Wednesday, 21 December 2016

RESEPI BONDA IKAN AIR ASAM

Sebelum  bercerita mengenai resepi kali ini, baru sebentar tadi Bonda membuat permintaan untuk menonton beberapa resepi Nasi Dagang di You Tube. Makin advance pulak Bonda kali ini kan? haha. 

Apa lagi kita layankan aja kehendaknya. Almaklumlah Nasi Dagang itu akan bermula operasi mencuba esok pagi untuk dijadikan sarapan pagi. Wow! Dah ada menu sarapan esok gituww. Haha. Eh ini nak cerita mengenai Nasi Dagang ke apa? 

Berbalik kepada tajuk yang asal, Anda pernah baca tidak kisah tentang diri saya yang pernah suatu masa dahulu mengalami setahun lebih (2014 hingga awal tahun ini 2016) dengan jerawat batu yang bernanah? Tak pernah? Tidak mengapa. Nanti saya berikan link entry tersebut yang saya bereksperimen dengan pemakanan dan pengambilan vitamin Shaklee di bahagian penutup nanti.

Anda pasti pelik bukan kenapalah kali ini Faizah mengaitkan cerita Resepi Bonda Ikan Air Asam ini dengan jerawat batu yang bernanah. Pelik bukan? 

(Baca dahulu sampai habis ya. Jangan tutup terus entry ini.)

Permulaan ceritanya begini, Faizah telah bertemu dengan seorang doktor yang agak pakar di dalam permasalahan kulit dan disebabkan Faizah menghadapi permasalahan ini doktor pun memberikan sedikit info pemakanan. Sebenarnya jerawat yang Faizah hadapi sebelum ini dan hingga kini mempunyai kaitan dengan RESDUNG. Nak tahu simptom-simptom resdung boleh baca entry di SINI.

Makanya keinsafan itu pun telah berlaku pada diri ini dan termasuk juga bonda. Akhirnya bonda dan Faizah dapatlah pelbagai tips dan pemakanan dari pelbagai insan dan juga banyakkan pembacaan. 

Apa lagi kami pun mulakan fasa pertama eksperimen dari segi pemakanan pada awal bulan Februari 2016 hinggalah sekarang dengan mengamalkan lauk ikan air asam. Walaupun hari-hari menghadap lauk ini, alhamdulillah pada tanggal disember ini genaplah 11 bulan bereksperimen dengannya. Hasilnya yang sendiri hadapi, jerawat semakin malu untuk kembali radang. Cumanya kadangkala datang jugalah simptom gatal di muka. Itupun kalau saya tersilap langkah dari segi pemakanan ataupun memang sengaja langgar pantang makan. 

Kalau sudah terlanggar pantang, makanya booster luar biasa imunisasi kulit dan dalaman dengan Vitamin. Yeehaa!

Petang yang sejuk baru lepas hujan ini, Faizah ingin berkongsi beberapa langkah bagi membuat RESEPI BONDA IKAN AIR ASAM. 

Langkah 1: Rebus ikan kembung tersebut dengan garam. 



Langkah 2: Setelah ikan siap direbus, ambil bawang merah dan beberapa lada untuk dihiriskan halus. Rujuk gambar seterusnya. 



Langkah 3: Ambil rebusan ikan tadi berserta airnya, curahkan ke dalam pinggan yang diisi dengan bawang dan lada tadi. Kalau suka pedas, ambil la lebih sedikit. Setelah itu perahkan 1 biji limau nipis untuk sebagai penyedapnya. Bak kata Bonda untuk seimbang rasa air rebusan dan asam dari limau nipis tersebut. 


Itu sahaja pemakanan 11 bulan Faizah bersama Ikan Air Asam. Orang tanya juga tak jemu ke makan ini sahaja? Mahu tak jemu. Haha. Tapi demi kulit, saya gagahi juga. Master Yani siap melabelkan saya sebagai "RATU PANTANG". Hoyeaah! haha. Ratu pun ratulah asalkan kulit semakin baik. Betol tak?


