Saturday, 20 August 2016

REVIEW BUKU BEST: 20 SEN UNTUK KE SYURGA


Secara jujur dari lubuk hati ini, saya amat sukakan buku ini. Ayat simple dan menarik serta tertawan hati. Kadang-kadang menyentapkan hati juga. Hehehe. 

Dahulu masa saya di Universiti adalah juga layan-layan novel, beli novel bagai. Tapi saya ni bukanlah kategori kaki novel seperti yang disangkakan. Saya kaki ikut mood. haha. Kalau best novel tu, saya baca sampai habis. Kalau tak, sekerat je. Hihi. Tapi cuba jugaklah habiskan. 

Lagi pun drama kat TV pun banyak juga sekarang adaptasi dari Novel kan. 

So sejak habis sahaja belajar pada tahun 2014, saya banyak habiskan beli buku-buku berbentuk macamni. Bagi saya yang berbisness, ianya amat penting untuk kita banyakkan muhasabah diri dari buku-buku ilmiah seperti ini. 

Seriusly saya memang gilerkan dan hantukan buku-buku berbentuk macamni. Tapi saya lebih sukakan buku yang ayatnya berbentuk santai dan meresap ke jiwa. Kalau jenis skema, ianya agak lambatlah untuk saya habiskan. Hihi. 

Buku 20 SEN UNTUK KE SYURGA ini banyak menceritakan cara hidup kita menuju ke akhirat seperti mengajar kita bersyukur, mencari rezeki yang lebih berkat, mencipta kebahagian bersama keluarga, cerita cinta dan bermacam-macam lagi.

Antara cebisan yang paling best ayat dari buku ini iaitu mengenai CINTA. Ada juga saya kongsikan ini di laman Facebook saya sendiri. Haha. :P


Sumber Google


Cinta itu kita kene ingat. Cinta tempatnya di hati. Cinta bukan di otak.
Hati itu apa? Hati adalah raja kerajaan diri. Kalau raja, kalau dia ada ketua baik, maka baiklah anggota yang lain. Kalau tak betul, maka semuanya tak betul.
Cinta sama juga. Kalau cinta duduk di tempat hati yang betul, maka cinta itu akan membuatkan orang itu jadi baik. Cinta pada masjid contohnya. Hari-hari kita nampak dia pergi ke masjid dan bersihkan masjid. Seronoknya dia sebab dalam hatinya ada cinta pada masjid.

Sebab itu hati ini penting. Dalam al-Quran surah as-Syuaara ayat 88 hingga 89, Allah swt ada berfirman, "Hari di mana tidak ada makna lagi harta dan anak pinak kamu kecuali datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera. Yang mana dalamnya ada cinta yang sangat mencintai pada Allah."

Jadi cinta boleh bawa kebaikan dan cinta boleh bawa keburukan. Kenapa? Pepatah Arab kata, "seseorang akan menjadi hamba kepada apa yang dia cintai"

Sebab itu hati ini penting. Dalam al-Quran surah as-Syuaara ayat 88 hingga 89, Allah swt ada berfirman, "Hari di mana tidak ada makna lagi harta dan anak pinak kamu kecuali datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera. Yang mana dalamnya ada cinta yang sangat mencintai pada Allah."
Jadi cinta boleh bawa kebaikan dan cinta boleh bawa keburukan. Kenapa? Pepatah Arab kata, "seseorang akan menjadi hamba kepada apa yang dia cintai"
(Buku 20 Sen Untuk Ke Syurga) 

Sebenarnya buku ini diberi oleh seseorang sempena hari jadi saya yang lalu. Sebaik pandai cari buku yang best macamni. Terus jatuh cinta dengan buku ni tau. haha. Alhamdulillah, panjang pahalanya. Pandai buat investment ye. :P

Semalam pula saya ada pergi jumpa vet, bawaklah kesemua kucing yang ada. Al maklumlah kucing ni semua kene jangkitan kurap daripada kucing yang datang tanpa diundang. Sampaikan saya pun habis gatal satu badan. Puas jugak la sapu satu badan dengan herbal cream Shaklee. Hai nasiblah badan -.-'

Sebaik la rasa kurang gatal sikit di badan ni lepas sapu dengan herbal cream ni. Nak tahu rupa Herbal Cream ni? 




Kebaikan Herbal Blend:


  1. Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
  2. Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  3. Menghilangkan luka dan merawat eczema
  4. Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  5. Merawat kulit gatal
  6. Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  7. Losyen harian untuk kulit kering
  8. Krim urut badan lenguh
  9. Merawat kesan luka melecur 
  10. Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  11. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  12. Ubat luka atau melecur
  13. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
  14. Menghilangkan parut
  15. Losyen harian
  16. Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  17. Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  18. Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan.


Aik.. tetiba cerita herbal Cream kan? Haha. sempat pulak promote. Sebenarnya nak cerita pasal kucing ni dengan secebis ayat dalam buku 20 SEN UNTUK KE SYURGA ni. Herbal Cream tu selingan promosi kejap. haha. Almaklumlah kene gatal-gatal dengan kucing kurap tu. Itulah solusi saya buat untuk redakan gatal pada badan ni. kiki. 

