Saturday 31 December 2016

MULTISTACK DISPENSER BERAKHIR MALAM INI


Eh apa tu? 

Ada makhluk hitam sedang bergerak la di sana. Haha. 

Ok abaikan makhluk hitam itu bergerak. 

Fokus pada pengumuman Faizah ini, nanti kalian terlepas pandang pula.

Hari ini genaplah 365 hari bagi tahun 2016 bukan? Jadi bersempena 31 Disember 2016 ini juga, multistack ini juga akan sama berakhir promosi kali ini yang disertakan dengan Shallee Collagen Powder.

Jangan lupa sambar cepat-cepat kedua-dua promosi.

Bagi Multistack ini jika Anda ingin memilikinya ianya memang satu percaturan berbaloi dalam hidup.

Ecehwah! Tudia ayat Faizah kan! Haha.

Bukan apa sebenarnya, Multistack ini sangat memudahkan Anda nanti untuk dijadikan tempat simpanan "ala-ala travel kit" seperti

Supplement atau
 Makanan atau ( contohnya bahan-bahan sandwich macam resepi shaklee bulan ni)
 Buah-buahan atau ( potong siap-siap)
 Brooch/kerongsang atau

Macam-macamlah! Ikutlah tahap kreatif minda kalian.

Paling penting ini BPA FREE.

Selamat digunakan. 




Eh! tengok tu duduk pulak makhluk hitam tu. 

Tak jadi bergerak.
Leka tengok Faizah ambil gambar Multistack Dispenser

Jangan lupa grab Multistack Dispenser ini hari ini. 



Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya

Friday 30 December 2016

TESTIMONI HERBLAX DI PAGI HARI OLEH JEJAKA

Assalamualaikum. 

Hai ramai yang mesej Faizah sejak kebelakangan ini ingin cuba fully set Detox dan tidak kurang juga yang ingin ambil step by step dengan bajet yang mereka ada. Di dalam Set Detox shaklee mengandungi beberapa vitamin iaitu



Nak tahu apa kelebihan detox?

1. Alfafa Complex - Mencuci darah, usus dan hati. Alfafa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Herblax - Mencuci perut dan usus- membersihkan najis yang tersekat dan merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan kepada mereka yang mudah sembelit. 

3. Peppermint Ginger Plus- Rumusan empat jenis herba. Selain jintan manis dan jintan hitam, ia juga mengandungi pudina dan halia - herba tradisional telah lama digunakan sejak berkurun lamanya untuk melegakan tubuh. 

4. DTX Complex - Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita. Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita. DTX complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

5. Vivix - Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan antioksidan yang dihasilkan daripa ekstrak anggur muskat, resveratrol dan bersama beberapa ramuan lain yang semulajadi. Ia merupakan supplement anti penuaan tahap sellular yang terbaik di dunia. Detoks program dengan Vivix Shaklee adalah program untuk menyahtoksin yang dilakukan selama 14 hari berturut-turut untuk tujuan 'pembersihan' organ, darah dan sel-sel badan. Ia bukan sahaja semata-mata untuk membuang toksin, malah Vivix Shaklee membantu memperbaiki sellular DNA kita, melambatkan penuaan tahap sellular, menggalakkan pembentukan mitochondria ( pusat yang menghasilkan tenaga untuk sel) serta melambatkan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan dan mengganggu keutuhan sel sedia ada. 

6. Mealplan 7 hari detoks disediakan.


TESTIMONI HERBLAX

Baru-baru ini pula dapatlah 2 testimoni daripada jejaka-jejaka. Rakan Faizah yang bagi testimoni ini. Haha. 

Jadi jomlah kita tengok apa kata jejaka-jejaka ini.


JEJAKA DARI PERAK

Penangan lama tidak mengambil Herblax. 

Makanya mengadu dengan Faizah kenapa wajahnya naik macam jerawat. 

So apa lagi suruh detox. Tanya balik tak juga detox usus kan. 

Haa kan asyik ditangguh-tangguh cuci usus.
Tudiaa penangan 3× membuang.

Haha.

