Thursday, 29 September 2016

TIPS MENGAWAL PARAS GULA BERLEBIHAN DALAM TUBUH



JOM KURANGKAN MAKANAN MANIS
===============================

.
1. HINDARI GODAAN MAKANAN BERGULA.
Kawal keinginan ketika membeli belah. Alihkan fokus dari melihat makanan yang manis dan bergula. Gantikan dengan memilih buah dan sayur-sayuran
.
2. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH 
Ia juga akan menyebabkan tubuh mendapat keperluan air yang mencukupi. Tips untuk mudah minum air putih adalah dengan mencampurkan hirisan lemon di dalam air putih anda.
.
3. GANTIKAN DENGAN MEMINUM TEH HERBA.
Teh ternyata tidak hanya mampu menghilangkan rasa dahaga, malah memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain boleh mencegah kanser perut, ia juga mampu mencegah masalah gigi berlubang. Pilihan saya tentunya Cinch Tea Shaklee.
.
3. AMBIL SUPPLEMENT
Vitamin C misalnya sangat bermanfaat untuk mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula. Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. Sementara magnesium membantu mengatur tahap tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin, ikan dan daging.


Sumber Google: Set Sugar Control

.
4. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari, dan mengatur tahap gula di dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya. Semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah . Jangan lupa memilih sayuran hijau sebgai pengganti makanan bergula.
.
5. PILIH MAKANAN DARI PEMANIS SEMULAJADI.
Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. Contohnya seperti madu.
.
6. JAGA KESEIMBANGAN HORMON TUBUH
Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik. Oleh kerana itu, sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein, kabohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah, and akan memberikan sumber tenaga yang stabil serta akan menjaga tubuh tetap sihat.
.
7. BACA LABEL MAKANANBaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan terutama kadar gulanya. Ini kerana sebahagian makanan, kadar gulanya tersembunyi dan tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya . Selain itu , makanan yang tinggi kandungan karbohidrat juga boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi .
.
TAHUKAH ANDA bahawa anda perlu berhati-hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaannya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula pengganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.
.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee, hubungi saya dengan kadar segera. 


Kini berbaki 1 hari lagi untuk dapatkan harga promosi ESP dan Vitamin C


Shaklee Independent Distributor



Faizah Syakira 
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya

2 comments:

nadhie wueen said...

nice tips sis :)

Maman Reen said...

Alhamdulillah.. Buat mase ni gula masih normal. Sedang mengurangkan gula dalam minuman harian..

Dan perbanyakkan minum air masak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...