Showing posts with label Nutriwhite. Show all posts
Showing posts with label Nutriwhite. Show all posts

Wednesday, 26 July 2017

4 TIPS KULIT SIHAT

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. 

Tadi Faizah saja-sajalah menyusur masuk ke page Facebook Dr. Norman Norawi. Manalah tahu ada tips kulit cantik yang WAJIB diamalkan sebelum waktu nak masuk angka 30-an untuk 3 tahun lagi kan. 

Alhamdulillah niat nak dapatkam tips kulit sihat itu ada di dalam page facebook. Jadi di sini Faizah ingin kongsikanlah dengan sahabat-sahabat di luar sana. Jom sama-sama kita mengamalkannya selepas ini.

************

4 TIPS KULIT SIHAT

Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. 

Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka  mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar. 

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.

Pertama, minum air secukupnya.

Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah  kekurangan air didalam badan. Disamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap. 

Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. 

Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. 

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil. 

Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit. 

Kedua, perlindungan dari cahaya matahari

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. 

Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol. 

Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. 

Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya. 

Ketiga,  makan lemak sihat

Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3  boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. 

Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan pil suplemen omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli  omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. 

Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.


Keempat, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

 Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. 

Pengambilan pil suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita. Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh  membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari. 

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.

Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan  yang secukupnya  disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang. Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MScAARMMA(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am,
Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan 
dan Perubatan Regeneratif

******************

Best kan bila baca 4 Tips Kulit Sihat dari Dr Norman. Apa yang Faizah dapati di sini, nyata yang Faizah ambil supplemen dengan Shaklee adalah berada di dalam jalan yang betul di mana jika diingatkan kembali makan ikan pun kurang dalam seharian, makan sayur pun sama. Cukupkah Faizah ambil Vitamin C, Vitamin E, Omega dan vitamin-vitamin lain dalam seharian. 

Mungkin itu antara sebabnya muka Faizah yang dahulu pada tahun 2014 dan 2015 menghadapi sebegini. Alhamdulillah info-info seperti ini amat membantu Faizah sedar dalam seharian dengan pemakanan pun tidak cuku dan jadi itu sebablah Faizah memilih supplemen Shaklee untuk mencukupkan Vitamin dalam tubuh badan. 


Memang benar apa yang diperkatakan oleh Dr Norman itu tentang pengambilan gula. Faizah sendiri doktor beritahu kurangkan gula. Setelah kawal pemakanan benda manis, barulah Faizah perasan kulit tidak lagi meradang. Manakala, liter air juga Faizah jaga kuantitinya dalam seharian. Sebabnya Faizah pernah beritahu doktor yang merawat kulit di mana Faizah ingin makan supplemen Shaklee. Beliau tiada larangan langsung untuk Faizah ambil Shaklee. Cuma diberikan syarat pastikan minum air banyak. Syukur sangat ketika itu. Hihi. 

Tips kedua Dr Norman iaitu tentang pemakaian krim perlindungan cahaya matahari. Ini pun antara perkara wajib yang Faizah gunakan. Anda yang sedang merawat kulit, Faizah syorkan guna krim yang bersesuai tetapi jika inginkan yang jenis semula jadi. Faizah syorkan ambil krim perlindungan matahari daripada Nutriwhite Shaklee iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion” ini diformulasi dengan SPF 15. SPF bermaksud “Sun Protection Formula” iaitu suatu tanda aras keberkesanan produk tersebut melindungi kulit tersebut dari cahaya matahari. Makin tinggi SPF, makin besar perlindungan yang anda akan dapat.

Jadinya antara cara terbaik untuk mengatasi dan menyelamatkan kulit wajah adalah dengan menyapu krim perlindungan matahari ini. 

Krim yang di panggil “Sun Block” ini mempunyai kelebihan untuk 
  • Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari
  • Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
  • Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
  • Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.

