Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts

Saturday, 7 October 2017

MEMBERI DENGAN IKHLAS

Rakan Faizah pernahlah bertanyakan tentang sesuatu ini berkenaan dalam urusan bisnes Shaklee.

Salah satu ayatnya paling menarik hati bila beliau cakap, 

" bermula dgn memberi maka pintu berkat pun terbuka juga"

Setuju sangat. Rasa deep sangat ayat ni.

Berkat adalah puncak segala kehidupan. Sebuah kehidupan dalam kehidupan.

Keindahannya hanya dapat dilihat oleh mata hati.

Ketenangannya menghembus bagai angin yang mendamaikan.

Satu kenikmatan yang tidak dapat dijelaskan oleh kata-kata.

Cuma satu sahaja, ketika kita mengejar kejayaan hidup, kita mula belajar bahawa kekayaan itu tidak akan datang ketika kita mengejarnya. Kita mula berasa penat dan lelah.

Akhirnya, kita mula sedar bahawa kekayaan sebenar adalah nikmat mendekati tuhan.

Ia datang apabila kita mula hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Jika Shaklee salah satunya pilihan yang dapat memberi manfaat dari segi kesihatan orang lain, jadi teruskan tanpa rasa lelah hati.

Nahh tengoklahhhh mana satu pilihan Anda. Mana yang berkenan tu bolehlah whatsapp saya. hahah




Awal bulan September hari itu ada singgah Shaklee HQ di Sunway Geo

Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Monday, 31 July 2017

TIPS CARA PERBELANJAAN

"Hakikatnya apa yang kita miliki belum pasti menjadi milik kita. Tetapi apa yang kita berikan akan menjadi milik kita bagi kekayaaan akhirat serta keberkatannya akan bertambah" 

Antara kata-kata yang dibaca dari sebuah buku. Sungguh meninggalkan kesan dalam hati. 

Ada satu kisahnya diceritakan dalam buku tersebut tentang seorang guru yang dihormati oleh penulis tersebut. 

Guru itu bukanlah mengajar di sekolah tetapi seorang pensyarah di sebuah universiti. Kata penulis lagi, kerjaya sebagau pensyarah boleh dikatakan agak stabil dari sudut pendapatan. 

Jadi pada suatu hari, guru itu bergambar dengan motor berkuasa tinggi yang beliau minati iaitu motosikal Harley-Davidson. 

Guru itu berkata, "Kalau ikut gaji, insya-Allah cukup je kalau nak beli. Tapi kalau beli, takut-takut tak mampu nak beri." 

Allah masa baca cerita ni, serius deep sungguh kata-kata guru ini. 

Padahal Faizah yang belum lagi tiada apa-apa ini macam-macam duk fikir "nanti aku senang nak tu nak ni" 😂

Entah hape-hape kan. Sekali baca kisah guru ini terus tertampar muka berkali-kali. 

Tapi kan bukan itu sahaja Faizah nak kongsikan dengan korang. Ada satu tips perkongsian menarik dalam buku ini perlu kita amalkan. 

❤Cara perbelanjaan orang biasa: 
Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan

❤Cara perbelanjaan orang bijak: 
Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan

❤Cara perbelanjaan orang bijak dan beriman: 
Pendapatan - Sedekah - Simpanan = Perbelanjaan

Jadi Faizah kongsikan ini supaya Faizah pun tak lupa juga buat untuk akan datang. 

Save sini untuk semua sama-sama amalkan untuk dunia dan akhirat. 😊❤

#SimpanNota
#TabungFaizah

Saturday, 27 May 2017

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Ramai yang dah mula sampai ke kampung kan? Seronoknya. Faizah memang asal duduk kampung. Jadi sini ajalah. Haha. Nah khas untuk kalian ucapan daripada Faizah dan Bonda.


Jangan lupa amalkan Vivix, Set Detox dan Set Ramadan sepanjang bulan ini. 

Semoga kita semua dapat beribadah lebih selesa dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan tinggi nutrisi di dalam pemakanan. InsyaAllah. 

Nak baca selanjutnya Testimoni Faizah?



Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Tuesday, 16 May 2017

PART 1: KELAS MASTERKEY SELATAN, PORT DICKSON

Pertama kali untuk tahun ini, Faizah menghadiri Masterkey Selatan yang diadakan semalam di Guest Hotel & Spa. 

