Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts
Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts

Friday, 11 August 2017

CERITA ASYRAF DENGAN HERBAL BLEND DAN VITAMIN C

Assalamualaikum. Selamat petang semua

Pagi tadi sahabat bertanyakan cara makan vitamin C untuk bayi yang demam. Sahabat baru sahaja melepasi tempoh 44 hari berpantang. Vitamin C tersebut baru semalam sampai ke tangannya. Kata beliau mulai semalam suhu bayinya 38++. 

Jadi disebabkan Vitamin C sudah ada dalam tangan, Faizah pun mencadangkan untuk ambil sebiji dahulu pagi ini dan menyuruhnya kunyah Vitamin C tersebut dengan melepaskan terus 500mg itu dalam tubuh. Bila tengahari nanti ambil lagi sebiji. Begitulah gaya Faizah memberikan konsultasi kepadanya.Saya berharap kita semua mendoakan bayinya cepat sembuh dari demam. Aaminn.

Bukan apa nanti kuat macam abang Asyraf yang pemalu orangnya dan sukar didekati. Macam jinak-jinak merpatilah. Itulah identiti Abang Asyraf yang kacak lagi pemalu waktu kecil ini. Manis macam gula-gula Abang ni lah. Hehe. 

Mingu lepas Abang Asyraf seperti bayi sahabat juga yang pada asalnya berjangkit dengan orang lain. Jadi jika sebelum ini memang Abang Asyraf adalah antara anak buah yang begitu tegar sekali ibunya menyapu dengan krim herbal blend Shaklee dan jika diamati satu badannya memang tiada masalah kulit sejak kecil lagi. Alhamdulillah. Oleh sebab berjangkit selesema baru-baru ini, jadi Faizah memberikan ibunya menelan 2 biji sehari dengan Vitamin C. 

Alhamdulillah keesokkan harinya selesemanya kering. Jika tidak, kata kakak ipar berkali-kali makan ubat di klinik masih juga tidak berkurang. Kebuntuan fikiran kakak ipar akhirnya berjaya juga melegakan kepalanya selepas makan Vitamin C. 

Akhirnya, kakak ipar ambil keputusan membeli Vitamin C daripada adik iparnya ini. Hahaha. Nak tengok tak gelagat Asyraf yang pemalu dan kacak ini? Jom! 






Oh ya! Sebut pasal Herbal Blend dan kulit Asyraf dengannya baru teringat yang mana krim ini juga sesuai untuk disapukan badan yang demam. Contoh sapu pada pelipat di kawasan badan ke atau tapak kaki bayi ke. Ini pun semasa update entry ini, sambil itu mesej pada sahabat beritahu tentang fungsi dan cara menggunakan herbal blend Shaklee. Hehe. 


Jika Anda berminat dengan produk ini.

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Thursday, 4 May 2017

6 JENIS EKZEMA DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum. Hari ini ingin berkongsi dengan Anda semua mengenai "EKZEMA". Penyakit ini agak popular pada waktu ini. Faizah sendiri merupakan salah seorang yang ada masalah ini. Bukanlah setakat pernah mengalami masalah jerawat nanah sahaja. Masalah ini juga sering berlaku. 

Teringat semasa sekolah rendah dahulu mengalami gatal-gatal di perut. Beriyalah juga mak Faizah letak minyak angin. Hehe. Tak tahu kan itu ekzema rupanya. Tapi Alhamdulillah bila dah dewasa tiada simptom itu tapi kadang kala ada jugalah menyerang kegatalan pada kulit. 

Jadi Faizah pun adalah dengar di televisyen dan juga dalam kelas Nutrisi Shaklee  yang disediakan mengenai masalah berkaitan dengan ekzema. Makanya hari ini berpeluang untuk Faizah mencurahkan segala pemahaman sendiri ini berdasarkan ilmu yang saya dapat ini. Hehe. 

Mudah-mudahan membantu kalian di luar sana sebagai rujukan.

APA ITU SISTEM IMUN?

