Showing posts with label Tips/SaveNota. Show all posts
Showing posts with label Tips/SaveNota. Show all posts

Thursday, 15 December 2016

INFO: MENGHADAPI MASALAH ALAH GLUTEN DAN LEAKY GUT

Assalamualaikum. Hai semua! Apa khabar?

Semasa Faizah skrol di facebook. Terjumpa sesuatu yang menarik daripada posting info seorang doktor iaitu nama Facebooknya Hafiz Sulaiman. Saya amat mengemari membaca post yang melibatkan permasalah kulit yang saya hadapi sekarang.

Jadi di sini Faizah savekan nota ini untuk tatapan kalian. Faizah mintak izin doktor untuk post di blog ya. hehe. Senang diri ini untuk menginsafkan diri dengan pemakanan yang memberikan alahan pada kulit.

Kepada Anda di luar sana yang sama spesis macam Faizah kategori kulit berjerawat dan juga allergik seperti resdung, teruskan baca dengan perkongsian yang saya copy paste daripada Facebook ini.
Kata kunci di sini yang Doktor Hafiz Sulaiman yang Faizah dapati tentang alahan ini ialah berpunca daripada,

"Kekurangan nutrisi perlu diseimbangkan dengan Vitamin dan mineral"
"Antioksidan seperti Vitamin C, vitamin E"

Alhamdulillah sebaiklah yang Faizah maintain makan sekarang tergolong dalam kategori vitamin yang disebut. Paling penting ikhtiar kan? Kadang kala letih juga dengan alahan makanan ni. Tapi kene kuat dan sabar. 

Di sini Faizah kongsikan maklumat daripada Doktor Hafiz Sulaiman;


GLUTEN – BAHAGIAN 3/3
MENGHADAPI MASALAH ALAH GLUTEN DAN LEAKY GUT
--------------------------------------------------------------------------------------
Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini.
Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD).
.
Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang.
Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu.
“Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup.
Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan.
Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu.
.......................................................................................................
Strategi yang betul adalah penting dalam memulihkan masalah usus ini. Protokol yang saya gunakan ialah berdasarkan prinsip asas 5R oleh Institusi “Functional Medicine”:
Protokol Usus Encik Hafiz (5K)
1) Keluarkan Punca Masalah dan Kerosakan.
2) Kembalikan Nutrisi dan Fungsi asal badan.
3) Kembangkan Populasi Kuman Askar Benteng Pertahanan.
4) Kuatkan dan Baiki Kerosakan.
5) Kekalkan Keseimbangan Badan.
..
...
------------------------------------------------------------------------------------1) Removal ( Keluarkan)
- Langkah pertama dan paling penting ialah keluarkan dan buang anasir-anasir yang mengganggu pemulihan sistem pencernaan.
- Ini termasuk:
- Kurangkan makan. Makan secara berlebihan MEMBEBANKAN sistem pencernaan.
- Elakkan makanan susah dicerna ia
 
tu prolamin terutamanya GLUTEN serta produk tenusu (kecuali susu kambing yang lebih senang dihadam).
- Makanan yang alah seperti : Amines (histamine, tyramine, dll) Salicylate, FODMAPs, Thiols, Oxalate dll. (memerlukan teknik dan mungkin ujian tertentu)
- Makanan yang melambatkan penyembuhan contohnya gula, kafein, alcohol, makanan tinggi karbohidrat diperhalusi dan makanan proses.
- Makanan dan juga aktiviti yang meningkatkan stress biologi badan (AGE, stres oksidatif, homocystein) dll
- toksin emosi (stress, kemarahan, kebencian dan dendam).
- toksin persekitaran (xenoestrogen seperti logam berat, bahan kimia paraben dan BPA).
- Jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasite dan kecacingan).
- Ubat-ubatan tertentu seperti Antibiotik, NSAIDs dan Imunosupresan seperti steroid. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum menghentikan ubat-ubatan.
Adalah tidak masuk akal merawat sistem pencernaan tanpa membuang dahulu agen yang merosakkannya. Langkah ini SANGAT PENTING dan tidak boleh dilangkah. Hanya selepas anda berjaya menghindari kerosakan disebabkan faktor ini, anda boleh ke langkah seterusnya. Ia mungkin mengambil masa 2 minggu hingga 2 bulan bergantung kepada individu. Diet eliminasi (pantang) serta berpuasa merupakan salah satu cara terbaik menghindari kerosakan sistem pencernaan.


