Showing posts with label Set Insomnia. Show all posts
Showing posts with label Set Insomnia. Show all posts

Tuesday, 3 January 2017

7 TIPS TIDUR LEBIH AWAL UNTUK KAUM ADAM & HAWA DI LUAR SANA

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua?

Hari ini ingin menceritakan tips untuk kaum Adam dan Hawa yang sering kali mempunyai kesulitan untuk tidur lebih awal. Ini juga antara tips yang Faizah tekankan juga sepanjang hari. 

Bukan apa, sebenarnya bila kita tidur awal kulit kita akan kelihatan segar, sihat, imunisasi kulit dan dalaman tinggi serta kita akan dapat mengurangkan gejalan stress di siang hari. Apa yang penting jika kita menjaga waktu tidur, jerawat tidak lagi akan datang membawa gengnya ke atas kulit kita ini. Sepanjang Faizah memulihkan jerawat kronik, tidur menjadi perkara pertama dititikberatkan. 

Jika Faizah tidur setiap hari, jerawat akan datang menyerang dan diri sendiri juga akan berganda-ganda stress. Sedih kan?

Ingin bertanya juga Anda di luar sana, kebiasaan kalian tidur jam berapa? Kalau sudi komenlah di bawah. 


Sumber Google


7 TIPS TIDUR LEBIH AWAL

Perkongsian ini adalah hasil bacaan di sumber blog TipsSihatSelalu. Mudah-mudahan tips ini membantu kalian untuk lebih istiqomah menjaga waktu tidur lagi. 

1. Simpan gajet elektronik

Satu kajian di US mendapati 95 peratus warganya menggunakan gajet elektronik sejam sebelum tidur sekurang-kurangnya beberapa hari dalam seminggu, menjurus kepada lewat tidur. Buat satu peraturan supaya tiada gajet dibenarkan di katil.


Matikan semua gajet sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Terdedah dengan cahaya lampu yang terang adalah salah satu faktor sukar untuk tidur. Anda juga akan menjadi asyik menggunakannya sehingga terlewat tidur.

2. Tulis 'Worry Journal'

Biasanya kita susah nak tidur sebab banyak sangat benda nak fikir. Pasal kerja lah, pasal anak lah, pasal duit lah, pasal keluarga dan macam-macam lagi. Biasanya kita tak tidur sebab terfikir banyak kerja nak setel. Cara untuk elakkan benda ni adalah dengan buat senarai apa nak buat. 

Tak semestinya senaraikan kerja yang nak disiapkan, kita juga boleh tulis perkara yang menyebabkan kita risau. Kosongkan minda boleh bantu untuk tidur.

3. Set Alarm (bukan untuk bangun tidur, tapi untuk tidur)

Jadikan kebiasaan untuk tidur pada masa yang tetap setiap malam. Letakkan alarm supaya mengingatkan kita supaya habiskan segala kerja dan tidur awal.

4. Tinggalkan kerja anda di pejabat

Membawa balik kerja ke rumah boleh menyebabkan kita akan stay-up untuk siapkan kerja. Kerja tersebut akan mengganggu tidur kita. Cara paling mudah untuk tidur awal adalah meninggalkan segala kerja di pejabat. Anda akan terkejut kerana cara ini sebenarnya boleh menambah produktiviti kerja anda dengan tidur awal.


5. Bersenam di waktu siang

Kajian mendapati orang yang bersenam mempunyai tidur yang berkualiti dari orang yang tidak bersenam. Dengan bersenam, kita akan rasa lebih letih dan mendorong untuk tidur lebih awal. Jika kita tidak bersenam pun, pastikan kita bertindak aktif sepanjang hari, banyakkan berjalan, membuat kerja rumah dan naik turun tangga supaya ia menyamai kesan kita bersenam selama beberapa jam.


6. Tetapkan ia sebagai rutin

Biasakan diri untuk bersiap untuk tidur lebih awal. Minum susu, pakai pakaian tidur dan membaca buku bagi merehatkan diri serta menyiapkan diri untuk tidur. Kita juga akan rasa nyaman dan selesa serta terdorong untuk tidur lebih awal.


