Assalamualaikum. Selamat pagi semua! Rindu sangat nak blogging sini balik. Akhirnya berpeluang juga di sini. Hehe. Hari ini Faizah nak berkongsi dengan Anda semua benda paling simple tentang penjagaan kulit.
Saya kan paling suka sekali, paling pantas nak hadamlah orang kata untuk dapatkan tips penjagaan kulit adalah daripada youtube. Haha!
Terbaru yang saya tengok dalam youtube cara Elfira Loy buat tutorial penjagaan kulitnya. Dapatlah juga informasi yang best dalam Vlog beliau.
Hari ini rasa macam nak share simple apa yang wajib Anda boleh lakukan di rumah selama 7 hari berulang-ulang kali. Ringkas sahaja tipsnya.
1.Minum air secukupnya sekurangnya 3 liter air sehari. Minum air suam tahu bukan air manis. Bonusnya akan menjaga metabolisme tubuh kita dan pengeluaran sebum atau minyak pada muka lebih terkawal. Paling penting cukup air tak beri kita sembelit dan proses detox akan berjalan lebih lancar.
2.Cucilah muka dalam 2 - 3 kali sehari. Sekurangnya kita cuci muka akan menghilangkan segala kotoran dan lebihan minyak yang melekat pada wajah. Cuba kalau tak cuci muka, kita pun dah rasa rimaskan dan test dengan cotton pad konpem berdaki.
3. Sebelum tidur pastikan juga muka bebas tanpa make up. Masa kita cuci muka dengan pencuci dan make up remover, nak pastikan rasa kotoran itu tiada, boleh juga lakukan dengan mengambil Cleansing tissue (wet tissue). Tonyoh-tonyoh lagi muka dengan tissue tersebut. Haha. Yelah penting ni pastikan kotoran tiada. Sekurangnya kulit kita boleh bernafas dengan sebaiknya. Lepas tu boleh sapukan dengan krim malam pula.
4. Buat skrub seminggu sekali. Banyak yang saya review dekat youtube suka yang jenis skrub halus dan juga kasar. Bergantunglah pada kesesuaian kulit Anda. Kalau kasar sangat nanti boleh rosak pula kulit muka kita kan. Kalau macam Faizah, senang saja lenyekkan Alfafa. Kadangkala dengan Vitamin C. Memang dijamin puas hatilah. Kulit rasa sefar dan bersih. Tujuan buat skrub pada wajah untuk membuang kulit mati yang berada di sekitar wajah kita.
5. Sapukan pelembap ke atas kulit wajah kita setiap masa agar tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit kita memang perlukan lembapan supaya tidak cepat mengalami prosess penuaan dan kedutan. Siapa sini selalu skip pelembap? Baik sapu walaupun duduk rumah okeh. Doktor paling banyak kali pesan yang ni la pada Faizah taw.
6. Krim SPF wajib digunakan tak kisahlah duduk rumah mahupun di pejabat. Yelah kalau duduk rumah pun terkena juga matahari, lagi-lagi angkat kain. Hihi. Sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit dan beri impak seperti jeragat terutamanya. Takut kan?
7. Kalau ada jerawat, jangan picit. Pengalaman saya sendiri ada jerawat kronik sebab suka picit jerawatlah. Lepas tu tinggalkan parut hitam. Nak pulihkan tu, ya Allah susah sangat. Stress pun ada. Hehe.
Rasa Faizah inilah paling simple sekali nak beri. Kalau nak add on serum pun boleh. Lagilah digalakkan sangat-sangat dan serum pun antara termasuk juga dalam senarai penjagaan kulit.
Simple je kan tips ini? Pastikan produk digunakan sesuai untuk kulit Anda.
#DoozyBeauty
______________
______________
Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect?
Baca selanjutnya Testimoni Faizah di Sini.
Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK
Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah:
✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)
✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)
✔ Road to Car Bonus
✔ Road to Master Coordinator
✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah
✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok)
Best tak?
Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
1 comment:
Thanks for the tips
Post a Comment