2) Replace ( Kembalikan)
- Kembalikan fungsi asal sistem pencernaan dengan menyokong pemulihan sistem pencernaan.
- Penggunaan Enzim pencernaan, asid hidroklorik dan juga serat secara sederhana membantu pergerakan usus dan kelancaran pencernaan makanan.
- Kekurangan nutrisi selepas pemeriksaan dan ujian makmal perlu diseimbangi dengan suplemen mineral, vitamin dan kofaktornya di samping pemakanan yang padat nutrisi.


3) Reinoculate ( Kembangkan Populasi)
- Perut memerlukan kuman “baik” yang membentuk lapisan perlindungan pada sistem pencernaan. Di samping itu, kuman baik ini membantu mencernakan makanan dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti penting badan. Alahan makanan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan jenis kuman tertentu.
- Maka Probiotik (kuman baik) dan Prebiotik  (Makanan kuman) perlu ditambah untuk menguatkan sistem pencernaan.


4) Repair ( Baiki dan Kuatkan)
- Cepatkan pemulihan sistem pencernaan dengan menyokongnya dengan nutrisi penting seperti glutamin, minyak omega3, zink, dan kolagen. Sup tulang yang tinggi kolagen, glutamin dan prolin merupakan satu keajaiban bagi sesetengah individu. Ia sangat tinggi khasiatnya terutamanya dalam memulihkan sistem pencernaan.
- Antioksida dan antiradang sangat penting bagi mengurangkan keradangan dan stres oksidatif hasil serangan dan kerosakan terhadap sistem pencernaan. Ambil vitamin A, C dan E secukupnya.
- Terdapat juga prosedur dan terapi yang mempercepatkan pemulihan dengan cepat.Namun begitu, elakkan terpedaya dengan gimik sesetengah rawatan “cuci usus” yang tiada asas dan minima/tiada kesannya.


5) Rebalance ( Kekalkan dan Seimbangkan)
- Kuatkan sistem pencernaan anda dengan stres positif demi keseimbangan redoks.
- Lengkapkan metilasi dan pengaruhi ekspresi genetik anda supaya “menutup suis” keradangan dan penyakit. Dapatkan bantuan professional untuk ujian dan juga rawatan.
- Elakkan dan belajar cara mengawal stres. Dekatkan diri dengan Tuhan. Kuatkan spirtualiti dan mental. 
- Elakkan mengambil kafein dengan kerap. Jauhi alkohol dan juga kegiatan yang tidak sihat. Banyakkan aktiviti fizikal, mental dan kerohanian.
- Dapatkan tidur yang secukupnya bagi memelihara “circadian rytm” seterusnya fungsi badan yang optimum.
- PUASA menguatkan usus dan mengelakkan kecederaan berterusan terutamanya akibat pemakanan berlebihan atau pemakanan TIDAK TOYYIB buat anda. Saya sangat sangat menggalakkan puasa sunat isnin dan khamis bagi semua.
- Selepas menjalani pemulihan dan mengalami perubahan tahap kesihatan yang hebat dan memberansangkan, tiba masanya anda pelbagaikan pengambilan makanan anda. Namun begitu, minimakan pengambilan gluten, makanan proses dan makanan kurang berkhasiat.
Ingatlah, 
 

