Wednesday, 26 July 2017

4 TIPS KULIT SIHAT

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. 

Tadi Faizah saja-sajalah menyusur masuk ke page Facebook Dr. Norman Norawi. Manalah tahu ada tips kulit cantik yang WAJIB diamalkan sebelum waktu nak masuk angka 30-an untuk 3 tahun lagi kan. 

Alhamdulillah niat nak dapatkam tips kulit sihat itu ada di dalam page facebook. Jadi di sini Faizah ingin kongsikanlah dengan sahabat-sahabat di luar sana. Jom sama-sama kita mengamalkannya selepas ini.

************

4 TIPS KULIT SIHAT

Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. 

Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka  mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar. 

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.

Pertama, minum air secukupnya.

Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah  kekurangan air didalam badan. Disamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap. 

Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. 

Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. 

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil. 

Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit. 

Kedua, perlindungan dari cahaya matahari

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. 

Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol. 

Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. 

Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya. 

Ketiga,  makan lemak sihat

Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3  boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. 

Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan pil suplemen omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli  omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. 

Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.


Keempat, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

 Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. 

Pengambilan pil suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita. Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh  membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari. 

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.

Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan  yang secukupnya  disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang. Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MScAARMMA(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am,
Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan 
dan Perubatan Regeneratif

******************

Best kan bila baca 4 Tips Kulit Sihat dari Dr Norman. Apa yang Faizah dapati di sini, nyata yang Faizah ambil supplemen dengan Shaklee adalah berada di dalam jalan yang betul di mana jika diingatkan kembali makan ikan pun kurang dalam seharian, makan sayur pun sama. Cukupkah Faizah ambil Vitamin C, Vitamin E, Omega dan vitamin-vitamin lain dalam seharian. 

Mungkin itu antara sebabnya muka Faizah yang dahulu pada tahun 2014 dan 2015 menghadapi sebegini. Alhamdulillah info-info seperti ini amat membantu Faizah sedar dalam seharian dengan pemakanan pun tidak cuku dan jadi itu sebablah Faizah memilih supplemen Shaklee untuk mencukupkan Vitamin dalam tubuh badan. 


Memang benar apa yang diperkatakan oleh Dr Norman itu tentang pengambilan gula. Faizah sendiri doktor beritahu kurangkan gula. Setelah kawal pemakanan benda manis, barulah Faizah perasan kulit tidak lagi meradang. Manakala, liter air juga Faizah jaga kuantitinya dalam seharian. Sebabnya Faizah pernah beritahu doktor yang merawat kulit di mana Faizah ingin makan supplemen Shaklee. Beliau tiada larangan langsung untuk Faizah ambil Shaklee. Cuma diberikan syarat pastikan minum air banyak. Syukur sangat ketika itu. Hihi. 

Tips kedua Dr Norman iaitu tentang pemakaian krim perlindungan cahaya matahari. Ini pun antara perkara wajib yang Faizah gunakan. Anda yang sedang merawat kulit, Faizah syorkan guna krim yang bersesuai tetapi jika inginkan yang jenis semula jadi. Faizah syorkan ambil krim perlindungan matahari daripada Nutriwhite Shaklee iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion” ini diformulasi dengan SPF 15. SPF bermaksud “Sun Protection Formula” iaitu suatu tanda aras keberkesanan produk tersebut melindungi kulit tersebut dari cahaya matahari. Makin tinggi SPF, makin besar perlindungan yang anda akan dapat.

Jadinya antara cara terbaik untuk mengatasi dan menyelamatkan kulit wajah adalah dengan menyapu krim perlindungan matahari ini. 

Krim yang di panggil “Sun Block” ini mempunyai kelebihan untuk 
  • Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari
  • Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
  • Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
  • Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.

