Thursday, 15 December 2016

INFO: MENGHADAPI MASALAH ALAH GLUTEN DAN LEAKY GUT

Assalamualaikum. Hai semua! Apa khabar?

Semasa Faizah skrol di facebook. Terjumpa sesuatu yang menarik daripada posting info seorang doktor iaitu nama Facebooknya Hafiz Sulaiman. Saya amat mengemari membaca post yang melibatkan permasalah kulit yang saya hadapi sekarang.

Jadi di sini Faizah savekan nota ini untuk tatapan kalian. Faizah mintak izin doktor untuk post di blog ya. hehe. Senang diri ini untuk menginsafkan diri dengan pemakanan yang memberikan alahan pada kulit.

Kepada Anda di luar sana yang sama spesis macam Faizah kategori kulit berjerawat dan juga allergik seperti resdung, teruskan baca dengan perkongsian yang saya copy paste daripada Facebook ini.
Kata kunci di sini yang Doktor Hafiz Sulaiman yang Faizah dapati tentang alahan ini ialah berpunca daripada,

"Kekurangan nutrisi perlu diseimbangkan dengan Vitamin dan mineral"
"Antioksidan seperti Vitamin C, vitamin E"

Alhamdulillah sebaiklah yang Faizah maintain makan sekarang tergolong dalam kategori vitamin yang disebut. Paling penting ikhtiar kan? Kadang kala letih juga dengan alahan makanan ni. Tapi kene kuat dan sabar. 

Di sini Faizah kongsikan maklumat daripada Doktor Hafiz Sulaiman;


GLUTEN – BAHAGIAN 3/3
MENGHADAPI MASALAH ALAH GLUTEN DAN LEAKY GUT
--------------------------------------------------------------------------------------
Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini.
Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD).
.
Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang.
Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu.
“Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup.
Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan.
Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu.
.......................................................................................................
Strategi yang betul adalah penting dalam memulihkan masalah usus ini. Protokol yang saya gunakan ialah berdasarkan prinsip asas 5R oleh Institusi “Functional Medicine”:
Protokol Usus Encik Hafiz (5K)
1) Keluarkan Punca Masalah dan Kerosakan.
2) Kembalikan Nutrisi dan Fungsi asal badan.
3) Kembangkan Populasi Kuman Askar Benteng Pertahanan.
4) Kuatkan dan Baiki Kerosakan.
5) Kekalkan Keseimbangan Badan.
..
...
------------------------------------------------------------------------------------1) Removal ( Keluarkan)
- Langkah pertama dan paling penting ialah keluarkan dan buang anasir-anasir yang mengganggu pemulihan sistem pencernaan.
- Ini termasuk:
- Kurangkan makan. Makan secara berlebihan MEMBEBANKAN sistem pencernaan.
- Elakkan makanan susah dicerna ia
 
tu prolamin terutamanya GLUTEN serta produk tenusu (kecuali susu kambing yang lebih senang dihadam).
- Makanan yang alah seperti : Amines (histamine, tyramine, dll) Salicylate, FODMAPs, Thiols, Oxalate dll. (memerlukan teknik dan mungkin ujian tertentu)
- Makanan yang melambatkan penyembuhan contohnya gula, kafein, alcohol, makanan tinggi karbohidrat diperhalusi dan makanan proses.
- Makanan dan juga aktiviti yang meningkatkan stress biologi badan (AGE, stres oksidatif, homocystein) dll
- toksin emosi (stress, kemarahan, kebencian dan dendam).
- toksin persekitaran (xenoestrogen seperti logam berat, bahan kimia paraben dan BPA).
- Jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasite dan kecacingan).
- Ubat-ubatan tertentu seperti Antibiotik, NSAIDs dan Imunosupresan seperti steroid. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum menghentikan ubat-ubatan.
Adalah tidak masuk akal merawat sistem pencernaan tanpa membuang dahulu agen yang merosakkannya. Langkah ini SANGAT PENTING dan tidak boleh dilangkah. Hanya selepas anda berjaya menghindari kerosakan disebabkan faktor ini, anda boleh ke langkah seterusnya. Ia mungkin mengambil masa 2 minggu hingga 2 bulan bergantung kepada individu. Diet eliminasi (pantang) serta berpuasa merupakan salah satu cara terbaik menghindari kerosakan sistem pencernaan.


2) Replace ( Kembalikan)
- Kembalikan fungsi asal sistem pencernaan dengan menyokong pemulihan sistem pencernaan.
- Penggunaan Enzim pencernaan, asid hidroklorik dan juga serat secara sederhana membantu pergerakan usus dan kelancaran pencernaan makanan.
- Kekurangan nutrisi selepas pemeriksaan dan ujian makmal perlu diseimbangi dengan suplemen mineral, vitamin dan kofaktornya di samping pemakanan yang padat nutrisi.


