Saturday 7 February 2015

HEBATNYA FEBRUARI KALI NI!!

Assalamualaikum semua...

Ada sesiapa peminat tegar shaklee?

Bulan FEBRUARI 2015 ni hebat taw!

Nak tau ape yang hebatnya? Meh kita share photo ni.. hihi..




Jangan lupa follow saya di instagram taw!

Jika ada kelapangan, boleh tekan butang follow di instagram saya, "supplements.kyrashoppe" untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan :

✔Produk-produk shaklee
✔ Testimoni
✔ Tips kesihatan

Untuk memudahkan pencarian anda mengenai instagram ini, anda bolehlah layari pautan di bawah:

Instagram: supplements.kyrashoppe

hee.. ejaannya 
SUPPLEMENTS.KYRASHOPPE 
taw..
kat dalam gambar ni tertinggal huruf 's'
maafkan saya.. hihi
Jangan lupa follow taw! 

haaa... lekas2 order taw! 

_________________
Faizah (Cikkyra)
Shaklee Independent Distributor
0136625745
WA/Telegram
Instagram: supplements.kyrashoppe






PILIHAN : ORANG BERJAYA BIASA2 atau ORANG BERJAYA LUAR BIASA

Tiba2 hari ni saya merasakan terpanggil untuk menulis sesuatu disini.. Terima kasih kepada alang suli kerana sudi share ilmu yang bermaanfaat semalam...

Semalam, di surau saya ada mengadakan Majlis Ilmu yang dipengerusikan oleh Ustaz Suli a.k.a Alang Suli. Alang merupakan anak buah abah. Sejak abah meninggal, surau di tempat saya ini telah sepakat memilih alang menjadi pengerusinya. Hari ini 7/2/2015, genaplah 4 bulan abah meninggalkan kami buat selama-selamanya. Semoga abah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan org beriman... AL-FATIHAH..

Berbalik kepada tajuk ENTRY di atas. Saya merasakan bersyukur kerana saya menjadi pilihan Allah untuk menghadiri Majlis Ilmu kali ini, walaupun hati ini pada mulanya berbelah bahagi sebenarnya. Yelah, abang sado kan semalam.. hihi.. tapi saya kuatkan iman saya untuk menemani ibu tercinta bersama-sama menghadiri majlis ilmu ini di surau.

Saya sebenarnya menulis entry kali ni merasakan saya perlu share ape yang saya rasa dan perlu juga menjadi ORANG YANG MEMBERI. ORANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA ORANG MENERIMA. Saya sebenarnya terpukul dengan ayat beliau. Tajuk yang disampaikan oleh alang lebih kepada bgaimana kita ingin membuat pilihan, ORANG BERJAYA BIASA2 atau ORANG BERJAYA LUAR BIASA. Saya merasakan inilah kali pertama saya merasakan kagum dengan alang. Ape taknya.. saya rasa inilah puncanya bagaimana dia boleh berjaya sampai sekarang di dalam bisness yang diceburinya dan dia juga seorang JUTAWAN.. MasyaAllah.. hebatnya Alang..

" kita ingin jadi orang berjaya biasa2 ke atau orang berjaya luar biasa?"- soalan daripada alang

Kalau tanya saya, saya PASTILAH JAWAB ORANG BERJAYA LUAR BIASA!! siapa tak nak dalam hidupnya berjaya? luar biasa pula tu.. saya lagilah nak jadi JUTAWAN BERSYUKUR. Alangkah indah kalau saya ni dapat berjaya menjadi jutawan seperti beliau. Jadi saya fikir apa yang disampaikan oleh beliau sama seperti master-master shaklee ajarkan cara menjemput rezeki daripada Allah. Ini sebablah ape yang beliau sampaikan memang menusuk ke kalbu.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah bagi hikmah kepada saya dan gerakkan hati saya untuk mendalami majlis ilmu semalam.

Beliau memberitahu bahawa ingin berjaya luar biasa, kita perlukan memperbanyakkan memberi. Memberilah apa sahaja.. asalkan ada kebaikan kepada orang. Contohnya, memberi ilmu.. ilmu tersebut sampai kepada kita. Kita pula sampaikan kepada orang lain. Macam cara Rasulullah, sampai sekarang apa ajarannya di dalam Islam, masih lagi kita gunakan. Kita juga dapat gunakan sebaik mungkin ilmu bermanfaat tersebut. Alangkah indahnya kan.. kita sama2 mengumpul pahala ini.

Beliau juga mengingatkan ya wahhab sebagai Maha Pemberi.. kita perlu memberi.. saya selalu amalkan zikir ya wahhab ini. Sebabnya memohon agar Allah memberikan rezeki kepada saya. Saya tak kisahlah bentuk rezeki yang Allah berikan macamna sekalipun.. Saya juga terapkan juga zikir ya wahhab ini kepada downline2 saya di dalam shaklee. Malah zikir lain juga saya amalkan. bak kata alang, "jangan pula sebut ya wahab, itu nama orang. cuba sebut ya wahhab" ini pun saya terpukul juga.. hihi.. selalu kalau berzikir, nak cepat je. sampaikan bunyinya ya wahab.. ya wahab... ya wahab.. setelah tau mengenai kesalahan ini. Saya berusaha agar hari ini tidak mengulanginya seperti kebiasaannya..dan insyaallah untuk akan datang jua.

Bab mengenai solat dhuha dan bersedekah, saya suka bab ni bila beliau menceritakan setiap pagi, kita akan didatangi 2 malaikat yang mana akan mendoakan rezeki kita. Jadi eloklah kita bersedekah di awal pagi ni kan. Contoh, pergi warung, belanja kawan-kawan makan. Ya Allah, nikmat bersedekah itu umpama menyedekahkan sebiji benih tapi akan diberikan 700 biji buah (teringat Ustaz kazim elias). Bayangkan inilah nikmat bersedekah sebenarnya.

"tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah"
Ini pun turut ditegaskan dalam penyampaian beliau. Beliau menceritakan yang bahawa anaknya bersedekah untuk mangsa banjir sampaikan habis satu tabung. Balik dari sekolah terus lesu. Bila ditanya, rupanya menyedekahkan 1 tabungnya kepada mangsa banjir. Ya Allah, budak pun tau nak bersedekah. Kita? kadang-kadang payah kan? Alang cakap tanda seseorang itu bakhil apabila hatinya ketika memberi itu bergegar. Ha itulah tanda orang bakhil. Maka kita sama2lah cuba menerapkan amalan bersedekah terhadap diri dan keluarga.. mula2 sikit.. lama2 nanti biasalah! =)

Beliau juga ada mengatakan bahawa ingin bersedekah janganlah sampaikan membebankan diri. Tengok sahajalah anaknya, sampai lesu.. tak makan di sekolah semata2 nak bersedekah. hihi.. murninya hati anaknya kan.

Beliau ada juga menyebut ingin menjadi JUTAWAN. Jadilah JUTAWAN YANG BERSYUKUR SETIAP WAKTU, MEMBERI JUGA SETIAP WAKTU.. barulah boleh menjadi ORANG BERJAYA YANG LUAR BIASA!

Ingat! 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan taw..jadi sesiapa yang berniaga. Marilah kita mengamalkannya bersama. semoga kita terpilih menjadi JUTAWAN LUAR BIASA YANG BERSYUKUR.

Aminnnn.........

*jika saya ada tersilap kata ke dalam coretan ini, tegurlah saya.. mungkin ada silapnya kata2 saya ni kan.. yang baik datang daripada allah, yang buruk itu datang daripada saya. maafkan saya ye.. :)

-berhemahlah ketika menegur-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...