Tuesday, 24 November 2015

5 Alasan Perlu Banyak Minum Air Putih

Air putih


Anda mesti sudah terbiasa minum air putih kan? Samada air sejuk ataupun air suam. Tapi kalau diet, saya syorkan anda yang menyukai minuman air sejuk mengambil tanpa ais. 

Lagi satu perkara, anda rasa anda minum air yang banyak tak sepanjang hari? Kalau saya la, hihi.. kalau tak disebabkan makan shaklee, memang taknya saya habiskan 2 liter sehari. Tapi masa zaman belajar di Shah Alam dulu memang sudah terbiasa minum air yang banyak ni. Ikut mood jugaklah. Ke hulu ke hilir bawak air botol. Hihi. Walaupun ketika itu lepak di rumah dan lagi satu Shah Alam sangatlah panas. Saya sentiasa rasa haus je... duduk rumah je berpeluh macam orang lepas berlari.. begitu panas sekali seksyen 7, Shah Alam tu kan.

Di Shah Alam jugalah bermulanya fasa di mana berat badan saya naik dengan mendadaknya. Bayangkan daripada 47 KG naik ke 50 lebih KG. Mak sentiasa membebel di cuping telinga ini. Hal inilah menyebabkan saya minum air putih dan joging di sekitar Taman Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam. Gigih kan? Hihi.. sebab tak nak kene berleter katakan. Ketika ini juga saya belum lagi ketemu produk Shaklee.

Tips pengambilan air putih:

25 kilogram berat badan bersamaan 1 liter air. Nutiritionist shaklee pesan, kalau boleh biar 3 liter air sehari

Sumber google


Nak tambah info lagi ni, tahukah korang air putih merupakan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Kalau sukatan air yang biasa kita dengar, minumlah 8 gelas air putih sehari.

Kalau anda mengambil air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi. 

Sumber info dibawah ini pula saya ambil dari website pmr.penerangan.gov.my. Jom kita baca dengan telitinya alasan munasabah kenapa kita perlukan minum air banyak ni. Mudah-mudahan apabila kita ada pengetahuan sebegini, kita akan rasa kita mudah untuk minum lebih air lepas ini kan. 

Apabila kita mendapat cukup air, ianya penting bagi tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.


BERIKUT 5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR :

1)AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2)MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3)MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4)MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5)MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.
Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Seram pulak saya baca kesemua alasan ini.. anda pula macamana? Seram juga tak. Jadi jika anda mengambil supplement shaklee, saya syorkan anda minumlah air sebanyak yang boleh mengikut tips yang saya ajar tadi. 

Salam sayang, 
Faizah
_
Untuk pembelian dan pengeposan, boleh order melalui 
0136625745 (whatsapp)
Faizah (cik kyra) 

Thursday, 17 September 2015

PROJEK SEKSI : ISTIMEWA BUAT WANITA

Bismilllahirrahmanirrahim....


Anda pernah dengar "PROJEK S.E.K.S.I"?


Team Projek Seksi buat
 julang kalinya membuat perjumpaan kali pertama 
di Taman Bukit Besar (Bersebelahan Bank Negara)
* Master Shaklee, Wan Muliani di kiri sekali dan bersama-sama dengan Coach- coach Projek Seksi


Pernah tahu? Ke pernah jumpa di laman media sosial facebook? Ke tengok di fb saya.. hihi.. Alhamdulillah...😊

Projek S.E.K.S.I merupakan projek EKSKLUSIF dari Team YMS khas buat ibu Menyusu yang mahu kekal SLIM & ELEGANT di mata suami selepas melahirkan.

》》KLIK untuk mengetahui lebih lanjut >

http://projekseksi.blogspot.my/p/mengenai-projekseksi.html?m=1


___

Secara ringkasnya...

<PROJEK S.E.K.S.I>

Bermaksud:
S - SLIM

E - ELEGANT

K - KESAN

S - SUSU

I - IBU


****************************
<IDEA>

Asas idea Projek SEKSI ini sebenarnya datang daripada MASTER WAN MULIANI DAN suaminya, MASTER DK.


****************************
<KENAPA DITUBUHKAN>

"Bermulanya Projek Seksi
Pada asalnya projek ini hanyalah Projek inisiatif dari Master Wan Muliani sendiri untuk membantu Suami (Master DK) tersayang untuk menurunkan berat badan. Tujuannya bukan hendak beliau kurus tapi untuk mengelakkan penyakit apabila gemok nanti. Apabila gemok banyak sangat penyakit yang MUDAH menyerang, antaranya Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung dan pelbagai lagi yang boleh dikaitkan. Sebut je mesti,

Ohh, sebab Gemuk ler tu..

Kan?"...

(Selanjutnya baca link di atas)


*****************************

<SIAPAKAH COACH ANDA>

Saya, FAIZAH  atau nama penanya Cik Kyra merupakan salah seorang COACH untuk PROJEK SEKSI anda!

