Showing posts with label Makanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sihat. Show all posts

Friday, 9 June 2017

IKHTIAR KULIT JERAWAT NANAH DENGAN RESEPI IKAN SINGGANG AIR TANGAN BONDA

LAUK KUNYIT HIDUP


Lauk kunyit hidup yang belah kiri itulah. 
Dari mula eksperimen kulit sampi hari ini masih makan lauk ini tanpa gagal. Loya tekak ke apa. Tetap makan. Haha. 
Demi kulit, sangguplah Faizah. 
Makan supplemen perlu, pemakanan pun sama perlu dijaga untuk hasil lebih baik dan berkesan. Tapi lauk ini sebelum puasa hari itu lagi. Hihi. Baru nak update dalam blog. Hehe.


Bonda kalau masakkan lauk untuk kulit Faizah, tidak akan sesekali menggunakan kunyit serbuk tau.

Kata beliau, orang berpantang memang wajib makan ini. Tapi masalahnya Faizah bukan orang bersalin ke apa.  Hehe. 

Namun tidak mengapalah kan. Kulit Faizah pun sihat dek kerana lauk kunyit hidup ini. 

Bila dikaji kunyit hidup ini sangat sesuai untuk kulit meradang, membuat kulit kembali menjadi halus dan bercahaya. Sifatnya pula lebih kepada antiseptik dan antibakteria. 

Hari itu kulit Faizah allergik kan? 4 hari selama On dengan Vivix memang pulun dengan lauk kunyit hidup. 


Hasil Vivix 4 hari itu ada pada link atas atau gambarnya adalah pada Mei 2017. 


Gittewww. Hehe. 

Hasilnya memang bestlah bila kita pulun makan cara ini dan juga Vivix. 

Aihh kalau sapa makan Vivix dan pulun makan lauk kunyit hidup ini. Memang kulit itu lagi wow. Cun sangat! 

Ini pula resepi lauk ikan tadi.

Resepi Ikan Singgang daripada Bonda Faizah:

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang kecil merah
1 inci halia
5 biji cili padi (dipotong kecil)
4 hirisan kunyit hidup (Tapi kalau nak kuning letaklah serbuk kunyit sedikit) 
4 atau 5 hirisan timun

Cara-caranya: 

Semua bahan tadi diletakkan di dalam periuk dan letak air. Setelah itu, letakkan di atas dapur. Tunggulah sehingga mendidih dan hidangkan kepada keluarga Anda semasa Ramadan ini. 


Paling penting Anda mesti cuba Vivix juga bersama pemakanan sebegini. Rugi sangat tak cuba tau. Tak kenal maka tak cinta.  ;)  

Jadi kepada ingin merasai lebih best boleh ambil Set Detox. Antara Vitamin yang terdapat dalam itu ialah: 

1. Alfafa Complex - Mencuci darah, usus dan hati. Alfafa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Herblax - Mencuci perut dan usus- membersihkan najis yang tersekat dan merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan kepada mereka yang mudah sembelit. 

3. Peppermint Ginger Plus- Rumusan empat jenis herba. Selain jintan manis dan jintan hitam, ia juga mengandungi pudina dan halia - herba tradisional telah lama digunakan sejak berkurun lamanya untuk melegakan tubuh. 

4. DTX Complex - Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita. Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita. DTX complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

5. Vivix - Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan antioksidan yang dihasilkan daripa ekstrak anggur muskat, resveratrol dan bersama beberapa ramuan lain yang semulajadi. Ia merupakan supplement anti penuaan tahap sellular yang terbaik di dunia. Detoks program dengan Vivix Shaklee adalah program untuk menyahtoksin yang dilakukan selama 14 hari berturut-turut untuk tujuan 'pembersihan' organ, darah dan sel-sel badan. Ia bukan sahaja semata-mata untuk membuang toksin, malah Vivix Shaklee membantu memperbaiki sellular DNA kita, melambatkan penuaan tahap sellular, menggalakkan pembentukan mitochondria ( pusat yang menghasilkan tenaga untuk sel) serta melambatkan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan dan mengganggu keutuhan sel sedia ada. 

6. Mealplan 7 hari detoks disediakan.

7. Set DETOX ini akan dapat Harga Tawaran Diskaum Salad Box. Ada bermacam-macam warna taw. 


Masih bersambung lagi ye pada bulan Jun ini tapi berserta tawaran diskaun bekas salad. 



Kenapa nak perlu detox semua? Tahu tak Anda wajib baca di Sini.




