Thursday 29 September 2016

TIPS MENGAWAL PARAS GULA BERLEBIHAN DALAM TUBUH



JOM KURANGKAN MAKANAN MANIS
===============================

.
1. HINDARI GODAAN MAKANAN BERGULA.
Kawal keinginan ketika membeli belah. Alihkan fokus dari melihat makanan yang manis dan bergula. Gantikan dengan memilih buah dan sayur-sayuran
.
2. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH 
Ia juga akan menyebabkan tubuh mendapat keperluan air yang mencukupi. Tips untuk mudah minum air putih adalah dengan mencampurkan hirisan lemon di dalam air putih anda.
.
3. GANTIKAN DENGAN MEMINUM TEH HERBA.
Teh ternyata tidak hanya mampu menghilangkan rasa dahaga, malah memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain boleh mencegah kanser perut, ia juga mampu mencegah masalah gigi berlubang. Pilihan saya tentunya Cinch Tea Shaklee.
.
3. AMBIL SUPPLEMENT
Vitamin C misalnya sangat bermanfaat untuk mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula. Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. Sementara magnesium membantu mengatur tahap tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin, ikan dan daging.


Sumber Google: Set Sugar Control

.
4. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari, dan mengatur tahap gula di dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya. Semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah . Jangan lupa memilih sayuran hijau sebgai pengganti makanan bergula.
.
5. PILIH MAKANAN DARI PEMANIS SEMULAJADI.
Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. Contohnya seperti madu.
.
6. JAGA KESEIMBANGAN HORMON TUBUH
Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik. Oleh kerana itu, sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein, kabohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah, and akan memberikan sumber tenaga yang stabil serta akan menjaga tubuh tetap sihat.
.
7. BACA LABEL MAKANANBaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan terutama kadar gulanya. Ini kerana sebahagian makanan, kadar gulanya tersembunyi dan tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya . Selain itu , makanan yang tinggi kandungan karbohidrat juga boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi .
.
TAHUKAH ANDA bahawa anda perlu berhati-hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaannya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula pengganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.
.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 


Kini berbaki 1 hari lagi untuk dapatkan harga promosi ESP dan Vitamin C


Shaklee Independent Distributor



Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

Tuesday 27 September 2016

"Ikan oh Ikan"





Lauk hari ini.

Pergh sodap! 
Meleleh air liur tekau. 

Ayam kampung masak gulai lomak cili api. 
Biasolah anak tak boleh makan ayam bandor nanti efek skin pulak. ðŸ˜·

Itu yang anak Mak Cik Ezah (nama kami agak sama, jangan terkeliru) ni fobia yang amat. ðŸ˜”

Sebaik balik dari temankan abang daftarkan nama baby, tengok-tengok dah siap hidangan ni.



Maap mak tak menolong tadi. Hehe. 


Selain yang lauk atas ni.


Ini juga makanan wajib dari bulan 1 sampai ke bulan ni. 

Mak duk ulang-ulang rebus ikan, perah limau dan pelbagai lagilah ke lauk ikan ini. 

Barangkali yang ada masalah skin kronik macam saya ni, bolehlah tiru antara makanan yang "terpaksa" jadi list Favourite lauk harian macamni ðŸ˜·

Kesannya duk ulang-ulang lauk ni tengoklah dekat profile Facebook saya. ðŸ˜… haha.

Parut je tinggal kan? Syukur alhamdulillah.
Berbulan-bulan mensadokan hati makan lauk macamni dan makanan berkhasiat yang lain.

Baru bulan ni betol-betol macam boleh try and error makan lauk yg bersantan sikit tapi still berwaspada.

So jangan tanya saya lagi Kenapa saya kurus. Haha. Tanya lagi kenapa saya kurus, anda tanyalah si ikan ni. Penyebab dialah saya kurus dengan 13 kilo turunnya ðŸ˜…

"Ikan oh ikan"

Sambil tu jangan lupa makan produk vitamin shaklee juga. Barulah laju ke atas kulit anda.

Setakat ni vitamin Shaklee amat membantu saya selama ini. InsyaAllah.

Saya dah cuba tukar lifestyle dan anda bila lagi?

Jom detox! Jom juga tingkatkan imun kulit dan dalaman!



 Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 


Kini berbaki 3 hari lagi untuk dapatkan harga promosi ESP, Vitamin C dan Shaker Eksklusif


Shaklee Independent Distributor



Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya




😊







Monday 26 September 2016

ANAK BUAH KE-7

Syukur Alhamdulillah, selamat juga lahirnya seorang putera lagi. :)

Baby boy lahir pada 17 September 2016 ( Sabtu) baru-baru ini. Lahir secara normal oleh Kak ipar. 

