Wednesday 16 November 2016

4 TIPS DIET PEMAKANAN DAN JERAWAT

"Kulit akan mengalami proses penggantian sel setiap 28 hari. Namun, akibat faktor peningkatan umur, pendedahan cahaya matahari yang berlebihan, gaya hidup dan pemakanan yang tidak teratur serta terdedah kepada radikal bebas, menjadikan proses penggantian sel kulit seseorang menjadi lambat. Sehingga akhirnya mengakibatkan kulit badan menjadi kusam, gelap, tidak sekata dan kasar. Sebagai seorang wanita pastinya anda mahu kulit wajah kelihatan berseri sentiasa" - MAJALAH WANITA


Sumber Google

Kali ini topik saya pilih berkenaan diet pemakanan dan jerawat. Tips untuk menjaga dan mengawal jerawat sebenarnya bermula dari pemakanan kita sendiri. Menjaga pemakanan memainkan peranan penting dalam merawatnya. Seperti saya, saya juga amat mengambil berat bab pemakanan saya setelah menghadapi permasalahan kulit jerawat batu yang teruk. Testimoni-testimoni saya ada pada link di bawah. 






Sumber Google

Kebiasaannya kita tahu diet hanya untuk orang yang memiliki berat badan tahap obesiti. Namun dalam permasalah jerawat perlu juga mengamalkan diet yang sihat. Saya ingat lagi ketika kali pertama saya berjumpa dengan doktor untuk permasalahan kulit Jerawat batu yang saya hadapi, beliau menekankan dari segi pemakanan juga. 

Setelah itulah, saya berasa insaf bab pemakanan dan terkenangkan gaya hidup sebenar saya dalam seharian. Allahuakbar. Apa segala yang doktor katakan itulah favourite makanan saya. Itulah sebabnya dalam tempoh 10 bulan, jerawat batu yang pernah saya hadapi dahulu tidak lagi kelihatan kecuali jerawat kecil yang tidak dapat dielakkan. 

Paling best dalam hidup saya sekarang, saya dapat merasakan kegembiraan saya menggunakan vitamin- vitamin Shaklee. Kalau dahulu, tiap kali ambil vitamin, saya rasa keberkesanannya sangat kurang. Sampaikan mak dan kakak pernah cakap silalah stop vitamin Shaklee. Begitu sekali. Sedih sangat. 

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk join kelas Nutrisi Shaklee di Port Dickson dan dari situ saya mengetahui bagaimana ingin memberikan keberkesanan shaklee lebih tip top. Apapun kita mestilah detox dahulu. Dari Kelas Nutrisi tersebutlah saya mula memahami bab pemakanan dan disamping itu saya gabungkan ilmu saya dapat daripad doktor serta beberapa tips yang saya google sendiri. 

Alhamdulillah daripada kelas tersebut, mak dan kakak saya mula memahami peranan vitamin dan pemakanan sihat. Kini kami cuba untuk menukarkan pemakanan yang lebih baik. Doakan kami dapat mengamalkan gaya pemakanan sihat ini hingga akhir hayat. 

Makanya terlalu ramai yang PM saya bagaimana saya pulih dan apakah pemakanan saya amalkan, insyaAllah sekarang di Facebook dan Instagram saya banyak kepada memberi ilmu tentang pemakanan dan saya juga sedang membuat beberapa konsultasi ke atas pengguna Shaklee yang memilih saya untuk diberi panduan. Semoga mereka juga dapat kulit yang sihat dan dalam pada sama dapat mengawal dari segi pemakanan. 

Lagi satu perkara, semalam saya ada kongsikan video berkenaan seorang akak ini menghadapi permasalahan kulit Jerawat Batu sejak sekolah dan mungkin anda di luar sana mempunyai permasalahan yang sama sepertinya. Boleh lihat video yang akak ini sendiri menceritakan kisah jerawat batunya ini di Facebook saya. Klik di SINI

Set yang akak ini ambil jika dilihat pada video (Kelas Nutrisi di Terengganu) yang saya berikan link tersebut sama sangat dengan yang saya ambil. 

Anda bolehlah ambil seperti yang kami ambil. Saya menghadapinya selama setahun lebih pun memang cukup tidak tahan dengan kulit yang bernanah, pedih dan bengkak, inikan pula akak itu yang bertahun-tahun menghadapinya. 

Saya kagum sangat dengan semangatnya dan kini saya lihat beliau gembira dengan hasil konsistennya dengan vitamin Shaklee. 

Sekiranya Anda di luar mempunyai permasalah kulit jerawat batu, saya sarankan anda lihatlah dari segi pemakanan yang anda amalkan dan pastikan ambil Vitamin secara konsisten. 

Hal ini kerana kulit mempunyai hubung kait dengan sistem imunisasi. Jika anda sudah dapat menikmati kulit yang sihat dan tiba-tiba alpa, saya takut ianya akan datang kembali menyerang. Al-maklumlah kulit kita ini memang ada kaitan dengan imunisasi. Penyakit yang kronik juga bermula dari sistem imunisasi yang lemah. 

Ingatlah pesanan saya ini. Anda juga boleh memahami bab imunisasi ini pada tajuk: Apakah itu Sistem Imunisasi

Hari ini saya akan kongsikan 4 Tips Diet Pemakanan dan Jerawat yang boleh membantu Anda di luar sana. 

Jangan sedih lagi ya. :)



4 TIPS DIET PEMAKANAN DAN JERAWAT

Empat pemakanan tersebut adalah: 


Bagi anda yang sukakan makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan. 

Jika anda berminat juga ingin memakan Coklat, sebaik ambil Dark Chocolate kerana ianya mengandungi tinggi antioksidan.

Cadangan vitamin: VivixESP, Mealshake, Vitalea

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

Ikan yang terbaik ialah Salmon seperti yang selalu amalkan. 

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.


4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisasi di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Masa awal-awal saya memulakan kembali pengambilan vitamin, zinc shaklee sangat-sangat membantu untuk mengecutkan jerawat. Tapi sekarang zinc pun tiada stok di Malaysia, kini saya telah menggantikan zinc kepada Vitalea kerana Vitalea juga mengandungi zinc juga. Lagi satu vitalea lengkap dengan vitamin dan mineral. 

Faktor utama kulit kita meradang dan berjerawat juga ada faktor dari kekurangan vitamin dan mineral juga. 

Lagi satu amalkan pemakanan 7 warna dalam seharian. Boleh baca dekat sini Rahsia disebalik warna buah- buahan untuk seimbangkan dengan nutrisi dari vitamin Shaklee. 

Sebenarnya banyak lagi diet pemakanan untuk jerawat. Cukuplah setakat ini sahaja. Apapun jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi Jerawat ini. 

Bulan ini pun antara produk promo yang saya amalkan dalam masa 10 bulan ini. Jangan lupa sambar kesemua promosi ye. :)



Jika anda berminat dengan produk Shaklee 
terutama sekali 


&




Jangan lupa untuk hubungi saya segera. 

Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


1 comment:

Adam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...