Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, 9 February 2017

DOSA ADALAH PENGHALANG KEJAYAAN

"KESAN DOSA"

Sebab dosa adalah penghalang kejayaan.

Kesan dosa paling dekat dengan diri kita sebagai orang Islam adalah malas beribadah.

Maksud Ustaz yang menceritakan dalam sebuah buku ini, dia tak ada rasa manis dalam beribadah. Dosa sudah banyak dikumpul. Jadi, nak buat ibadah dah rasa tak seronok.
Allahuakbar.

Tipulah kalau diri ini tidak memikirkan apa yang tertulis dalam buku ini.

Sedangkan perkataan "kejayaan" itu selalu terpasak dalam minda.
"aku nak berjaya. Bagaimana aku nak berjaya? Aku nak Team ahli aku berjaya. Bagaimana aku nak tolong bantu mereka berjaya juga"

Rupa-rupanya satu perkara Faizah sendiri lupa tentang DOSA ada kaitan ini semua.
Yang menghalang rahmat Allah SWT adalah dosa. Jadi bila dosa terlerai, maka terbuka luaslah rahmat Allah SWT kepada kita.

Maka untuk meleraikan dosa, "perbanyakkan istighfar".

Allahuakbar. Banyak lagi perlu diperbaiki.

Faizah teringat satu ni,
"Bila Allah SWT perintahkan solat,
Maknanya dalam solat ada DISIPLIN,
Dalam solat pentingnya penjagaan MASA,
Dalam solat ada KEPIMPINAN,
Dalam solat ada KEJAYAAN.
Maka siapa yang menafikan atau MENGABAIKAN solat, maknanya jauh sekali dia mahu berjaya"

Betol juga kata Master sharing dalam Live semalam,
"hidup mesti ada target. Target mesti ke syurga. Tulis target dalam sekeping kertas. Jika terlupa lihat balik.
Contoh nak rajin solat ON time, rajin baca al-Quran dan bermacam lagi"

Sebenarnya tujuan hidup kita mestilah jelas. Jika tidak dosa juga yang menambah nanti.

Allahuakbar. Mudah-mudahan jauhkanlah segala ini untuk kita semua.
Perbanyakkan istighfar lagi. Jom pagi ni.


Sumber Google



Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Wednesday, 4 January 2017

TIPS BONDA MENJEMPUT REZEKI

Pagi yang sibuk dengan bunyian lalu lintas motor dan kereta, tiba-tiba ada kedengaran 3 kali salam di luar rumah,

"Assalamualaikum, Assalamualaikum, Assalamualaikum" 

Rupanya ada rezeki pagi ini dapat pula pisang.




Semoga yang memberikan ini dilimpahkan rezeki lebih banyak lagi. Aaminn.

Semalam rezeki dapat talam nangka, hari ini pula rezeki dapat buah pisang. Yang memberinya pun bukanlah orang yang sama. Hehe. 



Sedap juga rasanya. Aumm.
Musnah seketika diet! :P


Bercerita mengenai rezeki kan. Faizah ingin kongsikan sesuatu.

Mungkin juga ini penyebabnya kami sering kali dapat rezeki tanpa diduga ini.

Sebenarnya Bonda ajarkan kami benda ini dan kami harus amalkannya supaya kami sama-sama mendapat berkat dari Ilahi.

Setiap pagi haruslah amalkan iaitu zikir Ya Wahhab, Ya Razzaq, Istighfar, Selawat ke atas Nabi dan juga paling ditekankan oleh Bonda memaksa kami menyebut Ya Aziz sekali.

Satu lagi ayat doa paling ikhlas Bonda ajarkan setiap kali selepas solat ialah

" Ya Allah berkati hidup ini, permudahkan urusan hari ini, berikan kami sekeluarga kekayaan dan kekayaan itu mulia disisiMu"

Ya Aziz itu ada kaitan dalam doa ini sebenarnya.

InsyaAllah. Jika kita amalkannya kita akan dapat menjadi orang yang mulia dan kaya dengan pertolongan Allah.

Itulah sebabnya Bonda tekankan. Bonda Faizah beri doa ini supaya anak-anaknya jangan sesekali takut untuk menjadi kaya.