3) Reinoculate ( Kembangkan Populasi)
- Perut memerlukan kuman “baik” yang membentuk lapisan perlindungan pada sistem pencernaan. Di samping itu, kuman baik ini membantu mencernakan makanan dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti penting badan. Alahan makanan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan jenis kuman tertentu.
- Maka Probiotik (kuman baik) dan Prebiotik  (Makanan kuman) perlu ditambah untuk menguatkan sistem pencernaan.


4) Repair ( Baiki dan Kuatkan)
- Cepatkan pemulihan sistem pencernaan dengan menyokongnya dengan nutrisi penting seperti glutamin, minyak omega3, zink, dan kolagen. Sup tulang yang tinggi kolagen, glutamin dan prolin merupakan satu keajaiban bagi sesetengah individu. Ia sangat tinggi khasiatnya terutamanya dalam memulihkan sistem pencernaan.
- Antioksida dan antiradang sangat penting bagi mengurangkan keradangan dan stres oksidatif hasil serangan dan kerosakan terhadap sistem pencernaan. Ambil vitamin A, C dan E secukupnya.
- Terdapat juga prosedur dan terapi yang mempercepatkan pemulihan dengan cepat.Namun begitu, elakkan terpedaya dengan gimik sesetengah rawatan “cuci usus” yang tiada asas dan minima/tiada kesannya.


5) Rebalance ( Kekalkan dan Seimbangkan)
- Kuatkan sistem pencernaan anda dengan stres positif demi keseimbangan redoks.
- Lengkapkan metilasi dan pengaruhi ekspresi genetik anda supaya “menutup suis” keradangan dan penyakit. Dapatkan bantuan professional untuk ujian dan juga rawatan.
- Elakkan dan belajar cara mengawal stres. Dekatkan diri dengan Tuhan. Kuatkan spirtualiti dan mental. 
- Elakkan mengambil kafein dengan kerap. Jauhi alkohol dan juga kegiatan yang tidak sihat. Banyakkan aktiviti fizikal, mental dan kerohanian.
- Dapatkan tidur yang secukupnya bagi memelihara “circadian rytm” seterusnya fungsi badan yang optimum.
- PUASA menguatkan usus dan mengelakkan kecederaan berterusan terutamanya akibat pemakanan berlebihan atau pemakanan TIDAK TOYYIB buat anda. Saya sangat sangat menggalakkan puasa sunat isnin dan khamis bagi semua.
- Selepas menjalani pemulihan dan mengalami perubahan tahap kesihatan yang hebat dan memberansangkan, tiba masanya anda pelbagaikan pengambilan makanan anda. Namun begitu, minimakan pengambilan gluten, makanan proses dan makanan kurang berkhasiat.
Ingatlah, 
 

GLUTEN UMPAMA KUNCI YANG MEMBUKA PINTU BENTENG PERTAHANAN BADAN ANDA.
--------------------------------------------------------------------------------------- 
Langkah di atas perlu dijalani secara urutan yang betul. Badan anda akan memberi respon yang positif apabila tiba masa sesuai yang anda patut ambil langkah seterusnya. Selepas menjalani langkah-langkah berikut bagi memulihkan struktur dan fungsi sistem pencernaan anda, maka bilakah anda sepatutnya menjangkakan pemulihan?
Badan anda juga akan memberitahu anda bila tiba masanya.. di dalam rangka masa pemulihan iaitu 2minggu-2 bulan. Teruskan dengan langkah pemulihan sekiranya simtom masih ada. Dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami reaksi dan respon di luar kawalan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan bimbingan dan pengawasan doktor dan professional yang mahir dalam bidang ini.
Perkongsian ini tidak bertujuan merawat, mendiagnosa dan memberi nasihat kesihatan. Ia sekadar maklumat am yang diharapkan memberi manfaat kepada ramai. Insha Allah.


Semoga dikurniakan kesihatan untuk beribadah kepadanya.
Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Sesungguhnya maklumat yang Faizah dapat ini sebagai ikhtiar untuk kita mengetahui permasalahan dalaman badan kita. Semoga maklumat ini dapat membantu Anda yang sedang menghadapi permasalahan yang sama seperti Faizah iaitu mempunyai alahan kepada makanan. 

Selain itu, Faizah juga berikhtiar mengambil makanan tambahan iaitu vitamin dari Shaklee. Mana tahu Anda juga boleh berikhtiar sekali. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...