Showing posts with label Caratomax. Show all posts
Showing posts with label Caratomax. Show all posts

Wednesday, 26 July 2017

4 TIPS KULIT SIHAT

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. 

Tadi Faizah saja-sajalah menyusur masuk ke page Facebook Dr. Norman Norawi. Manalah tahu ada tips kulit cantik yang WAJIB diamalkan sebelum waktu nak masuk angka 30-an untuk 3 tahun lagi kan. 

Alhamdulillah niat nak dapatkam tips kulit sihat itu ada di dalam page facebook. Jadi di sini Faizah ingin kongsikanlah dengan sahabat-sahabat di luar sana. Jom sama-sama kita mengamalkannya selepas ini.

************

4 TIPS KULIT SIHAT

Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. 

Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka  mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar. 

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.

Pertama, minum air secukupnya.

Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah  kekurangan air didalam badan. Disamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap. 

Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. 

Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. 

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil. 

Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit. 

Kedua, perlindungan dari cahaya matahari

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. 

Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol. 

Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. 

Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya. 

Ketiga,  makan lemak sihat

Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3  boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. 

Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan pil suplemen omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli  omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. 

Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.


Keempat, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

 Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. 

Pengambilan pil suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita. Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh  membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari. 

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.

Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan  yang secukupnya  disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang. Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MScAARMMA(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am,
Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan 
dan Perubatan Regeneratif

******************

Best kan bila baca 4 Tips Kulit Sihat dari Dr Norman. Apa yang Faizah dapati di sini, nyata yang Faizah ambil supplemen dengan Shaklee adalah berada di dalam jalan yang betul di mana jika diingatkan kembali makan ikan pun kurang dalam seharian, makan sayur pun sama. Cukupkah Faizah ambil Vitamin C, Vitamin E, Omega dan vitamin-vitamin lain dalam seharian. 

Mungkin itu antara sebabnya muka Faizah yang dahulu pada tahun 2014 dan 2015 menghadapi sebegini. Alhamdulillah info-info seperti ini amat membantu Faizah sedar dalam seharian dengan pemakanan pun tidak cuku dan jadi itu sebablah Faizah memilih supplemen Shaklee untuk mencukupkan Vitamin dalam tubuh badan. 


Memang benar apa yang diperkatakan oleh Dr Norman itu tentang pengambilan gula. Faizah sendiri doktor beritahu kurangkan gula. Setelah kawal pemakanan benda manis, barulah Faizah perasan kulit tidak lagi meradang. Manakala, liter air juga Faizah jaga kuantitinya dalam seharian. Sebabnya Faizah pernah beritahu doktor yang merawat kulit di mana Faizah ingin makan supplemen Shaklee. Beliau tiada larangan langsung untuk Faizah ambil Shaklee. Cuma diberikan syarat pastikan minum air banyak. Syukur sangat ketika itu. Hihi. 

Tips kedua Dr Norman iaitu tentang pemakaian krim perlindungan cahaya matahari. Ini pun antara perkara wajib yang Faizah gunakan. Anda yang sedang merawat kulit, Faizah syorkan guna krim yang bersesuai tetapi jika inginkan yang jenis semula jadi. Faizah syorkan ambil krim perlindungan matahari daripada Nutriwhite Shaklee iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion” ini diformulasi dengan SPF 15. SPF bermaksud “Sun Protection Formula” iaitu suatu tanda aras keberkesanan produk tersebut melindungi kulit tersebut dari cahaya matahari. Makin tinggi SPF, makin besar perlindungan yang anda akan dapat.

Jadinya antara cara terbaik untuk mengatasi dan menyelamatkan kulit wajah adalah dengan menyapu krim perlindungan matahari ini. 

Krim yang di panggil “Sun Block” ini mempunyai kelebihan untuk 
  • Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari
  • Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
  • Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
  • Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.

Sumber google

Petua ketiga pula di atas kata makan lemak yang sihat. Sememangnya diakui Faizah memang ada makan omega. Doktor sebelum ini pun suruh Faizah makan ikan lebih sikit. Tapi itulah kadang-kadang rasa makan ikan tak cukup dalam seharian kan. Yelah Faizah bukanlah keluarga yang jenis sekali makan seekor terus dimakan.  Makan seekor ikan pun kerat dua dengan adik beradik. Manalah nak cukupkan satu hidangan. Jadi Faizah pun ambil la Omega ini. 