Kaya rezeki, kaya harta dan paling penting kaya di dunia dan akhirat. (Kaya dan mulia di sisi Allah)

Rakan-rakan bolehlah amalkan doa. 

Sambil-sambil baca ENTRY Faizah jemput baca kebaikan ESP dijadikan sarapan setiap kali di SINI.

Sesiapa nak shaklee, bolehlah roger Faizah untuk order dan join Projek RM500 ini. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Friday, 4 November 2016

TAZKIRAH

TAHUKAH KITA?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..

tahukah anda?
bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tp seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

tahukah anda?
di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam islam di sunnahkan membaca alhamdulillah setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

tahukah anda?
menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita butuh tambahan oksigen

tahukah anda?
bahwa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

tahukah anda?
bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

tahukah anda?
di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?
Nabi Muhammad saw bersabda: "sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan shalat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu d taruh di atas kepala dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut".
wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah... dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.

tahukah anda? 
diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..
sesungguhnya surat al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

tahukah anda??
ketika kita membaca ayat kursi tiap usai shalat, maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

tahukah anda?
bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai shalat, karena itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk shalat kita, dan berusahalah untuk solat berjamaah khsusnya ditempat azan dilaungkan.

semoga manfaat

Monday, 24 October 2016

6 CARA MENGGEMBIRAKAN HATI SEPANJANG HARI

Selepas saya coretkan ENTRY tentang perkaitan mood dan protin. 

Hari ini eloklah rasanya saya sambung pula tips bagaimana untuk menggembirakan hati pulak. Hehe. 

Eh macam telenovela pulak kan? Haha. 

Ok sambil-sambil minum ESP tu bolehlah rileks baca coretan saya seterusnya ini. Apa yang penting biar minda sihat, otak pun cergas! Yezzaa... :)

Esok pagi apabila mata celik je bangun untuk solat subuh, apa kata anda praktikkan 6 perkara ini. Manalah tahu semakin kita istiqomah mengamalkannya, anda akan menjadi orang yang lebih positif selepas ini kan? Antara tipsnya ialah :

1. Bersyukur 

Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.  

Sebaik-baiknya bacalah surah yassin diawal pagi setiap hari dan lakukanlah solat sunat duha. Mudah-mudahan ada keberkatan. 

Jangan lupa untuk membaca doa bangun tidur ;


Sumber Google


 Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

2. Tekad Bermotivasi 

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.  

Senaraikan tugasan-tugasan yang harus diselesaikan sebelum membuka PC di pejabat, agar urusan teratur dan bersistematik pada hari berkenaan. 

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik Motivasi harus dijaga. 

Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat. Perbanyakkan bergaul dengan orang-orang berjaya, dan dapatkan tips menarik daripada mereka. Awal-awal pagi sebelum ke pejabat adalah elok sekiranya buka TV dulu, tengok 'Motivasi Pagi' di TV3, banyak tips menarik dapat diperolehi. 

4. Mulakan Dengan Bismillah 

Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was, dan akhiri dengan ucapan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan. 

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. 

Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Orang yang berjaya akan sentiasa mempertingkatkan prestasi diri hari demi hari lantas potensi diri dapat dipertingkatkan. 

6. Maafkan Semua Orang 

Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain. Inilah sifat mulia Rasulullah SAW.


Sumber Google


Sumber Google


Sumber Google


Kredit Info: Bicara Tanpa Suara

Tuesday, 4 October 2016

Pengedar Shaklee Negeri Sembilan: Terima Order Closing ESP & Vitamin C

Assalamualaikum. Hai Apa Khabar semua?

Hari ini saya cerita santai-santai sahaja. Almaklumlah sibuk menguruskan postage-postage Shaklee berkenaan order closing bulan lepas iaitu Promo ESP & Vitamin C.

Antara perkara pertama saya buat ialah membuat pembelian plastik shaklee di Pejabat Pos Bahau. Sebenarnya boleh je beli plastik dekat base courier poslaju. 

Almaklumlah saya keluar jam tengahari. Saya yakin plastik itu dah habis. Hehe. Jadi nak tak nak ambil la No giliran dekat Pejabat Pos Bahau ni. 


