Sumber Google
Nyenyaknya bayi ni tidur. Rasa mahu dicubit-cubit pipinya. :)
Sebenarnya jika kita lihat kitaran tidur kita dari kecil hingga dewasa, makin lama makin merosot kan?
Ada tu mengalami masalah sukar tidur atau dipanggil gangguan tidur. Apa orang cakap INSOMNIA.
Nenek sedara saya pun mengalami masalah ini taw. Alhamdulillah sekarang dengar cerita makin pulih. Cumanya nenek sedara itu saya tengok makin kurus dek kerana penangan INSOMNIA agaknya. Kesian orang macamni jika kita tidak membantunya.
Sumber Google:
Hari ini saya ingin menceritakan apakah kaitan MELATONIN dengan TIDUR seseorang. Mana tahu dengan entry kali ini dapat membantu kalian.
Peranan Melatonin Dalam Tidur Seseorang
Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.
Mengikut kajian waktu tidur sekitar lima hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh sangat baik berbanding mereka yang tidur banyak terutamanya pada siang hari.Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.
James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:
" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"
Sumber Google: Hormon Melatonin
Tidur Untuk Tenaga
Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.
Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.
Kadar melatonin mempengaruhi tidur seseorang
Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.
Sumber Google: Saje selitkan. Hehe. Sebab saya baca tadi ada juga dikaitkan dengan Hormon Serotonin ni
Lecithin ini sangat membantu meningkatkan Hormon Serotonin. Serotonin adalah sejenis pengangkutan untuk hantar mesej ke otak tau. Apbila Serotonin ini kurang akan menjejaskan mood seperti kemurungan, kurang keyakinan, rambut gugur, pori-pori besar di muka, muka berminyak, jerawat, kulit sensitif, muka kering dan bermacam lagi. Tapi bila kita ambil lecithin lengkap, acethycholine lengkap, Serotonin cukup dan automatik kulit kita cantik. Nampak tak kesannya hormon Serotonin ni.
Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.
Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).
Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.
Disebabkan entry kali ini berkenaan Hormon. Barang kali saya boleh cadangkan sekali dengan GLA COMPLEX ni kerana amat membantu menstabilkan hormon kita. Jangan tak tahu, ketika umur 30 tahun, graf hormon kita akan menurun ketika ini. Pastikan ambil GLA COMPLEX setiap hari.
Stress Mengganggu Paras Melatonin
Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.
Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.
Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout.
Dapatkan Ostematrix harini ( Promosi Ogos 2016)
Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.
B complex memang dikenali sebagai anti-stress. Nak B complex yang jenis dari semula jadi, dapat yang jenis jenama shaklee.
Makanan Untuk Membina Melatonin
Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin.
Soya membantu tingkatkan Melatonin? Apa kata cuba Soya Non GMO dari ESP Shaklee.
Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.
Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Sumber Google
Tidur Yang Berkualiti Meningkatkan Kesihatan
Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah.
Kesimpulan
Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.
Sumber disunting dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2010
CADANGAN
Adalah ini dicadangkan agar anda yang menghadapi MASALAH INSOMNIA untuk dapatkan SET INSOMNIA ini:
1. ESP : Merupakan Soya Non-GMO dan berfungsi sebagai protein. Dapat Membantu meningkatkan Melatonin
2. Ostematrix: Membantu meningkatkan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan untuk tidur lebih nyenyak.
3. Gla Complex: Membantu menstabilkan hormon.
4. B Complex: Sebagai anti-stress dan menenangkan saraf. Dapat elakkan seseorang dari kemurungan, mood swing dan bermacam lagi
5. Lecithin: Meningkatkan hormon Serotonin, mengurangkan lemak di badan, meningkatkan kekuatan ingatan, kulit cantik dan bermacam lagi.
Anda berminat dengan SET INSOMNIA ini boleh terus whatsapp atau Pm direct di Facebook.
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya
2 comments:
punca kerana kekurangan kalsium n magnesium la ye. tqq 4 info
yup nadhie .. klu masalah kurang nyenyak tidur tu ambil je Ostematrix. kalau parah insomnia sampai setahun lebih, better ambil set. :)
Post a Comment