Monday, 12 June 2017

PERLUKAH AMBIL SUPPLEMENT (MAKANAN TAMBAHAN)?

Kenapa Faizah ambil makanan tambahan dari Shaklee? 

Semua daripada Anda tahu kan jika merujuk pada blog Faizah ini memang ceritanya tak lain tak bukan diari atau jurnal bagaimana perjalanan Faizah seimbangkan pemakanan dan juga ikhtiar shaklee untuk jerawat nanah. 

Kebanyakkan yang bertanya di dalam whatsapp datang dari blog juga, hampirlah semuanya ada masalah kulit. 

Apa Faizah paling suka adalah jika Anda merujuk dahulu dengan cara step pertama Faizah iaitu berjumpa dengam Doktor. Doktor yang betul-betul pakar bahagian kulit. Dapatkan tips terbaik daripada Doktor tersebut. 

Alhamdulillah. Faizah jumpa doktor dan kaji setiap point beliau. Galakannya sama macam Shaklee ajarkan. Pengasas Shaklee kan Dr juga. Hehe

 Itu sebab jatuh cinta dengan produk Shaklee. Haha. Tapi doc yang Faizah jumpa itu bagi ubat beliaulah masa permulaan dahulu. Selepas itu baru bertukar kepada vitamin Shaklee.



Ini suplemen yang beri kesan best pada kulit Faizah. 

Berbaloi ikhtiar dengannya. Alhamdulillah


Ini bekalan ubat yang doktor pernah bagi sebelum all out betul-betul dengan Set Detox Shaklee


Perubahan demi perubahan. Syukur Alhamdulillah



Pegangan Faizah adalah mengamalkan tiga cara untuk kesihatan optimum iaitu;

1. Senaman yang konsisten
2. Makanan yang seimbang
3. Mengambil supplemen sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian, 




Supplemen juga bukan alat untuk kita tidak mengamalkan pemakanan sihat. Ia adalah untuk MENYOKONG sebagai pelengkap kepada pemakanan kita.

Ya, setuju tak? 

Itulah sebabnya Faizah cukupkan juga keperluan nutrisi dari Shaklee ini untuk tubuh badan. Memang sah-sah keradangan yang telah berlaku, doktor kata kesalahan dari segi tidak seimbangkan pemakanan. 😂

Ok salah diri sendiri kan dulunya. 

Tapi benar-benar pentingkah makanan tambahan sebenarnya? Jika Anda rasa nak tahu sebab boleh rujuk pada link blog ini. 

 ● Pentingkah ambil makanan tambahan? 

Cuma kadang kala, kita ini agak beremosi ingin memilih supplemen kan? Sampaikan kita cepat sangat terpengaruh segala iklan. 

Dulu Faizah kuat pengaruh juga dengan iklan skincare. Tapi tidaklah makanan tambahan. Haha. Sebab makanan tambahan perlu cari betul-betul, nak-nak untuk jangka panjang lama untuk kesihatan dalaman. 

Jadi Anda boleh rujuk tips bijak memilih supplemen di sini, 

Tips Bijak Memilih Supplemen

Namun begitu, jangan sesekali abaikan kelulusan KKM. Boleh rujuk di sini lagi, 

Kelulusan KKM

Tapi adakah makanan tambahan Faizah ambil ini benar-benar halal? 

Halalkah Shaklee? 

Alhamdulillah makanan tambahan Shaklee diluluskan oleh Jakim walaupun ISA yang terdapat pada sijilnya. 

Apapun Faizah nasihatkan, bila ambil makanan tambahan. Ilmu perlu ada. Setelah ada ilmu baharulah kita rasa jatuh cinta dengan produk. Bila ada ilmu kita mudah dan lagi kreatif untuk dapatkan #ShakleeEffect. 

Setuju tak?

Lagi satu Faizah sangat suka juga dengan ilmu yang Master Nana Macarona kongsikan pada Ramadan yang ke 10 tentang perkara ini. Antara pointnya ialah: 

PERLUKAH AMBIL SUPPLEMENT?

