnya bukanlah nak stori pasal ayam sahaja tetapi nak stori pemakanan bersumberkan Protein berasaskan haiwan sangatlah berisiko tinggi untuk kita terkena penyakit jantung, darah tinggi, strok dan penyakit hati kerana terdapatnya bahan kimia seperti contoh ayam tadi. 

Jadi bagaimana ingin atasinya?

Sebaiknya gantikan Protein Haiwan ini dengan sumber Protein berasaskan TUMBUHAN. 

Khasnya seperti SOYA. 

Kacang Soya adalah tumbuhan yang sangat bagus untuk keperluan amino asid lengkap dalam tubuh. 

Badan kita boleh menghasilkan 11 jenis amino asid perlu dengan sendiri dan kita perlu  ambil 9 jenis amino asid daripada keperluan diet harian. 

Jadi mana nak dapat 9 amino asid ini? 

Senang sahaja. Ambil la dari kacang Soya kerana ianya cukup lengkap memenuhi keperluan tubuh. 

Amino asid kacang soya sama dengan amino asid yang terkandung di dalam haiwan. Kualiti pun sama.

Yang berbeza, protein tumbuhan tidak mempunyai kolestrol dan lemak yang terdapat di dalam protein haiwan.

Satu kebaikan utama dalam protein tumbuhan adalah ISOFLAVON yang tiada dalam protein haiwan.

Wah! Semuanya ada dalam Protein Soya ESP. 

Sebaik ada Shaklee yang sentiasa memperjuangkan Nutrisi dalam kehidupan manusia. Itulah #ShakleeDifference. 

#TofuMofuBofu
#GelombangShaklee


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Tuesday, 16 May 2017

SOYA ESP DICUCI DENGAN ALKOHOL?


Pagi yang indah Shake-shake -shake ESP.

Sekali ada orang tanya begini, 

"Soya ESP dicuci dengan Alkohol ke?" 

Hah! Yang mendengar soalan tersebut terus tersedak. Sampai merah muka dibuatnya. Syukur orang depan tak kene semburan Soya kan? Haha. 

Ok beginilah, sebenarnya Soya ESP tidak dicuci dengan alkohol sebaliknya adalah diproses dan dibancuh dengan Air. 

Sebabnya menggunakan air kerana untuk mengekalkan keaslian isoflavons di dalam Soya ESP seperti genistein dan daidzein. Tidak seperti protein soya yang lain yang banyak menggunakan alkohol.

Pasti Anda ingin tahu lebih lanjut tentan apa itu ISOFLAVONS, GENISTEIN dan DAIDZEIN kan? 

+ Isoflavons- merendahkan LDL kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan mencegah kanser payudara / prostat

+ Genistein- mengekang pertumbuhan kanser, memusnahkan radikal bebas, membantu pemulihan uterus, ovari, menopos

+ Diadzein-anti tumor, pankreas, anti estrogern dan berguna untuk wanita menopos

Jadi minumlah Protein Soya tanpa was-was kerana Soya ESP ada #KajianLandmark dan juga sijil halal. 

Boleh refer pada entry ini tentang "Adakah Shaklee Halal?" 

#TofuMofuBofu


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Thursday, 4 May 2017

6 JENIS EKZEMA DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum. Hari ini ingin berkongsi dengan Anda semua mengenai "EKZEMA". Penyakit ini agak popular pada waktu ini. Faizah sendiri merupakan salah seorang yang ada masalah ini. Bukanlah setakat pernah mengalami masalah jerawat nanah sahaja. Masalah ini juga sering berlaku. 

Teringat semasa sekolah rendah dahulu mengalami gatal-gatal di perut. Beriyalah juga mak Faizah letak minyak angin. Hehe. Tak tahu kan itu ekzema rupanya. Tapi Alhamdulillah bila dah dewasa tiada simptom itu tapi kadang kala ada jugalah menyerang kegatalan pada kulit. 

Jadi Faizah pun adalah dengar di televisyen dan juga dalam kelas Nutrisi Shaklee  yang disediakan mengenai masalah berkaitan dengan ekzema. Makanya hari ini berpeluang untuk Faizah mencurahkan segala pemahaman sendiri ini berdasarkan ilmu yang saya dapat ini. Hehe. 

Mudah-mudahan membantu kalian di luar sana sebagai rujukan.

APA ITU SISTEM IMUN?

Sebelum kita pergi kepada apa itu ekzema, Faizah ingin berkongsi dengan Anda yang dimaksudkan dengan sistem imun. Sistem imun adalah sistem pertahanan badan untuk menghalang daripada patogen (bakteria/virus/fungus) yang masuk ke dalam sistem tubuh badan kita.

Sistem imun ini sangatlah kompleks sebenarnya kerana terdiri daripada "network" antara sel, tisu dan organ. 

Misinya ialah bunuh patogen yang masuk di dalam badan. 



Sumber Google: Fungsi organ dalam sistem imun

Jadi dua jenis sistem pertahanan tubuh badan kita ialah:

1. Sistem pertahanan utama

a) Kulit : Pertahanan fizikal yang menghalang patogen

b) Membran Mukus:  Mukus yang memerangkap patogen dan menghalang memasuki badan

c) Jus Gastrik: Cecair berasid yang membunuh mikroorganisma

d) Air mata, peluh dan air liur : Cecair badan yang mempunyai sifat anti-bakteria

2. Sistem pertahanan kedua

Jika patogen menembusi barisan pertahanan pertama, sel-sel darah putih akan memain peranan dalam menghalang atau memusnahkan patogen sebelum ia membahayakan badan.