Sebelum kita pergi kepada apa itu ekzema, Faizah ingin berkongsi dengan Anda yang dimaksudkan dengan sistem imun. Sistem imun adalah sistem pertahanan badan untuk menghalang daripada patogen (bakteria/virus/fungus) yang masuk ke dalam sistem tubuh badan kita.

Sistem imun ini sangatlah kompleks sebenarnya kerana terdiri daripada "network" antara sel, tisu dan organ. 

Misinya ialah bunuh patogen yang masuk di dalam badan. 



Sumber Google: Fungsi organ dalam sistem imun

Jadi dua jenis sistem pertahanan tubuh badan kita ialah:

1. Sistem pertahanan utama

a) Kulit : Pertahanan fizikal yang menghalang patogen

b) Membran Mukus:  Mukus yang memerangkap patogen dan menghalang memasuki badan

c) Jus Gastrik: Cecair berasid yang membunuh mikroorganisma

d) Air mata, peluh dan air liur : Cecair badan yang mempunyai sifat anti-bakteria

2. Sistem pertahanan kedua

Jika patogen menembusi barisan pertahanan pertama, sel-sel darah putih akan memain peranan dalam menghalang atau memusnahkan patogen sebelum ia membahayakan badan.


EKZEMA

Organ paling besar pada tubuh kita adalah kulit. 

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah atau dipanggil inflamasi. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. 

Demikian jugalah jika bayi yang terkena ekzema, si ibu perlulah berpantang makanan terutamanya bayi yang masih menyusukan badan. 


Ini info yang Faizah snap dekat klinik Dr Norman di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Dr Norman ini kepakaran kulit. Jika lihat yang ini, memang Faizah ini ikut genetik. Abah ada masalah jerawat dan Bonda masalah ekzema. Jadi dapatlah kedua-duanya kepada diri Faizah ini. Hehe. Sudah ketentuan Ilahi kan. Kene pandai jaga makan ajalah.


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. 

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:
  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.


Punca Atau Faktor Penyakit Eczema


Untuk pengetahuan anda, sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya.. namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :
  • Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabric tertentu.
Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap ekzema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.


Sumber Google


Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. 

6 Jenis Masalah Kulit Ekzema ialah: 


Sumber Google


1. Atopic Dermatitis 

Penyakit dermatitis atopik ini adalah penyakit yang terjadi secara bersamaan serangan asma atau radang selaput lendir pada hidung. Menurut apa yang Faizah dengar daripada seorang doktor ini,  ianya boleh terjadi jika kita mempunyai resdung, gatal mata dan sebagainya. Penyakit sering menyerang pada anak-anak yang usianya bawah 5 tahun (bayi). Namun demikian, pada orang dewasa juga boleh berpotensi mengalami masalah ini. 


Sumber Google

Selain itu masalah ini juga disebabkan oleh kekurangan zinc dalam badan. Anda boleh baca selanjutnya jurnal Shaklee di sini berkenaan masalah zinc dan atopic dermatitis di SINI.

2. Contact Eczema 

Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contoh: di pergelangan tangan sekiranya seseorang alah jam tangan atau tali pinggang (alahan kepada nikel/besi), ketiak (alahan kepada pewangi dalam deodoran) dan juga alah pada sabun. 

3. Seborrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan jadi kuning terutamanya dalam kalangan bayi. Malahan, pada kelopak mata juga boleh terjadi seperti ini. 

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa dalam kalangan bayi. Sementara itu dalam kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.


Sumber Google. Tak sangka bukan kerak di kepala sahaja, tepi telinga pun ada ada rupanya.

4. Nummular Eczema

Jenis ekzema ini juga dikenali " Discoid Ekzema" yang boleh berlaku di mana-mana peringkat. Tambahan pula, ekzema ini nampak berbeza dengan jenis ekzema biasa dan sukar dirawat. 

Penyakit ini juga akan kembali ke tempat yang terjejas tempat sama. Tanpa rawatan, ekzema Nummular ini akan  berpanjangan untuk beberapa minggu, bulan ataupun tahun. 