🌺 IBU HAMIL

Ibu hamil adalah antara golongan yang sangat PERLU untuk ambil supplement kerana nutrisi yang diperlukan bukan hanya penting untuk IBU, tetapi juga anak di dalam kandungan.

Antara supplement yang IBU HAMIL perlu ambil ialah, ASID FOLIK. Asid folik sangat penting untuk diambil kerana ia mampu mengurangkan risiko SPINA BIFIDA iaitu kecacatan pada janin..

Dan ASID FOLIK itu sendiri adalah SUPPLEMENT 😊

Selain itu, semakin besarnya kandungan, kepekatan dalam darah akan berkurang dan boleh menyebabkan LOW HB, sebab tu selalunya doktor akan beri IRON SUPPLEMENT kepada ibu mengandung untuk menstabilkan HB untuk elakkan risiko tumpah darah semasa proses kelahiran..

Dalam SHAKLEE, supplement yang mengandungi ASID FOLIK adalah B COMPLEX, dan supplement yang mengandungi IRON ialah VITALEA.. Maka sebab itu nana sangat suggest IBU HAMIL untuk ambil at least dua jenis supplement ini..

🌺 MEREKA YANG KURANG SELERA MAKAN

Tak dinafikan, sesetengah orang akan cakap TAK PERLU MAKAN SUPPLEMENT, AMBIL SAJA DARIPADA PEMAKANAN HARIAN..

Statement tu tak salah pun dan nana tak nafikan pun.. Tapi itu kalau untuk orang yang memang ambil makanan yang cukup keperluan nutrisi setiap hari..

Macam mana pula untuk orang yang memang KURANG SELERA MAKAN? Yang mana memang tak cukup makan lah senang cerita, contohnya mak ayah kita yang dah tua.. 

Takkan kita nak pergi paksa mak ayah kita untuk makan buah oren 10 biji sehari untuk dapatkan keperluam Vitamin C yang cukup..

Macam mana pulak untuk sesetengah orang yang memang TAK MINUM SUSU.. 

Macam mana nak dapat sumber KALSIUM yang cukup untuk badan?

Macam mana dengan orang yang memang TAK MAKAN SAYUR?

Contohnya macam diri nana sendiri, nana jujurnya memang TAK MINUM SUSU LANSUNG. Bukan saja-saja, tapi memang tak boleh telan. So dari mana nak dapat sumber kalsium kalau nana tak ambil supplement?

🌺 ADA VITAMIN YANG TAK BOLEH DIHASILKAN SENDIRI OLEH BADAN..

Contohnya VITAMIN C yang memang wajib kita dapatkan daripada sumber luar, contohnya buah oren dan sebagainya..

Tapi jujur lah kalau nana tanya, kita yakin tak kita makan sumber VITAMIN C yang cukup setiap hari? 

Kita yakin kita boleh makan buah oren 7-10 biji setiap hari untuk cover keperluan vitamin c yang tubuh badan kita perlukan?

Pengalaman nana sendiri, sebelum nana consume VITAMIN C SHAKLEE, jujurnya nana sangat mudah jatuh sakit, wallahi..

Tidur lambat sikit boleh demam, kena hujan sikit confirm demam.. Imun rendah sangat dulu, walhal nana suka makan buah.. 

Cuma ada lah hari-hari yang tak mampu nak makan buah.. Tapi seriously memang imun system sangat rendah masa tu..

Dan Alhamdulillah sejak amalkan Vitamin C Shaklee almost 5 tahun, boleh kata nana sangat jarang demam.. Sangat jarang jatuh sakit dengan izin Allah..

Dan bukan nana saja, anak nana pun boleh dikatakan sangat jarang jatuh sakit, dengan izin Allah.. Mungkin dia pun dapat jugak vitamin tu melalui air susu nana sendiri.

