Friday, 21 October 2016

BOOST YOUR IMMUNE SYSTEM NATURALLY: CARA UNTUK ATASI DEMAM DENGAN VITAMIN SEMULAJADI

Nak tahu tak?

Baru- baru ini saya demam kan.Huk huk huk. Tak suka demam ( eh tiba-tiba bunyik mengada sangat kan ni. haha:P)


Sumber Google


Nak tahu apa benda yang saya booster?

Banyak sebenarnya vitamin yang saya booster immune tubuh badan ini. Antaranya yang wajib ditambah dosage ialah Vitamin C, Vitalea (multivitamin), B Complex, Garlic,Nutriferon, Gla Complex , Omega Guard , Performance Drink dan gunakan Herbal Blend untuk disapu di bahagian hidung


Inilah Fungsi vitamin booster Immune saya:
👉Performance Drink (air oren dalam gambar ini) membantu kebah demam dengan meningkatkan daya ketahanan badan, menggantikan air yang hilang dari badan (dehydration) & mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

👉 Vitamin C dipatahkan/dikunyahkan (untuk booster immune sahaja ketika demam) kerana dapat meresapkan secepatnya dengan meningkatkan imun dan pertahanan tubuh melawan penyakit.

👉B complex sebagai antistress. Kalau kita stress, takut nanti menjejaskan lagi imuniti badan kita

👉Vitalea pula diperlukan sebagai pelengkap nutrisi harian dan juga merupakan nutrisi penting untuk sel yang sihat. Jadi dengan pengambilan vitalea dapatlah juga meningkat imunisasi. (Beri Tenaga kembali)

*********


Hidung kalau tersumbat ambil la Herbal Blend ni. 
Sapu dekat hidung tu. 
Nanti lega je hidung. 
Tiada lagi sok sek sok sek. hehe

********


Tu dia nampak ni koleksi Nutriferon yang saya makan ni, Heheh
Nutriferon memang kewajipan yang saya ambil since 
kulit bermasalah jerawat berbatu-batu sebelum ini. 
Ni pun kene ambil lebih taw kalau demam. hehe. 
Booster kaw-kaw dengan antibiotik semulajadi ini. 
Dengan Nutriferon kita bantu galakkan interferon ini membantu memberi signal kepada vitamin C lagi. 

Jangan lupa ambil antibiotik ini ya :)

*******


Sumber Google- lupa nak snap. hehe

Garlic juga salah satu antibiotik semulajadi selepas Nutriferon. 
Kelebihannya ada Allicin. 
Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung 
dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.

Banyak kan yang saya booster? hehe. 

******

Tapi waktu tido mestilah kene jaga juga. Tak boleh semata-mata harapkan booster dari vitamin je kan.

Pemakanan pun kene jaga juga terutamanya makanan yang boleh melemahkan sistem imunisasi seperti GULA. Boleh refer ENTRY di SINI

Agak-agak apakah pemakanan yang membantu menaikkan kembali sistem imunisasi? itu pun saya telah coretkan dekat link di SINI

APAKAH TAJUK FOKUS HARI INI?

Eh bukan yang atas ke sudah saya ceritakan? aippp yang ni nak cerita yang lebih special. Hehe

Jadi hari ini saya ingin menceritakan vitamin yang bersumberkan omega 3 & 6.
Mungkin ada dalam kalangan kita tidak tahu peranannya.


Anda tahu tak sebenarnya saya hampir lupa peranan omega 6 dari GLA COMPLEX ini. Ilmu ini saya dapat dari sharing Master Norita iaitu Master Shaklee.

Mesti tertanya-tanya kan apa benda yang Master Norita beri ilmu dekat cucu cicit shakleenya ini? hehe. Meh nak stori dekat ini. 

Tahu tak menurut daripada Dr Zubaidi, "di dalam tubuh kita ada thermostat (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini.

Thermostat kita ini akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostagladin, iaitu bahan biokimia yang menjadi dalam tubuh.

Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan saluran darah pada kulit, menyebabkan kita berasa sejuk bila kita demam." ( Boleh refer ini pada ENTRY ini: 7 PETANDA SISTEM IMUNISASI LEMAH)

Apakah kaitan prostalglandin ini dengan GLA COMPLEX?

GLA Complex adalah sejenis lemak asid Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostalgladin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan atur proses badan yang normal.

Itulah sebabnya kita perlukan GLA. Kalau rasa nak demam je, ambil la lebih sikit GLA.

Jangan risau dengan GLA nak ambil lebih 2 biji pun ok je.  (pape hal refer agen shaklee yang sah untuk lebih kepastian)

Manakala Omega Guard pula saya ambil untuk mengatasi masalah sakit tekak.