Beberapa Master Shaklee telah menghadiri dan menurunkan ilmu serta pengalaman mereka dalam membina bisness Shaklee iaitu  Master Haji Roslan, Master Farihah, Master Rabihah Anis, Master Saif dan Master Dr Normi. 

Baharulah Faizah tahu latar belakang mereka ada yang guru, jurutera, doktor gigi dan macam-macamlah.

Banyak sungguhlah ilmu yang diperturunkan untuk membina bisness Shaklee. Rasa fresh kembali minda ini. Cewah. 

Mulalah bermacam-macam idea marketing datang berpaut ke minda ini untuk tambah baik bisness bersama dengan Team Faizah. 

Ingat dahulu pada 28 November 2013, Faizah mendaftarkan ahli sebagai "FREE MEMBERSHIP" iaitu lebih 200 uv (point). Masa ini apply teknik "Buat" Shaklee bukannya "Bina".

Matlamat ketika itu hanya tahu buat bisness Shaklee nak bonus yang boleh bayar sewa rumah. Jadikan itu sebagai "push factor" tapi dalam hati kata masa mula-mula kumpul order tak terfikir pun nak bonus 3 angka. Haha. 

Tahu hanya kumpul order dengan percuma keahlian tanpa bayaran RM79.50 dan tahu ada duit poket masa belajar di UiTM  Shah Alam.

Tapi seriuslah tak sangka sekadar hanya ingin cover duit bayar sewa rumah, tup-tup jual vitamin Shaklee siap dapat cover pula duit sewa rumah. 

Sebagai pelajar ketika itu, memanglah suka sangat kan.

Cuma masa ini tiada pun dalam kepala nak target naik rank jadi supervisor dan seterusnya.Haha.

Almaklumlah akal masa ini fikir "Buat" sahaja. Tapi sebenarnya tak membina pun. Hehe. Itu salah satu kesilapan dahulu. 

Sekarang ini lebih kepada "Bina" bisness Shaklee. Automatik diri sendiri akan menolak diri "buat" sekali bisness. Rupanya ada beza Bina vs Buat kan? 

Cumanya apa yang Faizah nak nasihatkan sentiasalah cari ilmu. Dapat sahaja ilmu, cubalah fikirkan secara logik boleh apply tidak dengan bisness kita. 

Kita mampu tak buat. Kalau mampu buat, cepat-cepat bertindak atas ilmu tersebut. 

Mungkin juga ilmu kita dapat itu bermanfaat untuk insan lain. 

Haa nak makan Shaklee dengan rasa penuh seronok dan suka pun kene ada ilmu juga. 

Macam Faizah sendiri pun paksa diri belajar terus menerus tentang ilmu Nutrisi. 

Ini semua untuk Anda semua. Yeah! Komitmen Faizah nak shakleekan diri Anda dengan #ShakleeEffect seperti mana Faizah dapat menyihatkan kembali kulit muka ini dari jerawat. 😊 

Jom sihatkan badan dengan pengambilan Vitamin Shaklee dan bina Shaklee bersama Team Faizah. 

#GelombangShaklee
#ProjekRM500



Masa kelas tak penuh lagi. Ingatkan dah tiada tempat. Sebaik dapat duduk tengah-tengah. Hehe


Faizah bawa Bonda sekali teman. Itu yang best buat bisness Shaklee ni. Boleh bawa famili sekali dengar.


Yeah! Yang duduk depan Faizah ni, kakak-kakak sideline Faizah di dalam satu Team dari susur jalur Master Zura, Master Yani dan Master Farina


Doakan Faizah naik Road to Master Coordinator semakin dipermudahkan. Aamin

Sesiapa nak jadi sebahagian Team Faizah bolehlah whatsapp ke 0136625745

-Pengedar Shaklee Bahau, Negeri Sembilan -




Thursday, 20 April 2017

NIKMAT DAPAT MAKAN KURMA DARI TANAH SUCI MEKAH

Cerita petang semalam. 

Betapa nikmatnya dapat makan kurma dari tanah suci Mekah. Oh sedap sekali! 

Sampai membuatkan tak makan nasi malam tadi. Hehe. 

Terima kasih Tuan Rumah menghidangkannya. 

Jom kita melihat telatah kami. Hahhaha! Ok bye!


Wahhhh makan kacang banyak jugak semalam, tapi dah siap-siap redho kot-kot keluar jerawat. Hehe. 