7. Terus tidur bila rasa penat

Jangan paksa diri untuk terus berjaga bila anda rasa penat. Pertama kali merasa penat, anda perlu terus tidur kerana apabila anda paksa lagi diri selepas itu, sekurang-kurangnya anda akan tidur 3 jam lewat selepas itu.

sumber: http://www.huffingtonpost.com


8. Ambil makanan tambahan

Ada sedikit info tambahan, jika ada yang mengalami sukar tidur dan masih tidak mampu tidur awal sebaiknya ambil vitamin-vitamin yang dicadangkan di sini iaitu:


Boleh baca info selanjutnya di SINI


1. ESP : Merupakan Soya Non-GMO dan berfungsi sebagai protein. Dapat Membantu meningkatkan Melatonin

2. Ostematrix: Membantu meningkatkan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan untuk tidur lebih nyenyak. 

3. Gla Complex: Membantu menstabilkan hormon.

4. B Complex: Sebagai anti-stress dan menenangkan saraf. Dapat elakkan seseorang dari kemurungan, mood swing dan bermacam lagi

5. Lecithin: Meningkatkan hormon Serotonin, mengurangkan lemak di badan, meningkatkan kekuatan ingatan, kulit cantik dan bermacam lagi. 

Eh chop! sebelum tidur pastikan baca doa tidur dahulu. 


Semoga ini dapat membantu kalian untuk atasi tidur lewat. :)

Pastikan kulit dan dalaman Anda sihat ya! 

Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Monday, 22 August 2016

32 KHASIAT ESP YANG PERLU ANDA KETAHUI


SubhanaAllah, manis dan lawa sangat ciptaan Allah ini. 
Actually saya suka giler tengok si Alia ( Model muslimah)  ni di instagram. 
Manis dan cantik je. 
Memang patut si Alia ni sesuai jadi model tudung muslimah. 
Saya tak sangka dia pun penggemar ESP. 
Patutlah lawa kulitnya kan? Hehe.


Bukan setakat Alia sahaja yang suka, saya sendiri sukakan ESP. Lagi-lagi bab ESP ini sangat membantu saya merawat JERAWAT dan hilangkan parut JERAWAT. Jom baca testimoni saya sendiri di sini,  TESTIMONI JERAWAT & ALAHAN


Banyak-banyak produk shaklee, ESP la paling HOT ITEMS. Lagi-lagi masa HOT PROMO, kenaikan sale pun mendadak giler. Haha. Nampak tak betapa rakyat Malaysia sukakan ESP ni. 



APA ITU ESP?
Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Macam saya buat biasanya ESP ini dibancuh air kosong sahaja tapi kalau anda semua yang tak biasa dengan ESP, boleh juga dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama ESP. Cumanya kalau untuk bancuhan ESP ni sebaiknya dengan air sejuk atau suam supaya dapat memelihara protein itu tidak termusnah pada suhu tinggi.

Selain itu, ESP juga boleh dijadikan masker dengan membancuh pelbagai resepi seperti 1 sudu ESP + 1 sudu yogurt atau ! sudu ESP + Putih telur atau 1 sudu + 1 biji Vitamin C dan bermacam-macam cara lagilah. Dah siap bancuh adunan tersebut dan tepekkan pada muka anda.



SIAPA PERLU AMBIL ESP?

1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik

2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat

3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna

4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster

5. Penghidap kencing manis

6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit

7. Orang yang alergik atau alahan.

8. Wanita ingin menguruskan badan





Baca testimoni di sini : TESTIMONI FULL SET SUBUR

Anda ada masalah INSOMNIA? Boleh baca di sini kaitan dengan ESP : ESP & SUKAR TIDUR NYENYAK


KHASIAT ESP:

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak, tanpa kolestrol

11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan

15. Membantu mengurangkan risiko kanser,

16. Bertindak sebagai antioksidan,

17. Menguatkan sistem imun tubuh,

18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,

19. Memelihara kesihatan jantung

20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua

21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.

24. Membantu merendahkan paras kolestrol,

25. Mencegah osteoporosis

26. Membantu pembentukan sel-sel baru.

27. Membantu menyembuhkan gastrik.

28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.

29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

30. Memudarkan parut

31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak

32. Kecantikan kulit dan rambut



PERBEZAAN ESP DENGAN SOYA LAIN

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

2. Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

6. Rendah lemak, tanpa kolestrol

7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi



SEL BADAN DIKAITKAN DENGAN PROTEIN?

Sel badan kita terbentuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak langsung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga.


Sel--Tisu--Organ--Sistem




TESTIMONI DENGAN ESP










JOM DAPATKAN ESP SEKARANG.

