Monday, 26 December 2016

MISI MENCARI TEMPAT PROSES AYAM DI AREA BATU KIKIR

Bak kata Jihan, " Kemana kita ni!"
Agak-agak kemana Faizah hari ini dengan Bonda? Ini nak cerita la ni. Haha.
Dengan gigihnya pagi ini "cokau" ayam kampung.

Apa lagi 'start' enjin kereta pada pukul 10.30 menuju ke tempat proses ayam di Juasseh.
(Almaklumlah ayam bandar dah tak boleh makan kan since ada alah yang boleh efek jerawat pada muka ni)
Tapi hampa sekejap. 
Sebab dah nak tutup.
Air pun dah buang kata tuan kedai.
Jadi misinya diteruskan ke tempat proses ayam satu lagi yang berdekat, pun juga tiada.
"Jomlah balik" kata Bonda.
"Tunggu dulu mak kita perlu meneruskan misi ini. InsyaAllah pasti jumpa ada yang buka ni. Allay pasti memakbulkan doa kita mengikut sangkaan hambanya"
(Fuh tiba-tiba tersemangat. Sebenarnya saje nak test teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu) yang pernah Faizah baca dahulu)
Tiba-tiba Bonda teringat satu lagi tempat dia Area menuju ke Batu Kikir. Perjalanannya macam peta "zig zag" dah ni. Haha.
Lagipun hari mendung aja. Jadi tidaklah terasa mood "malasnya" memandu tu.
Sampai aja di kawasan tempat proses ayam.
Okeh! Cun tuan kedai mahu menerima ayam kami ini. Jadi Tuan Kedai tersebutlah yang tolong sembelih sehinggalah menyalai.
Tuan Kedai beritahu kedainya dibuka dan menerima ayam untuk disembelih sehingga jam 12 tengahari.
Alhamdulillah Terima kasih Tuan Kedai dapat juga Faizah hari menikmati ayam kukus mak versi ayam kampung.
Demi kulit Faizah ini tak nak beri efek alahan dan jerawat, maka inilah alternatif yang paling afdhal.
Tapi seandainya kalian yang ada masalah kulit, tapi teringin sangat nak makan ayam bandar (tiada ayam kampung) sebaiknya pastikan ON dengan GLA selepas memakannya. ( TESTIMONI GLA & ALFAFA)
Bagi yang tidak mahukan efek gatal dan selanjutnya, pastikan ambil Alfafa.
Tetapi jika ada lagi alahan tersebut. Perkara ini boleh bertanyakan lebih lanjut kepada Faizah. Nanti Faizah cadangkan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.
Jom lihat gambar-gambar Faizah dengan Bonda. Hehe. Sikit je tak banyak. Hahah. 


Muka Faizah tanpa edit dan post di instagram. Haha. No juno2 okeh.

Tengok tu setepek jerawat dekat dagu. Tu dah kecut tinggal parut je.

Pipi still ada parut. 
Bukan jeragat macam anak buah Faizah sangkakan sebelum ni. 

Ada beza tu parut dan jeragat.

Biasalah setahun lebih menanggung jerawat batu bernanah. Takkan la tempoh sekelip mata parut itu mahu anjal kembali seperti zaman remaja.

Ecehwah! Haha.

Lagi satu, Faizah cheat day tanpa pakai "tinted" muka dengan skin protector. Padahal doktor dah nasihatkan tu 

Hari mendung doc.

Cahaya mentari suam-suam kuku.
Bolehlah cheat day kan. 

Tapi hati rasa juga bersalahnya ketika keluar ni 

Risau tetap ada.
Mahu tak risau kalau kulit sensitif macamni. 




Ni tak tahulah nak tunjuk gambar pokok kelapa ke nak tunjuk di sana ada sawah.

Maaf Faizah belom sampai kreatifnya lagi. Haha!

Layankan aja pemandangan ini.


Tu dia "kriuk kriuk kriuk" 

(Sedang sembelih)

Dah jadi arwah ayam-ayam kampung yang di bawa tadi.



Hah ni apa benda hitam legam ni? Haha. 


Kalau ingatkan balik kan, sejak kecil sampai umur 20 tahun serius geli nak makan ni. 



Tapi adalah hamba Allah ajarkan makan ikan ni pada umur 20 tahun (hujung2 tahun rasanya), langsung terlajak jadi peberet! 

Alahai! Tapi kan. 

Sekarang Faizah dah tak sentuh ikan ni. 

Sebab ayam bandar dan ikan ni akan efek hormon kita. 

Jadi dalam badan kita kan banyak hormon. Ada dekat otak, ada dekat kulit, ada dekat sistem peranakkan kita dan macam-macam lagi. 

Maka tidak mahu ting tongkan kulit. Itulah sebabnya Faizah jauhkan dan ketatkan pemakanan dari benda-benda beri alah pada skin ni. 

Sedih kan tak boleh makan? Tapi Bonda beli je. 

Anak-anak yang lain boleh makan. Haha. 

Ku mampu pandang jaa. ðŸ˜‚




Bonda tengah tunggu giliran tu. 

Abang ni tengah potong-potong ayam.

Total bayararan hari ini RM17 untuk 4 ekor ayam kampung dan 6 ekor ikan keli.

Itu sahaja ingin ceritakan. Hehe. Mana Ayam kukusnya? Ala ada dalam periuk. Malas pulak nak bangun pergi snap kejap. Huwaa. 

Hari ini bukan setakat ayam kukus menunya. 
Ikan rebus pun mak buat. 

Biasalah untuk anaknya yang ada kulit sensitif ini. Heheh. 

Kalau tanya Faizah, loya ke tak makan berebus ni? Dulu ye la. Sekarang tidak. Dah hari-hari makan ni. Jadi biasa aja. Dalam erti kata redha je. Paling penting kulit sihat dan tidak berjerawat nanah lagi. 


Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...