Resdung atau nama saintifiknya sinus yang sememang banyak berlaku dalam kalangan manusia. Faizah juga antara salah seorangnya juga. Adakah Anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?
Sumber Google
Jika keadaan begini berterusan, Anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada mengalami masalah resdung (sinus).
Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung yang di panggil sinus. Adakah ini ada kaitan dengan IMUNISASI TUBUH?
Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecill.
Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.
Sumber Google
Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnakan fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.
Jangan tak percaya aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor mengakibatkan risiko resdung selain dari asap rokok yang telah dikenal pasti sebagai punca radang hidung.
Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda-tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ini tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan dan nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tidak teruk sangat.
Jangan jadi macam Faizah, dah teruk baru pergi. Baca di Sini kisah saya berjumpa doktor dengan jerawat yang kronik
Sumber Google: Bersin berpanjangan
Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah (Faizah biasa hadapi yang ini) dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata dan hidung berlarutan.
Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap, sinusitus berlaku serta nanah terkumpul.
Mungkin itulah terjadinya jerawat di muka Faizah ini jenis jerawat berbatu atau dipanggil cystic Acne dan nanah. Serius sakit sangat.
Sumber Google
Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak. Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru.
Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat pada sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat rawatan resdung. Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah segera dapatkan rawatan sebelum ianya melarat.
10 PETANDA RESDUNG
- Sering mengalami hidung tersumbat
- Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
- Mengalami jerawat di muka dan badan
Sumber Google
- Nafas berbau
- Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
- Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
7 PUNCA RESDUNG
- Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
- Hidung bengkok
- Mandi dan terjun dalam air yang kotor
- Jangkitan gigi atas
- Ketumbuhan dalam hidung
- Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
- Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
9 KOMPLIKASI RESDUNG
- Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat.
Sekiranya Anda merasakan tanda-tanda di atas ada sedikit persamaan, sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk pengesahan seperti yang Faizah yang buat iaitu berjumpa dengan doktor, ambil ubat antibiotik dan dalam pada sama berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee.
Cadangan yang terbaik disyorkan dalam ikhtiar vitamin iaitu memulakan dengan SET DETOX. Boleh baca tujuan detox di SINI
Seterusnya disyorkan mengambil Set Triple Immune Protection yang tengah promosi pada bulan ini.
TESTIMONI RESDUNG
Sumber Google
Sumber Google
Sumber Google
Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:
Stok Promosi Ini terhad!
Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:
Shaklee Independent Distributor
Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)
COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya
No comments:
Post a Comment