Sumber google

Petua ketiga pula di atas kata makan lemak yang sihat. Sememangnya diakui Faizah memang ada makan omega. Doktor sebelum ini pun suruh Faizah makan ikan lebih sikit. Tapi itulah kadang-kadang rasa makan ikan tak cukup dalam seharian kan. Yelah Faizah bukanlah keluarga yang jenis sekali makan seekor terus dimakan.  Makan seekor ikan pun kerat dua dengan adik beradik. Manalah nak cukupkan satu hidangan. Jadi Faizah pun ambil la Omega ini. 

Setelah konsisten Omega Guard, perasan tentang jerawat di muka cepat surut. Rupanya omega bersifat anti-radang. Lagi satu melembapkan kulit dan garus halus penuaan. Rasa bestlah dengan omega ni. Jeragat pun cepat hilang taw. Bonda Faizah dan Mak Langlah antara testimoni paling laju jeragatnya semakin berkurangan. Mereka berdua memang tak payah cakap, jatuh cinta sokmo dengan Omega. Hahah. 


Sumber google

Akhir sekali, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga antara yang Faizah pernah kene tembak dengan doktor sebelum ini. Masa awal appointment, Doktor terus tembak cakap, "You kurang makan sayur kan? Buah?" 

Kita yang duduk berdepannya tersipu malu sungguh-sungguh. Mampu senyum sahaja. Selepas kene tarbiah itulah, hari-hari pulun makan buah dan sayur. Kadang kala itu Bonda saja buat goreng sayur banyak-banyak suruh Faizah ratah di malam hari. Haha. Macamtu sekali nak baikkan kulit. Bukanlah mudah untuk menjalani satu proses kehidupan lebih sihat ya. Susah sungguh. Lama-lama sampai sekarang macam berjalan jauh tu tak boleh tanpa sayur dan buah-buah. Rasa hati tak tenteram. Serius takut jerawat nanah naik semula macam dulu. Mahunya tak nangis. 

Macam Faizah memang vitamin C itu paling asas vitamin WAJIB ada dalam peti ais. Sebab Faizah letak semua vitamin di dalam peti ais untuk menjaga kualiti vitamin. Vitamin A pula Faizah tak makan lagi. Padahal memang kene makan pun sebab baik untuk mata kan. Vitamin A dari produk Shaklee itu Caratomax. Bonda dan kakak, vitamin kesukaannya caratomax ini. Ramailah juga yang tegur dua orang asyik nampak muda saja. Aihh jelez kita weh. 

Bayangkan muka tengah teruk dulu. Kulit Faizah gelap dan kusam. Orang kata Faizah kakak, Kakak pula adik. Bonda pula ramai kata muda dari usia. Itu yang rasa sangat terkesan. Kene juga jaga kulit ni nampak tak tua. Anda percaya tak umur Faizah 27 tahun jika lihat gambar testimoni baru tu? 

Kalau rasa 27 tahun tu, nampak gaya kene beli lagi Vivix botol yang ketiga ni. Adehh. Nak tahu tak dalam hati Faizah memang aim lepas ni cuba konsisten Vivix dan collagen. Faizah buat banyak kajian orang-orang yang cantik dalam Shaklee dua vitamin inilah mereka konsisten. Rasa jelez sangat kulit mereka cantik. Nak juga kan. Hehe. 

InsyaAllah moga-moga yang membaca entry kali ini semuanya akan jadi cantik tadi. Nasihat Faizah satu saja, sebenarnya pemilihan vitamin juga ada langkah-langkah efektifnya. Sama juga pemilihan skincare. Jangan main belasah saja. Sebabnya Faizah tak naklah Anda semua ikut Faizah yang dahulu. Makan vitamin satu habuk tak rasa berkesan. Maksud Faizah rasa lembap kesannya. Rupanya salah step pemilihan. Terskip rupanya. Apa-apapun Faizah cadangkan mulakan dengan step Detox ya. 

Kalau sesiapa ingin tahu lebih lanjut, hubungi di whatsapp ye.


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya




Tuesday, 25 July 2017

FIGHTER HYPERTIROID DALAM TEAM FAIZAH

Beliau adalah junior semasa di Universiti.