Jika  ANDA dengan ESP atau produk-produk shaklee yang lain, hubungi saya pada WHATSAPP atau PM direct di FACEBOOK


Shaklee Independent Distributor

Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)

COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya




Friday, 12 August 2016

INSOMNIA: PERANAN MELATONIN DALAM TIDUR SESEORANG


Sumber Google

Nyenyaknya bayi ni tidur. Rasa mahu dicubit-cubit pipinya. :)

Sebenarnya jika kita lihat kitaran tidur kita dari kecil hingga dewasa, makin lama makin merosot kan?

Ada tu mengalami masalah sukar tidur atau dipanggil gangguan tidur. Apa orang cakap INSOMNIA. 

Nenek sedara saya pun mengalami masalah ini taw. Alhamdulillah sekarang dengar cerita makin pulih. Cumanya nenek sedara itu saya tengok makin kurus dek kerana penangan INSOMNIA agaknya. Kesian orang macamni jika kita tidak membantunya. 



Sumber Google:


Hari ini saya ingin menceritakan apakah kaitan MELATONIN dengan TIDUR seseorang. Mana tahu dengan entry kali ini dapat membantu kalian. 



Peranan Melatonin Dalam Tidur Seseorang

 Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat  mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.


Mengikut kajian waktu tidur sekitar lima hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh sangat baik berbanding mereka yang tidur banyak terutamanya pada siang hari.Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.


James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:
" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"
 


Sumber Google: Hormon Melatonin


Tidur Untuk Tenaga 

 Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.
Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.

 Kadar  melatonin mempengaruhi tidur seseorang
Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.


Sumber Google: Saje selitkan. Hehe. Sebab saya baca tadi ada juga dikaitkan dengan Hormon Serotonin ni


Lecithin ini sangat membantu meningkatkan Hormon Serotonin. Serotonin adalah sejenis pengangkutan untuk  hantar mesej ke otak tau. Apbila Serotonin ini  kurang akan menjejaskan mood seperti kemurungan, kurang keyakinan, rambut gugur, pori-pori besar di muka, muka berminyak, jerawat, kulit sensitif, muka kering dan bermacam lagi. Tapi bila kita ambil lecithin lengkap, acethycholine lengkap, Serotonin cukup dan automatik kulit kita cantik. Nampak tak kesannya hormon Serotonin ni.

Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu. 


Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).

Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.




Disebabkan entry kali ini berkenaan Hormon. Barang kali saya boleh cadangkan sekali dengan GLA COMPLEX ni kerana amat membantu menstabilkan hormon kita. Jangan tak tahu, ketika umur 30 tahun, graf hormon kita akan menurun ketika ini. Pastikan ambil GLA COMPLEX setiap hari.  

Stress Mengganggu Paras Melatonin

Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.
Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.
Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout.

Dapatkan Ostematrix harini ( Promosi Ogos 2016)


Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.


B complex memang dikenali sebagai anti-stress. Nak B complex yang jenis dari semula jadi, dapat yang jenis jenama shaklee. 

Makanan Untuk Membina Melatonin

 Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin.


Soya membantu tingkatkan Melatonin? Apa kata cuba Soya Non GMO dari ESP Shaklee.

Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.


Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.


Sumber Google

Tidur Yang Berkualiti Meningkatkan Kesihatan 
 Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah.

Kesimpulan 
 Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.
Sumber disunting dari Utusan Malaysia  bertarikh 20 Oktober 2010


CADANGAN 

Adalah ini dicadangkan agar anda yang menghadapi MASALAH INSOMNIA untuk dapatkan SET INSOMNIA ini:






1. ESP : Merupakan Soya Non-GMO dan berfungsi sebagai protein. Dapat Membantu meningkatkan Melatonin

2. Ostematrix: Membantu meningkatkan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan untuk tidur lebih nyenyak. 

3. Gla Complex: Membantu menstabilkan hormon.

4. B Complex: Sebagai anti-stress dan menenangkan saraf. Dapat elakkan seseorang dari kemurungan, mood swing dan bermacam lagi

5. Lecithin: Meningkatkan hormon Serotonin, mengurangkan lemak di badan, meningkatkan kekuatan ingatan, kulit cantik dan bermacam lagi. 






Anda berminat dengan SET INSOMNIA ini boleh terus whatsapp atau Pm direct di Facebook.



Shaklee Independent Distributor

Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...