Sunday, 30 October 2016

KEMATIAN DI DALAM KERETA

Sering kita mendengar kisah kematian di dalam kereta dan ini disebabkan ventilasi yang kurang baik sehingga pembuangan asap yang bocor masuk ke dalam kereta dan perlahan- lahan dihidu oleh nereka yang berada di dalam kereta.
Di musim cuti begini, pasti banyak kereta tersadai di RNR di sana sini dalam keadaan ramai yang tertidur di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond terpasang.

Ramai juga ibu ayah yang cuai sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat.

Karbon monoksida (CO) adalah gas tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa dan tidak mengiritasi yang boleh menyebabkn kematian mengejut kepada mereka yang terhidu. 




Gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.

Ianya bahaya kerana boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.

Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.

Oleh itu ibu ayah, berhati-hati jangan sampai kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut.

Jangan biasakan diri tidur di dalam kereta kerana ia boleh membawa kepada kematian di dalam senyap.

Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Ini kerana Walaupun enjin kereta anda tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.

Jangan biarkan KECUAIAN ANDA menjadi pembunuh mereka yang tersayang.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

4 comments:

Nadhie Wueen said...

ramai yg tak alert. btw tqq for reminding

cikkyra90.blogspot.com said...

betol tu nadhie :)

I am LZ said...

Assalamualaikum Faizah,

Yer saya pernah terbaca berita org mati dalam kereta masa aircond terpasang, inilah puncanya..

Ramai masih tak peduli tapi article Faizah ni sekurang2nya memberi kesedaran. Thanks for sharing.. :-)

cikkyra90.blogspot.com said...

waalaikumsalah. tq LZ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...