Setelah konsisten Omega Guard, perasan tentang jerawat di muka cepat surut. Rupanya omega bersifat anti-radang. Lagi satu melembapkan kulit dan garus halus penuaan. Rasa bestlah dengan omega ni. Jeragat pun cepat hilang taw. Bonda Faizah dan Mak Langlah antara testimoni paling laju jeragatnya semakin berkurangan. Mereka berdua memang tak payah cakap, jatuh cinta sokmo dengan Omega. Hahah. 


Sumber google

Akhir sekali, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga antara yang Faizah pernah kene tembak dengan doktor sebelum ini. Masa awal appointment, Doktor terus tembak cakap, "You kurang makan sayur kan? Buah?" 

Kita yang duduk berdepannya tersipu malu sungguh-sungguh. Mampu senyum sahaja. Selepas kene tarbiah itulah, hari-hari pulun makan buah dan sayur. Kadang kala itu Bonda saja buat goreng sayur banyak-banyak suruh Faizah ratah di malam hari. Haha. Macamtu sekali nak baikkan kulit. Bukanlah mudah untuk menjalani satu proses kehidupan lebih sihat ya. Susah sungguh. Lama-lama sampai sekarang macam berjalan jauh tu tak boleh tanpa sayur dan buah-buah. Rasa hati tak tenteram. Serius takut jerawat nanah naik semula macam dulu. Mahunya tak nangis. 

Macam Faizah memang vitamin C itu paling asas vitamin WAJIB ada dalam peti ais. Sebab Faizah letak semua vitamin di dalam peti ais untuk menjaga kualiti vitamin. Vitamin A pula Faizah tak makan lagi. Padahal memang kene makan pun sebab baik untuk mata kan. Vitamin A dari produk Shaklee itu Caratomax. Bonda dan kakak, vitamin kesukaannya caratomax ini. Ramailah juga yang tegur dua orang asyik nampak muda saja. Aihh jelez kita weh. 

Bayangkan muka tengah teruk dulu. Kulit Faizah gelap dan kusam. Orang kata Faizah kakak, Kakak pula adik. Bonda pula ramai kata muda dari usia. Itu yang rasa sangat terkesan. Kene juga jaga kulit ni nampak tak tua. Anda percaya tak umur Faizah 27 tahun jika lihat gambar testimoni baru tu? 

Kalau rasa 27 tahun tu, nampak gaya kene beli lagi Vivix botol yang ketiga ni. Adehh. Nak tahu tak dalam hati Faizah memang aim lepas ni cuba konsisten Vivix dan collagen. Faizah buat banyak kajian orang-orang yang cantik dalam Shaklee dua vitamin inilah mereka konsisten. Rasa jelez sangat kulit mereka cantik. Nak juga kan. Hehe. 

InsyaAllah moga-moga yang membaca entry kali ini semuanya akan jadi cantik tadi. Nasihat Faizah satu saja, sebenarnya pemilihan vitamin juga ada langkah-langkah efektifnya. Sama juga pemilihan skincare. Jangan main belasah saja. Sebabnya Faizah tak naklah Anda semua ikut Faizah yang dahulu. Makan vitamin satu habuk tak rasa berkesan. Maksud Faizah rasa lembap kesannya. Rupanya salah step pemilihan. Terskip rupanya. Apa-apapun Faizah cadangkan mulakan dengan step Detox ya. 

Kalau sesiapa ingin tahu lebih lanjut, hubungi di whatsapp ye.


Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 



Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK

Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah: 

✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)

✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)

✔ Road to Car Bonus

✔ Road to Master Coordinator

✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah

✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok) 

Best tak? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya




Friday, 23 December 2016

BUAH NONA SEMAKIN PUPUS



Buah nona dah terlampau masak. 

Ceritanya Bonda ajak pergi ke kedai beli kunyit. 
Keluar sahaja kereta dari pintu pagar yang "tiada pagar" ini tiba-tiba Bonda cakap, 

"Eh, pokok Nona tu dah berbuah la. Mesti ado yang dah masak tu"

Sesudah membeli kunyit, sampai sahaja di rumah.