Perkenalan kami bermula dengan kem yang diadakan oleh batch Faizah pada semester 6.

Walaupun Faizah ketika itu dilabelkan "garang" almaklumlah senior kan. Begitulah adatnya. Alah garang ketika itu sahaja, tapi tengok kami tetap bersahabat sehingga kini. Cewah! Hehe.

Sambung kembali. Beliau mulai disahkan mempunyai penyakit tiroid jenis Hyper semasa semester 3.

Petanda yang dialami sebelum disahkan ialah berat turun mendadak sehingga 52 kilo walaupun makan banyak,  muntah, cepat letih dan panas badan.

Sehinggalah suatu hari tidak boleh bangun dari katil.

Katanya, "Tidur kejung atas katil"

Jadi ada seorang member, membawanya ke salah satu Klinik di Jengka. Doktor pun mulai buat pemeriksaan dan disebabkan aturan haid tidak teratur, Doktor ambil untuk ujian darah.

Dari situlah tahu ada simptom tiroid. Bila dikaji  ianya adalah dari genetik.

Begitulah takdir yang Allah berikan kepadanya.

Namun begitu, orangnya cukup kuat, happy go lucky dan bila kita lihat insan ini sebenarnya tiada satu pun penyakit serius.

Tapi tidak berkesudahan lagi cerita ini.

Beliau secara tiba-tiba tidak lama sebelum ini dimasukkan wad kerana rentak jantung lebih 100 dan bacaan atas darah menurun. Jadi suka atau tidak perlu meminum iodine semasa itu.

Sangat masam katanya tapi demi penyakit terpaksalah minum.

Paling membimbangkan bila Doktor sendiri kata  boleh datang serangan jantung jika terlambat jumpa dengannya.

Pada mulanya beliau ingat menghadapi demam denggi. Rupanya adalah disebabkan penyakit tiroid ini. Hormon sudah lintang pukang katanya.

Ketika itu beliau merasai badan sejuk sangat tapi orang lain menyentuhi badannya agak panas.

Katanya lagi seluruh sendi sakit sangat. Kesan daripada tiroid tersebut seluruh badan naik bintik-bintik gatal. Bintik-bintik tersebut bertukar jadi warna hitam. Kulit pula kering dan rambut juga gugur.

 Ketika ini hormon memang tidak stabil sangat. Begitulah reaksi tubuh yang diberi hasil hormon dan tiroid.

Beliau sendiri tidak menyangka kali ini diserang sangat serius.

Paling mengejutkan Faizah bila beliau sendiri kata apa yang berlaku ini, beliau hampir ke tahap paling teruk iaitu dipanggil Grave Disease.

Nasiblah Allah itu Maha Penyayang lagi Maha berkuasa, penyakit yang dihadapi belum lagi sampai ke tahap tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Pada 2 bulan lepas Siti Saulehah telah pun mendaftarkan dirinya. Kata beliau ingin sangat menurunkan berat badan bagi mengawal tahap hormonnya.

Faizah pun buatlah try & adjust vitamin yang sesuai dengannya.



Alhamdulillah ikhtiar ini dapat membantunya. Besar sungguh rasanya #ShakleeEffect daripada Team Faizah ini.

Didoakan semoga beliau sentiasa bersemangat menjadi #FighterTiroid di dalam Team Faizah dan sentiasalah sihat.

Jadi jika ada yang mempunyai permasalahan tiroid bolehlah hubungi  Siti yang berada di Shah Alam.

Ini semua ikhtiar dan yang menyembuhnya Allah.


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Sunday, 23 July 2017

NUTRIWHITE MAKE UP REMOVER: MUKA PENUH DAKI WALAUPUN TIDAK BERMAKEUP

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. Lama tak update entry kan. Ini pun off whatsapp, off telegram, off facebook. Kalau tak off semuanya pun tak terdetik. Hehe. 

