Tuesday 30 May 2017

7 TIPS KEKALKAN TENAGA SEPANJANG RAMADAN

Bagaimana Ramadhan kali ini? Ok tak? 

Mesti ok kan? 

Cuma sekejap panas dan sekejap hujan. 

Kalau panas sahaja baru rasa teringat kesedapan air basikal di tekak ini. Bancuh pekat-pekat sedapnya!

Meh sini Faizah nak kongsikan 7 Tips kekalkan  tenaga sepanjang Ramadan. Antaranya ialah: 



1. Jangan Ambil Makanan Masin Ketika Bersahur

Suka  makan telur masin tak? Mesti suka kan? Sebenarnya tahukah Anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh  cepat kering dan berasa dahaga? 

Hal ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Elakkan ya!

2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur

Apabila mengunyah mengambil masa yang  lama bukan? Sudah tentu perut akan berasa kenyang pada waktu yang tepat. 

Makanya kekenyangan itu akan kekal lebih panjang dan dalam masa yang sama makanan itu tadi mudah dihadam oleh usus.

Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang.

3. Makan Kekacang

Ini kudapan paling best kan! Orang rambut selalu gugur sangat digalakkan ambil Kekacang tapi kalau alah mengakibatkan  jerawat timbul. Perlu cari alternatif lain. 

Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang.

Kalau bosan dengan juadah sahur, boleh buat Overnight Oat dicampur dengan kekacang dan Soya Non GMO. Sedap sangat! Buatlah nanti. 

4. Minum Segelas Air Sebelum Makan

Kata orang, tak elok berselang makan dengan air. Ini kerana, belum sempat makanan habis, perut sudah pun membuncit kekenyangan. Hehe. 

Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.

5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur

Mampu tak minum air 8 gelas sehari sepanjang Ramadan? Mesti tak mampu kan? Alternatifnya ambil buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang banyak kerana dapat menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir. 

Jangan lupa makan 7 warna dalam seharian ya. Rujuk entry blog Faizah nanti. 

6. Buat Diri Jadi Sibuk

Sepanjang Ramadan apa kata kita sibukkan diri dengan menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. 

Membaca Al-Quran pun membantu! Boleh tambah pahala kan. Syoknya khatam di bulan Ramadan. Jom! 

7. Makan Bijian Penuh

Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari. 

Selamat berbuka dan berpuasa. 

Semoga ini dapat dijadikan rujukan yang mana dapat membantu Anda menjalani ibadah Ramadan yang kedua. InsyaAllah. 

Rancanglah pemakanan Anda sebaiknya. Mana tahu dapat kurus dan kulit cantik sepanjang Ramadan ni. Hehe.

#BetterRamadan
#GelombangShaklee

Nak rasa bertenaga sepanjang Ramadan boleh dapat 3 Vitamin ini. Soya ESP sudah ada dalam online ya. 


Jom dapatkannya sekarang! 


Sumber Google: Testimoni Set Ramadan


7 comments:

Ana Suhana said...

Air basikal tu apa faizah? Tak pernah dgr lagi.

By the way, very good info. Kena make sure minum air 8 gelas sepanjang lepas dr buka sampai sahur.

Cik Renex said...

Tips2 yg sangat berguna utk setiap hari sbnrnya ni.


Salam ramadhan.

Sheila Adziz said...

erm... no7 tak buat... thanks for sharing... :)

Hsna Rahman said...

terbaik!

Nadratul Syazwana said...

Buat diri jadi sibuk tuuu. Heheh. Tak sedar tau tau dah nak dekat waktu berbuka ;)

cikkyra90.blogspot.com said...

Ana Suhana , Air basikal tu Performance Drink Shaklee. Sebab panggil air basikal, label botol tu gambar basikal. Hehe

Cik Renex, Semoga bermanfaat. Salam Ramadan juga. :)

Sheila , sama-sama. Semoga bermanfaat. :)

Husna, Terima kasih, hehe

cikkyra90.blogspot.com said...

Hahah. Macam-macam Nadratul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...