----------

Mengenai isu pengambilan AIR yang disarankan untuk mereka yang ambil supplement, sebenarnya water intake yang perlu diambil adalah sama saja macam orang normal yang tak ambil supplement..

Ambil supplement atau tak ambil supplement, water intake tetap mesti 8 GELAS setiap hari ya kawan-kawan..

---------

Untuk pesakit BUAH PINGGANG, selalunya memang kita tak sarankan untuk minum air banyak sebab kita tahu pesakit buah pinggang selalunya memang tak boleh ambil water intake terlalu banyak setiap hari..

Based on apa yang mizah explain pada nana, pesakit BUAH PINGGANG sebenarnya memang ada diberi supplement pun.. Sebab bila buah pinggang rosak, boleh lead kepada ANEMIA.. 

Pesakit buah pinggang pun memang diberi supplement seperti B COMPLEX, KALSIUM, IRON dan VITAMIN C..

----------

Untuk PESAKIT KRONIK, selalunya nana dan team Spectacular tak akan simply mintak bergantung kepada supplement kalau ada yang datang bertanya akan supplement yang sesuai..

Selalunya kami memang akan minta mereka rujuk doktor terlebih dahulu sebelum ambil apa-apa juga supplement..

Bila doktor approve, mereka datang kembali kepada kami then baru kami akan suggest supplement mengikut saranan doktor kepada mereka.. 

Nana sendiri tidak akan sesekali halang customer daripada ambil ubat hospital walaupun dah ambil supplement..

Sebab nana pegang, SUPPLEMENT ITU FUNGSI DIA BUKAN UNTUK DIAGNOSIS, MENCEGAH ATAU MERAWAT, tetapi lebih kepada untuk mendapatkan KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT 😊

Kalau dah sakit, memang UBAT lah yang perlu dicari.. Dan supplement berfungsi sebagai PENYOKONG sahaja buat badan kita 😊

---------

Kalau dilihat pada artikel yang nana attach sekali, ada statement daripada DATUK DR RAJBAN SINGH mengenai keperluan mengambil supplement dalam kehidupan seharian, yang mampu mengurangkan risiko penyakit kronik..

Siapa Datuk Dr Rajban Singh ni?

Beliau adalah PRESIDENT MALAYSIAN WELLNESS SOCIETY merangkap DOKTOR PAKAR DI PANTAI HOSPITAL 😊

Bukan calang-calang orang yang bagi statement betapa pentingnya supplement ni tau 😉

----------- 

Semoga penjelasan nana ini dapat merungkaikan kekeliruan di mana-mana pihak akan KEPENTINGAN SUPPLEMENT..

Kalau ditanya kepada nana PERLU ATAU TIDAK AMBIL SUPPLEMENT?

Jawapannya, SANGAT PERLU.. 

Sebab kita tak mampu beri jaminan yang kita mampu dapat semua nutrisi yang diperlukan badan melalui pemakanan harian..

Tambah-tambah pulak di zaman yang penuh dengan pencemaran dan radikal bebas macam sekarang ni..

Kalau nak ditulis, banyakkk lagi sebab lain kenapa pada nana SUPPLEMENT ITU PERLU pada zaman sekarang..

Tapi tak apa, nana akan kongsi sedikit demi sedikit sepanjang hari ni ya 😊

Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua..








Ada yang juga  mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect? 


Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

#HealthySkinJournalsFSK



6 comments:

Adam said...

Produk shaklee memang baik.
Cuma orang yang tau je makan tu.

Eeiou_ said...

I've been consuming Vitamin c and ESP. so far so good. I like em!

Anem Arnamee said...

Salam aidilfitri, awak.

cikkyra90.blogspot.com said...

Setuju tu dengan Tuan Adam.
Best kan Eeiou :)
Salam syawal juga buat Anem 😊

shidah abdullah said...

Thank you Faizah. Suka penulisan faizah. Moga success terus ye.

cikkyra90.blogspot.com said...

Aamin. Terima kasih Cik Puan Shidah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...