Tadi Faizah saja-sajalah menyusur masuk ke page Facebook Dr. Norman Norawi. Manalah tahu ada tips kulit cantik yang WAJIB diamalkan sebelum waktu nak masuk angka 30-an untuk 3 tahun lagi kan.
Alhamdulillah niat nak dapatkam tips kulit sihat itu ada di dalam page facebook. Jadi di sini Faizah ingin kongsikanlah dengan sahabat-sahabat di luar sana. Jom sama-sama kita mengamalkannya selepas ini.
************
4 TIPS KULIT SIHAT
Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan.
Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar.
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.
Pertama, minum air secukupnya.
Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah kekurangan air didalam badan. Disamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap.
Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata.
Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis.
Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.
Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.
Kedua, perlindungan dari cahaya matahari
Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.
Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol.
Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari.
Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya.
Ketiga, makan lemak sihat
Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9.
Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. Pengambilan pil suplemen omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan.
Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.
Keempat, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.
Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.
Pengambilan pil suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita. Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.
Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.
Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang. Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MScAARMMA(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am,
Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan
dan Perubatan Regeneratif
******************
Best kan bila baca 4 Tips Kulit Sihat dari Dr Norman. Apa yang Faizah dapati di sini, nyata yang Faizah ambil supplemen dengan Shaklee adalah berada di dalam jalan yang betul di mana jika diingatkan kembali makan ikan pun kurang dalam seharian, makan sayur pun sama. Cukupkah Faizah ambil Vitamin C, Vitamin E, Omega dan vitamin-vitamin lain dalam seharian.
Mungkin itu antara sebabnya muka Faizah yang dahulu pada tahun 2014 dan 2015 menghadapi sebegini. Alhamdulillah info-info seperti ini amat membantu Faizah sedar dalam seharian dengan pemakanan pun tidak cuku dan jadi itu sebablah Faizah memilih supplemen Shaklee untuk mencukupkan Vitamin dalam tubuh badan.
Memang benar apa yang diperkatakan oleh Dr Norman itu tentang pengambilan gula. Faizah sendiri doktor beritahu kurangkan gula. Setelah kawal pemakanan benda manis, barulah Faizah perasan kulit tidak lagi meradang. Manakala, liter air juga Faizah jaga kuantitinya dalam seharian. Sebabnya Faizah pernah beritahu doktor yang merawat kulit di mana Faizah ingin makan supplemen Shaklee. Beliau tiada larangan langsung untuk Faizah ambil Shaklee. Cuma diberikan syarat pastikan minum air banyak. Syukur sangat ketika itu. Hihi.
Tips kedua Dr Norman iaitu tentang pemakaian krim perlindungan cahaya matahari. Ini pun antara perkara wajib yang Faizah gunakan. Anda yang sedang merawat kulit, Faizah syorkan guna krim yang bersesuai tetapi jika inginkan yang jenis semula jadi. Faizah syorkan ambil krim perlindungan matahari daripada Nutriwhite Shaklee iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion” ini diformulasi dengan SPF 15. SPF bermaksud “Sun Protection Formula” iaitu suatu tanda aras keberkesanan produk tersebut melindungi kulit tersebut dari cahaya matahari. Makin tinggi SPF, makin besar perlindungan yang anda akan dapat.
Jadinya antara cara terbaik untuk mengatasi dan menyelamatkan kulit wajah adalah dengan menyapu krim perlindungan matahari ini.
Krim yang di panggil “Sun Block” ini mempunyai kelebihan untuk
- Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari
- Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
- Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
- Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.
Sumber google
Petua ketiga pula di atas kata makan lemak yang sihat. Sememangnya diakui Faizah memang ada makan omega. Doktor sebelum ini pun suruh Faizah makan ikan lebih sikit. Tapi itulah kadang-kadang rasa makan ikan tak cukup dalam seharian kan. Yelah Faizah bukanlah keluarga yang jenis sekali makan seekor terus dimakan. Makan seekor ikan pun kerat dua dengan adik beradik. Manalah nak cukupkan satu hidangan. Jadi Faizah pun ambil la Omega ini.
Setelah konsisten Omega Guard, perasan tentang jerawat di muka cepat surut. Rupanya omega bersifat anti-radang. Lagi satu melembapkan kulit dan garus halus penuaan. Rasa bestlah dengan omega ni. Jeragat pun cepat hilang taw. Bonda Faizah dan Mak Langlah antara testimoni paling laju jeragatnya semakin berkurangan. Mereka berdua memang tak payah cakap, jatuh cinta sokmo dengan Omega. Hahah.