Menurut Blog Clairecsy, Ekzema Nummular berbentuk seakan syiling iaitu bentuk bulat. Simptom awal Ekzema Nummular adalah bintik-bintik merah yang dengan cepatnya menjadi bintik besar yang saiznya boleh daripada beberapa miilimeter ke beberapa sentimeter besarnya. Kawasan yang terjejas akan menjadi sangat gatal terutamanya pada waktu malam.

Apabila kawasan ekzema Nummular ini dijangkiti bakteria (biasanya bakteria Staphylococcus), simptom jangkitan adalah:
  • Mengeluarkan cecair
  • Membentuk kerak berwarna kuning darpada cecair tadi
  • Kulit di sekitarnya menjadi merah, bengkak dan sakit
  • Rasa demam, tidak selesa dan sejuk

Sumber Google

5. Neurodermatitis 

Juga dikenali sebagai Lichen Simplex Chronicus. Ia adalah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan kulit menjadi bersisik dan tebal akibat daripada selalu digaru dan digosok.


Sumber Google


6. Stasis Dermatitis

Ia juga dipanggil Stasis Vena dematitis (Vernous Stasis Dermatitis) kerana ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan aliran darah dan tekanan dalam urat, biasanya apda bahagian kaki. Tekanan ini boleh menyebabkan cecair bocor keluar daripada urat dan ke dalam kulit.


Sumber Google



Sumber Google


Sumber Google




Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian
  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.
Pemakanan
  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap
  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.

Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus sekiranya menjadi lebih teruk- flare up

Terdapat dua kaedah untuk merawat ekzema ini iaitu :
- kaedah luaran
-kaedah dalaman

1) Kaedah luaran
- untuk keadaan 1 dan 2 ,gunakan Basic H
- untuk keadaan 3 hingga 5 , gunakan Herbal Blend

2) Keadah dalaman
-untuk bayi eczema ~ ibu menyusu boleh ambil Set B(vit C,B comp.,Vitalea,Alfalfa) ,ESP,Mealshakes dan Nutriferon.
-untuk kanak-kanak (1-4 tahun) ~ mealshakes
-untuk kanak-kanak (4-12 tahun ~ mealshakes dan ESP
-untuk remaja dan dewasa  ~ set G(Vit C,GLA,Alfalfa,Zink) , mealshakes dan ESP


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)



COD: Bahau & sekitarnya

Wednesday, 5 April 2017

CARA KURUS DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum. Perkongsian hari ini berkenaan testimoni penangan Herblax sewaktu pagi. Hehe. 



Testimoni ini daripada anak Shaklee Faizah sendiri yang berkongsi baru-baru ini. Lagipum hari ini genaplah 7 hari buat dengan Mealplan untuk dapatkan kembali berat yang ideal. 

Buat masa sekarang Yama ambil ESP, ALFAFA, HERBLAX, LECITHIN dan Vitamin C, nanti Faizah kongsikan lagi 2 minggu hasil berapa angka yang turun setelah Yama mengambil vitamin ini. 

Sebelum itu hari ini juga mahu imbas kembali jejak kasih Faizah bersama Yama ni. Hehe. Almaklumlah dah lama tak berjumpa. 

Pada hari Ahad lalu iaitu 2 April 2017 rasanya seluruh Negeri Sembilan hujan dari pagi sehinggalah Faizah COD pada Yama.

Inilah Yama salah seorang ahli team Faizah yang baru iaitu orang Negeri Sembilan juga. Hehe




Ketika detik perjumpaan ini pada Ahad lalu terdetik dalam hati,

"Adakah aku akan kenal insan ini? Bagaimana rupanya" 

Yama dalam whatsapp pun siap cakap, 

"Faizah mungkin lupa muka Yama. Yama ingat muka Faizah." 

Haha. Eh mana boleh tak ingat kan? Masih ada bayangan itu cuma tidak "clear". Hehe. Bayangkan nak jumpa sahabat saya ini berapa jarak tahunan sudah berlalu. 

Kami berkenalan semasa kelas Tuisyen di Wawasan Murni, Bahau. 