Sumber google

Petua ketiga pula di atas kata makan lemak yang sihat. Sememangnya diakui Faizah memang ada makan omega. Doktor sebelum ini pun suruh Faizah makan ikan lebih sikit. Tapi itulah kadang-kadang rasa makan ikan tak cukup dalam seharian kan. Yelah Faizah bukanlah keluarga yang jenis sekali makan seekor terus dimakan.  Makan seekor ikan pun kerat dua dengan adik beradik. Manalah nak cukupkan satu hidangan. Jadi Faizah pun ambil la Omega ini. 

Setelah konsisten Omega Guard, perasan tentang jerawat di muka cepat surut. Rupanya omega bersifat anti-radang. Lagi satu melembapkan kulit dan garus halus penuaan. Rasa bestlah dengan omega ni. Jeragat pun cepat hilang taw. Bonda Faizah dan Mak Langlah antara testimoni paling laju jeragatnya semakin berkurangan. Mereka berdua memang tak payah cakap, jatuh cinta sokmo dengan Omega. Hahah. 


Sumber google

Akhir sekali, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga antara yang Faizah pernah kene tembak dengan doktor sebelum ini. Masa awal appointment, Doktor terus tembak cakap, "You kurang makan sayur kan? Buah?" 

Kita yang duduk berdepannya tersipu malu sungguh-sungguh. Mampu senyum sahaja. Selepas kene tarbiah itulah, hari-hari pulun makan buah dan sayur. Kadang kala itu Bonda saja buat goreng sayur banyak-banyak suruh Faizah ratah di malam hari. Haha. Macamtu sekali nak baikkan kulit. Bukanlah mudah untuk menjalani satu proses kehidupan lebih sihat ya. Susah sungguh. Lama-lama sampai sekarang macam berjalan jauh tu tak boleh tanpa sayur dan buah-buah. Rasa hati tak tenteram. Serius takut jerawat nanah naik semula macam dulu. Mahunya tak nangis. 

Macam Faizah memang vitamin C itu paling asas vitamin WAJIB ada dalam peti ais. Sebab Faizah letak semua vitamin di dalam peti ais untuk menjaga kualiti vitamin. Vitamin A pula Faizah tak makan lagi. Padahal memang kene makan pun sebab baik untuk mata kan. Vitamin A dari produk Shaklee itu Caratomax. Bonda dan kakak, vitamin kesukaannya caratomax ini. Ramailah juga yang tegur dua orang asyik nampak muda saja. Aihh jelez kita weh. 

Bayangkan muka tengah teruk dulu. Kulit Faizah gelap dan kusam. Orang kata Faizah kakak, Kakak pula adik. Bonda pula ramai kata muda dari usia. Itu yang rasa sangat terkesan. Kene juga jaga kulit ni nampak tak tua. Anda percaya tak umur Faizah 27 tahun jika lihat gambar testimoni baru tu? 

Kalau rasa 27 tahun tu, nampak gaya kene beli lagi Vivix botol yang ketiga ni. Adehh. Nak tahu tak dalam hati Faizah memang aim lepas ni cuba konsisten Vivix dan collagen. Faizah buat banyak kajian orang-orang yang cantik dalam Shaklee dua vitamin inilah mereka konsisten. Rasa jelez sangat kulit mereka cantik. Nak juga kan. Hehe. 

InsyaAllah moga-moga yang membaca entry kali ini semuanya akan jadi cantik tadi. Nasihat Faizah satu saja, sebenarnya pemilihan vitamin juga ada langkah-langkah efektifnya. Sama juga pemilihan skincare. Jangan main belasah saja. Sebabnya Faizah tak naklah Anda semua ikut Faizah yang dahulu. Makan vitamin satu habuk tak rasa berkesan. Maksud Faizah rasa lembap kesannya. Rupanya salah step pemilihan. Terskip rupanya. Apa-apapun Faizah cadangkan mulakan dengan step Detox ya. 

Kalau sesiapa ingin tahu lebih lanjut, hubungi di whatsapp ye.