Sumber google
Akhir sekali, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga antara yang Faizah pernah kene tembak dengan doktor sebelum ini. Masa awal appointment, Doktor terus tembak cakap, "You kurang makan sayur kan? Buah?"
Kita yang duduk berdepannya tersipu malu sungguh-sungguh. Mampu senyum sahaja. Selepas kene tarbiah itulah, hari-hari pulun makan buah dan sayur. Kadang kala itu Bonda saja buat goreng sayur banyak-banyak suruh Faizah ratah di malam hari. Haha. Macamtu sekali nak baikkan kulit. Bukanlah mudah untuk menjalani satu proses kehidupan lebih sihat ya. Susah sungguh. Lama-lama sampai sekarang macam berjalan jauh tu tak boleh tanpa sayur dan buah-buah. Rasa hati tak tenteram. Serius takut jerawat nanah naik semula macam dulu. Mahunya tak nangis.
Macam Faizah memang vitamin C itu paling asas vitamin WAJIB ada dalam peti ais. Sebab Faizah letak semua vitamin di dalam peti ais untuk menjaga kualiti vitamin. Vitamin A pula Faizah tak makan lagi. Padahal memang kene makan pun sebab baik untuk mata kan. Vitamin A dari produk Shaklee itu Caratomax. Bonda dan kakak, vitamin kesukaannya caratomax ini. Ramailah juga yang tegur dua orang asyik nampak muda saja. Aihh jelez kita weh.
Bayangkan muka tengah teruk dulu. Kulit Faizah gelap dan kusam. Orang kata Faizah kakak, Kakak pula adik. Bonda pula ramai kata muda dari usia. Itu yang rasa sangat terkesan. Kene juga jaga kulit ni nampak tak tua. Anda percaya tak umur Faizah 27 tahun jika lihat gambar testimoni baru tu?
Kalau rasa 27 tahun tu, nampak gaya kene beli lagi Vivix botol yang ketiga ni. Adehh. Nak tahu tak dalam hati Faizah memang aim lepas ni cuba konsisten Vivix dan collagen. Faizah buat banyak kajian orang-orang yang cantik dalam Shaklee dua vitamin inilah mereka konsisten. Rasa jelez sangat kulit mereka cantik. Nak juga kan. Hehe.
InsyaAllah moga-moga yang membaca entry kali ini semuanya akan jadi cantik tadi. Nasihat Faizah satu saja, sebenarnya pemilihan vitamin juga ada langkah-langkah efektifnya. Sama juga pemilihan skincare. Jangan main belasah saja. Sebabnya Faizah tak naklah Anda semua ikut Faizah yang dahulu. Makan vitamin satu habuk tak rasa berkesan. Maksud Faizah rasa lembap kesannya. Rupanya salah step pemilihan. Terskip rupanya. Apa-apapun Faizah cadangkan mulakan dengan step Detox ya.
Kalau sesiapa ingin tahu lebih lanjut, hubungi di whatsapp ye.
Jika ada mempunyai masalah kulit ke dan ingin #ShakleeEffect?
Baca selanjutnya Testimoni Faizah di Sini.
Sekarang Faizah mencari dan beri peluang kepada 15 orang untuk dibantu dari segi kulit dan juga menjana pendapatan bersama Team #TWFSK
Apa yang best dengan membina karier dengan Shaklee ialah:
✔Gaji hari-hari (Untung runcit dari jualan. Hehe)
✔Gaji setiap bulan ( Kami panggil Bonus. Bonus naik dah ni. Alhamdulillah)
✔ Road to Car Bonus
✔ Road to Master Coordinator
✔ Trip Tajaan Shaklee Umrah
✔ Trip Melancong (Naik Cruise, Bangkok)
Best tak?
Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Bahau & sekitarnya
2 comments:
Banyakkan minum air tu saya setuju, tapi selalu minum air manis la. Air masak minum bila sedar je dah banyak sangat minum air manis.hahaha,.nice info!!
kalau sudi singgah la ke blog saya:
https://narutopixel.blogspot.com
Ehh mestilah sudi singgah ke blog Tuan Safwan. Hehe. Bawakkan insaf air manis tu. Nanti gemukkkk.
Post a Comment