Nak tengok tak kucing-kucing kene cucuk dengan Vet ni. Lagi satu mereka ni dimandikan dengan produk Shaklee iaitu BASIC H. haha, Untuk bunuhkan kutu mereka tapi tetap jugak berjangkit kurap dengan si pendatang baru tu. Nampak nau kucing saya ni tak kuat imun kan? 



Jenuh nak masukkan sangkar ni dalam kereta taw. 




Inilah tempat nak dicucuk. 



Sangkar sebelah tu geng-geng demam. Sian dorang. Mata berair-air.




Budak gemok ni kene cucuk. Senyap je.



Budak ni teramat leter. Pening kepala den. 



Inilah pembawanya yang sebenar. Minggu lepas dia sekor je cucuk. 
Ini pun dah nampak ok sikit berbanding masa datang. 




Ini pulak bukan setakat berjangkit kurap tapi cirit birit sekali. Risau tengok yang si kecik ni



Semalam dapat diskaun. Bayar RM15 je. Hehe.


Jangan Zalim

Kenapa kita tak boleh zalim kepada haiwan?

Sebab pertama, haiwan ini semuanya makhluk yang bertasbih hari ini? Sebab itu dalam surah al-isra ayat 44, Allah swt berfirman, "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka; sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun."
Kucing bertasbih, burung bertasbih. Memang kita tak faham sebab haiwan bertasbih dengan cara mereka.
Pernah tak kita terfikir, tengah duduk makan, rehat, datang kucing. Pernah tak terfikir dalam banyak-banyak rumah, kenapa rumah kita yang dia datang? Kenapa? Inilah peluang Allah swt nak kita tingkatkan pahala, kurangkan dosa, bersihkan hati.
Bila kucing datang, kita sabar, naik darjat kita. Banyak pahala kita. Hati makin bersih. Orang minta sedekah datang. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak berkurang harta itu dengan sedekah." Riwayat Tirmizi.

Kedua, kerana mereka ini bercakap-cakap pasal kita. Dalam surah an-naml ayat 18, Allah swt merakamkan kata-kata semut, "...wahai semut-semut, masuklah ke dalam sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."
Dalam al- Quran, haiwan atau pokok atau apa saja yang disebut dalam al-Quran, maksudnya ia hebat. Dalam tafsir Ibnu Kathir juga ada menyebut tentang ayat tadi. Apa pelajaran kita dapat? Semut hidup dalam bermasyarakat dan dia bersangka baik ; pada ayat "sedang mereka tidak menyedari."

Ketiga, kerana mereka menjadi saksi di akhirat kelak. Sebab itu jangan aniaya haiwan sebab nanti di akhirat ada bahagian dia. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, seorang perempuan ada kucing, tapi dia biarkan kucingnya mati kelaparan. Dia tak beri makan, bahkan dia tutup laluan untuk keluar. Maknanya kucing itu tak boleh cari makanan sendiri. Perempuan itu dihumban ke neraka.

Jadi kita nak bela haiwan boleu, tapi kena beri nafkah haiwan.
Yang keempat kenapa kita tak boleh menzalimi haiwan? Kerana mereka mendoakan kita. Haiwan mendoakan kita. Dalam jadis riwayat Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda, " Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain, mudah-mudahan kita pun dapat doa daripada makhluk lain.

(Buku 20 Sen Untuk Ke Syurga)


Best kan buku ni?

Lagi satu uolls ada tak petua nak bagi kucing ni sihat. Mana tahu ada tips tradisional. Hehe








8 comments:

Hasif said...

ooo mcm bez je buku tu... nak cari la satu nanti..

Hasif said...

bole bagi kod isbn buku tu tak?

ZULHILMI TEMPOYAK said...

bilamana orang tu suka kebaikan. dia pun mesti kongsikan kebaikan kan... hehe

MisDiarios said...

menarik buku macam ni.
mmg bagus untuk tambah pengetahuan kita

cikkyra90.blogspot.com said...

@Ahmad Hasif ISBN 978-967-86-0686-8

cikkyra90.blogspot.com said...

@Zulhilmi Tempoyak betol la kot. haha

@Nurul Aini setuju tu. Actually buku ni sebab dah kene leter dengan some1 asyik beli majalah je. baik beli buku macamni katanya. lepas tu terus jadi ketagih pulak nak buku2 mcmni. hahah

dariilhamkehati said...

banyak nye cerita dalam 1 entry, tatau nak fokus yang mana, btw...

CP dulu kaki novel masa sekolah menengah...

sekarang, kaki game, buku langsung tak sentuh, jangan kan novel, yang lain pun tak,

masa sekolah dulu CP ni ulat buku tapi tatau la mana perginya hobi membaca CP tu sekarang.....asal baca je rasa nak tidur...

cikkyra90.blogspot.com said...

hahaha.. seling menyeling. malas nak pecah2kan tajuk.
tulis je trus dan tekan publish. hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...