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya




Sunday, 23 July 2017

NUTRIWHITE MAKE UP REMOVER: MUKA PENUH DAKI WALAUPUN TIDAK BERMAKEUP

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. Lama tak update entry kan. Ini pun off whatsapp, off telegram, off facebook. Kalau tak off semuanya pun tak terdetik. Hehe. 

Hari ini ingin bercerita pengalaman SENTAL MUKA dengan Make up Remover NW (Nutrwhite Shaklee). Biasa sental setiap kali pagilah. Ada juga kadang kala sental masa belah petang atau malam pun ada. Ikut mood haha. Sebab Faizah bukan jenisnya bermake up tapi cuma nak buang daki kotoran muka sahaja.

Baru-baru ini tertengok instagram Farah Lee pegang produk Shaklee iaitu Make Up Remover NW. Secebis daripada ayatnya berkata begini, 




"So in Love with this Shaklee Make Up Remover. Guna sikit je dah boleh completely remove make up dan bersih macam dah pakai cleanser" 

Okeh semangat sampai masa ini. Terus capai Makeup Remover NW dan ambil kapas, sental seluruh muka. Tapi malangnya terlupa pulak ambil gambar sebelum. Hihi. Maaf ya. 



Ini hasilnya. Kotor giler kan walaupuj tak makeup pun. 
Awal pagi sental ni. 



Maaf lupa tangkap gambar sebelum dan selepas


Hasilnya konsisten makan vitamin dan menggunakan skincare Shaklee. Tapi pastikan Anda mulakan langkah yang betul. Apa-apa ilmu itu penting,

Lagi satu kan, cara sental ini ada satu lagi cara iaitu guna dengan jari jemari kita. Contohnya macam gambar yang Nadiah kongsikan. 



Kalau buat gaya begini, memang akan dapatlah kotoran macam daki-daki ni. 

Tapi terpulanglah pada individulah rasa suka gaya yang mana satu samada sental muka dengan kapas atau jari jemari. 





Cuma nak beritahu Make Up Remover NW memang best sebabnya: 

1. Menanggalkan sel mati
2. Menanggalkan daki
3. Melicinkan kulit
4. Melembutkan kulit
5. Menyegarkan kulit
6. Menegangkan kulit
7. Menyerikan wajah

Selalunya Makeup Remover NW ini antara produk paling HOT juga dalam Shaklee sebabnya dapat atasi masalah: 

1. JERAWAT
2. JERAGAT
3. BLACKHEAD 
4. WHITEHEAD
5. KULIT KUSAM


Apa yang penting iainya bersumberkan BAHAN SEMULAJADI, cuma nak pesan walaupun tak pakai make up sangat macam Faizah ni TAPI MUKA TETAP ADA BANYAK DAKI 😂

Jadi pastikan Anda ada satu Makeup Remover ni atau dapatkan fully set Nutriwhite juga. Sangat best!




 Rasa-rasa macam berminat ingin menggunakan ini, hubungi Faizah ya


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Monday, 9 January 2017

TIPS MELINDUNGI KULIT WAJAH AGAR TIDAK ROSAK DI BAWAH SINARAN MATAHARI

Wefie jam 3 petang pada 7 Januari 2017 baru-baru ini di Pantai Air Papan, Mersing, Johor.
Begitulah gayanya bila jumpa laut. Haha.

****
Be happy..
Not because everything is good,
But because you can see the good in everything.
*****


Tapi dalam pada sama kita perlu beringat bahawa kulit kita perlu dilindungi sebaiknya agar tidak rosak dan terbakar.


Lebih-lebih lagi nasihat ini doktor yang merawat Faizah yang memberitahu. Almaklumlah muka ni sensitif. Hehe.

Cadangan Faizah untuk kalian nak wefie di bawah sinar mentari, sebaiknya anda cuba dengan Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF dari Shaklee.
Kerana kelebihannya ialah:
 Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
 Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
 Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran

Tapi Master Norita pernah stori juga kepada kami, kalau takut kulit mengelupas atau kering disebabkan bawah matahari sebaiknya minum Vivix terlebih dahulu. 






