Sunday 11 September 2016

I LOVE MAK & ABAH



Masa ambil gambar ni di Kelana Jaya. Ketika ini mak abah nak pergi haji. Pakai pun handphone tak canggih masa ni. 


Almaklumlah umur ketika ini 17 tahun. Baru sahaja habis paper SPM untuk Pendidikan Seni. Subjek tambahan suka-suka je ni. Haha. Menggatal tangan pi tambah. ( Alhamdulillah segar lagi ingatan ini pada hari kejadian. hehe)

Berbalik yang tadi. Allah telah pun menjemput kedua ibu bapa saya ke rumahNYA pada ketika ini. Allah indah bukan? Habis sahaja tamat peperiksaan SPM, dapat pula keduanya mengerjakan haji di sana.

Saya ambil lesen di sini, mak abah dapat doakan dari sana. Lulus sekali sahaja walaupun setiap kali latihan memandu kereta manual tu fail je. Haha.

Lepas tu, mak abah doakan saya lagi supaya dapat menyambung pelajaran ke universiti. Alhamdulillah dapat juga. 

Terlalu banyaklah doa mereka ketika ini Allah makbulkan.

The "POWER OF DOA" kan?

Tahun ini pula raya ketiga Aidiladha disambut tanpa abah.

Lepas tu, mana tahu akan datang mak pergi haji lagi ke kan? Hehe. Boleh doakan lagi macam tahun 2017 di Mekah.
Aminnnn..

Apa pun, Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua yang membaca nukilan ini. :)

"Our parents are blessings, don't delay showing them love. We don't know how long we have this blessing for."

-Al-Fatihah untuk Arwah Abah, Haji Kamaruzaman-

1 comment:

shāf said...

Allahumma ghfirlahu warhamhu :')
Salam adiuladha buat awakk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...