Almaklumlah kalau dah sakit tekak, konpemlah tekak kita merah dan mungkin ada keradangan sedikit.

Jadi omega 3 dari omega guard berfungsi untuk anti radang dan paling best omega juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam badan contohnya dapat mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

So musim demam ni, janganlah lupa untuk booster immune dari GLA dan Omega guard sekali. 


Lagi satu omega tengah promosi Twin Pack & Buy 6 Free 1. Apa tunggu lagi dapatkan segera ye.


NAK TENGOK TESTIMONI YANG AMBIL VITAMIN SHAKLEE KETIKA DEMAM?

Mestilah nak tengok kan? Hehe. Meh Kakak Faizah kongsikan dekat sini. 


(Sumber Google)



( Sumber Google)


(Sumber Google)


(Sumber Google)



(Sumber Google)


OKTOBER SPECIAL: TAHUKAH ANDA?

Terdapat 3 Garis (3 lines) pertahanan dalam sistem imun anda. Apa yang membentuk imuniti anda bukan satu entiti, tetapi lebih kepada sistem organ, sel-sel, dan tisu di seluruh badan anda. Ia adalah penting untuk menyuburkan semua 3 baris untuk memastikan sistem imun anda kuat dan sihat. 

Praktis gaya hidup sihat, pengurusan tekanan yang baik, mengambil makanan berkhasiat dan makanan tambahan untuk diet adalah satu cara yang bijak bagi memastikan sistem imun anda kuat dan memaksimumkan perlindungan anda. 


Bagaimanakah ( 3 lines)  membantu melindungi sistem imun anda?

1st Line:

Tujuan ntuk garis pertama pertahanan iaitu termasuklah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut akan bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap dan membunuh kuman daripada memasuki badan. 

Apa yang anda perlu amalkan di dalam diet anda ialah:



SET DAILY ESSENTIAL 

1 x OmegaGuard™ 
1 x Vita-Lea® Iron Formula
1 x ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
2 x Live Amazing" Paper Bag*
1 x Immunity Product Set Guide
1 x Immunity health information leaflet.
1 x Eco-Friendly Jute Bag (Green)*
 * While stocks last

Jangan lepaskan peluang dapatkan Promo ini



2nd line:

Apabila kuman dapat merempuh halangan pertama, mereka akan menghadapi pertahanan daripada pelbagai jenis sel-sel imun termasuklah sel-sel darah putih yang merupakan "Natural Killer Cells" yang berada  di bahagian kedua lapisan pertahanan anda. Manakala, interferon pula memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun bagi melindungi diri anda daripada serangan kuman tersebut. 

Apa yang anda perlu amalkan di dalam diet anda ialah:

  • Biji labu, benih Plantago, Bunga Safflower, Japanese Honey Suckle yang semulajadi dapat meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada tahap sel, (Boleh baca ENTRYNutriferon baik pulih kulit saya dengan langkah yang pertama)
  • Karotenoid berperanan meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih. (Boleh baca ENTRY di sini: Caratomax- Anti penuaan)
  • Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dengan membantu meningkatkan sel darah putih. ( Boleh baca ENTRY di sini: Testimoni kulit & Garlic)
  • Vitamin C merupakan tunjang paling penting dalam sistem imun. Ia meningkatkan sel-sel darah putih dalam misi pencarian, memerangkap dan memusnahkan aktiviti-aktiviti kuman. (Boleh baca ENTRY di sini: Vitamin C adalah Antioksidan Tubuh badan)

SET IMMUNE PROTECTION:

1 x Garlic Complex
1 x NutriFeron®
1 x CarotoMax®
1 x Sustained Release Vita-C Plus™
2 x Live Amazing" Paper Bag*
1 x Immunity Product Set Guide
1 x Immunity health information leaflet.
1 x Eco-Friendly Jute Bag (Green)*


* While stocks last

Jangan lepaskan peluang dapatkan Promo ini


3rd line: 

Line ini memberi tindak balas secara khusus kepada jenis kuman. Jika akan datang kuman itu menyerang kembali terhadap badan, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Bagi memperbaiki kerosakan sel-sel anda ini, sel-sel anda perlukan resveratrol dan polifenol untuk pemulihan sel-sel yang lebih cepat. 

  • Resveratrol & Polifenol berperanan meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melindungi sel DNA.