GLUTEN UMPAMA KUNCI YANG MEMBUKA PINTU BENTENG PERTAHANAN BADAN ANDA.
--------------------------------------------------------------------------------------- 
Langkah di atas perlu dijalani secara urutan yang betul. Badan anda akan memberi respon yang positif apabila tiba masa sesuai yang anda patut ambil langkah seterusnya. Selepas menjalani langkah-langkah berikut bagi memulihkan struktur dan fungsi sistem pencernaan anda, maka bilakah anda sepatutnya menjangkakan pemulihan?
Badan anda juga akan memberitahu anda bila tiba masanya.. di dalam rangka masa pemulihan iaitu 2minggu-2 bulan. Teruskan dengan langkah pemulihan sekiranya simtom masih ada. Dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami reaksi dan respon di luar kawalan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan bimbingan dan pengawasan doktor dan professional yang mahir dalam bidang ini.
Perkongsian ini tidak bertujuan merawat, mendiagnosa dan memberi nasihat kesihatan. Ia sekadar maklumat am yang diharapkan memberi manfaat kepada ramai. Insha Allah.


Semoga dikurniakan kesihatan untuk beribadah kepadanya.
Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Sesungguhnya maklumat yang Faizah dapat ini sebagai ikhtiar untuk kita mengetahui permasalahan dalaman badan kita. Semoga maklumat ini dapat membantu Anda yang sedang menghadapi permasalahan yang sama seperti Faizah iaitu mempunyai alahan kepada makanan. 

Selain itu, Faizah juga berikhtiar mengambil makanan tambahan iaitu vitamin dari Shaklee. Mana tahu Anda juga boleh berikhtiar sekali. 




Sunday, 30 October 2016

KEMATIAN DI DALAM KERETA

Sering kita mendengar kisah kematian di dalam kereta dan ini disebabkan ventilasi yang kurang baik sehingga pembuangan asap yang bocor masuk ke dalam kereta dan perlahan- lahan dihidu oleh nereka yang berada di dalam kereta.
Di musim cuti begini, pasti banyak kereta tersadai di RNR di sana sini dalam keadaan ramai yang tertidur di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond terpasang.

Ramai juga ibu ayah yang cuai sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat.

Karbon monoksida (CO) adalah gas tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa dan tidak mengiritasi yang boleh menyebabkn kematian mengejut kepada mereka yang terhidu. 




Gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.

Ianya bahaya kerana boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.

Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.

Oleh itu ibu ayah, berhati-hati jangan sampai kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut.

Jangan biasakan diri tidur di dalam kereta kerana ia boleh membawa kepada kematian di dalam senyap.

Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Ini kerana Walaupun enjin kereta anda tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.

Jangan biarkan KECUAIAN ANDA menjadi pembunuh mereka yang tersayang.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Tuesday, 13 September 2016

SAVE NOTA: TIPS NAK PERGI HAJI CEPAT

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidiladha Kedua semua. 

Sebenarnya entry kali ini lebih kepada nak save nota. Hehe. Takut terhilang dari radar Facebook.

Almaklumlah hati ini juga ada cita-cita ingin mengerjakan Haji pada usia muda. Inipun dapat nota ni daripada yang Master Zura kongsikan dari Facebook rakannya. So di sini saya copy paste sahaja. Mana tahu rujukan anda akan datang. 

Moga ilmu dari Tuan Eizaz Hasanan ini dapat memberi manfaat buat diri saya dan anda semua. 

TERINGIN NAK PERGI HAJI CEPAT?
MEH BACA TIPS INI
.