Pejabat Poslaju Bahau

Selepas setel beli plastik poslaju, saya terus ke rumah kak Ipar untuk mengambil 2 kotak shaklee yang baru sampai. Tapi lagi Shaklee lain yang saya beli ketika closing tak sampai lagi nih. Hope esok sampailah. :)



2 Kotak Shaklee baru sampai



Jom start packing! 
Serius saya jatuh bekerja dari rumah macamni. :)

** Jangan lupa untuk mendaftarkan diri menjadi AHLI SHAKLEE bagi mendapatkan PERCUMA VITAMIN C & LECITHIN. SAH hanya 1 - 15 Oktober 2016 sahaja. 

Berbaki 11 hari lagi untuk mendaftar.

Contact Agen Shaklee yang SAH. ***



Agak-agak apa isi yang ada dalam 2 kotak shaklee ini? Tapi ada drama la kejap. Kecut perut tiba. -.-"

Kesilapan teknikal diri sendiri. Memang kene makan Lecithin gamaknya. Sebaik betol saya order. 


Check vitamin tiba-tiba berderau hati 
"Aku ada beli Lecithin ke?"
Check dekat slip, "eh ada la."
Terus darah dalam badan berjalan dengan baik. Haha. Tiada unsur suspen lagi 
Rupanya Lecithin ini hak milik Jejak Diya Nadia ( Pengedar Shaklee Jenjarom Selangor) Sebaik check balik dekat buku log. Kus semangat.



Akhirnya setel! :)


Jika berminat dengan Produk Shaklee ini, hubungi saya pada whatsapp atau PM direct di Facebook.


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

Thursday, 4 August 2016

MOTIVASI IRFAN KHAIRI

Assalamualaikum semua...

Hari-hari cerita pasal Shaklee je kan, sekali sekala saya ingin juga selitkan motivasi yang saya jumpa yang agak memberi inspirasi kepada saya. 

Moga-moga apa saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kalian. :)

Ini yang saya jumpa nukilan tulisan dari Irfan Khairi pada 31 Julai haritu. Apabila membaca memang memberikan semangat kepada semua insan yang berniaga termasuklah diri ini.

Saya pernah juga terbaca dari buku motivasi berkenaan pengalaman IK menjadi cleaner selama 2 tahun semata untuk mencari duit untuk mempelajari ilmu dunia perniagaan. 

Apabila terjumpa nukilan ini yang beliau sendiri coret, rasa terpanggil pula untuk berkongsi pada teman di luar sana.

Meh baca di sini. Saya dah siap-siap copy masuk sini. Hihi. Kalau saya tengah mencari idea ke, boleh la saya godek apa yg saya simpan pada blog ni kan. haha. 

*pinjam gambar keratan Berita Harian 24hb Mac 2010


Setiba Dubai jam 430 pagi tadi selepas 7 jam dalam penerbangan, dari lapangan terbang antarabangsa Dubai, terus pemandu limo menghantar saya ke apartment yang terletak berhampiran dengan Irfan Khairi Institute of Business Dubai. Sememangnya saya suka mengambil flight malam, kerana apabila tiba di Dubai pagi, boleh lah saya terus ke meeting dan appointment selepas refresh sebentar di apartment.

Di sini, saya tinggal di service suite apartment, di mana perkhidmatannya adalah seperti hotel. Setibanya di lobby apartment tersebut dalam jam 5.30 pagi, mata saya tertumpu pada seorang pekerja pencuci di lobby tersebut. Pekerja tersebut, datang dari Filipina sedang 'buffer' lantai untuk mengilatkannya dengan mesin buffer lantai. Cukup dengan pakaian seragam syarikat pencuci serta alat-alat cucian yang lain ditepinya.
Fikiran saya terbawa saya ke 18 tahun yang lalu...

18 tahun lalu, begitulah keadaan saya. Ketika saya belajar di UK, saya tidak mempunyai duit yang cukup untuk mendalami dua ilmu yang cukup saya minat- iaitu ilmu motivasi dan ilmu perniagaan. Walaupun ditaja kerajaan, tajaan tersebut Alhamdulillah hanya cukup untuk yuran universiti, tempat tinggal dan makan minum.