Secara total anak buah sekarang 7 orang dah. Tuanya mak sunya ni dah. Alahai. Haha. 

Dah 2 orang anak buah lelaki. Selama ni dapat anak buah perempuan je. La ni dah ada anak buah lelaki, hope ada legasi yang mengikut jejak arwah atok abahnya menjadi Ustaz. Aminnnn... mudah-mudahan kan. :)


Baby boy pagi kene check kuning lagi dan timbang. Naiklah 100 gram. ok lettuw kan?
Kuning pun dah turun. 

Sebaik ko dik tak pakai cermin mata putih di bawah sinaran biru lagi. hihi.

Semoga terus membesar dengan sihat baby boy ni. 

InsyaAllah esok nak pi teman abang daftarkan namanya. :)

Kalau korang ada baby sok, dapat pulak baby boy. Agak-agak nak letak nama apa ye? Cer kongsi sikit. hehe. 

Sunday 25 September 2016

"Saya sebelum dan selepas Shaklee"- Faizah

Jumaat baru ni ada beli pisang goreng dan keropok dekat kawan, kawan pun tegur

"weh ko apasal kurus sangat ni?"

Ok saya pun dengan laju cakap, " meh la makan shaklee". Sambil gelak-gelak. Haha. 


Amboih jarum marketing Faizah kemain lagi kan. Eh terjujur pulak dekat sini. Haha. 



Bukan beliau seorang je tegur tapi ramai lagi. Sampai penat nak jawab. ðŸ˜… ok terjujur lagi



Tapi kan nak cerita dekat sini, saya kurus yang sekarang ni sebab saya kene kurangkan pemakanan yang beri alahan dan juga boleh naikkan gula dalam badan. 



Ini semua atas arahan doktor untuk baikkan kembali kulit yang alahan dan jerawat kronik ni. Alhamdulillah gambar no 6 tu yang terbaru dan masih dalam prosess penjagaan kulit. 



Itulah kalau sesiapa dapatkan konsultasi dengan saya, pertama sekali ditekankan adalah pemakanan untuk beri keberkesanan shaklee dengan lebih laju. 



Dulu makan shaklee juga, lama-lama tu macam kurang menjadi. Kulit pun tak baik-baik. 



Rupanya bila dah jumpa doktor, tahulah sebabnya kenapa jadi begini. Pemakanan seharian saya yang tidak begitu sihat rupanya. 



Umur makin meningkat, biasalah kan kenelah rajin berjaga-jaga juga. Mulalah fasa di sini yang mana saya semakin insaf tentang pemakanan saya ni. 



Jadi doktor pun ok je bagi saya makan shaklee tapi dengan syarat pemakanan kene jaga walaupun makan vitamin. 



Nampak tak pentingnya keseimbangan pemakanan sihat apabila mengambil keputusan konsisten dengan shaklee. 



Setelah bereksperimen dari segi pemakanan, gambar no 6 tu la yang anda semua nampak saya lebih kurus dan juga skin lebih baik. InsyaAllah. ( tapi masih ada parut dan merah-merah)



Haa jangan tanya saya lagi kenapa saya kurus ye.😅 Jawapan pun saya dah rungkaikan di atas ni. Hehe. 



Berbalik pada gambar, cuba lihat  ini ye. 






No 1: Gambar ketika di Sarawak. Tak makan shaklee lagi. Nampak gemuk di situ. 



No 2: Gambar di Morib. Tengah makan shaklee tapi masih baru mengenali dunia vitamin hebat ni. 



No 3: Gambar di Empire, Subang. Rasanya ketika closing Shaklee. Borong ESP tu. ESP banyak bantu skin dan badan maintain. 



No 4: Gambar ketika wedding rakan. Umur ketika ini 23 tahun. Time ni ramai sapa nampak kurus, muka cengkung dan skin lebih baik. Lagi satu makan berjaga time ni 


==========
Pengalaman saya menghadapi permasalahan kulit > Testimoni Jerawat Kronik

==========


No 5: Gambar ketika raya untuk COD di rumah rakan. Nampak gemuk pipi kan?time ni skin dah mula on off menggiler. Makan juga tak jaga. 



