Wednesday 17 May 2017

TIPS MURAH REZEKI

Dahulunya Faizah mengenali Shaklee semasa di UiTM Shah Alam, tak pernah sekalipun sejak memulakan bisness ini membeli secara online. Newbie kan semua benda takut nak cuba. Haha. 

Macam-macam difikirkan, nanti beli melalui online kang tiba-tiba internet tak laju. Hah sudah! Biasalah minda newbie kan begitu. Sentiasa di alam ketakutan.

Jadinya setiap minggu 2 atau3 kali naik HQ di Empire (Tempat lama, sekarang Sunway Geo Tower). HQ tak buka Faizah dan "seseorang" dah ada depan pintunya. Punyalah semangat berkobar-kobarnya hati kami yang newbie ini ketika itu. 

Setiap kali datang sini, mesti terfikir dan mengkaji bagaimanalah pengedar yang datang sini boleh dapat order yang banyak sekali. Mata ini selalu aja terpandang apalah sedapnya Soya ESP ini sampai orang beli bertong-tong. 

Dalam hati, tak boleh jadi ni mesti kene cuba. Allah bila dah cuba. Sedap sangat! Patutlah HOT PRODUCT. Patutlah juga kebanyakkan kulit Pengedar Shaklee yang borong Soya ESP cun-cun saja. Haha. Itu yang buat penggalak Faizah nak ambil Soya untuk kulit. 

Sebenarnya bukanlah nak cerita Hot Product Soya ESP, tapi nak cerita tips murah rezeki bagaimana kita nak dapatkan sale masuk berduyun-duyun.

Selama hampir 4 tahun fokus buat bisness Shaklee, nak SALE berduyun-duyun masuk perkara pertama WAJIB minta keredhaan Bonda dan Ayahanda kita. Bila Bonda dan Ayahanda  redha. Bahagia akan datang ke hati kita. Kita pula pastikan bahagiakan mereka juga. InsyaAllah jalan kita Allah mudahkan. 


Bonda dan Abah


Kedua, niatkan setiap hari nak bagi manfaat yang baik pada orang lain. Bak kata Dato Dr. Fadzilah Kamsah, jika kita ada niat tersebut dan kita usahakan sebaik mungkin, insyaAllah terhapuslah dosa kecil kita ini.

Ketiga, kejarlah keberkatan. InsyAllah apa yang kita kejar itu keuntungannya akan datang sendiri. Buat bisness kene jujur, ikhlas memberi dan macam-macam lagi. 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang halal setiap hari. 

Yang Benar, 

Faizah Syakira
Founder Team TWFSK
Nak Shaklee? Whatsapp ke 0136625745

(Gambar 6/6/2014 ketika arwah abah masih ada dan  Raya Ketiga Aidiladha 2014, arwah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...