.
Alhamdulillah, saya dan isteri Nor Sajidah Zulkafli sudah hampir seminggu berada di Mekah. Esok in sha Allah kami akan bertolak ke Arafah untuk memulakan ibadah haji.
.
Kat sini, ramai pakcik dan makcik tegur kami, cakap untungnya dapat pergi haji pada usia muda. Alhamdulillah, memang kami sangat bertuah. Usia kami masih 20-an, tapi sudah dijemput ke tanah suci untuk menunaikan haji. Majoriti jemaah di sini berumur 50-an ke atas.
.
Mungkin ramai yang ingat kami pakai pakej, sebab tu dapat pergi cepat. Sebenarnya kami pergi macam biasa ikut Tabung Haji atau dipanggil Muassasah. Muassasah ni rate yang paling murah, tak sampai RM10 ribu pun seorang. Kalau pakej, at least dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel betul-betul depan masjid.
.
Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-4 saya dapat panggilan untuk pergi haji. Tapi jangan salah sangka ye, saya bukan dah pergi haji banyak kali, ini kali pertama saya pergi haji. Panggilan pertama saya dapat selepas SPM dahulu, tapi terpaksa ditolak memandangkan saya belajar di Australia. Pada 2011, dapat panggilan lagi, tetapi kali ni saya tolak dengan alasan sibuk bekerja. 2012, dapat lagi sekali panggilan dan tetap saya tolak dengan alasan yang sama. Bila fikir balik, teruknya saya masa tu, lebih utamakan kerja daripada Tuhan.
.
Tahun-tahun selepas tu, saya teringin sangat nak pergi, tapi biasalah, kadang-kadang bila kita nak sesuatu, masa tu lah tak dapat. Memang rasa sedih. Saya ingat, mungkin ni lah balasan Tuhan sebab sebelum ni saya banyak kali tolak. Sampailah tahun 2016 ni, baru dapat panggilan semula. Alhamdulillah, kali ini saya cepat-cepat terima dengan bersyukur dan dapat bawa isteri sekali bersama.
.
So kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat. Kesian tengok ramai jemaah haji di sini yang sudah berumur tak berapa larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.
.
Tips-tips yang saya nak share ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke taknak je:
.
1. Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji. Kalau kita taknak, terpaksalah jadi rakyat Zimbabwe untuk pergi haji dengan kuota Zimbabwe (ini contoh je).
.
2. Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300 dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahun giliran walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 48 tahun yang lepas. Ada 2 cara untuk dapatkan simpanan minimum ni:
.
a) Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji.
.
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka. Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka.
.
Inilah yang Umi saya buat untuk saya masa kecil. Duit raya kami memang Umi masukkan dalam Tabung Haji. Lepas tu setiap bulan Umi saya buat potongan gaji RM20 untuk kami adik beradik. By the time saya habis SPM je, duit dah cukup dalam akaun untuk pergi haji. Sebab Umi lah saya dapat rezeki pergi haji awal. Semoga kalau ada ganjaran pahala haji Allah bagi nanti, Umi saya pun ada bahagiannya. Terima kasih banyak Umi.
.
Untuk kita yang dah besar ni, it's never too late. Cukupkan duit untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Masa saya pergi kursus haji bulan 5 lepas, pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100. Kalau ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun. Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu. Kat bawah nanti saya cerita cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100.
.
Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang saya buat selain buat surat beranak adalah buka akaun TH dan register giliran haji untuk anak saya. In sha Allah kalau ikut giliran yang diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.
.
Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat share pahalanya.
.
b) Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?
.
Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.
.
.
Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa (unconventional). Ada juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi.
.
Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.
.
Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, pregnant, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.
.
Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang. Ini baru KL, belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.
.
Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:
1) Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).
.
Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi. Ni tak, ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup pun. Agak-agak camne pegawai Tabung Haji nak luluskan? Nanti dia bagi tawaran, takde duit pula nak bayar. Dah terpaksa dia buat dua kerja cari orang lain. Faham ke faham?
2) Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:
.
- Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.
.
- Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana. Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji. Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sini, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.
.
Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali, akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak perlu pergi lagi sekali untuk teman anda. Ini yang isteri saya tulis dalam surat rayuannya. Alhamdulillah dari giliran asal tahun 2040, gilirannya dipecepatkan untuk ikut saya pada tahun ini.
.
3) Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah dibuka. Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919.
.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first come first serve basis. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.
.
Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.
.
4) Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali merayu. Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot. Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada 70,000 surat rayuan yang dia perlu baca setiap tahun. Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak beradab. Jadi pastikan anda merayu dengan penuh sopan, bagi pegawai yang baca tu cair. Kalau dulu boleh tulis surat kat makwe sampai 'cair', takkan tak pandai kot nak 'cairkan' hati pihak Tahung Haji.
.
Ok, cukup bab rayuan. Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:
.
1. Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.
.
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, so suamilah orangnya yang akan teman. Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain. Ada pasangan kembar muda yang pergi haji bersama saya ni, dua-dua dapat bawa isteri setelah buat rayuan.
.
2. Pergi melalui pakej
.
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.
.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat. Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda.
.
3. Kerja di badan-badan tertentu yang ada kuota haji khas.
.
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu adalah Tentera, Polis dan UIA . Mungkin ada lagi selain ini. Jadi kalau anda berkerja dengan badan-badan yang ada kuota khas haji ni, boleh cuba mohon kuota daripada majikan anda.
.
3. Jadi tok imam atau ketua kampung
.
Hmm, cara ni mungkin kontroversi sikit. Saya just kongsi je ye, saya taknak komen bab politik sebab bukan bidang saya. Kalau anda perasan, setiap tahun kebelakangan ini, Yayasan 1MDB ada hantar orang pergi menunaikan haji secara PERCUMA. Mereka yang terpilih ni terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK. Tahun ni sahaja, ada seramai 1,100 orang yang dapat.
.
Saya pernah jumpa salah seorang yang dapat. Dia kerja sebagai imam dan ustaz tahfiz. Umur baru 25 tahun, tapi sebab surau kawasan tu calonkan dia, maka dapatlah dia pergi. Rezeki kan dapat pergi haji muda, free pulak tu.
.
So kalau ada yang mampu nak jadi imam, ketua kampung atau Pengerusi JKKK, bolehlah cuba cara ni.
.
4. Cari kerja di Arab Saudi.
.
Kalau kita mampu dan layak, bolehlah cari kerja di Arab Saudi. Bila kita dah ada visa pekerja di Arab Saudi ni, memang mudahlah kita nak pergi haji, tak payah tunggu kuota Malaysia. Sebab tu kawan-kawan kita yang kerja di Arab Saudi biasanya semua dah buat haji.
.
Kat Arab Saudi ni, ramai rakyat Malaysia kerja bahagian minyak atau jadi nurse. So bolehlah try survey kerja di sini.
.
5. Berbaik dengan Kedutaan Arab Saudi.
.
Kalau kita ni power networking, bolehlah berbaik dengan pegawai kedutaan Arab Saudi. Then cuba tanya-tanya pasal visa haji dengan mereka. Silap haribulan, siap kedutaan mereka sponsor kita lagi pergi haji.
.
Saya baru baca statement daripada Tabung Haji pasal Neelofa. Kata mereka, Neelofa sebenarnya dapat kuota haji direct daripada Kedutaan Arab Saudi, bukan melalui kuota biasa yang diuruskan oleh Tabung Haji. So terbukti cara ni boleh pakai.
.
6. Jadi tokoh atau public figure
.
Rasanya ramai yang tak tahu setiap tahun, Raja Arab Saudi akan menjemput khas tokoh-tokoh daripada setiap negara Islam untuk pergi haji secara esklusif dan percuma. Program ini namanya "Program of The Custodian of The Two Holy Mosques for Hajj". Biasanya dalam 60 orang dijemput untuk setiap negara.
.
Saya tak pasti siapa yang dapat tahun ini. Tapi tahun lepas antara yang dijemput adalah Naib Canselor untuk semua universiti di Malaysia. Alhamdulillah, untung mereka dapat pergi menjadi tetamu Allah dan pada masa yang sama mendapat layanan khas daripada Raja Arab Saudi.
.
.
So, inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji.
.
Cuma saya nak pesan sikit kat sini:
.
Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.
.
Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan. So tak payahlah kita duk sibuk-sibuk buat kerja Tuhan ye. Kita buat kerja kita dan biar Tuhan yang tentukan nanti dapat ke tidak.
.
At least kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.
.
Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi kat Tuhan nanti. Takkan nak jawab sebab sibuk main Pokemon Go kot.
.
So tepuk dada tanyalah iman ye.
.
Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda ke sini sebagai tetamu-Nya nanti.
.
Silakan share untuk manfaat bersama atau rujukan anda pada masa akan datang.

Tips inilah yang dikongsikan oleh Tuan Eizaz Hasanan. 

Semoga kita semua dipermudahkan untuk urusan rukan islam yang kelima ini. Aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...