Tu diaa Ratu Pantang dah muncul! Haha. 
Faizah la ni. Kali ini versi dengan cermin mata besar. 
Masa ni pergi kenduri, sebelum tu ada langgar pantang. 
Muka naik allergik sedikit. Jerawat pun mula bawa geng.
Alhamdulillah hari ini dah ok. 
Nak ok balik, biasanya saya perlu kuat berpantang lebih sedikit. 
Tak boleh main bedal makan aja. 
Mula la time macamni saya akan booster vitamin kaw-kaw. 
(Gambar ini menunjukkan ada lekuk-lekuk di permukaan kulit hasil daripada
JERAWAT. Doakan kesihatan kulit Faizah semakin baik dan anjal kembali seperti dahulu)


Sekarang ini Faizah masih cuba menyeimbangkan pemakanan sihat dan vitamin Shaklee. Secara jujur dahulu saya boleh katakan makan vitamin seperti tiada apa. Tapi sejak menukarkan pemakanan lebih seimbang untuk memberi kesan kehebatan vitamin dalam tubuh, Alhamdulillah semakin dapat merasakan ke atas kulit lebih dengan berkesan sekali.

Kepada kalian yang sedang berikhtiar memulihkan jerawat batu bernanah, nasihat Faizah merancanglah pemakanan Anda yang lebih sihat dan pastikan ambil Vitamin Shaklee bagi flush toksin, booster immune, cukupkan segala vitamin dan mineral bagi mengurangkan keradangan tinggi pada kulit dan seperkara lagi elakkan stress serta pastikan cukup rehat. 

Sukacita ingin memberitahu sebenarnya Resepi Bonda Ikan Air Asam ini bukan ini sahaja yang Faizah dan Bonda bereksperimen tetapi banyak lagi menu yang kami "try &error" bagi menjayakan kesihatan kulit ini. 

Vitamin pula? Ramai yang bertanya bagaimana dan apa yang Faizah makan? Sebenarnya banyak sangat, apa yang Faizah boleh share antara vitamin paling terbaik yang banyak bantu adalah VIVIX. Sangat thorbaik! 

Ada juga lagi soalan yang Faizah dapat, " Kalau saya stop vitamin apa akan berlaku?" . Bagi pendapat Faizah sendiri yang pernah mengalami permasalahan begini, bila Anda ada history begini semestinya ada sesuatu yang kurang dalam badan Anda. Jika Anda tidak bantu dan maintainkan kesihatan Anda, Faizah takut ianya akan berulang. Tapi jangan risau, sesiapa yang dapatkan konsultasi dengan Faizah, insyaAllah akan diberi "step by step" sampai jayanya. Cuma Faizah harapkan kerjasama dari Anda amat diperlukan dan jangan sesekali give up. Faizah mampu 11 bulan, Anda pasti mampu bukan. Semangat!

Akhir sekali, Faizah akan memberikan konsultasi istimewa selepas pembelian. Jika Anda percaya Faizah mampu bimbing Anda bagi merealisasikan impian untuk dapatkan kulit yang baik, hubungi Faizah di Whatsapp. 


Antara perubahan yang dilalui sepanjang mengamalkan Vitamin Shaklee dan diet pemakanan.



Nak baca testimoni saya? Ada pada link ini:





Stok Promosi Ini terhad!

Jika Anda berminat dengan produk & keahlian Shaklee,
Hubungi Faizah seperti details di bawah:

Shaklee Independent Distributor


Faizah Syakira
FB: Faizah Syakira
IG: Faizah.syakira
Page: Kisah Kulit Berjerawat
Page : Kesihatan Keluarga dan Pemakanan
Page: Diari Si Energy Booster
Tel : 0136625745 ( Whatsapp)

COD: Kuala Pilah, Juasseh, Bahau & sekitarnya


3 comments:

Zafirah Nazri said...

nampak mcm sedap nihhh

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...betul...sedikit sebanyak pemakanan sangat mempengaruhi tubuh kita...hormon atau yang berkaitan dengan fungsi organ dalaman atau luaran tubuh...

cikkyra blogspot said...

setuju dengan PC :)
Zafirah buatlah nanti. senang je ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...