Inilah detik pertemuaan semula selepas habis SPM tahun 2017. Haha! 

Tengok gambar balik, terasa macam pergi tuisyen balik. 

Over tak? Haha. 

Muda sangat tu kan. 

Bak kata Yama, " Biasalah budak 90's ni memang muka macamni" 

Haha. Ada-ada aja Yama. 

Lihatlah apa Faizah pas pada Yama hari itu. Baru sahaja tambah ni.




Apapun kan sama-samalah kita dapat #ShakleeEffect dari produk Vitami Shaklee. Yeay! Hehe

Kebaikan produk Shaklee yang mana Yama ambil untuk turunkan berat badan ialah; 

1. ESP Soy Protein

ESP membekalkan 14 gram protin soya sihat (NON GMO), 500 mg kalsium, dan semua asid amino perlu termasuk 9 asid amino perlu  yamg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan mampu membantu mengekalkan kepejalan otot dalam proses penurunan berat badan.
2. Alfafa

Mencuci darah, usus dan hati. Alfafa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

3. Herblax

Mencuci perut dan usus- membersihkan najis yang tersekat dan merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan kepada mereka yang mudah sembelit. 

4. Lecithin

Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang membantu memecah dan mencairkan lemak. Hal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak dengan lebih berkesan apabila kita sertakan dengan program diet dan senaman yang betul.

5. Vitamin C

Kepada pengamal Vitamin C bolehlah ambil Vitamin C awal pagi, saya kongsikan apa yang saya baca tadi daripada blog Nurulazilayana;

Bagaimana Vitamin C boleh Membakar Lemak?


 Artikel yang ditulis dari Oregon State University menceritakan tentang kepentingan Vitamin C untuk pengeluaran carnitine, iaitu sejenis molekul yang menggerakkan lemak ke dalam sel-sel untuk ditukar menjadi tenaga. Carnitine adalah bahan yang dihasilkan dalam hati dan buah pinggang dan disimpan di dalam otot rangka, jantung, otak dan sperma. Vitamin C yang cukup perlu bagi sintesis carnitine dan pembakaran lemak. Dengan kata lain, vitamin C akan mengaktifkan carnitine. Jadi jika susah sangat nak turun berat badan, atau dah cuba bermaca cara mungkin perlu untuk lihat dos vitamin C yang diambil setiap hari samada cukup atau tidak.

Jadi kalau nak badan tukar makanan kepada tenaga, amalkan makan Vitamin C di pagi hari bukan sebelum tidur. Barulah BMI cantik dan ideal.


Bagaimana nak pastikan Vitamin C cukup dalam badan? 

Cara paling mudah adalah melalui pengmabilan supplement. Saranan terbaik adalah Vitamin C SR Shaklee yang lengkap dengan teknologi sustained release (memastikan vitamin kekal selama 5 jam dalam badan secra peringkat demi peringkat). Ini kerana jika dalam bentuk supplement, sukatan vitamin adalah mengikut USRDA iaitu cukup untuk keperluan badan seharian. Boleh amalkan juga makan buah-buahn sitrus yang kaya dengan Vitamin C. walaubagaimanapun disebabkan faktor haba kandungan vitamin c pada buah dan sayur biasanya berkurangan.


6. Lotion Herbal Blend

Pernah tak dengar stretchmark? Selulit kalau bahasa mudahnya. Biasa terjadi stretchmark ini disebabkan perubahan bentuk badan kita dari gemuk ke kurus. 

Perasan tak? Dulu Faizah banyak jugalah ni. Lepas tu tak tahu hilang bagaimana. Haha. 

Sebab mungkin faktor minum ESP dan lain-lain juga, namun rakan Faizah menggunakan lotion ini untuk stretchmark ada yang hilang. Cuma perlulah konsisten dan tiada pernah skip. 

Kalau skip mungkim tiada hasilnya. Nak hasil yang laju pastikan makan supplement dalaman juga. Sekurangnya kulit akan bertambah cantik. 