Bonda pun lihat ada satu buah yang sudah merah. Bila ingin mengambilnya sekali dahannya terpatah sekali. Haha.

Jadi bila nak ambil gambar sebiji ni "kononnya".
Langsunglah tak jadi.

Gedebush terbelah dua. 

Tadi punyalah susah ambil kan.

Sekali pegang "lah dah masak sangat". 

Akhirnya inilah hasilnya. Apa kata kita bertanya kepada pak cik google yang baik hati apakah khasiat kepada kulit kan. Kiki

"Buah Nona disebut juga sebagai custard apel atau sugar apple oleh para pelaut inggeris.

Buah nona mengandungi antioksidan, seperti vitamin C. Kandungan antioksidan ini dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh

Buah Nona juga mengandungi vitamin A yang dapat bermanfaat untuk menjaga kulit, kesihatan rambut, serta meningkatkan fungsi mata.

Untuk itu, bila Anda ingin mencantikkan kulit secara alami, anda perlu mengambil buah nona secara rutin. "

Baiklah kalau begitu, hari-harilah meneropong di pokoknya. Haha

Kata nak kulit cantik kan? Hihi

Rasa macam tak cukup vitamin C dan Vitamin A , boleh ambil sustained released Vita C & Caratomax shaklee. 

Caratomax ada promo ya! 




eh sempat pulak promote kan? haha

Tapi hakikatnya buah nona ini semakin pupus. Mana nak jumpa dah Buah exotic macamni kan? Erm. Jomlah kita menyemainya kembali. Hehe. 

Nah bacalah 8 Rahsia Khasiat Buah-buahan di SINI.



Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Saturday, 10 December 2016

KEBAIKAN KAROTENA LYCOPENE & ASTAXANTHIN DI DALAM CAROTOMAX






Perasan tak di dalam gambar ini Faizah pegang Caratomax?


Satu capsul caratomax Shaklee ini ada 13 mg karotenoid. 

Karotenoid adalah sumber vitamin A terbaik. Ia sangat penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membetulkan fungsi organ tubuh.

Di dalam caratomax ada 6 jenis karotenoid yang boleh kita perolehi daripada buah-buahan dan sayuran.



Contohnya Tomato, yang mengandungi karotena LYCOPENE yang sama di dalam caratomax. 

Lycopene ini bersifat antioksida, menghalang penuaan organ, dan sel radikal dari merosakkan sel dalaman dan kulit. 

Bukan sahaja lycopene ini untuk kulit sahaja, tetapi membantu bahagian di dalam mata daripada rosak (alah yang bahagian gel tu. Macamana nak cakap ye 

Nak tahu apa yang anda akan temui karotena di dalam sayur-sayuran hijau seperti di dalam gambar ini? 

Semesti karotena Astaxanthin! Tapi kan Astaxanthin juga akan ditemui di dalam salmon. 

Owh! Ikan favorurite Faizah ni. Haha. Adoihhh. 

Kebaikan karotena Astaxanthin ini pada kulit ialah mengurangkan kedutan, melembapkan kulit, mengurangkan keletihan dan menganjalkan kulit.

Untuk fungsi mata pula, bantu elak keradangan mata. Wow! 

Ini baru 2 kategori karotenoid yang saya sentuh. 

Patutlah Caratomax adalah kategori antioksidan yang kuat. 

Kepada yang ada masalah kulit jerawat, jika tidak mampu untuk membeli Vivix ( the power of antioksidan, antibacterial, & antiinflamation) anda juga boleh mengambil Caratomax untuk sebagai ikhtiar. 

Best kan? Dah kaji-kaji ni barulah saya nampak betapa best bila kita seimbangkan pemakanan sihat bersama makanan tambahan shaklee. 

TAWARAN ISTIMEWA DECEMBER

First line & Third Line boleh baca di SINI: Apa itu Sistem Imunisasi?


2nd line:

Apabila kuman dapat merempuh halangan pertama, mereka akan menghadapi pertahanan daripada pelbagai jenis sel-sel imun termasuklah sel-sel darah putih yang merupakan "Natural Killer Cells" yang berada  di bahagian kedua lapisan pertahanan anda. Manakala, interferon pula memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun bagi melindungi diri anda daripada serangan kuman tersebut. 