Hohoi. Faizah dah rasa penangan Vivix dan keberkesanannya sebelum ini memang best giler terhadap kulit. Lagi-lagi Faizah ini pernah mengalami jerawat kronik dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah kulit bertambah baik.

Jadi jika kalian nak tinted luaran dan dalaman, buatlah pilihan dengan bahan semulajadi ini iaitu Vivix (Promosi Januari 2017) dan Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF.
Best!

Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Saturday, 19 November 2016

26 KEBAIKAN FACIAL DI WAJAH DENGAN SET NUTRIWHITE




Sumber Google

Anda pernah membuat facial wajah di salon kecantikan? Kalau tanya Faizah, Faizah tidak pernah mengunjungi mana-mana salon kecantikan. 

Cumanya saya pernah buat facial dengan Nutritionist Shaklee dengan produk Nutriwhite. Serius saya beritahu Anda ini, memang best sangat berfacial dengan Nutriwhite. Kulit akan menjadi lembut. Jadi anda sebaiknya mencuba keseluruhan produk Nutriwhite Shaklee. Pasti anda tidak akan menyesalinya. 

Produk Nutriwhite amat sesuai untuk kulit Asia seperti kita yang rakyat Malaysia ini. Sememangnya rugi jika Anda yang tidak mencuba. 

Paling best produk ini boleh bertahan sehingga setahun. MasyaAllah  sudahlah natural dan tidak beri kesan langsung pada kulit malah boleh bertahan sehingga setahun. 

Lupa pula saya nak cerita, sebenarnya ada juga Geng-geng Shaklee yang buat spa secara bergerak dengan buat facial bersama Nutriwhite kepada pengguna-pengguna Shaklee taw. 

Nampak tak di sini? Boleh buat facial dari rumah dengan Nutriwhite. Tak perlu susah-susah pergi salon kecantikan. Hehe. Tapi jangan risau, saya boleh memberikan anda guideline secara online dan semestinya video facial ada untuk anda lebih memahami. 

Jom kita lihat 30 kebaikan facial di wajah. 


26 KEBAIKAN FACIAL DI WAJAH


1. Membersihkan kulit wajah

Udara di luar yang penuh dengan pencemaran setiap hari telah mencemarkan kulit wajah kita. Sebaiknya kita melakukan facial secara teratur supaya dapat membantu kulit wajah kita agar tetap bersih dan sihat.

2. Menyegarkan wajah

Facial akan menimbulkan kesan segar pada wajah kerana hilangnya kotoran yang melekat sehingga wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam.

3. Menghilangkan bintik-bintik hitam

Dengan melakukan facial akan dapat membantu mengeluarkan bintik hitam yang bersarang di kulit wajah. Melakukan facial secara teratur, sudah dapat dibayangkan wajah kita akan terbebas dari noda bintik hitam. Selain itu manfaat limau nipis juga boleh digunakan untuk rawatan wajah.

4. Mencegah timbulnya jerawat

Kebanyakan jerawat timbul kerana wajah kita kotor, terlepas dari faktor hormon yang mempengaruhinya. Facial secara teratur mampu mencegah dari jerawat.. Selain itu, mengambil manfaat buah buahan boleh menyihatkan kulit.

5. Membuang sel-sel kulit mati

Sel-sel kulit mati pada wajah akan menimbulkan kesan kusam pada wajah. Dengan melakukan facial akan membersihkan dan membuang sel-sel kulit mati dan sekaligus menghapuskan kekusaman pada kulit.

6. Menghilangkan jerawat

Urutan yang dilakukan ketika facial akan membantu menghilangkan jerawat-jerawat yang menghiasi kulit wajah.

7. Mencegah kulit berminyak

Minyak yang terkumpul pada kulit wajah juga akan hilang dan disapu habis semasa melakukan facial. Maka lakukan facial secara teratur akan menghalang kulit berminyak. Selain melakukan facial rawatan wajah dengan manfaat limau nipis akan menghalang kulit wajah berminyak.