SET ADVANCE PROTECTION


2 x Vivix® 
2 x Live Amazing" Paper Bag*
1 x Immunity Product Set Guide
1 x Immunity health information leaflet.
1 x Eco-Friendly Jute Bag (Green)*
* While stocks last

Beli 2 botol Vivix layak dapat CASH BONUS & FREE MEMBERSHIP

Jangan lepaskan peluang dapatkan Promo ini


JANGAN LUPA REGISTER SEHINGGA 31 OKTOBER 2016




Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali SET TRIPLE IMMUNE ( Promo Oktober).
Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 
Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


Thursday, 20 October 2016

PERCUBAAN BEREKSPERIMEN DENGAN JUS FAVOURITE NEELOFA

Masihkah anda ingat resepi jus Neelofa pada entry lepas? 
Kalau tak ingat boleh refer balik ENTRY dekat SINI

Semalamlah ceritanya saya membuat jus tersebut. Siap buat video bagai. Haha. 

Kalau rajin, refer video ini ye. Saya berikan link ini direct ke Facebook saya. 

1. Part 1 : Kisahnya bermula..

Video ini saya menceritakan kembali detik sejarah hitamnya hidup ini menghadapi permasalahan kulit jerawat kronik kombinasi dengan alahan. 

Hanya Allah sahaja tahu bagaimana saya menghadapi permasalahan ini. 

Self-Confident sangat rendah ketika ini. Allahuakbar.

Tapi saya bangkit kembali memakan shaklee secara istiqomah dan menukarkan segala gaya pemakanan lebih sihat bagi seimbankang nutrisi dari vitamin Shaklee.

2. Part 2: Lab untuk ujikaji jus

Part 2 ni lebih nak tunjukkan skill pandai pegang pisau ke tidak. haha. takdelah ke situ. 

Saje-saje masuk dapur dan tunjukkan cara ramuan jus ini. Tapi saya tukarkan sedikit  la resepinya. Macam dalam gambar ni. 


Beri tu saya tukarkan dengan anggur



Taraaa inilah hasilnya!
Serius macam warna Vivix.



Ini hasilnya setelah saya tapiskan. Nak tahu rasanya? Hahaha



Saya selama ni buat jus since konsisten dari bulan februari tahun ini sampai la ke bulan ini, serius tak pernah buat jus campur dengan sayuran. 

Ini cabaran namanya. Haha 

Tahukah anda, rasanya "sedap" sangat bila dicampur dengan sayuran hijau dan timun tu. Haha. 

Mungkin akan lebih sedap ( ni betol2 sedap) bila dicampur dengan buah-buahan sahaja macam anggur tadi. 

Hahaha. Adoih eksperimen jus kali ni rasa betol-betol air berpantang dah 

Sebaik ada 4 lagi ketul ubi bit. Kisar dengan buah aja la 

Bukanlah tak sedap langsung, sedap je. Tekak pun dah minum 1 gelas ni tadi. Haha. 

Redha dalam terpaksa. 

Hebat nau eksperimen kali ini. 

Takpelah sekurangnya dapatlah rasa apa yang neelofa hadap jus hariannya kan. Kahkahkah. 


Papepun selamat mencuba ye. :)

Nak shaklee roger saya taw. hehe


Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali SET TRIPLE IMMUNE ( Promo Oktober).
Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 
Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya



Tuesday, 18 October 2016

BOOST YOUR IMMUNE SYSTEM NATURALLY: TIPS JUS DETOX CARA NEELOFA

Tahukah anda, Gaya hidup sihat dengan memakan buah-buahan memang sangat digalakkan dalam seharian. Buah-buahan sebenarnya mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan kulit.

Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak berjerawat. Namun, bagaimana penyelesaiannya untuk jerawat yang sering muncul?

Salah satu penyelesaiannya adalah dengan mengambil buah buahan. Banyak buah buahan yang dapat menghilangkan jerawat.

Di sini, saya kongsikan kalian resepi Jus dari Neelofa.


Saya dah beli siap-siap tadi ubi bit (beetroot) ni. 





Nanti saya share sedap ke tidak rasanya.

KELEBIHAN KHASIAT DARI RAMUAN JUS DARI NEELOFA

1. Ubi Bit (Beetroot)

Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.

Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.

Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.

Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.

Baik untuk hati: 
Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.

Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.

Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.

Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.

Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.

Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).

Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.

** Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.
Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.

2. Timun

Timun memberikan khasiat seperti berikut:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.

Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit  timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

 Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

7) Khasiat Timun Memulihkan Mata 
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis  dengan mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

3. Beri

a) Anti penuaan
b) Kencing manis
c) Keletihan mata
d) Menentang kanser serviks/payu dara
e) Perlindungan sistem jantung
f) Peningkatan selera makan
g) Peningkatan daya ingatan
h) Menyokong saluran darah
i) Elak jangkitan saluran kencing
j) Pengurangan kolesterol

4. Sayuran Hijau 

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 


Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.


Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi



Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali SET TRIPLE IMMUNE ( Promo Oktober).
Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 
Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...