Tapi magik la! 

Pagi ni tiada sebarang jerawat keluar. 

Dari nun jauh juga yang boleh rupanya kulit ni ok ye. Haha. Macam-macam pening kepala den bab makan ni. Ok bye!


Kurma Ajwa untuk Najwa. 

Eh itu tajuk Drama. Hehe

Kurma Ajwa untuk Faizah la. Kiki. Perasan!


Air zam-zam. Zam zam ala kazam! 

Air yang paling terbaik. Terbaca satu buku ni kalau nak sihat, amalkan minum air zam-zam ini.

Sebelum minum, selawat dahulu. 


Hehe. Eh orang sebelah ni. Tak fokus pulak.


Meh nak ajar cara makan kismis yang betul. Haha. Tak do kojo boto kan? Osahlah.

Lebar eh muko. 😏


Alololo shuwitttt orang sebelah. Hehe

Itu sahaja untuk hari ini. Hehe

Jangan lupa beli Shaklee ya. Start 1 Mei harga baru akan bermula. 
So nak best, boronglah bulan ini. Terutamanya ESP sangat-sangat rekomen pada kalian untuk buat stok untuk Ramadhan. 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)



COD: Bahau & sekitarnya


Thursday, 9 February 2017

DOSA ADALAH PENGHALANG KEJAYAAN

"KESAN DOSA"

Sebab dosa adalah penghalang kejayaan.

Kesan dosa paling dekat dengan diri kita sebagai orang Islam adalah malas beribadah.

Maksud Ustaz yang menceritakan dalam sebuah buku ini, dia tak ada rasa manis dalam beribadah. Dosa sudah banyak dikumpul. Jadi, nak buat ibadah dah rasa tak seronok.
Allahuakbar.

Tipulah kalau diri ini tidak memikirkan apa yang tertulis dalam buku ini.

Sedangkan perkataan "kejayaan" itu selalu terpasak dalam minda.
"aku nak berjaya. Bagaimana aku nak berjaya? Aku nak Team ahli aku berjaya. Bagaimana aku nak tolong bantu mereka berjaya juga"

Rupa-rupanya satu perkara Faizah sendiri lupa tentang DOSA ada kaitan ini semua.
Yang menghalang rahmat Allah SWT adalah dosa. Jadi bila dosa terlerai, maka terbuka luaslah rahmat Allah SWT kepada kita.

Maka untuk meleraikan dosa, "perbanyakkan istighfar".

Allahuakbar. Banyak lagi perlu diperbaiki.

Faizah teringat satu ni,
"Bila Allah SWT perintahkan solat,
Maknanya dalam solat ada DISIPLIN,
Dalam solat pentingnya penjagaan MASA,
Dalam solat ada KEPIMPINAN,
Dalam solat ada KEJAYAAN.
Maka siapa yang menafikan atau MENGABAIKAN solat, maknanya jauh sekali dia mahu berjaya"

Betol juga kata Master sharing dalam Live semalam,
"hidup mesti ada target. Target mesti ke syurga. Tulis target dalam sekeping kertas. Jika terlupa lihat balik.
Contoh nak rajin solat ON time, rajin baca al-Quran dan bermacam lagi"

Sebenarnya tujuan hidup kita mestilah jelas. Jika tidak dosa juga yang menambah nanti.

Allahuakbar. Mudah-mudahan jauhkanlah segala ini untuk kita semua.
Perbanyakkan istighfar lagi. Jom pagi ni.


Sumber Google



Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Tuesday, 24 January 2017

NOTA PAGI

Teringat satu notes daripada Heliza Helmi, katanya;

"Melompat lebih TINGGI, 

Jatuh itu biasa, 
Bangkit itu luar biasa! 

Seorang pemenang tidak akan berhenti untuk berusaha,
Dan orang yang berhenti untuk berusaha takkan menjadi seorang pemenang,

Hidup tak cukup berdiri,
Berjalan dan berlari,
Namun juga perlu melompat lebih TINGGI!"

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. 



Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya



Wednesday, 4 January 2017

TIPS BONDA MENJEMPUT REZEKI

Pagi yang sibuk dengan bunyian lalu lintas motor dan kereta, tiba-tiba ada kedengaran 3 kali salam di luar rumah,

"Assalamualaikum, Assalamualaikum, Assalamualaikum" 

Rupanya ada rezeki pagi ini dapat pula pisang.