No 6: Gambar terbaru dan masih ON detox with shaklee. Jaga makan kaw-kaw. Berat 

terkini 13 kilo turun. Jangan tanya berapa angkanya. Nanti korang terkejut pulak


Nasihat saya kepada anda di luar sana, untuk dapatkan keberkesanan shaklee yang lebih power. Seimbangkanlah pemakanan yang sihat dengan vitamin shaklee. 



InsyaAllah apa yang anda idamkan seperti mahukan kulit cantik, kurus,dalaman sihat dan macam-macam lagi akan terus menjadi kenyataan seperti yang saya dapat sekarang. 



Jom sihat dengan shaklee!



Promosi ESP, Vitamin C dan Shaker Eksklusif masih ON lagi. 






Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 

Kini berbaki 5 hari untuk dapatkan harga promosi ESP, Vitamin C dan Shaker Eksklusif

Shaklee Independent Distributor



Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

Saturday 24 September 2016

VITAMIN C SUMBER ANTIOKSIDAN KEPADA TUBUH MANUSIA



Yummy! sedapnya limau & Grape fruit! :D
Tapi Grape Fruit ni kan tiap kali makan mesti rasa pahit. 
Ke ku je rasa begini? Korang ada perasaan sama tak?


Kalau imbas kembali zaman perkenalan Vitamin C ini, ianya bermula ketika di Universiti lagi tapi merupakan pilihan kedua selepas vitamin E.


Twin Pack Vitamin C less 5% dan Buy 6 Free 1
Jangan lupa dapatkan bulan ini. Berbaki 6 hari sahaja lagi ni. 

Tapi apa kaitan Vitamin C dengan kulit ye?

Kulit adalah tisu yang terbesar dalam tubuh kita di mana ia meliputi seluruh tubuh manusia.

Ini bermakna vitamin C sangat-sangat diperlukan oleh tubuh kita bagi memelihara kesihatan tisu kulit.

Vitamin C merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam sel dermis dan epidermis kulit.

Selain itu, ia turut memelihara kesihatan salur darah dibawah kulit agar kulit kita mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi .

Sintesis kolagen kulit kita juga dibantu oleh vitamin C.

Bermakna jika kita memang kekurangan vitamin C, makanya akan cepat berlaku kedutan di bawah kulit disebabkan struktur kolagen kulit semakin lemah.


Sumber Google : Kedutan di wajah petanda kekurangan kolagen dan Vitamin C


Pigmentasi kulit, tona kulit dan jeragat kasar mulai akan timbul apabila kita meningkat usia.


Sumber Google: Jeragat petanda penuaan berlaku dan sekaligus petanda kepada kekurang Vitamin C ke atas kulit

Semakin tua kita , semakin mulailah kurang menghasilkan kolagen.

So jangan dibiarkan usia anda meningkat tanpa pengambilan Vitamin C secara konsisten. Nanti kolagen berkurangan, kulit pula parah kendur tang sini tang sana.
Tu diaaaaa. Mesti tak nak kan? 


JOM ATASI DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI!

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Vitamin C Shaklee juga mengandungi 120mg  bioflavonoids (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah). Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex iaitu berfungsi :-

  • meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
  • melegakan inflamasi 
  • menentang jangkitan  bakteria  dan Radikal Bebas
Di sini pula  Khasiat yang perlu anda ketahui dan bakal anda dapat setelah konsisten setiap hari. 

1) Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen. Sebaiknya nak best lagi gabungkan Vitamin C bersama Shaklee Collagen Powder

Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

3)Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 

  • Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Menguatkan sistem imun     
  • Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.
  • Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.
  • Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru


4) Memerangi kanser  Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  

  • Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 
  • Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.
  • Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita.
  • Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti Kanser, sakit jantung dan artritis


5)Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  
  • Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen menyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!
  •  Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.
  •  Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.


6) Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

7) Tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan- masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. 

Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari

8) Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. 
         
Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Testimoni -testimoni Vitamin C atau Set Kulit:


Sumber Google


Sumber Google



Sumber Google



Sumber Google


Sumber Google




Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 

Kini berbaki 6 hari untuk dapatkan harga promosi ESP, Vitamin C dan Shaker Eksklusif

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

Thursday 22 September 2016

ALFAFA BANTU MERAWAT ALAHAN MAKANAN SEAFOOD

Dekat sini ada tak yang makin bosan dengan masalah jerawat?

Godang-godang pulak tu. 

Haha. Bosan kan? 


Tapi sejak saya amalkan balik secara konsisten Alfafa ni nampak dah perubahannya. Dengan syarat mahukan perubahan tersebut kenelah KONSISTEN.