EKZEMA

Organ paling besar pada tubuh kita adalah kulit. 

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah atau dipanggil inflamasi. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. 

Demikian jugalah jika bayi yang terkena ekzema, si ibu perlulah berpantang makanan terutamanya bayi yang masih menyusukan badan. 


Ini info yang Faizah snap dekat klinik Dr Norman di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Dr Norman ini kepakaran kulit. Jika lihat yang ini, memang Faizah ini ikut genetik. Abah ada masalah jerawat dan Bonda masalah ekzema. Jadi dapatlah kedua-duanya kepada diri Faizah ini. Hehe. Sudah ketentuan Ilahi kan. Kene pandai jaga makan ajalah.


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. 

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:
  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.


Punca Atau Faktor Penyakit Eczema


Untuk pengetahuan anda, sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya.. namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :
  • Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabric tertentu.
Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap ekzema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.


Sumber Google


Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. 

6 Jenis Masalah Kulit Ekzema ialah: 


Sumber Google


1. Atopic Dermatitis 

Penyakit dermatitis atopik ini adalah penyakit yang terjadi secara bersamaan serangan asma atau radang selaput lendir pada hidung. Menurut apa yang Faizah dengar daripada seorang doktor ini,  ianya boleh terjadi jika kita mempunyai resdung, gatal mata dan sebagainya. Penyakit sering menyerang pada anak-anak yang usianya bawah 5 tahun (bayi). Namun demikian, pada orang dewasa juga boleh berpotensi mengalami masalah ini. 


Sumber Google

Selain itu masalah ini juga disebabkan oleh kekurangan zinc dalam badan. Anda boleh baca selanjutnya jurnal Shaklee di sini berkenaan masalah zinc dan atopic dermatitis di SINI.

2. Contact Eczema 

Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contoh: di pergelangan tangan sekiranya seseorang alah jam tangan atau tali pinggang (alahan kepada nikel/besi), ketiak (alahan kepada pewangi dalam deodoran) dan juga alah pada sabun. 

3. Seborrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan jadi kuning terutamanya dalam kalangan bayi. Malahan, pada kelopak mata juga boleh terjadi seperti ini. 

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa dalam kalangan bayi. Sementara itu dalam kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.


Sumber Google. Tak sangka bukan kerak di kepala sahaja, tepi telinga pun ada ada rupanya.

4. Nummular Eczema

Jenis ekzema ini juga dikenali " Discoid Ekzema" yang boleh berlaku di mana-mana peringkat. Tambahan pula, ekzema ini nampak berbeza dengan jenis ekzema biasa dan sukar dirawat. 

Penyakit ini juga akan kembali ke tempat yang terjejas tempat sama. Tanpa rawatan, ekzema Nummular ini akan  berpanjangan untuk beberapa minggu, bulan ataupun tahun. 

Menurut Blog Clairecsy, Ekzema Nummular berbentuk seakan syiling iaitu bentuk bulat. Simptom awal Ekzema Nummular adalah bintik-bintik merah yang dengan cepatnya menjadi bintik besar yang saiznya boleh daripada beberapa miilimeter ke beberapa sentimeter besarnya. Kawasan yang terjejas akan menjadi sangat gatal terutamanya pada waktu malam.

Apabila kawasan ekzema Nummular ini dijangkiti bakteria (biasanya bakteria Staphylococcus), simptom jangkitan adalah:
  • Mengeluarkan cecair
  • Membentuk kerak berwarna kuning darpada cecair tadi
  • Kulit di sekitarnya menjadi merah, bengkak dan sakit
  • Rasa demam, tidak selesa dan sejuk

Sumber Google

5. Neurodermatitis 

Juga dikenali sebagai Lichen Simplex Chronicus. Ia adalah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan kulit menjadi bersisik dan tebal akibat daripada selalu digaru dan digosok.


Sumber Google


6. Stasis Dermatitis

Ia juga dipanggil Stasis Vena dematitis (Vernous Stasis Dermatitis) kerana ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan aliran darah dan tekanan dalam urat, biasanya apda bahagian kaki. Tekanan ini boleh menyebabkan cecair bocor keluar daripada urat dan ke dalam kulit.


Sumber Google



Sumber Google


Sumber Google




Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian
  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.
Pemakanan
  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap
  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.

Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus sekiranya menjadi lebih teruk- flare up

Terdapat dua kaedah untuk merawat ekzema ini iaitu :
- kaedah luaran
-kaedah dalaman

1) Kaedah luaran
- untuk keadaan 1 dan 2 ,gunakan Basic H
- untuk keadaan 3 hingga 5 , gunakan Herbal Blend

2) Keadah dalaman
-untuk bayi eczema ~ ibu menyusu boleh ambil Set B(vit C,B comp.,Vitalea,Alfalfa) ,ESP,Mealshakes dan Nutriferon.
-untuk kanak-kanak (1-4 tahun) ~ mealshakes
-untuk kanak-kanak (4-12 tahun ~ mealshakes dan ESP
-untuk remaja dan dewasa  ~ set G(Vit C,GLA,Alfalfa,Zink) , mealshakes dan ESP


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)



COD: Bahau & sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...