Orang- orang NOGORI SEMBILAN bolehlah contact saya sebagai COACH anda. Walaupun saya bujang, dalam Projek Seksi ini orang bujang terutamanya kaum wanita dialu - alukan untuk join sekali.

Contact FAIZAH

+ WHATSAPP 》 0136625745

+ E-mel 》fareast90kyra@gmail.com

+ Blog Team Projek Seksi: Team Projek S.E.K.S.I

+ Blog Personal: http://cikkyra90.blogspot.com/


*******************************

<TARIKAN>

Projek SEKSI Menyediakan anda :

+ COACH

+ Konsultasi secara EKSKLUSIF dengan pakej ditawarkan

+ T- Shirt EKSKLUSIF S.E.K.S.I

+ Secret GROUP peserta

+ Info lebih banyak dan berkesan di hati pembaca pada blog  PROJEK SEKSI  》http://projekseksi.blogspot.my/

+ Page Fb "JOM SEKSI"
https://www.facebook.com/jomturunberatbadan


*****************************

JOM SERTAI PROJEK SEKSI SEKARANG!! 😊

PELUANG KEEMASAN MENANTI ANDA!!




2 malam sebelum ni saya ada buat 
pengiraan kalori.
Tapi kali ni pengiraan kalori untuk lelaki lebih ramai berbanding wanita.
Tengok ni kaum lelaki pun semakin sedar akan kepentingan penjagaan berat ideal
Korang tahu kira kalori macamne? 
Kepada wanita yang tidak tahu, 
semuanya EKSKLUSIF ada dalam
PROJEK SEKSI!



Pakej ditawarkan sangat ISTIMEWA! 
Segalanya EKSKLUSIF dari Team Projek SEKSI




Anda semua tahu kan?
 Tiga perkara paling penting dalam diet ialah

Senaman
Pemakanan
Supplement

Ke- 3 ini tak boleh ditinggalkan

Inilah yang ada ditawarkan secara EKSKLUSIF di dalam PROJEK SEKSI! 




COACH FAIZAH.S.K merupakan COACH SEKSI anda! 
Contact Coach anda sekarang

***PROMO SEPTEMBER***
ESP



Hubungi pada no whatsapp baru saya 0136625745

#KTTSHAKLEE

JOM SEKSI! :)







Monday, 10 August 2015

Jalan-jalan di Port Dickson dan ada perkara Wanita perlu WAJIB tahu

Sebelum ini, saya ada buatlah satu status di facebook berkenaan jalan ke UiTM Seremban 3. Memanglah waze ada tapi biasalah waze kan. Suka nau bawak saya merata- rata jalannya. Haha, sampaikan mak pun risau jadinya. Selepas abah tiada ni, memang kami kene strong la dari segi mental dan fizikal jika ada kesulitan ke. Hanya yang kami pasti ialah Allah tetap akan bantu kami keluar dari kesulitan ini. Setiap doa itu pasti didengari oleh-NYA. Yang penting yakin..Insya-Allah..


Salah satu sebab post status macam ini ialah
sebab adalah hamba Allah tu.. haha
Duk sakan bertanya di mana arah jalan ke UiTM Seremban 3.
Kita pulak bukan jenis kuat berjalan. So, cara mudahnya ialah
bertanya jelah sini.. :)
Tq uolls yang sudi bagi khidmat tour guide,
pada yang Pm juga amatlah berterima kasih
jasamu dikenang ~~



Alhamdulillah...
Semuanya mudah..
*abaikan selamat pagi itu.. :D
Dah malam dah pun :P*


Pada pagi sabtu, 8 Ogos 2015 bermulalah plan yang saya rancangkan. Pada pukul 9 pagi lebih jugalah saya menjemput sepupu di rumahnya. Nampak tak di sini begitu semangat sekali nak gerak ke seremban? Haha.. sebenarnya plan yang pertama saya pada pagi itu ialah menyelesaikan dahulu COD kepada Hani di Seremban dan selepas itu barulah plan untuk mencari jalan ke UiTM Seremban 3.


COD Senawang, Seremban
 ALFAFA L (700 tablets) - Tahan 3 bulan lebih
Garlic Complex ( 60 tablets) - Tahan 2 bulan
*********
 dengan bawak bekalan makanan kucing lagi ni. Hihi..
Sebabnya? 
Kucing selalu nau datang manja2
lepas tu bila kite nak balik. 
Kita tengok dia rasa kesian je.
Lepas tu angah suggest, apa kata sediakan makanan 
kucing macam kawan dia sorg ni.
Memang sejak tok nenek moyangnya memang
amalkan amalan ini.
Maka, saya faham kenapa kawannya itu
membuat cara macamni. 
Ini merupakan Salah satu caranya dia menjemput rezeki dalam bisness 
keluarganya.
Alhamdulillah, 
terus jugalah ingatan ini teringat kepada buku
yang pernah saya baca iaitu
'Mudahnya Menjemput Rezeki"
Fahamlah serba sedikit konsep ini :)
Jom kita amalkan bersama..