Hari ini ingin bercerita pengalaman SENTAL MUKA dengan Make up Remover NW (Nutrwhite Shaklee). Biasa sental setiap kali pagilah. Ada juga kadang kala sental masa belah petang atau malam pun ada. Ikut mood haha. Sebab Faizah bukan jenisnya bermake up tapi cuma nak buang daki kotoran muka sahaja.

Baru-baru ini tertengok instagram Farah Lee pegang produk Shaklee iaitu Make Up Remover NW. Secebis daripada ayatnya berkata begini, 




"So in Love with this Shaklee Make Up Remover. Guna sikit je dah boleh completely remove make up dan bersih macam dah pakai cleanser" 

Okeh semangat sampai masa ini. Terus capai Makeup Remover NW dan ambil kapas, sental seluruh muka. Tapi malangnya terlupa pulak ambil gambar sebelum. Hihi. Maaf ya. 



Ini hasilnya. Kotor giler kan walaupuj tak makeup pun. 
Awal pagi sental ni. 



Maaf lupa tangkap gambar sebelum dan selepas


Hasilnya konsisten makan vitamin dan menggunakan skincare Shaklee. Tapi pastikan Anda mulakan langkah yang betul. Apa-apa ilmu itu penting,

Lagi satu kan, cara sental ini ada satu lagi cara iaitu guna dengan jari jemari kita. Contohnya macam gambar yang Nadiah kongsikan. 



Kalau buat gaya begini, memang akan dapatlah kotoran macam daki-daki ni. 

Tapi terpulanglah pada individulah rasa suka gaya yang mana satu samada sental muka dengan kapas atau jari jemari. 





Cuma nak beritahu Make Up Remover NW memang best sebabnya: 

1. Menanggalkan sel mati
2. Menanggalkan daki
3. Melicinkan kulit
4. Melembutkan kulit
5. Menyegarkan kulit
6. Menegangkan kulit
7. Menyerikan wajah

Selalunya Makeup Remover NW ini antara produk paling HOT juga dalam Shaklee sebabnya dapat atasi masalah: 

1. JERAWAT
2. JERAGAT
3. BLACKHEAD 
4. WHITEHEAD
5. KULIT KUSAM


Apa yang penting iainya bersumberkan BAHAN SEMULAJADI, cuma nak pesan walaupun tak pakai make up sangat macam Faizah ni TAPI MUKA TETAP ADA BANYAK DAKI 😂

Jadi pastikan Anda ada satu Makeup Remover ni atau dapatkan fully set Nutriwhite juga. Sangat best!




 Rasa-rasa macam berminat ingin menggunakan ini, hubungi Faizah ya


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Monday, 3 July 2017

KISAH PERBEZAAN KULIT SEBELUM DAN SELEPAS DENGAN IKHTIAR VIVIX DAN COLLAGEN SHAKLEE

Assalamualaikum. Hari ini ingin bercerita dengan Anda kisah kulit jerawat Faizah sejak 2014 dan 2015.

Ya Allah, dulu kulit menggerutu sangat dengan jerawat. Sekarang alhamdulillah makin sihat. Semoga hendaknya kulit ini sentiasa sihat dengan izin Allah. Aamin. 




Kalau kenang balik, sememangnya kulit yang dahulunya. Sungguh sesiapa pernah melaluinya pasti tidak mahu lagilah menghadapi zaman kegelapan ini. Sedih sangat dahulu. Memang janji pada diri ingin kerja keras dapatkan kulit sihat. Tidak dapat muka licin pun tidak apa, asalkan tiada jerawat lagi. Seriau la.

Dulu sangat tiada keyakinan tapi sebab jiwa ini pernah lalui saat susah senang dengan buat bisness Shaklee pada zaman belajar. Tetap juga meyakinkan diri ingin jual juga walaupun rasa macam #ShakleeEffect itu masih belum. 

