Friday, 5 August 2016

3 CARA MUDAH BERNIAGA SHAKLEE


Nak saya kongsikan satu cerita tak?

Sebelum tu nak tanya, siapa dekat sini rasa nak buat BISNESS ONLINE dari RUMAH? 

Pasti ramai yang simpan hasrat nak cuba kan? Cuma ada perasaan takut sedikit ye dak? 

Saya harap apa yang saya tulis dalam posting kali ini, dapatlah membantu anda di luar sana ingin mencuba Bisness Online tapi berdasarkan BISNESS ONLINE saya pilihlah sejak Universiti tahun 2013 Sehingga kini. Semestinya Shaklee! 😍

Lagi satu pastikan anda baca yang PART 1 : Bagaimana Faizah bermula dengan Shaklee
👉 Cerita Saya

Ok, saya sambung cerita kedua Anak Pak Cik Kamaruzaman ni ye. Hihi.

Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun saya memilih Bisness Online Shaklee, saya nampak perubahan cara saya menguruskan shaklee dengan jayanya dan mudah. Ini satu kesyukuran yang Allah bantu dan mempermudahkan bisness saya ini. Syukur Alhamdulillah..

Prinsip saya sejak bermulanya bisness Shaklee sehingga kini ialah saya akan pastikan cuba belajar sendiri tapi dibantu oleh Mentor Shaklee. Kalau saya seorang je, tak jadi pula proses pembelajaran tu kan. Hingga kini saya masih menuntut ilmu daripada mereka 😊

Saya memulakan bisness shaklee ini berada pada semester 6, UiTM Shah Alam dan ketika ini memang mudah sangat! Hehe. Mudah sangat sebab boleh pergi banyak kali ke Home Office Shaklee di Empire, Subang ( ini tempat lama). Sampaikan saya ada PA la yang sanggup membantu bab pengambilan shaklee.

Bila ingat balik, siannya muka PA saya time tu! Haha.. tahu tak naik moto sampai nampak mata je. Semata nak hantar vitamin shaklee. Lepas tu dah tahu jadi macamtu, kita belikan la beg kat mydin. So senanglah nak susun shaklee dalam tu even naik moto. 😂 (Apa lak cita pasal PA ni. Aiyo 😅)

Ok nak jadikan cerita masa mula-mula, memang saya ambil vitamin dari Home Office Shaklee. Kini Home Office Shaklee berada di Sunway Pinnacle (Belakang Sunway Pyramid) iaitu tingkat 9.

Pada yang ingin buat bisness online, lagi-lagi berada berdekatan Home Office Shaklee itu memang satu kelebihan buat anda. (Eh chop! Dekat dengan cawangan Shaklee pun sama dapat kelebihannya). Apa yang best setiap kali pergi Home Office, suatu kegembiraan akan terpancar dari jiwa. Haha. Anda akan lihat ramai yang akan shopping shaklee di sana. Sale mereka sangat-sangat gempak. Itulah pembakar semangat namanya. Haha!

Dan disebabkan itulah saya dapat naik 1st Rank up sebagai Supervisor! 😊 Alhamdulillah bonus 2k dalam tangan.

Itu baru method satu. Kini kita masuk cara kedua saya pilih dalam bisness Shaklee iaitu buat order melalui online. Masuk website Shaklee, klik pada shopping dan terus pilih vitamin.

Cara pembayarannya? Mudah sahaja jika buat pembelian online shaklee kita perlukan kad debit atau kredit. Sama juga apabila kita membeli di Home Office samada kita membayar cash atau kad debit/kredit. Mana-mana pun mudah. Hihi

Jika kita memilih untuk membeli shaklee melalui online, sebelum kad kita kene debit.. kita akan menerima satu TAC no menerusi telefon bimbit.TAC seperti kita transfer duit online macam M2U atau CIMBclicks tu. Begitulah gayanya. Selepas kita masukkan nombor TAC, seterusnya anda akan dapat no order shaklee menerusi SMS ke telefon. Jadinya dalam waktu bekerja,kita akan dapat tracking no melalui SMS dari citylink atau GDEX.

Senang bukan? 😊

Ataupun dengan lebih mudah macam cara saya sekarang. Saya whatsapp sahaja pada staff Shaklee.

Paling penting mesti buat pembelian sebelum jam 3 petang. InsyaAllah order shaklee tersebut akan sampai keesokkan harinya kecuali musim-musim perayaan ke cuti sekolah ke, itu mungkin terlewat dalam 2 hari. Apa yang penting, shaklee akan sampai pada hari bekerja.

Mudah kan dengan berbisness Shaklee?

Ada secara manual, ada juga secara online dan ada juga melalui whatsapp.

Zaman dah makin canggih. Jadi shaklee pun sekarang semakin canggih jugalah! Hehe. 😊

Apa pun gambar-gambar yang saya tempel dalam ni kebanyakkan saya ambil dalam instagram saya. Instagram pun tengah renovate lagi. Haha. Nak follow boleh je.

IG: Faizah.Syakira

Follow blog pun boleh,silalah

Blog : cikkyra90.blogspot.com

Haa.. nak add friend saya di facebook pun boleh. Kalau boleh nak jadi ahli shaklee la! Haha.. ok demand! 🙊 saya guide anda ok. 7 hari buat sale untuk dapat bonus pertama boleh? Itu diri kejayaan jugak taw. Pi baca cerita PART 1 tadi taw Hihi.

FB: Faizah Syakira
Whatsapp: 0136625745

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...