Apa yang anda perlu amalkan di dalam diet anda ialah:


  • Biji labu, benih Plantago, Bunga Safflower, Japanese Honey Suckle yang semulajadi dapat meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada tahap sel, (Boleh baca ENTRY: Nutriferon baik pulih kulit saya dengan langkah yang pertama)
  • Karotenoid berperanan meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih. (Boleh baca ENTRY di sini: Caratomax- Anti penuaan)
  • Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dengan membantu meningkatkan sel darah putih. ( Boleh baca ENTRY di sini: Testimoni kulit & Garlic)
  • Vitamin C merupakan tunjang paling penting dalam sistem imun. Ia meningkatkan sel-sel darah putih dalam misi pencarian, memerangkap dan memusnahkan aktiviti-aktiviti kuman. (Boleh baca ENTRY di sini: Vitamin C adalah Antioksidan Tubuh badan)


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:




Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya







Thursday, 8 December 2016

BOOST YOUR IMMUNE SYSTEM NATURALLY: 7 MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE UNTUK KULIT & DALAMAN



Sumber Google


Caratomax yang dirumus khas oleh Shaklee merupakan gabungan enam karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena, zeaxanthin yang melengkapkan faedah karetenoid untuk keperluan manusia.

Caratomax yang sangat istimewa ini diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut berperanan sebagai antioksidan iaitu rumpai laut, Tomato bukan GMO, Biji anggur, Pot /marigold, Epal, Strawberi, Minyak Sawit, Fava D'anta, Brokoli, Cantaloupe, dan Carrot. Caratomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karatenoid penting untuk keperluan tubuh terutama mata. 

Istimewanya, buah-buahan dan sayuran yang digunakan ditanam secara organik dari pemilihan biji benih hingga penuaian dan pemprosesan yang amat dijaga untuk memastikan khasiat buah-buahan dan sayuran tidak terjejas dan kekal semulajadi (tidak ditambah perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan)


7 MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE


PROMOSI DEC - BUY 1 FREE 1 CARATOMAX 

1) Lebih Selamat Dari Vitamin A
Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh 
saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada 
tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan beta-karotena 
yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada 
kesihatan manusia

2) Mempertingkatkan Penglihatan
Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus 
dalam persekitaran yang gelap. Carotamax membantu menyelesaikan masalah 
penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata), 
eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.

3) Meredakan Penyakit Kulit
Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile 
plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax 
pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan 
pada kulit), dan ulser kulit.

4) Melindungi Epithelial
Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, 
pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

5) Melawan Kanser dan Oksidasi
Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan
proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel 
kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser 
paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas 
dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.

6) Menghalang Infeksi
Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi 
penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

7) Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi 
rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. 
Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.


6 KELEBIHAN CARATOMAX - SUMBER KAROTENA YANG LENGKAP

Mengandungi fitokimia karotena semulajadi yang lengkap untuk keperluan mata, kulit, membran mukosa yang sihat dan untuk lain-lain keperluan tubuh.





a) Alpha-Carotene - Untuk penglihatan malam, kesihatan mata, menghalang degenerasi 
penglihatan.

b) Beta-Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka,
Mempertingkatkan sistem imun, Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

c) Lycopene - Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun serta mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

d) Astaxanthin - Shaklee menuai karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut (sumber 
protein yang tulen). Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

e) Lutein - Menyekat katarak (selaput mata), AMD (age related macular disease/ 
penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

f) Zeaxanthin - Melindungi mata, Menuras cahaya gelombang biru pendek 
berbahaya, Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial 
dan serviks.



Perbezaan diantara Caratomax Shaklee dengan yang lain

Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu:-

1.Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun 
Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.
Peringatan!!!!!!

2.Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

Caratomax Shaklee diperlukan oleh:-

  • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
  • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
  • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas.


AMARAN!
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Kredit: VitaminShop2u




Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


Thursday, 1 December 2016

TIPS MEMBELI BELAH DAN SHAKLEE BUAT TAWARAN YEAR-END SPECIAL (YES)

Assalamualaikum. Hello December! 

I smile, you smile. :)

Bulan ini bulan yang kene banyak-banyak senyum. Haha Anda pun perlu senyum lebih. Almaklumlah sudah memasuki bulan December kebiasaannya pelbagai tawaran istimewalah sepanjang musim membeli belah ini. 