8. Mengecilkan liang-liang roma

Kesan segar yang diperolehi daripada bahan-bahan yang digunakan untuk facial akan mengecilkan pori-pori pada wajah.

9. Melembabkan kulit wajah

Bahan-bahan yang digunakan untuk facial sekaligus boleh menjadi pelembab kulit alami.

10. Memberi nutrisi pada kulit

Bahan-bahan yang digunakan untuk facial juga akan menutrisi kulit secara semulajadi.

11. Menenangkan kulit wajah

Mengurut wajah selain memberikan kesan segar juga dapat menenangkan saraf wajah.

12. Mengelakkan kulit wajah kusam

Membersihkan kotoran pada wajah selain akan menimbulkan kesan segar, dan juga dapat menghilangkan kekusaman pada kulit wajah.

13. Melancarkan peredaran darah pada wajah

Ketika berfacial akan mampu melancarkan peredaran darah di wajah, sehingga wajah menjadi rileks.

14. Menegangkan kulit

Kulit wajah yang kendur akan mempunyai kesan tua. Dengan mengurut kulit wajah saat facial, kulit akan menjadi lebih tegang dan menimbulkan kesan muda.

15. Menghilangkan kedutan

Menghilangkan kedutan juga merupakan salah satu khasiat dari facial secara teratur. Hal ini boleh terjadi kerana urutan yang dilakukan ketika facial akan mengetatkan kulit-kulit kendur atau yang mulai keriput. Perkhidmatan urut kulit dengan manfaat minyak almond juga mampu mencegah timbulnya kedut.

16. Mencerahkan warna kulit

Kulit yang bersih dan kehilangan sel-sel kulit mati setelah facial akan menimbulkan kesan cerah pada kulit wajah, apatah lagi jika dilakukan dengan teratur.

17. Melambatkan proses penuaan

Lakukan facial secara teratur akan mampu melambatkan penuaan, kerana facial menjaga kulit agar tetap kencang.

18. Membuat kulit anjal

Kulit wajah menjadi mengendur atau menegang ketika mengalami stress. Dengan mengurut dilakukan secara teratur ketika facial akan mampu mengembalikan dan mengekalkan keanjalan kulit.

19. Mengawal kadar minyak

Facial jika dilakukan secara teratur, akan mengawal kadar minyak pada wajah dari masa ke masa.

20. Kulit wajah menjadi lebih muda

21. Mencegah timbulnya kanser kulit

Kanser pada kulit disebabkan kerana radikal bebas, namun dengan membersihkan wajah dengan facial secara teratur. Kulit akan senantiasa terhindar dari kotoran-kotoran radiasi.

22. Memberi oksigen pada kulit

Kulit yang kekurangan oksigen akan membuatnya menjadi kusam. Jadi lakukan urutan facial secara teratur.

23. Membantu regenerasi sel kulit

Kehilangan sel-sel kulit mati pada kulit akan membantu tumbuhnya sel kulit baru, yang secara langsung akan menjana semula kulit.

24. Meningkatkan sistem kekebalan pada kulit

Kulit yang sering di facial akan menjadi bersih dan kebal daripada jerawat serta penyakit-penyakit lain yang berasal dari bakteria dan cendawan.

25. Menjaga kulit agar tetap sihat

Kulit yang terawat kerana sering di facial akan menjadi sihat atau tidak mudah di serang jerawat.

26. Mendapatkan kulit idaman

Rajin melakukan facial akan membuat kulit wajah bersih, putih, mulus dan sihat seperti kulit yang banyak diidam-idamkan.

NUTRIWHITE MERAWAT KULIT ASIA


Ya Allah bila kenang balik kenapa saya berjerawat nanah, barulah saya ketahui saya ada buat kesilapan dalam memilih skin care. Banyak kali jugalah tukar. Itu yang kulit saya semakin ting tong. Alahai. Insaf bila saya baca apa yang diperkatakan oleh Dr Zubaidi ni.