Selepas COD, kami pun bermulah destinasi ke UiTM Seremban 3. Akhirnya kami sampailah destinasi tersebut. Siap masuk kawasan UiTM la,. Hihi.. lawa taw! Cumanya cik kyra lupa nak snap kerana tengah memandu. Almaklumlah.. :D (next week ada lagi..tunggu ye. Krik krik krik tunggu dulu ye). 

Jalan nak ke UiTM ini pun sebenarnya nak ke arah Port Dickson, jadi alang2 dah ke sini. Baik pergi Port Dickson. Dapatlah mak mengenang nostalgianya bersama sepupu.. hihi. Bermacam2 jugalah kisahnya. Kejap ceritanya berbunyi serius, kejap berbunyi seram, kejap2 suara berderai ketawa.. hahaha.. semuanya gegirl je yang pergi. Macam-macamlah boraknya. Sampailah terselit 1 testimoni shaklee la.. haha.. 

Sebelum tu kite layan dulu gambar ye.. ^_^


Kota Lukut



Sejarah Kota Lukut



Ambil angin petang di Port Dickson, N.Sembilan
Terima kasih Angah Ruzi kerana menjadi pemandu pelancong..

Apakah testimoni yang saya dapat sepanjang hari itu ya? 

"Muda- muda la makan vitamin,
tua- tua makan vitamin..
tak jadi apalah.. susah nanti"
- sepupu


Apabila sepupu saya menyatakan begini, saya memikir jugalah sambil memandu masa ini. Apakah yang membuatnya beliau rasa begini ye.. tiba-tiba tah macamna emak menanyakan,

"Zi, umur berapa menopause?"-emak

"Umur 53"- sepupu

Saya pun sambil memandu, mencelah soalan ini..

"Angah simptom macamne? Ada macam omak tak masa mula2 dulu time datang. Macam rasa loya ke, pitam ke, saraf rasa panas la.. macam mak kawan orang sekarang kene macam mak la.. loya, pitam, lenguh2 sendi la macam2lah" - cik kyra

"Aah zi, mula2 dulu kene macamtulah. Ada tak simptom macamtu?" - emak

"Oh tak de pulak simptom macamtu. Biasa jelah. Ada jugaklah macam dengar cerita pasal menopause ni nanti saraf la panas dan macam-macamlah. Alhamdulillah.. tiadalah macamtu"- sepupu

[MENOPAUSE- biasanya berlaku dalam sekitar usia 50'an dan merupakan kemuncak dalam kehidupan seorang wanita di mana apabila dia tidak lagi mengalami haid selama setahun]

"Oh makan vitamin awal la ni kan?" - cik kyra

"Aah.. lama dah ambil shaklee ni..lama makan vitamin ni"- sepupu

"Patutlah tadi cakap, muda- muda la makan vitamin. Boleh jadi testimoni terus la ni! Hihi"- cik kyra

Berderai gelak masing-masing... :D


So, kepada mak cik- mak cik atau geng-geng sebaya saya, adik2 ke, marilah kita amalkan vitamin daripada sekarang. Especially kita yang pompuan ini. Kalau boleh elakkanlah petanda- petanda menopause seperti ini:


Sumber google


Sumber google

Tanda-tanda dan gejala Menopause:

  • Bahagian muka akan kemerah-merahan, panas dan kerap berpeluh terutama pada waktu malam dan menyebabkan masalah sukar tidur..
  • kedatangan haid yang tak lancar seperti keluar haid dalam tempoh yang singkat (2-3 hari je), kuantiti pengeluaran haid tak menentu (kadang sedikit, kadang banyak) dan ada juga yang haid berhenti untuk beberapa bulan dan datang semula..
  • Terasa sakit ketika 'bersama' kerana faraj menjadi kering..
  • Buang air kecil dengan kerap sehingga berisiko untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj..
  • Sering pening dan sakit kepala..
  • Keguguran rambut, payudara menjadi lembut dan kulit mulai berkedut..
  • Bahagian abdomen jadi tak selesa, perut terasa kembung dan masalah tulang (osteoporosis)..
  • Berisiko mendapat serangan jantung apabila paras estrogen menurun..
  • Emosi juga terganggu seperti cepat marah dan mudah tersinggung..
  • Masalah ingatan dan kurang daya tumpuan..
  • Kemurungan dan sering tertekan/stress..

Cadangan vitamin untuk wanita Menopause: 


Dapatkan konsultasi secara eksklusif dan juga boleh membuat order shaklee dengan saya.
Saya sedia membantu anda semua :)

FAIZAH
0136625745
WHATSAPP/TELEGRAM
fareast90kyra@gmail.com

Page: Rahsia Kurus Sis
Instagram: Rahsia_kurus_sis

Jangan lupa tekan like page dan follow di instagram! 
^_^

TERIMA KASIH SUDI BACA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...