Nak tahu tak, ada juga customer benci dengan Herblax ini. Antara sebabnya adalah penangan ke tandas.

Tapi dalam benci-benci tu sayang juga dengan Herblax.

Katanya lega! Ups.

Jangan salahkan Faizah kalau Faizah cadangkan detox yang paling thorbaik



JEJAKA DARI TERENGGANU

Jomlah telan 4 biji herblax malam ni. 

Bila lagi nak dapat turun sekilo macam respond sahabat Faizah ini

Siap timbang guna penimbang dekat kilang ni ha. 

Dahsyat kan? Hehe.

Teringat pulak zaman Faizah masa Universiti dahulu. 

Suka juga timbang berat dengan menggunakan timbang macamni. 




INFO TAMBAHAN

Dalam pada Faizah menaip di blog ini tiba-tiba teringat pulak satu info yang Faizah baca semalam berkenaan najis. Harap  membacanya dengan berlapang dada ye. Faizah hanya kongsikan aja apa yang Faizah baca di laman sosial facebook. Jom sama-sama kita menambah ilmu. 


RAMAI YANG TAK TAHU, TAHU CAKAP BUSUK JE, TAPI TAK FAHAM MAKSUD NAJIS SENDIRI!

Mungkin meloyakan tetapi pengetahuan ini sangat penting, terutama kepada para ibu bapa.

Ketahui variasi najis anda dan anak anda 
dan apakah tindakan yang boleh diambil

Type 1 dan Type 2 :
=================

...anda mengalami sembelit,
...Perlu ambil lebih banyak air 6-8 gelas air kosong sehari
...Tambahkan sayur- sayuran dan buah- buahan

Type 3 dan type 4:
===============

...Tahniah najis anda normal

Type 5:
======

Normal untuk sesiapa yang membuang air besar 2-3 kali sehari
Anda juga kemungkinan kekurangan fiber --> Ambil lebih pisang, pasta, nasi, dan oat

Type 6 dan Type 7:
================

Anda mengalami cirit birit. Lebihkan minum air untuk mengganti air yang hilang. Dan jika disertai dengan demam, muntah- muntah dah rasa letih sila berjumpa dengan Doktor anda

Credit to : Klinik Desa Coalfields


.


.


.


Jika Anda ada masalah jerawat, sebaiknya ambil Detox dahulu. Full set Detox sangat digalakkan ambil. 

Faizah dah cuba sendiri, Anda bila lagi :)

Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


SARAPAN DENGAN ESP SOY PROTEIN & PERFORMANCE DRINK

Amboih perut Faizah macam bunyi drum pagi ni! 

Diminta isi la ni. Oklah Faizah ambil 1 sudu ESP dan 2 sudu Performance Drink. 





Rasanya masam manis gebu-gebu gituw. Hehe. 

Pagi ni teringat pulak zaman belajar, kenapalah dulu Faizah tak terfikir nak ambil ESP ni sebagai sarapan segera.

Kalau tidak, konpem tak gemuk masa belajar dulu.

Tiadalah berselera "KFC" & "Mek Di" aja. Kadang-kadanglah bersarapan dengan ni masa belajar dulu . Kalau hari-hari mahu pokai. Haha. 

So adik-adik yang tengah sambung belajar tu, kalau lapar dan ingin bertenaga ambillah ESP & Performance Drink. 





Khasiat ESP:
✔ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin danketidakselesaan perut 
✔ESP merendahkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%. 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang2, mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung 
✔ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki 
✔ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang 
✔ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser 
Protein dan isoflavene dalam ✔ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal terus membiak menjadi sel kanser!!  
Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan.  
Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putihyang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virusLysine 
✔ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usussebanyak 90% 
✔ESP jika diamalkan dengan flavanoidsmengurangkan risiko kanser payudara 
✔ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda 
Protein ✔ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna 
✔ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya 
✔ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat 
✔ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause
Jika untuk KULIT BERJERAWAT, ESP bantu mengurangkan keradangan.