Nekad sungguh-sungguhlah pada awal tahun 2016 dan akhir dapat juga kulit sihat seperti gambar di atas.

Cuma awal Ramadan hari itu mulalah naik jerawat, bila baca mana-mana info didapati sesiapa ada masalah kulit memang akan mengalaminya pada awal berpuasa. Katanya ada sedikit stress. Haha. Adoih stress je kan. 


Inilah wajah semasa Ramadan, muka tengah demam dan ditambah pula jerawat naik. Selepas itu pulun kaw-kaw Vivix dan Collagen. Hasilnya tinggal parut sedikit.


Bila hujung puasa pula mengalami demam, selesema, batuk dan ditambah pula hadapi gatal satu badan. Mungkin sebab habuk mengemas rumah kot. Macam-macam kan badan ini. Sensitif sangat.

Namun begitu, 2 minggu hujung Ramadan itu  pulun makan Vivix dan Collagen. Mula-mula Vivix, dah tinggal parut baru ambil Collagen. 

Alhamdulillah nampaklah pudarnya parut itu. Sukalah kan! Hihi. Hasilnya seperti raya pertama. Taraa. 



Tapi masih ada lagi ni, cuma nampaklah sedikit perubahan. Alhamdulillah. 

Bahaya betul cuba double triple booster dengan Vivix dan Collagen ni. Suka tanpa sengaja dibuatnya. 

Antara manfaatnya 2 produk best ini; 

🍇VIVIX 
- Bantu melambatkan penuaan
- Bantu mencantikkan kulit secara dalaman dengan memperbaiki sel
- Bantu cegah kedutan
- Bantu atasi jerawat dan jeragat
- Bantu untuk kesuburan

🐟 Collagen
- Mencerahkan kulit
- Memudarkan parut
- Menggebukan serta melicinkan kulit 
- Mengecilkan pori-pori muka

Paling best sekali nak tahu tak, kedua-duanya boleh buat masker. Jadi gabungan keduanya memang bestlah! 

Sekali cuba, pasti jatuh cinta. Cuma perlukan step by steplah bagi yang ada masalah jerawat kronik macam Faizah. Nak dapatkan konsultasi hubungi pada Whatsapp. 

#HealthySkinJournalsFSK

Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya


Saturday, 1 July 2017

"REJECTION" DALAM HIDUP BILA SAAT KULIT BERMASALAH

DISAAT HADAPI "REJECTION" DALAM HIDUP



Pada Ramadan yang lalu, lebih kurang jam 12 tengahari, Faizah dan Bonda pergilah ke Pejabat Poslaju di Batu Kikir. 

Makanya terimbaulah kisah hati merindui Sekolah Menengah ini. Almaklumlah di sinilah tempatnya di mana Faizah pernah menjadi guru ganti dan pengalaman menjadi guru itu sedikit sebanyak membantu juga dari skill leader.  

Benarlah kan menjadi guru itu perlulah memahami situasi anak didik juga. Ada yang ragamnya begini, ada yang ragamnya begitu. Hehe. Tunggu nak kene piat telinga aja mereka itu.

Sekarang ni nak piat telinga anak-anak Shaklee je lah. Haha. 

Itulah memori terindah di sini. Bukanlah ini Faizah nak ceritakan tapi tentang testimoni ini.

Testimoni Faizah kali ini cubalah lihat kulit Faizah ketika Mei 2015. Masa ini ada sambutan Hari Guru dan temanya "Back To School". 


Pada Mei 2015 itu bukanlah gambar zaman belajar tapi sambutan Hari Guru. Hehe.


Ya Allah teruk sangat kan muka masa ini. Keradangan tanpa henti bak kata Nutritionist Shaklee, ini adalah petanda sel abnormal. 

Memang meradang tiap-tiap hari. Tiada jalan penyelesaian. 

Sampaikan satu hari Bonda mengatakan, 

"Tak perlulah makan Shaklee" 

Allahuakbar Rejection apakah ini. 