Untuk mendalami ilmu motivasi dan perniagaan, sememangnya diluar skop pembelajaran universiti. Oleh itu, saya perlu mencari wang lebih untuk mencari ilmu tambahan ini. Apakah caranya? Ya, saya bekerja sebagai seorang tukang cuci atau 'cleaner' selama 2 tahun sambil belajar.

Pada masa itu, setiap hari selepas solat subuh, saya akan berjalan lebih kurang 3km ke supermarket di mana saya bekerja sebagai cleaner setiap hari sebelum kuliah universiti bermula jam 10 pagi. Saya masih ingat, pada tahun pertama tidak dibenarkan cuti sehari pun.

Bekerja sebagai cleaner selama dua tahun, mengajar saya pelbagai perkara. Maklumlah, kita sebagai tukang cuci akan dipandang sebagai tukang cuci sahaja- pendatang luar pula tu. Kena marah dan tengking oleh supervisor adalah perkara biasa. Tetapi, terpaksa tahan juga oleh kerana ingin mencari wang untuk menambahkan ilmu.

Dua tahun saya bekerja sebagai cleaner tetapi itulah dua tahun yang paling banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dengan karenah orang, sabar dalam mencari ilmu, sabar dalam berusaha. Untuk berjaya, kita akan bertemu pelbagai karenah manusia. Untuk berjaya, kita perlu mencari ilmu. Dan untuk berjaya juga, pastinya ilmu sahaja tidak cukup sekiranya tidak berusaha.

Pagi ini, melihat pencuci dari Filipina yang sedang mengilatkan lantai, teringat saya 18 tahun lalu, saya juga pernah dalam keadaan itu. Sebelum memasuki lif apartment, saya senyum dan menegurnya "Hi, how are you?". Dan pencuci tersebut pun balas senyuman dan bertanya "Fine, have a good day sir!". Pintu lif tertutup sambil dirinya terus memberi senyuman lagi pada saya.

Dalam hidup, kita tidak tahu di mana kita akan berada setahun akan datang, 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang atau 15 tahun akan datang. 5 tahun selepas saya menjadi tukang cuci, Alhamdulillah saya berjaya mencapai pendapatan RM1,000,000 dari perniagaan Internet. 10 tahun selepas menjadi seorang tukang cuci, Alhamdulillah dapat mendidik dan juga memberi inspirasi kepada orang ramai di Malaysia dan melahirkan paling ramai usahawan-usahwan Internet berjaya di Malaysia. Hari ini, 18 tahun selepas menjadi seorang pencuci, Alhamdulillah tertubuhnya Irfan Khairi Institute of Business Dubai yang kini on track, untuk menjadi business school Internet #1 di Asia dan Dunia.

Jika ditanya pada saya, apakah rahsia kejayaan? Jawapannya ada dalam pengalaman yang saya kongsikan hari ni. Kejayaan perlu mempunyai kesabaran. Kejayaan perlu mempunyai ilmu. Kejayaan juga perlu diusahakan. There is no short cut. Tak kira di mana diri kita berada satu masa dulu, masa depan kita adalah di tangan diri kita sendiri. Bukan orang lain.

Sentiasa rendah diri, tetapi jangan pandang rendah pada diri sendiri. Potensi diri sendiri kita sendiri tidak tahu sekiranya kita tidak terus berusaha mengejar matlamat. Bagaimana hendak mencungkil potensi diri? Mulakan dengan matlamat dan berusaha mencapainya dengan ilmu. Anda akan lebih mengenali potensi sebenar dalam perjalanan tersebut. Ianya bukanlah satu sasaran, tetapi satu perjalanan yang akan membentuk dan memperbaiki diri sendiri.

Hargai segala pengalaman yang kita miliki, tidak kira susah atau senang. Buangkan perasaan ego dan hormati semua insan. Sentiasa berdoa kepada yang Esa supaya apa yang kita usahakan diperkenankan dan bersyukur selalu kerana bersyukur itu akan membuka pelbagai pintu rezeki yang kita tidak sangka-sangkakan. InshaAllah.