Ada yang juga  mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 

Baca selanjutnya Testimoni Faizah di Sini.




Jika ada Faizah mencari 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

#HealthySkinJournalsFSK

Saturday, 15 April 2017

KEPERLUAN PROTEIN MENGIKUT USIA

Sel adalah ibarat batu-bata bagi sesebuah bangunan,mampukah memiliki bangunan yang kukuh dan hebat jika batu-bata yang digunakan lemah dan tidak mencukupi?

Hah! Itulah analogi sesuai untuk Protein. 

Kalau kita mencukupi pengambilan Protein setiap hari untuk tubuh badan, pasti batu bata itu kuat dan sihat.


Jadi tiadalah badan kita ada masalah hormon, antibodi, kulit dan sebagainya. 

Mana nak dapat sumber protein?

Anda boleh makan ikan, kekacang, telur, yogurt, soya dan bermacam lagi. 

Asalkan Anda ada ilmu dan tahu itu adalah kategoti pemakanan yang ada Protein. 

Jom check pemakanan kita hari ini. 

#TofuMofuBofu
#GelombangShaklee


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)



COD: Bahau & sekitarnya

Tuesday, 27 December 2016

MUSIM BUAH JAMBU

Masa keluar teman mak pergi memborong ikan tadi barulah perasan buah jambu ni tengah berbuah.




Balik rumah ni teruslah memetiknya. Hehe.
Buah jambu warna merah kan?

Bermaksud mengandungi karotena lycopen (seperti tomato) yang bertindak sebagai antioksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin dan hesperidin.
Faizah sangat familiar dengan perkataan asam ellargic ini kerana amat membantu mengurangkan risiko untuk kanser. Asam ellargic ini ada pada fungsi pada Vivix Shaklee.
So disebabkan ramai yang bertanya kepada Faizah bagaimana nak dapatkan hasil yang mantap dengan Vitamin Shaklee seperti turunkan berat badan dan kulit, sebaiknya Anda seimbangkan pemakanan yang lebih berserat dan sihat seperti pengambilan sayuran dan buah-buahan.
InsyaAllah hasilnya memang sangat memberangsangkan.
Seingat Faizah masa awal menukarkan cara pemakanan dahulu untuk merawat jerawat ini dan seterusnya terlajak turun berat badan, bulan yang ketiga secara total berat turun sebanyak 8 kilo.
3 bulan fasa di mana Faizah memang ratu pantang. Haha.
Tapi la ni jerawat pun jarang naik yang besar-besar, mulalah try dan error pemakanan yang beri alahan kulit.
Cuma jumlah pengambilannya hanya dalam kuantiti sederhana.
Janji seimbang pemakanan tersebut di dalam seharian


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya






Monday, 26 December 2016

MISI MENCARI TEMPAT PROSES AYAM DI AREA BATU KIKIR

Bak kata Jihan, " Kemana kita ni!"
Agak-agak kemana Faizah hari ini dengan Bonda? Ini nak cerita la ni. Haha.
Dengan gigihnya pagi ini "cokau" ayam kampung.

Apa lagi 'start' enjin kereta pada pukul 10.30 menuju ke tempat proses ayam di Juasseh.
(Almaklumlah ayam bandar dah tak boleh makan kan since ada alah yang boleh efek jerawat pada muka ni)
Tapi hampa sekejap. 
Sebab dah nak tutup.
Air pun dah buang kata tuan kedai.
Jadi misinya diteruskan ke tempat proses ayam satu lagi yang berdekat, pun juga tiada.
"Jomlah balik" kata Bonda.
"Tunggu dulu mak kita perlu meneruskan misi ini. InsyaAllah pasti jumpa ada yang buka ni. Allay pasti memakbulkan doa kita mengikut sangkaan hambanya"
(Fuh tiba-tiba tersemangat. Sebenarnya saje nak test teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu) yang pernah Faizah baca dahulu)
Tiba-tiba Bonda teringat satu lagi tempat dia Area menuju ke Batu Kikir. Perjalanannya macam peta "zig zag" dah ni. Haha.
Lagipun hari mendung aja. Jadi tidaklah terasa mood "malasnya" memandu tu.
Sampai aja di kawasan tempat proses ayam.
Okeh! Cun tuan kedai mahu menerima ayam kami ini. Jadi Tuan Kedai tersebutlah yang tolong sembelih sehinggalah menyalai.
Tuan Kedai beritahu kedainya dibuka dan menerima ayam untuk disembelih sehingga jam 12 tengahari.
Alhamdulillah Terima kasih Tuan Kedai dapat juga Faizah hari menikmati ayam kukus mak versi ayam kampung.
Demi kulit Faizah ini tak nak beri efek alahan dan jerawat, maka inilah alternatif yang paling afdhal.
Tapi seandainya kalian yang ada masalah kulit, tapi teringin sangat nak makan ayam bandar (tiada ayam kampung) sebaiknya pastikan ON dengan GLA selepas memakannya. ( TESTIMONI GLA & ALFAFA)
Bagi yang tidak mahukan efek gatal dan selanjutnya, pastikan ambil Alfafa.
Tetapi jika ada lagi alahan tersebut. Perkara ini boleh bertanyakan lebih lanjut kepada Faizah. Nanti Faizah cadangkan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.
Jom lihat gambar-gambar Faizah dengan Bonda. Hehe. Sikit je tak banyak. Hahah. 


