Monday 31 July 2017

TIPS CARA PERBELANJAAN

"Hakikatnya apa yang kita miliki belum pasti menjadi milik kita. Tetapi apa yang kita berikan akan menjadi milik kita bagi kekayaaan akhirat serta keberkatannya akan bertambah" 

Antara kata-kata yang dibaca dari sebuah buku. Sungguh meninggalkan kesan dalam hati. 

Ada satu kisahnya diceritakan dalam buku tersebut tentang seorang guru yang dihormati oleh penulis tersebut. 

Guru itu bukanlah mengajar di sekolah tetapi seorang pensyarah di sebuah universiti. Kata penulis lagi, kerjaya sebagau pensyarah boleh dikatakan agak stabil dari sudut pendapatan. 

Jadi pada suatu hari, guru itu bergambar dengan motor berkuasa tinggi yang beliau minati iaitu motosikal Harley-Davidson. 

Guru itu berkata, "Kalau ikut gaji, insya-Allah cukup je kalau nak beli. Tapi kalau beli, takut-takut tak mampu nak beri." 

Allah masa baca cerita ni, serius deep sungguh kata-kata guru ini. 

Padahal Faizah yang belum lagi tiada apa-apa ini macam-macam duk fikir "nanti aku senang nak tu nak ni" 😂

Entah hape-hape kan. Sekali baca kisah guru ini terus tertampar muka berkali-kali. 

Tapi kan bukan itu sahaja Faizah nak kongsikan dengan korang. Ada satu tips perkongsian menarik dalam buku ini perlu kita amalkan. 

❤Cara perbelanjaan orang biasa: 
Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan

❤Cara perbelanjaan orang bijak: 
Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan

❤Cara perbelanjaan orang bijak dan beriman: 
Pendapatan - Sedekah - Simpanan = Perbelanjaan

Jadi Faizah kongsikan ini supaya Faizah pun tak lupa juga buat untuk akan datang. 

Save sini untuk semua sama-sama amalkan untuk dunia dan akhirat. 😊❤

#SimpanNota
#TabungFaizah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...