Friday, 2 December 2016

RESEPI BONDA IKAN BAKAR CENCARU

Hari ini menu makan tengahari saya ialah IKAN BAKAR CENCARU. Walla! Sedap giler. Ditambah pulak mak Faizah tersilap menggunakan lada. Pergh berapinya tahap keluar api, asap dan hingusan segalanya la. Hahaha. 


Ikan bakar ini pula macam jenis campak-campak aja resepinya. Haha. Asalkan ada rasa ikan kan mak? Sebenarnya mak suddah jemu buat ikan masak ni, masak tu la. Kesemuanya disebabkan kerana pada awal tahun ini, mak terpaksa menukar pemakanan Faizah kepada yang lebih sihat demi menyihatkan kembali kulit ini. 


Ikan pun ikanlah asalkan tidak ayam lagi. Saya pun amat fobia nak makan ayam bandar, hanya makan ayam kampung sahaja. Itu je cara saya nak makan ayam dengan selamat untuk kulit ini. 

Nak tahu cara penyediaan Ikan Bakar Cencaru versi resepi orang bujang? Mudah sahaja sebenarnya resepi daripada mak saya ini. 

Pertama sekali kita perlukan ikan cencarulah. Hehe. Bersihkan isi perutnya untuk kita membuat intinya nanti. (inti ke ek? hehe. inti la kot)



Bahan-bahan yang diperlukan untuk dijadikan inti di perut ikan cencaru ini ialah:

1 Bawang besar merah

Beberapa ulas lada (ikutlah berapa ulas yang Anda suka, pedas ke tak pedas. Ini memang terlajak pedas la. hehe)

1 batang serai kecil 

Kesemua bahan ini ditumbuk dan disumbatkan ke dalam perut ikan cencaru tadi. 

Sebelum kita membakarnya, sapu garam ke atas badan ikan cencaru tersebut. Selepas itu bakarlah seperti biasa di atas pemanggang. 

Sementara itu, potong halus lada untuk dibuat kuah lada kicap. Selepas dipotong lada, perahkan limau kasturi dan letak kicap. 

Simple je kan mak saya masak? 

Orang bujang pun boleh buat taw. Hehe. :D

Lagi-lagi musim banjir ni. Boleh sangat buat asalkan ada cencarunya. Hehe. 

Selamat mencuba! :) 





2 comments:

norsadira said...

sedapnyer tengok bulan puasa ini..nk cubalah,
Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

cikkyra blogspot said...

InsyaAllah. Itulah rasa nak buat ini jugalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...