Tuesday, 24 November 2015

5 Alasan Perlu Banyak Minum Air Putih

Air putih


Anda mesti sudah terbiasa minum air putih kan? Samada air sejuk ataupun air suam. Tapi kalau diet, saya syorkan anda yang menyukai minuman air sejuk mengambil tanpa ais. 

Lagi satu perkara, anda rasa anda minum air yang banyak tak sepanjang hari? Kalau saya la, hihi.. kalau tak disebabkan makan shaklee, memang taknya saya habiskan 2 liter sehari. Tapi masa zaman belajar di Shah Alam dulu memang sudah terbiasa minum air yang banyak ni. Ikut mood jugaklah. Ke hulu ke hilir bawak air botol. Hihi. Walaupun ketika itu lepak di rumah dan lagi satu Shah Alam sangatlah panas. Saya sentiasa rasa haus je... duduk rumah je berpeluh macam orang lepas berlari.. begitu panas sekali seksyen 7, Shah Alam tu kan.

Di Shah Alam jugalah bermulanya fasa di mana berat badan saya naik dengan mendadaknya. Bayangkan daripada 47 KG naik ke 50 lebih KG. Mak sentiasa membebel di cuping telinga ini. Hal inilah menyebabkan saya minum air putih dan joging di sekitar Taman Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam. Gigih kan? Hihi.. sebab tak nak kene berleter katakan. Ketika ini juga saya belum lagi ketemu produk Shaklee.

Tips pengambilan air putih:

25 kilogram berat badan bersamaan 1 liter air. Nutiritionist shaklee pesan, kalau boleh biar 3 liter air sehari

Sumber google


Nak tambah info lagi ni, tahukah korang air putih merupakan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Kalau sukatan air yang biasa kita dengar, minumlah 8 gelas air putih sehari.

Kalau anda mengambil air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi. 

Sumber info dibawah ini pula saya ambil dari website pmr.penerangan.gov.my. Jom kita baca dengan telitinya alasan munasabah kenapa kita perlukan minum air banyak ni. Mudah-mudahan apabila kita ada pengetahuan sebegini, kita akan rasa kita mudah untuk minum lebih air lepas ini kan. 

Apabila kita mendapat cukup air, ianya penting bagi tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air.


BERIKUT 5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR :

1)AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2)MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3)MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4)MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5)MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat - zat atau komponen ’sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.
Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Seram pulak saya baca kesemua alasan ini.. anda pula macamana? Seram juga tak. Jadi jika anda mengambil supplement shaklee, saya syorkan anda minumlah air sebanyak yang boleh mengikut tips yang saya ajar tadi. 

Salam sayang, 
Faizah
_
Untuk pembelian dan pengeposan, boleh order melalui 
0136625745 (whatsapp)
Faizah (cik kyra) 

4 comments:

Acuyuhan said...

Hi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)

cikkyra90.blogspot.com said...

thanks.... :) InsyaAllah

Najwa said...

terima kasih atas info.
saya kadang2 ada time malas betul nk minum air putih huhu..

cikkyra90.blogspot.com said...

@Najwa H jangan malas.. nak kulit cantik pastikan 3 liter air sehari.. dan tidur mesti mencukupi. 6 jam atau 8 jam ok dah.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...