Muka Faizah tanpa edit dan post di instagram. Haha. No juno2 okeh.

Tengok tu setepek jerawat dekat dagu. Tu dah kecut tinggal parut je.

Pipi still ada parut. 
Bukan jeragat macam anak buah Faizah sangkakan sebelum ni. 

Ada beza tu parut dan jeragat.

Biasalah setahun lebih menanggung jerawat batu bernanah. Takkan la tempoh sekelip mata parut itu mahu anjal kembali seperti zaman remaja.

Ecehwah! Haha.

Lagi satu, Faizah cheat day tanpa pakai "tinted" muka dengan skin protector. Padahal doktor dah nasihatkan tu 

Hari mendung doc.

Cahaya mentari suam-suam kuku.
Bolehlah cheat day kan. 

Tapi hati rasa juga bersalahnya ketika keluar ni 

Risau tetap ada.
Mahu tak risau kalau kulit sensitif macamni. 




Ni tak tahulah nak tunjuk gambar pokok kelapa ke nak tunjuk di sana ada sawah.

Maaf Faizah belom sampai kreatifnya lagi. Haha!

Layankan aja pemandangan ini.


Tu dia "kriuk kriuk kriuk" 

(Sedang sembelih)

Dah jadi arwah ayam-ayam kampung yang di bawa tadi.



Hah ni apa benda hitam legam ni? Haha. 


Kalau ingatkan balik kan, sejak kecil sampai umur 20 tahun serius geli nak makan ni. 



Tapi adalah hamba Allah ajarkan makan ikan ni pada umur 20 tahun (hujung2 tahun rasanya), langsung terlajak jadi peberet! 

Alahai! Tapi kan. 

Sekarang Faizah dah tak sentuh ikan ni. 

Sebab ayam bandar dan ikan ni akan efek hormon kita. 

Jadi dalam badan kita kan banyak hormon. Ada dekat otak, ada dekat kulit, ada dekat sistem peranakkan kita dan macam-macam lagi. 

Maka tidak mahu ting tongkan kulit. Itulah sebabnya Faizah jauhkan dan ketatkan pemakanan dari benda-benda beri alah pada skin ni. 

Sedih kan tak boleh makan? Tapi Bonda beli je. 

Anak-anak yang lain boleh makan. Haha. 

Ku mampu pandang jaa. 😂




Bonda tengah tunggu giliran tu. 

Abang ni tengah potong-potong ayam.

Total bayararan hari ini RM17 untuk 4 ekor ayam kampung dan 6 ekor ikan keli.

Itu sahaja ingin ceritakan. Hehe. Mana Ayam kukusnya? Ala ada dalam periuk. Malas pulak nak bangun pergi snap kejap. Huwaa. 

Hari ini bukan setakat ayam kukus menunya. 
Ikan rebus pun mak buat. 

Biasalah untuk anaknya yang ada kulit sensitif ini. Heheh. 

Kalau tanya Faizah, loya ke tak makan berebus ni? Dulu ye la. Sekarang tidak. Dah hari-hari makan ni. Jadi biasa aja. Dalam erti kata redha je. Paling penting kulit sihat dan tidak berjerawat nanah lagi. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya



Friday, 23 December 2016

BUAH NONA SEMAKIN PUPUS



Buah nona dah terlampau masak. 

Ceritanya Bonda ajak pergi ke kedai beli kunyit. 
Keluar sahaja kereta dari pintu pagar yang "tiada pagar" ini tiba-tiba Bonda cakap, 

"Eh, pokok Nona tu dah berbuah la. Mesti ado yang dah masak tu"

Sesudah membeli kunyit, sampai sahaja di rumah.