Kalau baru 1 botol je makan, tak jadi apalah. 

Lagi-lagi jerawat GODANG-GODANG, ofcos masalah allergic plusssss pemakanan.

Alfafa sudah pastilah sesuai untuk rawatan jerawat ni.

Kerana ia adalah ubat penawar jerawat yang baik dan dengan penggunaan secara konsisten, seseorang itu boleh menyembuhkan jerawatnya.

Lagi satu boleh diambil dalam 2 biji atau 3 biji alfafa untuk dibuat masker setiap malam. Ianya amat berkesan dalam mengecutkn jerawat.

Selain itu, alfafa juga boleh dibuat teh dengan cara bancuhnya dengan air.

Bukan itu sahaja peranannya, Alfafa juga membantu sebagai antihistamin makanan seafood.

"Antihistamin digunakan untuk mengatasi berbagai macam jenis alergi . Sebagai contoh , alahan pada makanan , serangga , alahan kulit , alergi mata dan lain-lain . Ia juga boleh mengurangkan reaksi yang ditimbulkan oleh alergi ." - aladokter.com



Sedapnya udang ini kan. Kalau dulu saya makan udang, 
pasti bibir ni bak Angelina Jolie. Hehe. Tapi sejak konsisten 10 biji Alfafa setiap 
hari dah bolehlah makan sedikit demi sedikit. 
Sesiapa yang ada masalah jerawat kronik, 1st step untuk pulihkannya perlulah elakkan makanan seafood. Dulu masa dapatkan konsultasi Doktor pun, saya memang tak usik la seafood. 
Nanti seluruh muka rasa gatal dan tiba-tiba jadi merah. Bila dah merah alamatnya keluarlah jerawat GODANG. Huwaa. Sekarang ni dah makan alfafa, mulalah berjinak-jinak tapi makan berpada-pada jugalah. Efeknya pun saya rasa lagi ok  dari dulu. Dulu tak makan alfafa, memanglah jadi parah sikit walaupun makan tak banyak. Sekarang 1 atau dua ke biasa je. Mungkin nak makin baik disebabkan alfafa ni. Serious saya jatuh cinta sangat dengan Alfafa ni. 
My skin lagi better sekarang berbanding dulu :)



So kalau rasa jerawat naik akibat pemakanan seafood atau apa sahaja makanan penyebabnya naik, apa kata dari sekaranglah makan secara konsisten Alfafa.

InsyaAllah lama-lama nanti masalah kulit anda akan berkurangan. 

Nak best lagi boleh ambil SET PALING BASIC DETOX HARIAN


ALFAFA MERAWAT ALAHAN & JERAWAT

Tahukah Anda? Tumbuh-tumbuhan dan herba memang menjadi asas kaedah untuk menghilang jerawat secara semulajadi. Antara tumbuhan yang digunakan secara turun-temurun untuk masalah jerawat ialah alfalfa atau nama santifiknya Medicago sativa. Alfalfa merupakan sumber semulajadi pelbagai vitamin termasuk vitaminA, B1,B6,C,E dan K. Daun alfalfa merupakan agen pembersihan yang berkuasa untuk membuang toksin atau kotoran daripada badan.

Terdapat kajian yang menunjukkan jus alfalfa adalah sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Masa diperlukan tidak lama, mungkin dalam 3-4 minggu sebelum anda merasakan kesan posittif penggunaan alfalfa. Mengandungi pelbagai nutrisi yang diiperlukan kulit dan kandungan klorofil yang tinggi menjadikan alfalfa pengubat jerawat yang sangat luar biasa.Selain itu, alfalfa juga mempunyai fungsi anti kulat yang menjadikan kulit bersifat alkali dan membersihkan kulit.

Biji alfalfa dikatakan boleh memebersihkan darah daripada toksin dan kotoran seterusnya memastikan kulit berseri-seri dan bebas daripada jerawat. Mengamalkan alfalfa juga menjaga organ dalaman dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Mungkin akan mengambil masa, namun fungsi hati, buah pinggang dan kulit akan menjadi lebih baik dengan bantuan alfalfa untuk membuang kesemua toksin ini. Akhirnya tiada lagi masalah-masalah kulit seperti eczema dan jerawat yang biasanya disebabkan oleh kotoran berlebihan dalam darah.

Testimoni Jerawat & Alahan:


Sumber Google


Sumber Google


Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 

Kini berbaki 8 hari untuk dapatkan harga promosi ESP, Vitamin C dan Shaker Eksklusif

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...