Sumber Google




Khasiat PERFORMANCE DRINK:
Performance Drink merupakan minuma isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima
Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. 
Antara kelebihan Performance Drink:
  • Mencegah dehidrasi
  • Mengekalkan paras gula dalam darah
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride untuk mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan kehausan
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal


InsyaAllah minuman berkhasiat ini paling best dapat elakkan gastrik adik-adik, abang dan kakak semua.

Dulu pelik juga kenapalah ESP ni FAMOUS aja.

Rupanya bila dah ambil ESP ni Faizah kagum dengan khasiatnya yang banyak membantu pada diri ini. Antaranya;

1)ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

2) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih

3) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.

4) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

5) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

Serius best ESP. Anda wajib menjadikan ESP sebagai Faveret sarapan pagi. 

Nak ESP di dalam Set Daily Essential?



Masih ada promosi ya :)


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


Tuesday 27 December 2016

MUSIM BUAH JAMBU

Masa keluar teman mak pergi memborong ikan tadi barulah perasan buah jambu ni tengah berbuah.




Balik rumah ni teruslah memetiknya. Hehe.
Buah jambu warna merah kan?

Bermaksud mengandungi karotena lycopen (seperti tomato) yang bertindak sebagai antioksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin dan hesperidin.
Faizah sangat familiar dengan perkataan asam ellargic ini kerana amat membantu mengurangkan risiko untuk kanser. Asam ellargic ini ada pada fungsi pada Vivix Shaklee.
So disebabkan ramai yang bertanya kepada Faizah bagaimana nak dapatkan hasil yang mantap dengan Vitamin Shaklee seperti turunkan berat badan dan kulit, sebaiknya Anda seimbangkan pemakanan yang lebih berserat dan sihat seperti pengambilan sayuran dan buah-buahan.
InsyaAllah hasilnya memang sangat memberangsangkan.
Seingat Faizah masa awal menukarkan cara pemakanan dahulu untuk merawat jerawat ini dan seterusnya terlajak turun berat badan, bulan yang ketiga secara total berat turun sebanyak 8 kilo.
3 bulan fasa di mana Faizah memang ratu pantang. Haha.
Tapi la ni jerawat pun jarang naik yang besar-besar, mulalah try dan error pemakanan yang beri alahan kulit.
Cuma jumlah pengambilannya hanya dalam kuantiti sederhana.
Janji seimbang pemakanan tersebut di dalam seharian


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya






Monday 26 December 2016

MISI MENCARI TEMPAT PROSES AYAM DI AREA BATU KIKIR

Bak kata Jihan, " Kemana kita ni!"
Agak-agak kemana Faizah hari ini dengan Bonda? Ini nak cerita la ni. Haha.
Dengan gigihnya pagi ini "cokau" ayam kampung.

Apa lagi 'start' enjin kereta pada pukul 10.30 menuju ke tempat proses ayam di Juasseh.
(Almaklumlah ayam bandar dah tak boleh makan kan since ada alah yang boleh efek jerawat pada muka ni)
Tapi hampa sekejap. 
Sebab dah nak tutup.
Air pun dah buang kata tuan kedai.
Jadi misinya diteruskan ke tempat proses ayam satu lagi yang berdekat, pun juga tiada.
"Jomlah balik" kata Bonda.
"Tunggu dulu mak kita perlu meneruskan misi ini. InsyaAllah pasti jumpa ada yang buka ni. Allay pasti memakbulkan doa kita mengikut sangkaan hambanya"
(Fuh tiba-tiba tersemangat. Sebenarnya saje nak test teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu) yang pernah Faizah baca dahulu)
Tiba-tiba Bonda teringat satu lagi tempat dia Area menuju ke Batu Kikir. Perjalanannya macam peta "zig zag" dah ni. Haha.
Lagipun hari mendung aja. Jadi tidaklah terasa mood "malasnya" memandu tu.
Sampai aja di kawasan tempat proses ayam.
Okeh! Cun tuan kedai mahu menerima ayam kami ini. Jadi Tuan Kedai tersebutlah yang tolong sembelih sehinggalah menyalai.
Tuan Kedai beritahu kedainya dibuka dan menerima ayam untuk disembelih sehingga jam 12 tengahari.
Alhamdulillah Terima kasih Tuan Kedai dapat juga Faizah hari menikmati ayam kukus mak versi ayam kampung.
Demi kulit Faizah ini tak nak beri efek alahan dan jerawat, maka inilah alternatif yang paling afdhal.
Tapi seandainya kalian yang ada masalah kulit, tapi teringin sangat nak makan ayam bandar (tiada ayam kampung) sebaiknya pastikan ON dengan GLA selepas memakannya. ( TESTIMONI GLA & ALFAFA)
Bagi yang tidak mahukan efek gatal dan selanjutnya, pastikan ambil Alfafa.
Tetapi jika ada lagi alahan tersebut. Perkara ini boleh bertanyakan lebih lanjut kepada Faizah. Nanti Faizah cadangkan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.
Jom lihat gambar-gambar Faizah dengan Bonda. Hehe. Sikit je tak banyak. Hahah. 