Bonda pun lihat ada satu buah yang sudah merah. Bila ingin mengambilnya sekali dahannya terpatah sekali. Haha.

Jadi bila nak ambil gambar sebiji ni "kononnya".
Langsunglah tak jadi.

Gedebush terbelah dua. 

Tadi punyalah susah ambil kan.

Sekali pegang "lah dah masak sangat". 

Akhirnya inilah hasilnya. Apa kata kita bertanya kepada pak cik google yang baik hati apakah khasiat kepada kulit kan. Kiki

"Buah Nona disebut juga sebagai custard apel atau sugar apple oleh para pelaut inggeris.

Buah nona mengandungi antioksidan, seperti vitamin C. Kandungan antioksidan ini dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh

Buah Nona juga mengandungi vitamin A yang dapat bermanfaat untuk menjaga kulit, kesihatan rambut, serta meningkatkan fungsi mata.

Untuk itu, bila Anda ingin mencantikkan kulit secara alami, anda perlu mengambil buah nona secara rutin. "

Baiklah kalau begitu, hari-harilah meneropong di pokoknya. Haha

Kata nak kulit cantik kan? Hihi

Rasa macam tak cukup vitamin C dan Vitamin A , boleh ambil sustained released Vita C & Caratomax shaklee. 

Caratomax ada promo ya! 




eh sempat pulak promote kan? haha

Tapi hakikatnya buah nona ini semakin pupus. Mana nak jumpa dah Buah exotic macamni kan? Erm. Jomlah kita menyemainya kembali. Hehe. 

Nah bacalah 8 Rahsia Khasiat Buah-buahan di SINI.



Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Wednesday, 21 December 2016

RESEPI BONDA IKAN AIR ASAM

Sebelum  bercerita mengenai resepi kali ini, baru sebentar tadi Bonda membuat permintaan untuk menonton beberapa resepi Nasi Dagang di You Tube. Makin advance pulak Bonda kali ini kan? haha. 

Apa lagi kita layankan aja kehendaknya. Almaklumlah Nasi Dagang itu akan bermula operasi mencuba esok pagi untuk dijadikan sarapan pagi. Wow! Dah ada menu sarapan esok gituww. Haha. Eh ini nak cerita mengenai Nasi Dagang ke apa? 

Berbalik kepada tajuk yang asal, Anda pernah baca tidak kisah tentang diri saya yang pernah suatu masa dahulu mengalami setahun lebih (2014 hingga awal tahun ini 2016) dengan jerawat batu yang bernanah? Tak pernah? Tidak mengapa. Nanti saya berikan link entry tersebut yang saya bereksperimen dengan pemakanan dan pengambilan vitamin Shaklee di bahagian penutup nanti.

Anda pasti pelik bukan kenapalah kali ini Faizah mengaitkan cerita Resepi Bonda Ikan Air Asam ini dengan jerawat batu yang bernanah. Pelik bukan? 

(Baca dahulu sampai habis ya. Jangan tutup terus entry ini.)

Permulaan ceritanya begini, Faizah telah bertemu dengan seorang doktor yang agak pakar di dalam permasalahan kulit dan disebabkan Faizah menghadapi permasalahan ini doktor pun memberikan sedikit info pemakanan. Sebenarnya jerawat yang Faizah hadapi sebelum ini dan hingga kini mempunyai kaitan dengan RESDUNG. Nak tahu simptom-simptom resdung boleh baca entry di SINI.

Makanya keinsafan itu pun telah berlaku pada diri ini dan termasuk juga bonda. Akhirnya bonda dan Faizah dapatlah pelbagai tips dan pemakanan dari pelbagai insan dan juga banyakkan pembacaan. 

Apa lagi kami pun mulakan fasa pertama eksperimen dari segi pemakanan pada awal bulan Februari 2016 hinggalah sekarang dengan mengamalkan lauk ikan air asam. Walaupun hari-hari menghadap lauk ini, alhamdulillah pada tanggal disember ini genaplah 11 bulan bereksperimen dengannya. Hasilnya yang sendiri hadapi, jerawat semakin malu untuk kembali radang. Cumanya kadangkala datang jugalah simptom gatal di muka. Itupun kalau saya tersilap langkah dari segi pemakanan ataupun memang sengaja langgar pantang makan. 

Kalau sudah terlanggar pantang, makanya booster luar biasa imunisasi kulit dan dalaman dengan Vitamin. Yeehaa!