Sumber Google


Namun Faizah ingin menasihatkan berwaspadalah ketika membeli-belah. Pastikan duit Anda mencukupi untuk bulan- bulan seterusnya. Jadi Faizah ingin memberikan beberapa tips memmbeli-belah yang saya dapat melalui LIVE FACEBOOK PUAN MARY iaitu Pakar Perunding Imej:

1. Jangan membeli barang ketika kita sedang lapar. 

Ketika lapar kebiasaannya kita akan mempunyai perasaan yang lebih bernafsu. Jika kita kenyang, kita tidak sebegitu pun. Perasan tak?Ke saya seorang aja yang perasan. Hehe

2. Jangan membeli ketika beremosi

Kebiasaanya kita akan main rembat aja apa yang ada dan tidak sempat untuk membuat perbandingan harga dan pemilihan yang lebih teliti serta suai padan dengan tubuh. Dalam erti kata tidak tepat dengan apa yang dipilih.

3. Membeli ikut kehendak bukan kemahuan. 

Anda perlu fikirkan banyak kali dengan barang yang bakal dibeli tersebut samada ianya kehendak atau kemahuan. Belilah barang wajib dahulu seperti pakaian, seluar, beg atau skirt untuk pergi bekerja 

4. Mesti cuba sebelum membayar barang/pakaian tersebut.

Puan Mary ada beritahu, jika kita ingin mencuba pakaian sebaiknya keluar dari bilik persalinan tersebut dan cuba elakkan dari sportlight lampu. Kadangkala, cahaya dari lampu tersebut yang membuatkan baju tersebut lebih cantik di badan kita. Jadi nanti sampai di rumah tidak nampak kecantikan tersebut. Sebaiknya anda ingin mencuba sesuatu, jauhkan dari lampu dan keluar dari fitting, buat ala-ala jalan atas pentas fashion. :P

Puan Mary juga ada menyentuh membeli keutamaan seperti contohnya membeli makanan tambahan atau supplement untuk diri sendiri. Ini yang saya suka dengar! Hehe. Biasalah ekonomi kita sekarang tidak menentu jadi lebih baik kita membeli yang lebih utama. 

Makanya sudah pun menyentuh tentang supplement atau makanan tambahan ini, apa lagi Shaklee pun turut serta juga membuat YEAR-END SPECIAL!

Jangan lepaskan peluang ini ye. Kini saya ingin memberi tahu Anda  mengenai PROMOSI  ISTIMEWA DISEMBER. Antara tawarannya ialah:


Sumber Google


TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN

  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.


Sumber Google:

Twin Pack 5% - Collagen Powder
Buy 6 Free 1 - Collagen Powder

Keunikan Collagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan

Sumber Google


Sumber Google


KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.


2. YEAR-END SPECIAL - BUY 1 FREE 1 CARATOMAX



Caratomax Shaklee dihasilkan dari karatenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina yang berfungsi untuk:-

  • Memelihara kesihatan yang baik
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu
  • Membantu dalam memelihara kecantikan kulit dan selaput lendir
  • Menghalang kanser dan penuaan
  • Meredakan penyakit kulit
  • Menghalang infeksi

Sumber Google

Cara pembeliannya mudah sahaja, pastikan anda membuat belian vitamin shaklee sebanyak 150 UV bagi mendapatkan Buy 1 Free 1 Caratomax ini. 

Ada lagi paling best setelah anda membeli sebanyak 150UV ini, anda juga berpeluang mendapatkan SHAKLEE MULTI-STACK DISPENSER. 



3. PROMOSI TRIPLE IMMUNE MASIH ADA DITAWARKAN DISEMBER KALI INI




Sebagai contoh antara produk set yang Anda ingin membeli dengan Shaklee ialah dari Set Triple Immune ini. Jadi automatik anda akan berpeluang mendapat YEAR-END SPECIAL kali ini. 

BUY 1 FREE 1 Caratomax dan Multi-Stack Dispenser pun dapat juga. Jika Anda mempunyai permasalahan kulit seperti jerawat, alahan/allergik dan ekzema bolehlah ambil dengan Set ini. 

InsyaAllah saya akan membantu anda nanti dari segi konsultasi dan pengambilan vitamin. 


Stok Promosi ini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...