Sumber Google
Kali ni Faizah nak share cara ANDA semua untuk kenali lebih tepat jenis kulit wajah sendiri. Bukan apa mudah untuk kita memilih produk yang bersesuaian dengan wajah. Taklah kita membazir membeli produk skincare atau kosmetik kan?
Kulit kita ini biasanya berubah mengikut keadaan dan masa. Ia sangat bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon. Jadi kulit anda pada umur sekarang mungkin tidak akan sama dengan kulit pada umur belasan tahun. Jaga-jaga tu.
Kalau tak nanti jadi seperti Pengalaman Jerawat Kronik yang pernah saya alami. Sedih tahu. Bila saya pergi Kelas Nutrisi, baru saya sedar pada umur 20 tahun, graf kolagen pada badan kita ini akan mula menurun ketika ini dan palin menurun sangat-sangat ketika umur 25 tahun. Serius saya tengok graf itu baru saya sedar kenapa saya mengalami masalah kulit sensitif ini ketika umur 25 tahun.
Jadi pada anda di luar sana. Jaga kulit sebaiknya sampai bila-bila.
========
Baca selanjutnya di sini : Lokasi Jerawat
========
5 JENIS KULIT MUKAJenis kulit muka dikenali dengan mengetahui jumlah sebum yang dihasilkan daripada liang roma.
1. Kulit Normal
Ramai inginkan jenis kulit ini, senang sangat jaga, tidak perlu risau apa. Kulit normal adalah kulit yang kelihatan halus dan bersih.
2. Kulit berminyak
Kulit berminyak biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah seperti jerawat akibat daripada penyumbatan pada pori-pori. Ini kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.
Di samping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas serta makanan berlemak tinggi boleh menyebabkan kulit berminyak. Bagaimanapun ada kebaikan juga kulit jenis berminyak, iaitu ia melambatkan proses penuaan. Antara masalah yang biasa dihadapi dengan kulit jenis berminyak adalah:
- Blackhead
- Jerawat
- Pori-pori terbuka
- Parut
- Keseluruhan muka berminyak
3. Kulit Kering
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembap atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka beralkali tinggi (boleh dikenalpasti dengan buih yang berlebihan), kurang minum air dan kesan ubat-ubatan.
Untuk mengenalpasti kulit ini cuba anda tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut. Jika terdapat garis-garis, ini menunjukkan kulit anda adalah kering. Jangan lupa kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat.
Biasanya kulit ini menghadapi masalah:
- Kedut / garis halus
- Bintik hitam (freckles)
- Whitehead
- Hitam di sekeliling mata
- Jeragat (pigmentasi)
- Keseluruhan muka kering dan kusam.
4. Kulit kombinasi
Kulit jenis kombinasi adalah licin, lembut dan lembap apabila disentuh. Kadangkala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori-pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.
Penjagaan kulit kombinasi harus diamalkan selalu supaya kelihatan bersih dan gebu. Kadangkala kulit begini akan bertukar, bergantung kepada penjagaan, jenis produk yang digunakan, persekitaran dan hormon.
Masalah yang biasa dihadapi kulit jenis kombinasi adalah:
- Kelenjar minyak tidak sekata
- Muka kering
- Jeragat
- Whitehead
5. Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan luar. Contohnya perubahan cuaca boleh menyebabkan kulitnya pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan turut mempengaruhi kulit sensitif.
Jika anda memiliki kulit jenis ini, perhatikan kegiatan harian anda, apa yanng dimakan, penggunaan alat kosmetik, persekitaran, cuaca dan anda akan nampak bila sensitif itu terjadi.
Simptom semasa kulit sensitif antaranya:
- Kulit menjadi merah
- Kulit menjadi pedih
- Kulit mengelupas
- Kulit rasa terbakar
- Tompok-tompok hitam
- Naik Ruam atau jerawat
Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan anda tidak menggunakan produk kulit mengandungi bahan seperti formaldehyde based preservatives dan sodium lauryl sulfate.
=====
Baca selanjutnya di sini: GLA COMPLEX & VIVIX
=====
TESTIMONI
Sumber Google
Sumber Google
Sekarang ANDA pun sudah tahu jenis kulit, jadinya jangan lupa untuk jadikan ini panduan ketika memilih produk.
Jangan lupa dapatkan PRODUK SHAKLEE untuk SET KULIT JERAWAT/ CANTIK dengan saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda di luar sana.
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.Syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Tel: 0136625745 (Whatsapp)
COD Area: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau, Bandar Seri Jempol dan sekitarnya
No comments:
Post a Comment