Sesiapa yang suka tukar skincare itu mohonlah tukar yang tiada bahan kimia tinggi. Jangan disebabkan nak kulit putih, maka kesilapan yang kita buat itu akan membawa padah akan datang. Aduh!

Jangan cuba jadi seperti saya! huwaa. Bila dah rosak, nak baik pulih sangat susah.


Inilah skincare saya yang sekarang ni! 


Secara jujurnya saya mengaku dekat sini saya belom betol-betol konsisten dengan cleanser Nutriwhite ini sebab saya masih lagi menggunakan pencuci yang doktor cadangkan 


No baru untuk Whatsapp bukan 011 ye. Hehe. Sekarang 0136625745. 
Nak Shaklee Whatsapp pada no baru




Ada 2 lagi kotak pencuci mukanya yang saya belom habiskan lagi. 

Tapi saya ada pengalaman menggunakan cleaser ini. 

Serius saya sukakannya sebelum saya berjumpa dengan doktor. 

Saya ada ilmu bab urutan muka sebetolnya untuk kulit sensitif tapi dek kerana ketika itu bab pemakanan alahan pun saya tidak berapa nak tahu sangat. 

Jadi ianya on off dekat kulit saya. 

Apa pun daripada pengalaman saya, saya dapati kulit saya bertambah baik dengan Nutriwhite. 

Ada ramai yang menegur ketika itu yang beri feedback positif selepas saya mengamalkan Nutriwhite. Tapi itulah saya stop sekejap nak fokus dengan treatment doktor. 

Cuma sekarang ni dah step by step menggunakan produk shaklee dan hasilnya alhamdulillah berjalan dengan lancar dan lebih berkesan.

Dengan syarat pemakanan yang beri alahan dekat kulit WAJIB kene kawal. 

Tapi kadang-kadang Cik Faizah pun tak tersado juga hati. Haha. Dah teringin nak makan, efeknya konpem lepas sejam dapatlah. 

Nak meroyan pun x boleh kata apalah. Memang sendiri yang bersalah tak kawal. 

Tapi kan itu bab makanan yang saya perlu kawal. Bagaimana dengan 3 produk yang lain ini? 

Herbal blend, Makeup Remover Nutriwhite dan Basic H ini memang benda penting saya rawat wajah. 

  • Herbal blend berkesan ke atas kulit saya untuk bantu mengecutkan jerawat.
  • Makeup remover Nutriwhite pula berfungsi singkirkan whitehead dan blackhead
  • Basic H pula membantu saya menghilangkan rasa gatal akibat alahan pada muka. Benda ni saya cuba dah sebulan lebih dan saya nampak jerawat lebih kecut dengan basic H.

So info ni benda baru bukan dekat anda? Hehe. Apapun sebelum saya sebarkan ilmu, saya perlu bereksperimen dahulu dekat badan saya. Nanti bolehlah berikan konsultasi yang padat untuk anda. hehe

Bagi yang ingin melihat kebaikan Nutriwhite boleh Klik di SINI


Kalau anda beli secara full set, 
Anda akan dapat beg Nutriwhite ini sekali. 
Best kan?

Full set Nutriwhite:

+ Make-Up Remover
+ Gentle Deep Foaming Cleanser
+ Soothing Radiance Whitening Softener
+ Daily Defense Whitening Essence
+ Spot Whitening Treatment
+ Ultimate Protection Whitening Lotion
+ Overninht Renewal Whitening Cream



TESTIMONI SKINCARE NUTRIWHITE 


Sumber Google


Lihat ni Master Yani tintedkan mukanya bersama 
NUTRIWHITE ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION 


Ni pula testimoni daripada customer saya dari sabah


Bestnya kan dapat kulit macam gegadis ni. :) 



Jika anda berminat dengan produk Shaklee 

terutama sekali 


&




Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 

Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...