Moga perkongsian saya yang agak panjang kali ini memberi manfaat kepada anda, dan saya doakan anda juga akan mencapai apa sahaja matlamat anda satu hari nanti!

Irfan KhairiPalm JumeirahDubai, UAE

 Apabila saya baca coretan ini, betol la segala apa IK katakan. Kita perlu sabar untuk capai matlamat yang kita inginkan. 

Paling penting kita nak dapat hasil yang bagus, kita perlukan konsisten dan usaha lebih serta sentiasa berdoa. 

Harap entry ini dapat memberi anda sumber inspirasi. :)


Sumber Google


Sumber Google




Monday, 10 August 2015

Jalan-jalan di Port Dickson dan ada perkara Wanita perlu WAJIB tahu

Sebelum ini, saya ada buatlah satu status di facebook berkenaan jalan ke UiTM Seremban 3. Memanglah waze ada tapi biasalah waze kan. Suka nau bawak saya merata- rata jalannya. Haha, sampaikan mak pun risau jadinya. Selepas abah tiada ni, memang kami kene strong la dari segi mental dan fizikal jika ada kesulitan ke. Hanya yang kami pasti ialah Allah tetap akan bantu kami keluar dari kesulitan ini. Setiap doa itu pasti didengari oleh-NYA. Yang penting yakin..Insya-Allah..


Salah satu sebab post status macam ini ialah
sebab adalah hamba Allah tu.. haha
Duk sakan bertanya di mana arah jalan ke UiTM Seremban 3.
Kita pulak bukan jenis kuat berjalan. So, cara mudahnya ialah
bertanya jelah sini.. :)
Tq uolls yang sudi bagi khidmat tour guide,
pada yang Pm juga amatlah berterima kasih
jasamu dikenang ~~



Alhamdulillah...
Semuanya mudah..
*abaikan selamat pagi itu.. :D
Dah malam dah pun :P*


Pada pagi sabtu, 8 Ogos 2015 bermulalah plan yang saya rancangkan. Pada pukul 9 pagi lebih jugalah saya menjemput sepupu di rumahnya. Nampak tak di sini begitu semangat sekali nak gerak ke seremban? Haha.. sebenarnya plan yang pertama saya pada pagi itu ialah menyelesaikan dahulu COD kepada Hani di Seremban dan selepas itu barulah plan untuk mencari jalan ke UiTM Seremban 3.


COD Senawang, Seremban
 ALFAFA L (700 tablets) - Tahan 3 bulan lebih
Garlic Complex ( 60 tablets) - Tahan 2 bulan
*********
 dengan bawak bekalan makanan kucing lagi ni. Hihi..
Sebabnya? 
Kucing selalu nau datang manja2
lepas tu bila kite nak balik. 
Kita tengok dia rasa kesian je.
Lepas tu angah suggest, apa kata sediakan makanan 
kucing macam kawan dia sorg ni.
Memang sejak tok nenek moyangnya memang
amalkan amalan ini.
Maka, saya faham kenapa kawannya itu
membuat cara macamni. 
Ini merupakan Salah satu caranya dia menjemput rezeki dalam bisness 
keluarganya.
Alhamdulillah, 
terus jugalah ingatan ini teringat kepada buku
yang pernah saya baca iaitu
'Mudahnya Menjemput Rezeki"
Fahamlah serba sedikit konsep ini :)
Jom kita amalkan bersama..

Selepas COD, kami pun bermulah destinasi ke UiTM Seremban 3. Akhirnya kami sampailah destinasi tersebut. Siap masuk kawasan UiTM la,. Hihi.. lawa taw! Cumanya cik kyra lupa nak snap kerana tengah memandu. Almaklumlah.. :D (next week ada lagi..tunggu ye. Krik krik krik tunggu dulu ye). 

Jalan nak ke UiTM ini pun sebenarnya nak ke arah Port Dickson, jadi alang2 dah ke sini. Baik pergi Port Dickson. Dapatlah mak mengenang nostalgianya bersama sepupu.. hihi. Bermacam2 jugalah kisahnya. Kejap ceritanya berbunyi serius, kejap berbunyi seram, kejap2 suara berderai ketawa.. hahaha.. semuanya gegirl je yang pergi. Macam-macamlah boraknya. Sampailah terselit 1 testimoni shaklee la.. haha.. 