Muka Faizah tanpa edit dan post di instagram. Haha. No juno2 okeh.

Tengok tu setepek jerawat dekat dagu. Tu dah kecut tinggal parut je.

Pipi still ada parut. 
Bukan jeragat macam anak buah Faizah sangkakan sebelum ni. 

Ada beza tu parut dan jeragat.

Biasalah setahun lebih menanggung jerawat batu bernanah. Takkan la tempoh sekelip mata parut itu mahu anjal kembali seperti zaman remaja.

Ecehwah! Haha.

Lagi satu, Faizah cheat day tanpa pakai "tinted" muka dengan skin protector. Padahal doktor dah nasihatkan tu 

Hari mendung doc.

Cahaya mentari suam-suam kuku.
Bolehlah cheat day kan. 

Tapi hati rasa juga bersalahnya ketika keluar ni 

Risau tetap ada.
Mahu tak risau kalau kulit sensitif macamni. 




Ni tak tahulah nak tunjuk gambar pokok kelapa ke nak tunjuk di sana ada sawah.

Maaf Faizah belom sampai kreatifnya lagi. Haha!

Layankan aja pemandangan ini.


Tu dia "kriuk kriuk kriuk" 

(Sedang sembelih)

Dah jadi arwah ayam-ayam kampung yang di bawa tadi.



Hah ni apa benda hitam legam ni? Haha. 


Kalau ingatkan balik kan, sejak kecil sampai umur 20 tahun serius geli nak makan ni. 



Tapi adalah hamba Allah ajarkan makan ikan ni pada umur 20 tahun (hujung2 tahun rasanya), langsung terlajak jadi peberet! 

Alahai! Tapi kan. 

Sekarang Faizah dah tak sentuh ikan ni. 

Sebab ayam bandar dan ikan ni akan efek hormon kita. 

Jadi dalam badan kita kan banyak hormon. Ada dekat otak, ada dekat kulit, ada dekat sistem peranakkan kita dan macam-macam lagi. 

Maka tidak mahu ting tongkan kulit. Itulah sebabnya Faizah jauhkan dan ketatkan pemakanan dari benda-benda beri alah pada skin ni. 

Sedih kan tak boleh makan? Tapi Bonda beli je. 

Anak-anak yang lain boleh makan. Haha. 

Ku mampu pandang jaa. 😂




Bonda tengah tunggu giliran tu. 

Abang ni tengah potong-potong ayam.

Total bayararan hari ini RM17 untuk 4 ekor ayam kampung dan 6 ekor ikan keli.

Itu sahaja ingin ceritakan. Hehe. Mana Ayam kukusnya? Ala ada dalam periuk. Malas pulak nak bangun pergi snap kejap. Huwaa. 

Hari ini bukan setakat ayam kukus menunya. 
Ikan rebus pun mak buat. 

Biasalah untuk anaknya yang ada kulit sensitif ini. Heheh. 

Kalau tanya Faizah, loya ke tak makan berebus ni? Dulu ye la. Sekarang tidak. Dah hari-hari makan ni. Jadi biasa aja. Dalam erti kata redha je. Paling penting kulit sihat dan tidak berjerawat nanah lagi. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...