Penambahan lagi point seterusnya, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat berpandukan berapa sajian di dalam piramid makanan. Bagi memudahkan Anda untuk turunkan berat badan amalkan "PINGGAN SIHAT" ini. InsyaAllah pasti dapat membantu Anda menurunkan berat badan kepada lebih ideal. 

Sumber Google


Sumber Google


Tadi pagi baru sahaja lepas beri tips kepada Ahli Shaklee dalam Team. Sebab ada yang tengah follow Mealplan. Lagi satu senaman juga penting selain menjaga pemakanan seimbang.


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

Friday, 20 January 2017

TESTIMONI RUAM BAYI DENGAN IKHTIAR SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tidak menulis di blog. Akhir tarikh yang Faizah tulis di blog pada 17 Januari 2017. Hehe. Kira lamalah juga kan. Bukan apa Faizah ambil masa 5 hari untuk susun semula gambar-gambar yang ada pada gallery handphone. Serabut sangat. Jadi pada itu editlah segala testimoni yang ada. 

Sebelum Faizah kongsikan testimoni ini, pernah tak mengalami gatal-gatal pada badan seperti ruam jadinya? Jika pernah, sebaiknya Anda ikhtiar dengan Shaklee Herbal Blend Cream. Bukan sahaja krim ini untuk bayi tetapi untuk orang dewasa pun boleh juga. 


Sumber Google


APA ITU RUAM? 

Sedikit info dari blog di sini ,

Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Antara Punca - Punca ruam adalah :
Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.  

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.

Antara jenis-jenis ruam:

 1) Ruam Panas -kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak.

2) Ruam Susu - kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi.


3) Ruam Lampin - terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,  kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. 

4) Ekzema - rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. 

5) Allergy- kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh.


CARA ATASI RUAM

Ada tak di sini ibu-ibu runsing dengan kulit anak-anak? Terutamanya ruam? Pasti ada bukan? Bukan bayi aja yang selalu kene ruam, dewasa pun kene juga. 

Jika ada kulit bayi yang sensitif, pilihlah krim berasaskan tumbuhan semulajadi seperti cadangan testimoni ini dengan Shaklee Herbal Blend Cream.

SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM ini adalah krim serbaguna yang mudah meresap. Ibu boleh sapukan pada ruam, ekzema, panau, gatal-gatal allergik mahupun orang dewasa yang ada jerawat pun boleh digunakan juga.

Krim yang begitu menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat mengatasi permasalahan kulit gatal-gatal atau dikategorikan kulit sensitif.

Krim ini jika disapu pada kulit dirasakan dingin, bermentol, dan tidak berminyak, super moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkayakan dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.

Diektrak dari herba semulajadi yang menenangkan iaitu sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Yang bestnya;
✅Organic
✅Free Paraben

TESTIMONI RUAM & SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM

Ini pula antara testimoni best daripada customer untuk Januari 2017.
Terima kasih kak Shahira kerana sudi kongsikan testimoni ruam Qaisara 
Alhamdulillah. Berjaya juga ikhtiar dengan krim magic ini. Siap Kak Ira cakap magic taw krim ni. hehe. Suaminya juga teruja dengan hasil daripada krim ini juga. Syukur satu famili sudah mulai jatuh cinta dengan rangkaian produk Shaklee. 


Testimoni kisah Qaisara dengan kulit ruam bermula 6/1- 9/1/2017 


Tiada melecet, bau dan kering


Tidak merengek bermakna krim ini dingin dan best pada kulit. 






Tudiaaa ruam lampin pun tiada. 

Tapi ada terbaca juga dekat blog, kulit bayi ada reaksi seperti ini kadang kala disebabkan pemakanan ibu sendiri. 


Ini pula antara testimoni yang berjaya ikhtiar dengan herbal blend, ESP dan Mealshake untuk kulit


Sumber Google: Nah calit-calitlah baby Anda seperti ini. Hehe. Comel je kan. 
Tapi janganlah banyak macamni, bazirlah pulak. Haha. 
Berpada-padalah menggunakan krim ini. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...