Saturday 3 June 2017

6 AMALAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Nak berbuka dah kan? 

Jadi ingin berkongsi dengan Anda antara 6 amalan sihat sepanjang bulan Ramadan ini menurut dari perkongsian Portal Myhealth




1. Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.

2. Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.

3. Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

4. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi.

5. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.

6. Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam) pula, mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan.

Selamat berbuka puasa semua. 

Jangan lupa Bancuh Performance Drink untuk tambah tenaga dan hidrasikan dalaman kembali. 

Bancuh pekat-pekat baru rasa sedap! 
Rasa macam air asam boi. 

Nanti sahur pula dengan mencampurkan ESP, Mealshake dan lagi sekali bersama Performance Drink. Serius sedap sangat. Paling best ShakleeEffect kulit akan rasa peningkatan lebih baik dan juga kenyang tanpa rasa lapar serta bertenaga. 

Semoga ikhtiar kita dengan vitamin ini dapat kita menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan. Paling seimbangkan dengan makanan berkhasiat untuk memberikan kesan lebih laju penyerapan vitamin kepada sel dan dalaman. InsyaAllah.

#BetterRamadhan




Nak baca selanjutnya Testimoni Faizah?




Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,

Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)


COD: Bahau & sekitarnya

6 comments:

Lea Azleeya said...

Nice sharing.. :)

Ana Suhana said...

Nice sharing. Jgn berlebihan semasa berbuka. Nanti nak terawih berat rasanya sebab mata dah tak boleh nk terbuka.

cikkyra90.blogspot.com said...

Thanks Lea. ;)

Betul tu Ana. :)

Selamat berpuasa

Warisan Petani said...

Panduan yang bermanfaat.
Selamat berbuka.

Azhafizah MN said...

Terima kasih berkongsi tips. Selamat berpuasa

cikkyra90.blogspot.com said...

Sama-sama. Selamat berpuasa Azhafizah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...