"KESAN DOSA"
Sebab dosa adalah penghalang kejayaan.
Kesan dosa paling dekat dengan diri kita sebagai orang Islam adalah malas beribadah.
Maksud Ustaz yang menceritakan dalam sebuah buku ini, dia tak ada rasa manis dalam beribadah. Dosa sudah banyak dikumpul. Jadi, nak buat ibadah dah rasa tak seronok.
Allahuakbar.
Tipulah kalau diri ini tidak memikirkan apa yang tertulis dalam buku ini.
Sedangkan perkataan "kejayaan" itu selalu terpasak dalam minda.
"aku nak berjaya. Bagaimana aku nak berjaya? Aku nak Team ahli aku berjaya. Bagaimana aku nak tolong bantu mereka berjaya juga"
Rupa-rupanya satu perkara Faizah sendiri lupa tentang DOSA ada kaitan ini semua.
Yang menghalang rahmat Allah SWT adalah dosa. Jadi bila dosa terlerai, maka terbuka luaslah rahmat Allah SWT kepada kita.
Maka untuk meleraikan dosa, "perbanyakkan istighfar".
Allahuakbar. Banyak lagi perlu diperbaiki.
Faizah teringat satu ni,
"Bila Allah SWT perintahkan solat,
Maknanya dalam solat ada DISIPLIN,
Dalam solat pentingnya penjagaan MASA,
Dalam solat ada KEPIMPINAN,
Dalam solat ada KEJAYAAN.
Maknanya dalam solat ada DISIPLIN,
Dalam solat pentingnya penjagaan MASA,
Dalam solat ada KEPIMPINAN,
Dalam solat ada KEJAYAAN.
Maka siapa yang menafikan atau MENGABAIKAN solat, maknanya jauh sekali dia mahu berjaya"
Betol juga kata Master sharing dalam Live semalam,
"hidup mesti ada target. Target mesti ke syurga. Tulis target dalam sekeping kertas. Jika terlupa lihat balik.
Contoh nak rajin solat ON time, rajin baca al-Quran dan bermacam lagi"
Sebenarnya tujuan hidup kita mestilah jelas. Jika tidak dosa juga yang menambah nanti.
Allahuakbar. Mudah-mudahan jauhkanlah segala ini untuk kita semua.
Perbanyakkan istighfar lagi. Jom pagi ni.
Sumber Google
Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Bahau & sekitarnya
1 comment:
alhamdulillah. perkongsian yg sangat bermanfaat Faizah. InsyaAllah sama-sama kita mengingatkan ke arah kebaikan :)
Post a Comment