Semoga yang memberikan ini dilimpahkan rezeki lebih banyak lagi. Aaminn.

Semalam rezeki dapat talam nangka, hari ini pula rezeki dapat buah pisang. Yang memberinya pun bukanlah orang yang sama. Hehe. 



Sedap juga rasanya. Aumm.
Musnah seketika diet! :P


Bercerita mengenai rezeki kan. Faizah ingin kongsikan sesuatu.

Mungkin juga ini penyebabnya kami sering kali dapat rezeki tanpa diduga ini.

Sebenarnya Bonda ajarkan kami benda ini dan kami harus amalkannya supaya kami sama-sama mendapat berkat dari Ilahi.

Setiap pagi haruslah amalkan iaitu zikir Ya Wahhab, Ya Razzaq, Istighfar, Selawat ke atas Nabi dan juga paling ditekankan oleh Bonda memaksa kami menyebut Ya Aziz sekali.

Satu lagi ayat doa paling ikhlas Bonda ajarkan setiap kali selepas solat ialah

" Ya Allah berkati hidup ini, permudahkan urusan hari ini, berikan kami sekeluarga kekayaan dan kekayaan itu mulia disisiMu"

Ya Aziz itu ada kaitan dalam doa ini sebenarnya.

InsyaAllah. Jika kita amalkannya kita akan dapat menjadi orang yang mulia dan kaya dengan pertolongan Allah.

Itulah sebabnya Bonda tekankan. Bonda Faizah beri doa ini supaya anak-anaknya jangan sesekali takut untuk menjadi kaya.

Kaya rezeki, kaya harta dan paling penting kaya di dunia dan akhirat. (Kaya dan mulia di sisi Allah)

Rakan-rakan bolehlah amalkan doa. 

Sambil-sambil baca ENTRY Faizah jemput baca kebaikan ESP dijadikan sarapan setiap kali di SINI.

Sesiapa nak shaklee, bolehlah roger Faizah untuk order dan join Projek RM500 ini. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Sunday, 18 December 2016

SELAMAT HARI JADI ANAK BUAH KE-3

Tanggal 12 Disember 2016, genaplah umur 6 tahun si Damia Hannah. Jadi Mak sunya asyik cerita mengenai shaklee tak sudah-sudah kan, apa lagi kasi peluanglah kalian yang membaca hilangkan stress melihat gelagat-gelagat mereka ini. 

Secara total 7 orang sudah anak buah sekarang ni. Weh! Terasa tua kejap! Nangis. haha.

Jom layan dengan gambar-gambar mereka. 


Damia Hannah tengah potong kek



Eh! Terlolap pulak deh. 
Tahun depan masuk darjah 1 ni



Mohd Izz Harraz, cucu sulung boy setelah 3 orang yang pertama 
berderet-deret dengan gegirl. Hehe



Mee Kari Kakak Ipar. 
Sesiapa yang Area bahau ingin tempah brownie ke atau apa-apa ajalah, 
boleh je contact Faizah. 
Kakak ipar memang buat benda-benda macamni.



Haaa budak debab ni dah 3 bulan usianya. 
Mohd Asyraf ni mak su sendiri tak larat nak dukung taw. 
Bam bam sangat. Hehe



Harraz dengan 'Aqilah Amani.
Siap kongsi-kongsi air tu. 
Haha. So sweet anak buah mok chu ni.



Lupa pula, yang tengah berdiri tu Si Soffiya.
Umur 6 tahun.
Lagi 2 orang tak mahu dipertontonkan. 
Al maklumlah gadis remaja. 
Weh terasa tua pulak panggil mereka dengan gadis remaja. Haha.
Sorang tu nak masuk tingkatan 1 tahun depan. 
Sorang lagi tahun hadapan darjah 6. 