Sebelum tu kite layan dulu gambar ye.. ^_^


Kota Lukut



Sejarah Kota Lukut



Ambil angin petang di Port Dickson, N.Sembilan
Terima kasih Angah Ruzi kerana menjadi pemandu pelancong..

Apakah testimoni yang saya dapat sepanjang hari itu ya? 

"Muda- muda la makan vitamin,
tua- tua makan vitamin..
tak jadi apalah.. susah nanti"
- sepupu


Apabila sepupu saya menyatakan begini, saya memikir jugalah sambil memandu masa ini. Apakah yang membuatnya beliau rasa begini ye.. tiba-tiba tah macamna emak menanyakan,

"Zi, umur berapa menopause?"-emak

"Umur 53"- sepupu

Saya pun sambil memandu, mencelah soalan ini..

"Angah simptom macamne? Ada macam omak tak masa mula2 dulu time datang. Macam rasa loya ke, pitam ke, saraf rasa panas la.. macam mak kawan orang sekarang kene macam mak la.. loya, pitam, lenguh2 sendi la macam2lah" - cik kyra

"Aah zi, mula2 dulu kene macamtulah. Ada tak simptom macamtu?" - emak

"Oh tak de pulak simptom macamtu. Biasa jelah. Ada jugaklah macam dengar cerita pasal menopause ni nanti saraf la panas dan macam-macamlah. Alhamdulillah.. tiadalah macamtu"- sepupu

[MENOPAUSE- biasanya berlaku dalam sekitar usia 50'an dan merupakan kemuncak dalam kehidupan seorang wanita di mana apabila dia tidak lagi mengalami haid selama setahun]

"Oh makan vitamin awal la ni kan?" - cik kyra

"Aah.. lama dah ambil shaklee ni..lama makan vitamin ni"- sepupu

"Patutlah tadi cakap, muda- muda la makan vitamin. Boleh jadi testimoni terus la ni! Hihi"- cik kyra

Berderai gelak masing-masing... :D


So, kepada mak cik- mak cik atau geng-geng sebaya saya, adik2 ke, marilah kita amalkan vitamin daripada sekarang. Especially kita yang pompuan ini. Kalau boleh elakkanlah petanda- petanda menopause seperti ini:


Sumber google


Sumber google

Tanda-tanda dan gejala Menopause:

  • Bahagian muka akan kemerah-merahan, panas dan kerap berpeluh terutama pada waktu malam dan menyebabkan masalah sukar tidur..
  • kedatangan haid yang tak lancar seperti keluar haid dalam tempoh yang singkat (2-3 hari je), kuantiti pengeluaran haid tak menentu (kadang sedikit, kadang banyak) dan ada juga yang haid berhenti untuk beberapa bulan dan datang semula..
  • Terasa sakit ketika 'bersama' kerana faraj menjadi kering..
  • Buang air kecil dengan kerap sehingga berisiko untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj..
  • Sering pening dan sakit kepala..
  • Keguguran rambut, payudara menjadi lembut dan kulit mulai berkedut..
  • Bahagian abdomen jadi tak selesa, perut terasa kembung dan masalah tulang (osteoporosis)..
  • Berisiko mendapat serangan jantung apabila paras estrogen menurun..
  • Emosi juga terganggu seperti cepat marah dan mudah tersinggung..
  • Masalah ingatan dan kurang daya tumpuan..
  • Kemurungan dan sering tertekan/stress..

Cadangan vitamin untuk wanita Menopause: 


Dapatkan konsultasi secara eksklusif dan juga boleh membuat order shaklee dengan saya.
Saya sedia membantu anda semua :)

FAIZAH
0136625745
WHATSAPP/TELEGRAM
fareast90kyra@gmail.com

Page: Rahsia Kurus Sis
Instagram: Rahsia_kurus_sis

Jangan lupa tekan like page dan follow di instagram! 
^_^

TERIMA KASIH SUDI BACA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...