Petang yang sejuk baru lepas hujan ini, Faizah ingin berkongsi beberapa langkah bagi membuat RESEPI BONDA IKAN AIR ASAM. 

Langkah 1: Rebus ikan kembung tersebut dengan garam. 



Langkah 2: Setelah ikan siap direbus, ambil bawang merah dan beberapa lada untuk dihiriskan halus. Rujuk gambar seterusnya. 



Langkah 3: Ambil rebusan ikan tadi berserta airnya, curahkan ke dalam pinggan yang diisi dengan bawang dan lada tadi. Kalau suka pedas, ambil la lebih sedikit. Setelah itu perahkan 1 biji limau nipis untuk sebagai penyedapnya. Bak kata Bonda untuk seimbang rasa air rebusan dan asam dari limau nipis tersebut. 


Itu sahaja pemakanan 11 bulan Faizah bersama Ikan Air Asam. Orang tanya juga tak jemu ke makan ini sahaja? Mahu tak jemu. Haha. Tapi demi kulit, saya gagahi juga. Master Yani siap melabelkan saya sebagai "RATU PANTANG". Hoyeaah! haha. Ratu pun ratulah asalkan kulit semakin baik. Betol tak?


Tu diaa Ratu Pantang dah muncul! Haha. 
Faizah la ni. Kali ini versi dengan cermin mata besar. 
Masa ni pergi kenduri, sebelum tu ada langgar pantang. 
Muka naik allergik sedikit. Jerawat pun mula bawa geng.
Alhamdulillah hari ini dah ok. 
Nak ok balik, biasanya saya perlu kuat berpantang lebih sedikit. 
Tak boleh main bedal makan aja. 
Mula la time macamni saya akan booster vitamin kaw-kaw. 
(Gambar ini menunjukkan ada lekuk-lekuk di permukaan kulit hasil daripada
JERAWAT. Doakan kesihatan kulit Faizah semakin baik dan anjal kembali seperti dahulu)


Sekarang ini Faizah masih cuba menyeimbangkan pemakanan sihat dan vitamin Shaklee. Secara jujur dahulu saya boleh katakan makan vitamin seperti tiada apa. Tapi sejak menukarkan pemakanan lebih seimbang untuk memberi kesan kehebatan vitamin dalam tubuh, Alhamdulillah semakin dapat merasakan ke atas kulit lebih dengan berkesan sekali.

Kepada kalian yang sedang berikhtiar memulihkan jerawat batu bernanah, nasihat Faizah merancanglah pemakanan Anda yang lebih sihat dan pastikan ambil Vitamin Shaklee bagi flush toksin, booster immune, cukupkan segala vitamin dan mineral bagi mengurangkan keradangan tinggi pada kulit dan seperkara lagi elakkan stress serta pastikan cukup rehat. 

Sukacita ingin memberitahu sebenarnya Resepi Bonda Ikan Air Asam ini bukan ini sahaja yang Faizah dan Bonda bereksperimen tetapi banyak lagi menu yang kami "try &error" bagi menjayakan kesihatan kulit ini. 

Vitamin pula? Ramai yang bertanya bagaimana dan apa yang Faizah makan? Sebenarnya banyak sangat, apa yang Faizah boleh share antara vitamin paling terbaik yang banyak bantu adalah VIVIX. Sangat thorbaik! 

Ada juga lagi soalan yang Faizah dapat, " Kalau saya stop vitamin apa akan berlaku?" . Bagi pendapat Faizah sendiri yang pernah mengalami permasalahan begini, bila Anda ada history begini semestinya ada sesuatu yang kurang dalam badan Anda. Jika Anda tidak bantu dan maintainkan kesihatan Anda, Faizah takut ianya akan berulang. Tapi jangan risau, sesiapa yang dapatkan konsultasi dengan Faizah, insyaAllah akan diberi "step by step" sampai jayanya. Cuma Faizah harapkan kerjasama dari Anda amat diperlukan dan jangan sesekali give up. Faizah mampu 11 bulan, Anda pasti mampu bukan. Semangat!

Akhir sekali, Faizah akan memberikan konsultasi istimewa selepas pembelian. Jika Anda percaya Faizah mampu bimbing Anda bagi merealisasikan impian untuk dapatkan kulit yang baik, hubungi Faizah di Whatsapp. 


Antara perubahan yang dilalui sepanjang mengamalkan Vitamin Shaklee dan diet pemakanan.



Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...