Itu sahaja hidangan gambar petang ini. Hehe

Santai-santai aja entry ahad kali ini. :)





Friday, 16 December 2016

AL-FATIHAH BUAT ABAH

Rindu
Rindu yang bernama
Kamaruzaman Mohd Yatim.
Kalau pagi begini mesti kedengaran alunan suaranya dari sebuah bilik, mengaji tanpa henti.
Tekun membaca tafsir.
Kadang kala terfikir dan terdetik di hati juga ketika itu, "2 tahun Abah begitu tekun sekali dan berkali-kali ganda berbanding sebelumnya"
Setiap kali buat apa sahaja, pasti ada terselit ayatnya, "Nanti benda ni la kau akan ingat lepas ni"
Abah yang jenis kuat bergurau. Kita menganggap itu hanyalah ayat gurauan semata.
Bergelak ketawa setiap hari.
Bergurau setiap hari.
Memperbetolkan ayat bahasa Malaysia anak-anak setiap hari. Geram tetap geram. Haha. Itulah abah. Silap sedikit ayat,kita yang kalah.
Kalau merajuk, dipujuk dengan gurauannya.
Dicuit-cuitnya kita sampai tergelak.
Kalau kami anak-anak ada peperiksaan,
pasti akan beritahu Abah,
"Abah nanti Abah buatlah solat hajat"
Nanti tanya balik, "Abah mak dah buat?"
Abah pun jawab, "Dah. Puasa pun buat"
Nanti kami anak-anak akan merasakan nikmat ketenangan itu ketika peperiksaan. Terima kasih Abah Mak
Kadang-kadang terfikir, tahun 2014 bulan 5 diri ini habis konvo, tahun 2014 juga beliau pergi selamanya pada raya ketiga Aidiladha bulan 10.
Kalau fikirkan, banyak perkara tidak sempat dibuat kepadanya.
Rupanya satu hari terbeli sebuah buku menceritakan bagaimana kita ingin berbuat baik kedua ibu bapa kita terutamanya yang tiada.
Dari situlah hati tenang dan dalam masa sama rupanya ada sesuatu perkara yang Allah ingin ajarkan diri kami.
Hargailah mak ayah kalian di depan mata kerana antara kebaikannya:
1. Hidup akan mendapat redha Allah SWT
2.Panjang Umur dan ditambah rezeki
3. Dapat anak yang baik.
Firman Allah SWT surah Al-Ahqaf ayat 15, "Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa"
Mak, kami akan tetap bersamamu.
Mak sekarang dah makin kuat.
Alhamdulillah. 
Al-Fatihah buat Abah Kamaruzaman.


Tuesday, 13 December 2016

COLOR OF THE YEAR 2017

Assalamualaikum, Hai semua. 

Kali ini Faizah mulakan dengan entry yang santai dahulu. Anda terfikir tidak untuk ketahui "COLOR OF THE YEAR 2017'?

Kalau orang nak kahwin, biasalah warna ini penting. Haha. Faizah antara yang gigih jugalah nak tahu warna 2017 ini. Eh, Faizah nak kahwin ke apa ni? Ok tettt rahsia. :P

Lagi satu kebiasaanya kalau orang yang berniaga kain, warna ini juga penting kan untuk industri mereka. Alah apa kurangnya juga yang mempunyai keluarga yang besar mestilah warna 2017 ini penting juga untuk tema-tema tertentu seperti Hari Raya.  

Berikutan warna 2017 ini penting bagi Faizah dan keluarga, jadi Faizah ada mengikuti perkembangan Facebook Puan Mary Anni iaitu Pakar Perunding Imej Profesional. Apa yang Faizah suka tentang Puan ini, beliau suka memberikan ilmu berkaitan imej seperti warna dan sebagainya. 

Baru- baru ini ada mengikuti Live Facebook beliau yang memberitahu bahawa warna 2017 akan diberitahu pada minggu kedua di website Pantone. Seluruh dunia akan menggunakan warna ini. 

Warna Greenary adalah warna terpilih untuk tahun 2017. Go Green! Go Green with Shaklee! haha. 

Hijau seperti tema Shaklee itulah pilihan 2017. Tak sangka pula kan. 

Jom kita lihat contoh-contoh warna yang berkaitan Greenary ini yang Faizah ambil daripada Pak Cik Google. 








Tidak dilupakan juga beg jute dari Shaklee pun mengikut tema juga. 
Tapi terlajak advance pula warnanya pada bulan ini. Haha 


Beg Jute yang Master Zura pegang ini ada offer pada bulan December kali ini.
Color of the year terlajak awal pula pada bulan ini kan? hehe. 
So kalau Anda di luar sana sukakan beg Jute ala-ala Greenary untuk mengikut tema tahun depan bolehlah dapatkan promosinya kali ini.
Grab cepat-cepat ye!


Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...