Sedangkan Faizah kuat mengatakan produk ini bagus sebab ada research (juta-juta Shaklee buat research vitamin shaklee), memang akan membantu. Tika ini nikmat ini ditarik oleh Allah. Mana tahu saat suatu masa nanti Allah kembalikan nikmat ini. 

Semasa ini Faizah tetap pulun makan tapi silapnya Faizah tak ambil Vitamin Shaklee paling power. 

Kalau Bonda juga "Reject" Shaklee, Angah pun reject juga. Abang Reject juga. Along Reject juga. 

Allahuakbar. 

Suatu masa Shaklee buat program Set Detox. Masa ini Faizah kaji betul-betul dari pelbagai sudut. 

Jumpalah doktor juga. Doktor terangkan banyak sangat tentang pemakanan. 

Tarbiyah Doktor itu sampai ke hati Bonda dan Faizah akhirnya. 

Itulah sebabnya Faizah beritahu mana-mana customer, apa-apa cuba balik ingat gaya pemakanan. 

Jangan salahkan supplemen semata-mata. Supplemen hanya membantu melengkapkan nutrisi dan untuk dapatkan yang terbaik mestilah seimbangkan pemakanan. 

Apapun Vivix, Nutriferon, Vitamin C, Herblax, Alfafa, Pepermint, Soya ESP, Mealshake, Performance Drink dan banyak lagilah vitamin yang Faizah laburkan untuk misi dapatkan kulit sihat ini. Terlalu banyak. 



Apapun Vivix paling ohsem! Seriusss. Memang jatuh cinta sangat semua set detok dan semua vitamin. 

I LOVE SHAKLEE! 

100% Faizah memang pengguna tegar Shaklee. Tiada produk lain yang Faizah amalkan untuk sihatkan dalaman. 

Faizah sampai sekarang fobia dengan skincare, fobia nak makan benda sesuatu itu tanpa siasat. Terlalu banyaklah fobianya. 😂

Kepada yang mempunyai masalah kulit kronik, Faizah sangat mencadangkan Anda cubalah Set Detox seperti mana Faizah buat sebelum ini dan sehingga kini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ini amat membantu kalian. 

Jadi kepada ingin merasai lebih best boleh ambil Set Detox. Antara Vitamin yang terdapat dalam itu ialah: 


1. Alfafa Complex - Mencuci darah, usus dan hati. Alfafa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Herblax - Mencuci perut dan usus- membersihkan najis yang tersekat dan merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan kepada mereka yang mudah sembelit. 

3. Peppermint Ginger Plus- Rumusan empat jenis herba. Selain jintan manis dan jintan hitam, ia juga mengandungi pudina dan halia - herba tradisional telah lama digunakan sejak berkurun lamanya untuk melegakan tubuh. 

4. DTX Complex - Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita. Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita. DTX complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

5. Vivix - Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan antioksidan yang dihasilkan daripa ekstrak anggur muskat, resveratrol dan bersama beberapa ramuan lain yang semulajadi. Ia merupakan supplement anti penuaan tahap sellular yang terbaik di dunia. Detoks program dengan Vivix Shaklee adalah program untuk menyahtoksin yang dilakukan selama 14 hari berturut-turut untuk tujuan 'pembersihan' organ, darah dan sel-sel badan. Ia bukan sahaja semata-mata untuk membuang toksin, malah Vivix Shaklee membantu memperbaiki sellular DNA kita, melambatkan penuaan tahap sellular, menggalakkan pembentukan mitochondria ( pusat yang menghasilkan tenaga untuk sel) serta melambatkan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan dan mengganggu keutuhan sel sedia ada. 

6. Mealplan 7 hari detoks disediakan.

7. Set DETOX ini akan dapat Harga Tawaran Diskaum Salad Box. Ada bermacam-macam warna taw. 

8. Bacaan tambahan: 





Ada yang juga  mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

#HealthySkinJournalsFSK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...