Monday, 24 October 2016

6 CARA MENGGEMBIRAKAN HATI SEPANJANG HARI

Selepas saya coretkan ENTRY tentang perkaitan mood dan protin

Hari ini eloklah rasanya saya sambung pula tips bagaimana untuk menggembirakan hati pulak. Hehe. 

Eh macam telenovela pulak kan? Haha. 

Ok sambil-sambil minum ESP tu bolehlah rileks baca coretan saya seterusnya ini. Apa yang penting biar minda sihat, otak pun cergas! Yezzaa... :)

Esok pagi apabila mata celik je bangun untuk solat subuh, apa kata anda praktikkan 6 perkara ini. Manalah tahu semakin kita istiqomah mengamalkannya, anda akan menjadi orang yang lebih positif selepas ini kan? Antara tipsnya ialah :

1. Bersyukur 

Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.  

Sebaik-baiknya bacalah surah yassin diawal pagi setiap hari dan lakukanlah solat sunat duha. Mudah-mudahan ada keberkatan. 

Jangan lupa untuk membaca doa bangun tidur ;


Sumber Google


 Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

2. Tekad Bermotivasi 

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.  

Senaraikan tugasan-tugasan yang harus diselesaikan sebelum membuka PC di pejabat, agar urusan teratur dan bersistematik pada hari berkenaan. 

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik Motivasi harus dijaga

Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat. Perbanyakkan bergaul dengan orang-orang berjaya, dan dapatkan tips menarik daripada mereka. Awal-awal pagi sebelum ke pejabat adalah elok sekiranya buka TV dulu, tengok 'Motivasi Pagi' di TV3, banyak tips menarik dapat diperolehi. 

4. Mulakan Dengan Bismillah 

Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was, dan akhiri dengan ucapan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan. 

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. 

Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Orang yang berjaya akan sentiasa mempertingkatkan prestasi diri hari demi hari lantas potensi diri dapat dipertingkatkan. 

6. Maafkan Semua Orang 

Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain. Inilah sifat mulia Rasulullah SAW.


Sumber Google


Sumber Google


Sumber Google


Kredit Info: Bicara Tanpa Suara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...